October 11, 2016

Kanvas by Muharikah


Melihat buku ini mengingatkan aku pada buku 88 Love Life. Buku grafik yang penuh dengan kata-kata dan berunsurkan motivasi. Aku suka membaca buku yang mengandungi kata-kata motivasi kerana diri ini kadang-kadang terbuai tanpa disedari dan perlu diingatkan kembali. 

Buku ini berkisar tentang kehidupan yang diterjemahkan dalam catatan pendek yang ringkas. 

Warna warni buku ini daripada kulit buku sehingga ke helaian terakhir membuatkan aku susah berhenti daripada berterusan membacanya. Penulis berjaya menginsafi aku dengan kata-kata yang indah dan ringkas. Buku yang membawa aku turut berfikir secara mendalam walaupun nampak ringan saja sesuatu topik yang diutarakan. 

Sebahagian daripada topik itu, kita sudah sedia maklum cuma sebagai manusia, kita perlu diingatkan kembali. Tidak dinafikan.

Manusia. Ada seribu satu masalah dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Hanya satu kuncinya iaitu kembali kepada Allah. Buku ini mengingatkan kita agar sentiasa mengingati Allah dan baik sangka kepadaNya walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan kita. 

Aku kongsi beberapa kata-kata dalam buku ini untuk tatapan semua.

Cinta dan Hati

Memberi Manfaat

Kuasa Istighfar


You Are Special

Sunyi dan Be Patient

Ikhlas dan Pemalas

Menangislah dan Hikmah 

Membangunkan Jiwa


Jodoh

Pelangi Bahagia


Allah Sentiasa Bersama Kita

Doa

Positif Minda

Bersangka Baik Dengan Allah




Semoga semua yang membaca dapat mendalami catatan positif daripada buku ini. Buku ini sesuai dijadikan "buku wajib ada" untuk setiap orang. Buku yang comel dan padat dengan manfaat di dalamnya.

Catatan dari hati penulis akan turun ke hati pembaca. Terima kasih Dr. Nur Aisyah Zainordin untuk buku ini. Very inspiring!

28 comments:

  1. Yg ni pun must have sbb dia motivate. Aside dr coklat tarbiah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. betul. betul.. Both motivate kita :)

      Delete
  2. Seriyesli cantik grafik dia.
    Baca pun tak boring.
    Mengingatkan saya pada buku Cahaya Hati yg saya pernah beli dulu.
    Thanks for the information, Iqa.
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grafik yang cantik adalah salah satu sebab untuk cepat baca buku ni. Hehe. Cantik kan.tak boring..

      Cahaya Hati? Tak pernah baca pun buku tu.. nanti siqah cuba cari. Hehe.

      Welcome dear :)

      Delete
  3. wow samala sy suka buku motivasi jgk. okay boleh masuk list buku ni. thanks kak review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila masukkan dalam list. Hee. Agak2 down boleh ulang baca :D

      Delete
  4. Nampak simple je, tapi quotes tu terkesan di hati kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Simple je quote tapi termasuk pap terus dalam hati..

      Delete
  5. best la siqah...ringkas dan padat. =)
    blh la aina carik satu nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best aina.. aina belilah satu. baca dari mula sampai habis. banyak lagi input menarik dalam buku ni. Serius ringkas dan padat dan kena tetap dengan kehidupan kita :)

      Delete
  6. Buku lagiiii... Bestnye.. Cantik lak tu buku ni... Warna-warni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siqah sekarang duk baca buku pulak selang seli dengan korean drama. hihi. Ada lagi buku dah habis baca tapi tak sempat review :D

      Warna warni yang buat lagi nak baca tu. tak boring. Hehe

      Delete
  7. waaa. awak beli kt mana buku tu siqah? Very rare and inspiring~

    ReplyDelete
    Replies
    1. MPH :) Very inspiring. Aqma bolehlah beli dan baca jugak. BAnyak input menari dalam buku ni. Kecil dan padat :)

      Delete
  8. Suka baca buku macamni, tapi sekejap sangat dah habis baca huhuhu. Nice sharing! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAnnnnnnn.. sekejap je dah habis. Sekali baca terus habis haa. Tak puas rasanya.. hee. happy to share :)

      Delete
  9. Sangat bermanfaat buku ni. Nak kena cari juga.
    Gambar pertama tu macam betul-betul kena kepada diri sekarang. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus siqah scroll balik ke atas untuk lihat gambar pertama. Hee. Mengenai cinta rupanya. Harap awak dapat mendalami maksud yang diberikan. Moga semuanya berjalan lancar untuk faarihin ye :)

      Belilah buku ni. A nice book to have. Dahlah kecik je, sesuai di bawa ke mana saja :D

      Delete
  10. Baru je baca blog nia td, dia pun ada review pasa buku motivasi ni

    ReplyDelete
  11. Menarik..nak beli sayu lah nanti

    ReplyDelete
  12. Thnks 4 sharing sis..let's be more postive ! hritu nmpk tp x amik..sbb x cukup bajet..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh! Be positive please :) Nanti bila bajet cukup, boleh beli dehhh :D

      Delete
  13. Replies
    1. Betul dear. Tak puas baca, dah habis..

      Delete
  14. Did I miss this post? T____T

    Buku2 camni rasa happy nak baca sebab simple. Hehe. Ini by Muharikah like the real akak Muharikah tu eh?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes hanis. Simple buat lagi happy nak baca. Cepat habis, hehe, dengan warna warni lagi.

      Haah. The real akak Muharikah :) Siqah kenal dengan melalui buku ni nanye. Hee

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。