June 23, 2018

REVIEW NOVEL | JIKA AKU by ANNA LEE



Another book review :) Sebenarnya aku dah baca buku ni sekian lama cuma tak sempat nak buat review penuh buku ini di blog. Lupa sebenarnya. Hihi. Aku nak post gambar ini di Instagram flat lays aku @siriusiqa dan baru aku perasan yang review buku ini tiada di blog. Adoi. 

Kalau korang dah lama follow aku, rasanya korang tahu yang Anna Lee adalah antara penulis tempatan yang aku suka. Karya Anna Lee sangat berlainan dan serius, bila baca karya Anna Lee membuatkan aku rasa benchmark naik untuk penulis tempatan. 

Jika Aku - Anna Lee

Title: Jika Aku
Author: Anna Lee
Pages: 341
Publisher: Prolog Media
Publication Date: Mei 2017


SYNOPSIS


Sinopsis di kulit belakang buku

Secara ringkasnya, novel ini mengenai Teja, seorang gadis "mind reader" yang terpaksa memencilkan diri kerana tidak mahu mendengar pemikiran orang lain. Sehingga satu hari dia bertemu dengan seorang jejaka misteri bernama Maliq. 

Dan segalanya berubah buat Teja...

Dan percayalah bahawa.. Hanya Kebenaran Jalan Keluarnya. 

REVIEW


Seperti dijangka, karya Anna Lee tidak pernah menghampakan!!

Novel ini membawa kita mendalami isu mengenai "mind reader". Topik yang berlainan daripada dua novel Anna Lee bertajuk Mesej dan Hello It's Me yang aku baca sebelum ini. 

Storyline terbaik dan tidak cliche. Semestinya lah kan!! Ada plot twist ketika menghampiri ke pengakhiran novel ini yang aku rasa sangat WOW!.

Novel ini terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian 1: Lebih mengenali watak Teja dan Maliq. Masa ni berbunga-bunga hati baca kisah Teja dan Maliq 💓 

Bahagian 2: Rasa terkejut dan rasa terkilan juga bila baca bab semua ini hanya ilusi?? Aku pantang kalau baca novel atau tengok filem yang akhirnya semua adalah ilusi. Geram macam kena tipu. Tapi aku mengingatkan diri bahawa Anna Lee tidak akan hasilkan cerita yang hanya ilusi. Pasti ada cerita lain sebenarnya. 

Kebenaran itu memang menyakitkan. Tetapi hanya kebenaran akan membawa kau keluar.

Bahagian 3: Dan kebenaran telah terbongkar. Masa inilah yang aku boleh katakan plot twist terbaik telah terjadi. Kadang-kadang bila baca novel, kita dah dapat agak apa yang bakal terjadi. Tapi tidak untuk novel Jika Aku. Aku tak boleh agak perkaitan antara watak dan kejadian dalam novel ini. Bila dah baca bahagian 3, pastinya pace reading makin meningkat sebab bertambah excited nak tahu ending. Yesss!! 

Lagi membuatkan novel ini menarik apabila ada kemunculan watak Duta daripada novel Hello It's Me. Duta menjadi watak sampingan dalam novel ini. Aku suka gila dengan cara Anna Lee masukkan watak Duta dalam novel ini. Serius terbaik 👍

Jadi, kalau korang nak baca novel Jika Aku, tolong baca novel Hello It's Me terlebih dahulu. Ada babak dalam Hello It's Me yang juga ada dalam novel Jika Aku. Satu je babak dalam KTM. Masa baca part ni, aku dah rasa perghh tabik spring kat Anna Lee. Macam mana dia boleh pertemukan dua watak dalam novel berbeza. Mind-blowing!!  

Anyway, aku tak tahu sama ada wujud atau tidak sebenarnya "mind reader" cuma aku tak boleh bayangkan kalau aku ada kelebihan membaca fikiran orang lain. Dan agak seram juga kalau ada orang boleh baca fikiran aku 😱

RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★★★

Unpredictable storyline. Awesome plot twist. Ending yang sangat best dan boleh tersenyum sorang-sorang. Haha. 

Aku sangat rekomen karya Anna Lee untuk semua peminat novel tempatan. Serius best dan percayalah korang tak akan rasa rugi baca novel Anna Lee. 

Well done, Anna Lee 😍👍




Kudrat Maliq tidak mampu melumpuhkan mereka namun sekurang-kurangnya dia mampu selamatkan seseorang yang dia cintai sepenuh hati. Cintanya mungkin menimbulkan kebencian. Tetapi, memiliki rasa cinta itu sudah memadai kerana dia tidak layak dicintai oleh sesiapa pun.



24 comments:

  1. Baca review Siqah ni best sangat haha

    ReplyDelete
  2. suka novel Hello,its me, suka Duta dan jalan cite dia. Jika Aku, dah beli tapi belum baca lagi, aktiviti membaca slow sikit bulan ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim raya kan? Hihi. Nanti Tiara baca dan review okay. Jika Aku best 😍

      Delete
  3. ya, bestkan novel ni. baca cerita ni dulu, baru tahu watak Duta dan Tiya ada dalam novel sebelum ni Hello, it's me. Tapi tak pe, faham je kisah diorg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah faham je kisah dorang walau tak baca Hello It’s Me dulu. Cuma kalau baca novel tu dulu, excited lebih sikit lah. Hihi.

      Delete
  4. Nak kene beli jugak ni nampaknya.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli Lea. Lea mesti kena baca novel ni. Serius!! 😬

      Delete
  5. stress jugak kalau boleh baca fikiran orang lain nak pulak perempuan pesen overthinking :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes tepat sekali. Tu yang seram kalau orang boleh baca fikiran kita. Hehe

      Delete
  6. Wuahh! akak dah baca dulu >_< Hana dari last year lagi teringin nak baca tapi tak ada rezeki nak baca lagi haaha T^T *kalau ikutkan semua karya Anna Lee pun Hana nak borong hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan!! Karya Anna Lee memang best semua! Cerita pun tak kan sama lah. Takpe, nanti Hana baca okay. Tak kisah baca bila, asal baca 😬

      Delete
  7. Tak pernah baca satu buku pun dari Anna Lee. Pernah nampak dekat bookstore. Tapi tak sempat grab huu. Thanks for review Siqah hehe. :)

    https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/book-haul-jun.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please Ika, baca novel Anna Lee. Ika pun peminat novel macam Siqah jugak. Mesti suka novel Anna Lee. Confirm. Hihi.

      Delete
  8. ray kalau singgah sni selalunya sbb nak tgk flatlay je hehe

    ReplyDelete
  9. bestnyaaaa macam lain dari yang lain jalan cerita dia.nanti nak cari la.banyak sangat dah list ni tak beli lagi novelnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!! Nanti airah beli tau. Mesti beli tau. Hehe. Boleh beli kat Prolog Media masa dorang buat offer. Berbaloi sebab harga murah. Haa.

      Kann list novel nak beli panjang je. Tapi yang ada pun tak habis baca lagi. Hehe

      Delete
  10. nice review sis! added to my to-be-read list. nak baca banyak buku tapi sekarang dah busy takde masa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Afifah 😍 later, bila ada masa nanti boleh baca buku okay. Dahulukan mana yang penting dulu tau 😊

      Delete
  11. macam menarik novel ni Siqah. meh nak pinjam.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh jumpa Siqah bagi pinjam . Hehe

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。