October 25, 2016

Majlis Konvokesyen Kak Long di UPM

Hari nie, aku ambil cuti untuk menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen Kak Long (kakak ipar) di UPM. Kak Long ambil Master of Education, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama. 

Dah kata Bahasa Melayu, sememangnya Kak Long bijak Bahasa Melayu. Kalau dia tanya grammar BM pun aku salah. Haha. 

Layan gambar terus lah ye. Cerita berdasarkan gambar =)

 
#siqahootd bersama bunga dan belon yang dibeli untuk Kak Long yang dirai. Semangat beli bunga ros warna merah. Sebab aku suka dan Kak Long pun suka. 

 
Sebenarnya, ini gambar pertama yang diambil. Bila perhati betul-betul, background tak lawa. Jenuhlah pusing sekitar dewan nak cari tempat menarik untuk ambil gambar yang takde orang. Bawah pokok jela jadinya. 

 
Atas permintaan Kak Long yang mahukan bunga segar, kami bertiga beli tiga jenis bunga segar iaitu Carnation, Red Roses, dan Orchid. Orchid siap bagi pasu haa. Harap hidup dengan subur bunga orkid itu. 

 
Love red roses =) 

 
Bunga orkid yang diharap segar sentiasa. Hee. 

Sementara menantikan majlis konvokesyen tamat, kami berjalan di sekitar dewan. Masa nie lah orang tak ramai sangat di luar. Masa kita bergambar tanpa gangguan.  

 
U.P.M 

 
Uda bersama UPM

Encik suami tanya, "Kenapa tak nak ambil gambar sorang-sorang dengan lambang UPM? Sebab setia dengan USM ke?". Haha. Tidaklah begitu. Malas je. Hee. 

 
Sarang-hae 

Masa menghampiri pukul 11.30 pagi, dan akhirnya majlis di dalam dewan selesai. Dari jauh bila kami dah nampak Kak Long, sepakat melaungkan nama "Kak Long" sampai Kak Long sampai ke tempat kami berdiri. Haha. Semangat gila! 

Seronok sambut Kak Long yang dah habis belajar. Bersusah payah untuk menghabiskan pelajaran. Macam Kak Long, jadi cikgu sepenuh masa dan belajar cara PJJ. Haih, tengok pun tak sanggup. Besar pengorbanan untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama. Dan aku tak mampu untuk menghadapinya.  
 
Tahniah Kak Long! =) 

Kami menunggu masa untuk ambil gambar di studio pengambaran. Masa aku konvo dulu, aku takde ambik pun pakej gambar ni. Punyalah malas nak tunggu. Fikir nak balik je. Boleh? Sekarang, rasa rugi sebab tiada gambar proper masa konvo. Hanya ada gambar masa terima ijazah saja. 

 
Kak Long yang comel =) 

Family Photo 
 

 

Selepas habis pengambaran di dalam studio, kami meneruskan pengambaran di padang depan dewan pulak. Hee. 

 

 

Gambar empat beradik
 
Angah (encik suami). Kcut. Kak Long. Uda. 

 

 

 
Nice =) 

Sekian saja kisah konvokesyen Kak Long. Bila pergi majlis konvo, teringat pula akan kisah majlis konvokesyen aku. Kisah aku terlupa bawa baju untuk dipakai semasa konvo. Masa sampai R&R Tapah baru teringat baju yang aku dah iron dan gantung dalam bilik. 

Sudahnya sampai Penang, terus pergi mencari baju kurung untuk aku. Beli baju kurung je, pinjam shawl kat Along. Baju itu sampai sekarang masih aku simpan cuma dah tak muat pakai. Hahaha. 

Bila tengok orang konvo, rasa macam nak ulang majlis itu. Tapi tak nak belajar, terus konvo je, boleh? Hehe. 

p/s: ada gambar diambil menggunakan DSLR encik suami, tapi nak tunggu dapat gambar dari DSLR mungkin lambat lagi, aku hanya gunakan gambar dalam phone saja (^-^)

Again,
Congrats Kak Long 。^‿^。

25 comments:

  1. Tahniah kaklong siqah! Kita pun thun dpn baru konvo :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh dah tak lama je lagi tu. Good luck athirah untuk final year =) Bestnya konvo!

      Delete
  2. Comel-comel belaka. Tahniah buat Kak Long Siqah. By the way, cantik seluar Siqah hahaha ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Seluar beli kat uptown je πŸ˜‰πŸ˜¬

      Delete
  3. cantiknya kakak, tahniah!
    kakak saya pulak convo esok, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaaa! Mazni pergi eh kakak konvo hari nie lah kan, 26 oct. tahniah untuk kakak mazni jugak =)

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Tahniah untuk Kak Long juga. Hihihi

    ReplyDelete
  5. tahniah kak long siqah..!

    bila convo nih? aiseh, sya keje upm. kalau tau, dah jemput datang bilik dah. bilik sya nih dah la penoh makanan. mmg ready nak terima tetamu. hahahahahha.

    master ok siqah. x complicated macam degree. degree wayyyyyy susah than master. phd yes! nangisss.. sila further. sya sokong sangat klw kawan-kawan nak further stdy ni. hehehe. go go siqah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konvo semalam orked! Lahhh tak tahu pulak awak kerja upm. Ingatkan kerja kat putrajaya. Haih, rugilah tak datang bilik awak. Sure langkah kanan eh. Hehe.

      Siqah ada impian je nak sambung master tapi rasa memang tak lah kot. Jauh tu nak ambik master. Mampu tengok je. Boleh camtu. Kiki

      Delete
  6. Setuju. bila tengok orang konvo teringin nak konvo lagi sekali.
    sekarang musim konvo, kat fb penuh gambar konvo. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. teringin nak konvo tapi tak nak belajar. Hehe.

      Betul tu. Sekarang musim konvo kan. Bersepah gambar konvo di mana-mana..

      Delete
  7. Walaupun guna hp biasa je tapi cantik gambo tu Siqah.....
    Tahniah Kak Long.....moga dapat mendidik anak bangsa sehingga cemerlang dan terbilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mak. Guna phone je paling senang nak upload mana-mana kan kak =)

      Delete
  8. Tak sabar dah ni nak tunggu konvo tahun depan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh final student dah awak ye syaza =) Best2. Good luck in your final year! Do your best =D

      Delete
  9. Tahniah Kak Long. Kirim salam kak long. :P

    ReplyDelete
  10. Cantik je gambar2 siqah =). Tahniah kak long siqah! Geng upm. bila tgk org konvo, rindu zaman study n tmpt study. Yela tmpt jatuh lagi di kenang, inikan pulak tmpt menuntut ilmu yedak siqah? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aina. Ingat je tempat studi. Rasa rindu nak melawat tempat studi balik =) Dulu masa studi nak kerja, sekarang rindu zaman studi tapi tak nak studi dah. Aci ke camtu? Kiki

      Delete
  11. tahniahhhh :) seronok tgk orang konvo. time mek pegi putrajaya hr tu pon rmai duk photoshoot gmbr konvo :)

    lawa ootd :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang musim konvo kan.. mana2 ada gambar konvo. Kita yang tak konvo ni, tumpang jela. Hihi.

      Hee. Tq mek :) Siqah paling suka palazo pink bunga 😍

      Delete
  12. Alhamdulillah..tahniah kaklong siqah

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。