August 28, 2017

HANYA KERANA AKU PERCAYA PADA PIHAK PENERBIT BUKU INI



Percaya adalah kata kunci dalam entri ini πŸ˜Š

Rasa macam tahap aku suka pada buku sangat melampau. Sehingga kan aku beli buku (bukan satu) hanya kerana aku percaya pada pihak penerbit.

Pihak penerbit yang tidak sesekali akan terbitkan buku yang tidak best!

Pelik jugak dengan diri sendiri. Biasanya kepercayaan diberikan kepada manusia, tapi aku boleh wujudkan kepercayaan juga kepada pihak penerbit buku. Hihi. (juga percaya pada beberapa jenama tudung :D)

Dan pihak penerbit yang aku maksudkan adalah PROLOG MEDIA.

Sebelum ini, aku pernah baca dua buku terbitan Prolog Media iaitu Hello It's Me dan Mesej oleh penulis Anna Lee. Aku dapat tahu yang Anna Lee ada hasilkan buku baru dan jari jemari terus gatal untuk melihat Instagram Prolog Media.

Instagram :@prologmed

Rasa menyesal bila buka Instagram Prolog Media 😏Aku bukan saja tertarik dengan buku baru Anna Lee, malah aku tertarik dengan semua buku baru terbitan Prolog Media 😍

Sebab utama aku tertarik? Mestilah sebab kulit buku yang cantik. HAHA. 

Dan satu lagi yang membuatkan aku beriya dan bersungguh nak beli buku daripada Prolog Media adalah promosi buku yang ada. Promosi seperti di bawah. Beli 3 buku dengan harga RM70 saja (Semenanjung Malaysia). 

Eh ada satu lagi sebab. Buku Prolog Media susah untuk didapati di kedai buku. Aku ada pergi Popular dan MPH tapi tak pernah nampak buku-buku terbitan Prolog Media. Tak tahulah kalau buku-buku ini hanya boleh beli secara online, pesta buku, atau terus daripada pihak Prolog Media saja. 

Tapi aku ada nampak buku Mesej di Popular. Hanya buku itu saja. 


Promosi buku



Promosi buku ini membuatkan aku tidak berfikir panjang dan terus beli enam buku daripada Prolog Media tanpa membaca review di Goodreads. Dah confirm beli, barulah buka Goodreads untuk baca review. Dan aku yakin pilihan untuk membeli semua enam buku ini adalah tepat πŸ˜€

Aku juga yakin bahawa Prolog Media tidak akan mengecewakan pembaca seperti aku yang mengharapkan kelainan dalam setiap buku oleh penulis tempatan.




Enam buku yang dibeli

Semua buku ini dibeli pada awal bulan Ogos. Tapi, HAHA, sampai ke hari ini, satu buku pun aku tak habis baca lagi. Sekarang, aku tengah baca buku Jika Aku by Anna Lee. Mesti karya Anna Lee yang aku baca dulu. Sikit lagi nak habis =)




Bila aku nak habis baca semua enam buku ini? Entahlah bila. Hihi. Aku berazam untuk membaca buku yang dibeli saja buat masa sekarang. Tolak tepi dulu E-Books.

Ada kawan blogger, Lea dan Sha, yang dah baca beberapa buku di atas dan membaca review mereka membuatkan keinginan aku untuk baca buku-buku ini semakin tinggi.

Seronok ada kawan yang boleh berkongsi mengenai aktiviti membaca kan? Share the good books πŸ˜‰

Siapa pihak penerbit buku yang korang suka? Pernah beli buku sebab percaya pada pihak penerbit ke? ^_^ 

48 comments:

  1. wahhh.beli enam terus,bagusnya siqah boleh habiskan banyak buku,irda dah lama tak baca buku.busy memanjang,tapi kulit buku memang nampak menarik lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Haah kulit buku menarik kan :D

      Delete
  2. Hello, Jika Aku dengan Infiniti tak baca lagi. buku Prolog memang best! lain daripada yg lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn!! Siqah suka dah PrologMed. Best2. Dah habis baca Jika AKu (best!!) Sekarang tengah baca Rooftop, menarik jugak jalan ceritanya.

      Delete
  3. takpe dik minat beli buku, biar pun novel...
    membaca tu kn hobi yg sgt bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii Betul kak. Daripada novel pun dapat gak something good. Tak semestinya buku ilmiah je kan :)

      Delete
  4. Opssss 2 buah buku ada dalam senarai lea.. X sabar nk beli.. Tapi biarlah dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habiskan baca buku yang ada dulu Lea. Please jangan jadi macam Siqah :D

      Delete
  5. Saya pun ada penerbit yang saya suka. Jemari Seni. Selalu usha tengok diaorang ada keluar buku baru tak especially buku my favourite authors :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pernah dengar Jemari Seni. Btw, siapa fav authors Farah? :)

      Delete
  6. Sha juga suka semua buku prolog media.. Tgh aim Nadi.. Selain itu, sha juga suka terbitan Buku Prima.. Seramnya terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak baca lagi Nadi. Ramai cakap Nadi best kan. Haa perasan Sha suka baca buku seram. Hii Siqah dah tolak tepi dulu dah cerita seram ni. Hihi

      Delete
  7. Penasaran dengan Rooftop. Ramai kawan malaysia yang share pasal novel ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. currently reading Rooftop. Menarik kisahnya. Lain daripada lain :)

      Delete
  8. Menarik buku yang dibeli tue..klau nd la baca xtau bpe lma boleh khatam..dok sbuk ngn ank..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Takpelah. Jaga anak perlu diutamakan. Mungkin anak dah besar sikit nanti, Nadia boleh baca buku :)

      Delete
  9. Jarang dah beli buku sejak beranak ni... Berabuk buku kalau beli... Tak penah tengok sapa penerbit sapa penulis... Tengok tajuk dengan summary... Macam best layan... Nampak sangat bukan jiwa penulis... Hiii...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/29/pengalaman-puan-hanisah-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Bab berabuk tu payah gak :D

      TQ singgah sini Paah. Siqah terjah blog Paah nanti ye :)

      Delete
  10. Yes.. saya pun ada peel macam tu...Selain tu saya percaya kat kebolehan author juga..Kalau karya dia best, yang lain mesti best juga, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kannnn! Biasa author yang kita gemar, mesti akan dibaca novel mereka dan pasti kita suka. Hii

      Delete
  11. bagus siqah teruskan membaca. mek punya wishlist untuk baca buku ni dah tergadai. mungkin sebab kekangan masa. bayangkan, draf entry jam 3pg. sbb time tu je bleh taip entry tnpa ank tekan keyboard sama :) so, boleh bayang tak bila masa nk baca buku. aiyakk.
    mek baca review siqah aje la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebatnya Mek! Masih mampu nak draf entry pukul 3 pagi. Inilah baru dinamakan blogger berjaya. Nak ikut jejah mek macam tak boleh kul 3 pagi masih berjaga πŸ˜… Meh meh baca review buku daripada Siqah eh. Hee

      Delete
  12. sha dah lama tglkan dunia buku/novel, skg lbh kpada mbaca blog org haha..kontent ttp sama
    www.opzzpinky.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Baca blog pun seronok kan Sha. Pelbagai orang pelbagai cerita. Boleh digabungkan jadi satu novel jugak tu. hehe.

      Delete
  13. Tabik spring lah dengan siqah. Sekali 6 buku dia beli. Harap dapat habiskan semuanya secepat mungkin. Hehe. Ana pun byk x baca lagi ni. Ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Gila kuasa namanya ni Ana πŸ™ˆ Hee, jom Ana kita sama2 habiskan baca buku yang dibeli :D

      Delete
  14. Setuju point akak pihak penerbit takkan terbit buku yang tak best!

    Setiap buku mesti ada citarasa karya tersendiri πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Betul2. Tapi, haha, nak jugak tapi boleh? Akak tak percaya dah novel terbitan Kaki Novel. Banyak sangat sampai tak tahulah mana yang best. Akak akan beli kalau mana yang author akak suka je :)

      Setuju dengan Shaf. Setiap buku pasti ada citarasa sendiri 😊 barulah tak dikatakan copy paste, ye dak? Hee

      Delete
  15. Gatal hati cam nak beli juga. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu dah Eyqa nak beli buku mana tu. hehe

      Delete
  16. saya juga minat membaca..namun membaca buku ilmiah yang kurang digemari oleh ramai..

    sekarang baru saya tahu mengapa admin blog memiliki keupayaan menulis yang cukup hebat..

    banyak membaca..

    saya pun terinspirasi untuk membawa buku lebih banyak lagi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus awak suka baca buku ilmiah. Saya banyak baca buku fiction je πŸ˜… Baca buku best! Mari tingkatkan usaha membaca ye.

      Delete
  17. Dah lama tak beli buku2.huu. dulu suka beli buku dari Fixi,terfaktab dan Lejen Press. Sekarang dah kurang beli sbb tak terbace.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa Hanis ada cakap jugak pasal Lejen Press. Siqah tak tengok lagi. Siqah berkenan jugak dengan buku Terfaktab tapi tue lah, masih tak beli2. Best ke Kitab Terfaktab tu?

      Delete
  18. Suka betul sis tengok koleksi buku Siqah..

    ReplyDelete
  19. Yang penting ada koleksinya dulu...
    Nak beli jugak la

    ReplyDelete
  20. Why do I just discover your blog?? Jelesnya banyak gila gambar cantik-cantik. You're very talented in photography. Teach me pleaseee XD.

    Honestly, Prolog Medialah satu-satunya penerbit yang tak kiralah buku apa dorang publish, confirm akan beli. Dah tak fikir, terus beli sebab dah confirm best. Prolog Media tak terima sembarangan manuskrip, sebab tu gempak buku2 dorang. Untuk yang fikir nak beli ke tak tu, tak payahlah fikir lagi. Grab terus sebelum habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Husna :)
      Welcome to my blog 😍

      TQ so much for your compliment about my photos πŸ™ˆπŸ˜ Siqah biasa je in photoGraphy. Banyak try error jugak nanye. Hehe. Nak ajar mana yang siqah tahu, boleh je :D

      Ooo patutlah PrologMed buku2 nya semua best. Sebab memang pilih manuskrip kan. Baguslah camtu. Barulah takde lambakan novel stereotaip kat pasaran. Huhu.

      Serius best! Siqah baru baca 2 buku je pun. Hii. Best. Jalan cerita lain drpd lain.

      Delete
  21. Hi..
    Pertama kali singgah dlm blog adik krn mencari gmbr novel dua keluaran prolog media..
    It amazing blog..
    Cantik.. Suasana yg menarik,
    Gmbr cantik.. Pndai adik amik gmbr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak Ayu :)
      Terima kasih singgah blog Siqah :) Dan terima kasih juga suka gambar Siqah ambil. Biasa je kak, try and error. Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。