October 11, 2016

Mesej by Anna Lee



Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar?  Berani?

Pertama kali aku mengenali penulis Anna Lee. Terpikat untuk baca hasil penulisan beliau selepas baca review mengenai novel ini. Salah satu novel yang aku beli online semasa #MyCyberSale2016 dan aku habis baca buku nie dalam masa tiga hari saja. Makanya, dah boleh agak kan best ke tak? =D

SINOPSIS

Hidup Aria menjadi huru-hara apabila rumah sewanya berhantu. Tetapi sebenarnya bukan berhantu. Pertemuan antara Aria dan Jason sangat pelik. Tidak tercapai dek akal fikiran manusia. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luar biasa. 

Aria di KL dalam tahun 2014 dapat berhubung dengan Jason di Paris dalam tahun 2004. Kisah cinta yang berunsurkan time travel yang dipisahkan oleh time frame selama 10 tahun. Satu kenyataan yang sangat payah untuk dipercayai. Namun itulah hakikatnya. Fenomena pelik dan mustahil, namun ianya terjadi. Hukum alam yang tiada sesiapa mampu menjawabnya.  


REVIEW 

I'm so in love! Interesting storyline. Menarik! Sesuatu yang luar biasa dan berbeza yang cuba disampaikan oleh Anna Lee dan dia berjaya melakukannya dengan sempurna. 

Penulisan kisah cinta yang tidak meleret, penggunaan bahasa yang santai dan teratur.

Kisah percintaan Aria dan Jason yang tidak masuk akal. Pelik tapi sweet. Akal manusia terbatas untuk memikirkan perkara seperti time-travel. Aku rasa time travel ini tidak wujud tapi itulah dikatakan novel. Hehe. Walaupun jalan cerita tak logik, masih aku baca kerana aku suka akan kelainan yang disampaikan. 

Siapa sangka lukisan di dinding yang menjadi warisan keluarga Jason menjadi perantara yang menghubungkan Aria dan Jason. My first instinct bahawa Nik dalam tahun 2014 adalah Jason dan yeayy my first instinct is true cuma tidak pernah terlintas di fikiran aku bahawa sebenarnya Nik mempunyai split-personality. Watak Nik domain daripada watak Jason. 

Bijak Anna Lee mengatur kisah pertemuan dan percintaan antara Aria, Jason, dan Nik. Jason yang sedar bahawa dia dan Aria akan terpisah selama 10 tahun. Aria yang setia menanti dan Jason yang setia mencintai. Nik yang hadir dalam hidup Aria dan mencintai Aria sepenuh hati. 

I love the cover. Bila dah habis baca, baru sedar dan faham kenapa cover novel ini begitu. Aria yang obses untuk melihat KLCC daripada rumahnya dan Jason yang tinggal di Paris dan boleh nampak Menara Eiffel daripada rumahnya. 


Novel yang membawa aku untuk tidak memperlekehkan Menara Eiffel. Aku mendengar kisah mereka yang pernah ke sana dan bila balik dari melancong ke Paris, pasti akan cakap Menara Eiffel tu biasa je, besi buruk je pun, tiada istimewa, tak cantik, dan sebagainya. 

Benar apa yang dikatakan oleh Anna Lee. Walaupun Menara Eiffel sekarang hanya besi buruk dan tak cantik dan istimewa daripada mata kasar, tapi cuba kita ingat kembali dan kaji kenapa Menara Eiffel menjadi kebanggaan Paris. Menara ini telah dibina pada 118 tahun yang lalu dan masih kekal utuh sehingga ke hari ini. Macam mana orang yang tiada ilmu pengetahuan dan teknologi, dapat membina Menara Eiffel. Pasti banyak kisah suka duka selama 118 tahun Menara Eiffel wujud. 

Jadi, kalau ada peluang, aku nak juga ke Paris. Dapat tengok sekali pun jadilah. Nak tengok Menara Eiffel pada waktu malam. Pasti cantik dengan lampu warna warni =). Simpan angan-angan :p

Seperti biasa, aku suka ambil quotes atau kata-kata yang menarik daripada setiap buku yang aku baca. 

Pilihan kata-kata daripada novel ini adalah:

"Bila kita mencintai seseorang kita tak akan memaksa dia mencintai kita. Cintailah seseorang itu seikhlasnya. Kerana cinta tak semestinya dibalas dengan cinta."

"Dunia ini penuh fantasi. Realiti kita di alam sana. So, apa yang nak dihairankan dengan fantasi. Dan dunia ini pun penuh dengan misteri. Penuh dengan kisah ghaib yang kita sendiri kadang-kadang memilih untuk tidak percaya, walau hakikatnya ghaib itu wujud. Hanya yang terpilih saja akan mengalaminya."

"Train your mind to see the good in every situation."

"The worst part of life is waiting. The best part of life is having someone worth waiting for."

"I love you. Can you please love me too?"

Bila baca kisah yang lain daripada lain, mengingatkan aku pada novel karya Ramlee Awang Murshid. Kelainan yang ditonjolkan oleh Anna Lee membuatkan aku terpikat untuk membaca semua hasil karya beliau. 

Sayangnya, novel Anna Lee sudah tiada stok di MPH. Dengan itu, aku dengan jayanya dah email Prolog Media team untuk bertanya mengenai novel Anna Lee. Aku harap aku dapat berita gembira daripada pihak di sana nanti. Fingers crossed!

Kalau korang mahukan kelainan dari segi penceritaan, boleh cuba baca novel nie. Harap korang jatuh cinta juga =)

12 comments:

  1. Siqah, bestnya. Nk buat pinjaman la. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti kawan siqah dah habis baca, siqah pos kat mek ye :)

      Delete
  2. Saya pernah menonton satu program di TV Al-Hijrah berkaitan dgn Menara Eiffel. Sebelum pembinaannya, ramai yg kata dari segi struktur ia tidak akan bertahan lama. Semasa pembinaan, arkiteknya dikecam orang sebagai gila. Selepas pembinaan, orang-orang pula merusuh di depan Menara tersebut minta dirobohkan. Tapi tengoklah, sejarah telah membuktikan bagaimana akhirnya menara itu terus bertahan dan menjadi salah satu mercu dunia paling indah ^_^

    Kisah novel ini mengingatkan saya (mengingatkan sajalah gee ni..hehehe..) pada sebuah drama English. Juga percintaan yg melibatkan time travel di rumah yang sama, dan kebun bunga yg sama. Last-last perempuan tuh bertemu jodoh dengan cucu dia.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Gee berkongsi pasal sejarah pembinaan Menara Eiffel. Yang dikatakan orang gila itu jugaklah yang membuatkan menara ni jadi mercu tanda di kota cinta Paris kan :)

      Drama apa ek Gee? Tahu tak tajuknya? dalam novel ni ada cakap yang time travel ni macam filem The Lake House. Tapi siqah tak pernah tengok filem tu..

      Delete
  3. Since you asked.. saya google 'time travel flower garden' dan hasilnya saya jumpa satu movie pernah tayang di Hallmark Channel (sekarang Diva @ 702). Cuma saya tersilap, watak utama adalah lelaki dan yg hidup in the past tuh perempuan. Tajuk movie tu The Edge of the Garden. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar tajuk macam menarik. Siqah nak cuba tengok cerita time travel. Terpikat pulak dengan tema camtu. Hehe. Thank you Gee sebab tolong google kan :)

      Delete
  4. "The worst part of life is waiting. The best part of life is having someone worth waiting for."

    Omg!..menusuk ke hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem ehem..sampai tertusuk hati nie haa :D

      Delete
  5. Wow.. Ohsem review..
    buat hati makin meronta-ronta untuk memiliki Karya Anna lee nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy to hear that kak :) Boleh akak cuba baca karya Anna Lee. Pasti akak tak menyesal :)

      Delete
  6. Uniknya! kenapalah tv3 tak ambil novel yg jalan cerita best mcm ni untuk bt drama..susah betul nk lari dari cliche...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnnnn dear!! I think the same too. Menarik kalau novel ini yang diterbitkan jadi drama. Sebab jalan cerita lain drpd lain. Tapi sekarang semuanya ikut tema. Tu yang cliche tak habis tu.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。