November 01, 2016

October Wrap Up



Hello November! Cepat rasa masa berlalu tahun ni. Sedar-sedar dah November. Hanya tinggal dua bulan saja untuk tahun 2016. Bermula bulan Oktober, aku plan nak buat Month Wrap Up post on my blog. Hanya ringkasan apa yang berlaku dalam setiap bulan. Masalahnya, ringkas ke? Hihi.

NOVEL


Aku beli tujuh buah buku dalam bulan Oktober. Terlalu obses dengan buku sampai terbeli banyak buku dalam bulan lepas. Tiga daripada buku yang aku beli adalah novel daripada Anna Lee bertajuk, Mesej, Hello It's Me, dan Aku, Dia dan Pinky Promise. Aku jatuh cinta dengan karya Anna Lee selepas Mesej dan terus beli dua lagi novel beliau. Hanya dua tajuk ini saja yang masih ada stok. So sad :( 

Aku sudah habis baca lima buku daripada tujuh buku yang aku beli. Aku semangat baca buku bulan lepas sampai aku baca juga buku di pejabat. Masa terluang di pejabat dipenuhi dengan membaca buku. Hari-hari aku bawa buku ke pejabat. Hihi. 

Aku ada buat review untuk tiga buah buku saja. Kalau berminat, korang boleh klik link di bawah. Hutang review buku untuk Hello It's Me dan Aku, Dia dan Pinky Promise. Nanti aku buat ye. Dah ada dalam draft cuma masih tak siap menulis. Lambat sangat rasa nak siap. Hii.





KOREAN DRAMA


Mengenali hero baru Korea bernama Ji Chang Wook. Aku tengok drama The K2 dan terus minat JCW. Dan terus tengok drama Healer pulak. JCW berlakon dalam drama Healer tahun lepas. Marathon tengok Healer. Dan kepada yang belum tengok, tolonglah tengok weii. Jatuh cinta sihhh. Tiada sampai tahap nak jadikan gambar JCW sebagai wallpaper phone cuma aku follow beliau di Instagram. Hehe. 

Drama Korea yang sedang aku tengok sekarang adalah:

The K2
Woman With A Suitcase
Sweet Stranger and Me

Jealousy Incarnate dan Scarlet Heart - Aku hanya tengok sikit-sikit je. Nak follow betul-betul tapi tiada masa sangat. Mungkin sebab tak berapa minat walaupun penuh hero comel dalam Scarlet Heart dan bosan dengan cerita kekeliruan seorang wanita untuk memilih antara dua lelaki yang mencintainya dalam Jealousy Incarnate. Beberapa episod je lagi nak habis untuk both drama, mungkin tengok dua episod akhir je kot.


KERJA

Shiema, my manager is on maternity leave for three months. Jadinya, aku tak boleh cuti sesuka hati selama tiga bulan. Tapi aku ada volunteer leave sebanyak tiga hari dan wajib diambil sebelum 31 Disember 2016. Dah ambil sehari cuti masa Majlis Konvokesyen Kak Long. Tinggal dua hari lagi. 


KESIHATAN

Aku diserang gastrik hari Isnin lepas. Tak tahu nak cakap gastrik atau salah makan. Yang aku tahu, perut aku sakit sangat sampai aku tak boleh buat kerja langsung. Pergi ke klinik dan macam tiada gunanya. Ubat yang diberi tidak meninggalkan kesan baik untuk aku. Aku muntah dua kali pada hari tersebut. Aku benci muntah. Sakit! Dan aku berterima kaish kepada rakan sekerja di Chennai, Ramya kerana tolong aku siapkan kerja selama aku sakit beberapa jam. 

Sejak dari itu, aku tak skip makan dan tidak tidur lambat lagi. Hari sebelumnya, aku tidur jam 3 pagi. Mungkin badan dah tua, tak boleh terima lagi gaya lambat tidur orang muda. Huhu.


MEKAP

Kali terakhir aku mekap adalah masa aku kahwin dua tahun lepas. Dan untuk annual dinner syarikat tahun ni, bersungguh pulak nak mekap. Lama dah rasa muka ini tidak diconteng dengan cantik. Hii. Kisah penuh mengenai annual dinner 2016, korang boleh baca di sini >>> Rockstar Theme Dinner : #15RockingYears .


BIRTHDAY

Welcome to 3 series :D 


SONGKET


Jatuh cinta dengan songket ini!! Cantik gila! Kalau korang tengok dengan mata sendiri, pasti terkesima dengan songket ni. Serius. Ini adalah Pakaian Pengantin DiRaja, koleksi daripada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Kalau korang nak tengok, boleh ke Pameran Tenunan Songket ASEAN di Muzium Negara yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Disember 2016. Semua kain songket cantik! Halus seni tenunan dan kainnya lembut =)

Itu saja kisah serba ringkas dalam bulan Oktober 2016. Aku tutup entri ini dengan random pictures yang aku snap =)

Sunrise di tempat parking kereta. Aku suka snap gambar langit terutama sunrise dan sunset. Cantik!


Fake flowers di IKEA. Pergi IKEA beli hanya dua barang tapi kena pusing satu IKEA. Macam tak biasa =D


Penanda buku baru. Love the quote =)


Thank you for reading ^-^

44 comments:

  1. Wao! Bnyk tu bku. Mek beli 4 baru habes baca 1 --' mmg boooo habeihh la. Tp sbb duk simpan nk bace nnt pantang kot.

    Skang pn gigih nk kmpul crita dlm ipad. Pn bekalan ntuk pantang. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dah siap bekalan untuk pantang haa mek. Hee. Boleh je nanti masa pantang boleh baca banyak2 buku :D

      Delete
  2. dlm byk ni yui trtrik bab cerita korea..ekekek.
    tp sgket tu mmg cntik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Yui tengok ke tak? Ke berkenan dengan mamat korea tu? πŸ˜‰ kan.. songket cantik!

      Delete
  3. Wahhh Iqa berjaya buat October wrap up, tahniah! Bab kesihatan perlu lebih perhatian.. Bila dah ada gastric ni perut sensitive.. Apa pun all the best to you.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Baru nak start buat month wrap up kak LZ :) Thank you kak doakan siqah. Insyallah, jaga diri baik2 pasni 😊

      Delete
  4. Pandai la siqah amek gambar.. cantik2 belaka.. Leh bukak kelas ni.. hahaha.. org pertama join adalah LEA.. kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Takde pandai mana pun Lea. Lea ambik gambar pun cantik jugak. Random snap je banyak πŸ™ˆπŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  5. Siqa apa khabar...Assalammualaikum.. 😊
    Cantiklah songket tu..akk suka pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC 😊

      Mana akak menghilang? Lama sangat rasa tak nampak... welcome back kak :)

      Alhamdullilah. Siqah sihat. Harap akak pun sihat jugak :)

      Delete
  6. sgt ringkas.. best tgk org ulat buku ni.. moga ulat buku tu turun kat unni sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga turun kat unni pulak simptom ulat buku. Hehe..

      Delete
  7. Wow.. Nice entry..
    X sabar nak tunggu review pasal novel Anna Lee yang lain..
    Sha aim juga tapi waiting list utk buku terlalu banyak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti siqah review pasal 2 novel Anna Lee ye. Tahu akak banyak waiting list. Akak lagi pengemar buku yang paling tegar. Banyak gila buku akak dah baca πŸ‘πŸ˜‰

      Delete
  8. banyak novel...
    bab nk menanggung keje org tu yg aduhla... mcm lama 3 bln tuh

    msti cun kalau makeup utk dinner tuh kan
    songket tu mmg cun, dpt jadi baju raya cun jgk tu dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 bulan rasa sekejap je dengan bantuan colleague yang lain. Insyallah 2 bulan lagi tinggal. Hee.

      Sesekali mekap kan kak.. nak mekap sendiri tak tahu. Hehe. Songket masa raya? Nice idea tuuuu :D

      Delete
  9. hee~ dah baca. Tunggu wrap-up November pulak bulan depan. :)

    ReplyDelete
  10. yay! fatin nampak buku Anna and the French Kiss..tak sabar nak baca review siqah pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Lambat lagi rasa nak review buku tu. Pegang pun tak lagi ni. Hehe. Btw, tq fatin for Anna and the French Kiss and idea of month wrap up 😊

      Delete
  11. wow banyaknya novel akak. selamat membaca nanti buat review lagi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. I will do review, as always πŸ˜„

      Delete
  12. Kisah Oktober yang menarik semuanya..hehehe nice idea buat month wrap ni..akak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Thank you kak Murni :) Akak pun boleh jugak kalau nak buat month wrap. Senang untuk mengingati apa yang kita dah buat in a month :)

      Delete
  13. nice wrap.. syok baca mostly part book review..in luv dgn buku so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn husna!! Suka buku! Hii. Nanti siqah buat review buku lagi. Stay tuned dear :)

      Delete
  14. banyaknye buku akak baca dalam sebulan.. kalau saya paling banyak pun 3 buku, hehe membaca memang best kan.. terima kasih follow saya,saya dah follow akak balik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bulan lepas terkecuali banyak tu. Hehe. Bulan ni satu buku tak habis lagi haa. Lambat rasa perjalanan. Hii. Terima kasih nana follow akak jugak. Salam perkenalan and keep in touch okay :)

      Delete
  15. my october wrap up... hmmm bangun pagi baca buku, sepanjang hari baca buku, tidur bergelumang buku. HAHA sedihnya ayat ni.

    Well, it happened that way. But okay lah, I managed to go hiking somewhere, eat somewhere good as well :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa okay dah tu hanis. Buku, hiking dan makan! Perfect combination! Hehe. Siqah suka kalau sepanjang hari baca buku pun. Cuma bukan buku belajar lah. Haha.

      Delete
  16. Wah. Banyak buku tu. Pinjam satu. :)
    Cik Renex bulan lepas pun kena gastrik. Nak berjalan pun rasa tak larat. Minum milo kosong baru okay sikit rasa. Jgan skip makan okay lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh nak pinjam cik renex :)
      Cik renex pun jangan skip makan jugak okay. Payah jugak bila gastrik ni. Kena elak daripada terjadi lagi. Sakit. Huu

      Delete
  17. salam kenal.. :) first time singgah blog awk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga awak :) Tq singgah dan follow siqah :)

      Delete
  18. Wah, kagumlah dengan kak siqah boleh habiskan bnyk novel dalam sebulan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan october je kot noor. Sebab entah kenapa semangat mendatang. Hehe.

      Delete
  19. macam mana chika buat gmbar semua satu size je ? chika update pakai hp jugak kan sama macam nadia .. nanti ajar chika ... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dah terbalas dalam email ye. Hihi

      Delete
  20. Waa... rajinnya baca buku banyak2 and marathon drama korea.. Dulu kita suka jugak buat mcm tu..tp now mcm dah kureng...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siqah pun ikut mood jugak nanye. Bulan lepas semangat baca buku. Bulan ni, satu buku pun tak habis lagi πŸ˜…

      Delete
  21. Banyaknya bukuuu... Dahlama tak beli buku, beli majalah pun takdan nak baca. Huhuhu...

    ReplyDelete
  22. terpana kat korean tuhh..encemm..ish3..astaghfirullah..hahaa

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。