October 23, 2017

REVIEW NOVEL | DUA by EMA DEESYIAQIS



Aku baru beli novel ni di Prolog Media minggu lepas. Sesungguhnya aku terpikat dengan novel ni sebab kulit muka buku yang cantik. Gatal tangan tertengok pula Instagram pihak penerbit yang aku sangat percaya dan terus terlajak beli dua novel baru yang sedang dalam promosi minggu lepas. 

Baru je habis baca semalam dan rasa macam rajin pula nak menaip review novel ni. Hihi. Semangat update blog yang ada tidak boleh dipersiakan. Sebab entah bila semangat rajin itu datang lagi 😅

SINOPSIS


Kulit muka buku belakang untuk sinopsis.
Baca sinopsis dan buat aku lebih tertarik untuk baca novel ini. 


REVIEW


Pilihan aku adalah tepat. Pilihan untuk mempercayai Prolog Media. Hihi. 

Plot cerita yang menarik dan meninggalkan pembaca dengan penuh tanda tanya. Sambil membaca sambil aku berfikir apa yang terjadi sebenarnya. Tak tercapai dek akal fikiran.

Bagaimana Noura boleh berada di Finland ketika dia bermimpi? Bagaimana dia boleh bertemu Vesa dan selepas terjaga dari mimpi, ada bukti yang menunjukkan itu semua bukan mimpi. 

Aku teruskan pembacaan. Baca dan baca lagi. Bertambah pening bila Vesa pula boleh datang ke Malaysia semasa dia bermimpi. Dah pulak, kenapa dengan mimpi je ni? 

Apakah punca kejadian ini berlaku? Ada juga diterangkan mengenai dimensi ke-4 iaitu ruang dan waktu tapi sumpah aku tak faham. Haha. Bab fizik tolonglah jangan bagi kat aku. Ajarlah berkali-kali pun, aku tetap bengap bab fizik. Serius aku mengaku. Haha. 

Dan akhirnya punca kejadian terbongkar juga. Sungguh tidak disangka bahawa itulah punca sebenar kejadian mimpi yang berlaku pada Noura dan Vesa. 

Semuanya bermula dengan sepasang cincin meteor yang diberi nama Cincin Two Soul. Sepasang cincin Two Soul yang mempunyai kuasa magis. Rekaan yang unik tanpa mengubah serpihan batu meteor telah menjadikan Two Soul adalah cincin meteor yang menjadi rebutan. 

Dream Soul + True Soul = Two Soul 

Plot cerita menjadi semakin menarik apabila Vesa benar-benar dalam dunia realiti datang ke Malaysia untuk menjejaki Jardi (sepupu Vesa) yang ingin mendapatkan satu cincin Two Soul daripada Noura. 

Semakin bersemangat baca bab ni kerana Vesa dan Noura juga bakal bertemu dalam dunia realiti buat pertama kali. Fuhh! Ini yang aku tunggu sebenarnya. Mesti sweet. Haha. 

Aku juga suka dengan kisah di sebalik cincin Two Soul. Melibatkan ayah Vesa dan bakal isterinya, Arianna dan agama Islam. 

Ending novel ni best gila!! Wahhh berbunga-bunga hati ini 😍 Aku tersenyum sendiri. Tak sangka di akhir cerita, ada juga diselitkan kisah romantik :D

Bagaimanakah pengakhiran cerita ini? Berjayakah Vesa menumpaskan Jardi? Bagaimana cara yang digunakan untuk menumpaskan Jardi. Apa lagi kuasa magis cincin Two Soul? 

Korang nak tahu apa yang berlaku? Sila baca novel ini. Korang tak akan menyesal baca. 

Cuma dalam novel ni, ada bab meteor, langit, galaksi, wormhole yang bila baca pun sumpah tak faham. Korang boleh skip part tu. Tapi tak payahlah skip. Bacalah, penat penulis bagi info berguna dalam novel beliau. Aku tetap baca walau tak berapa faham. Hihi. 

Aku menutup novel ini di akhir pembacaan dengan hati yang puas dan senyuman terukir di bibir. Muahaha. 

Satu lagi yang menarik dalam novel ini adalah ayat Al-Quran terjemahan sebagai permulaan setiap bab. Ada 32 bab dalam novel ni jadi ada 32 ayat Al-Quran terjemahan yang diselitkan bersama dan kebanyakannya berkaitan alam semesta. 

"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main." (Al-Quran, surah Al-Anbiya, ayat 16)

"Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata.. ." (Al-Quran, surah Qaf, ayat 7)

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (Al-Quran, surah  Al-Anbiyaa', ayat 33)

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Quran, surah An-Nahl, ayat 18)

RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★★

Bagi pencinta buku yang inginkan kelainan, aku syorkan baca novel ini. Kisah cinta hanya di akhir cerita saja. Tidaklah melarat sampai rasa meluat. Hihi. Plot cerita yang berbeza dan tiada lagi dalam pasaran Malaysia.

Aku tumpang gembira dengan penulis tempatan yang sudah mula menghasilkan novel yang mempunyai jalan cerita yang boleh lari dari kisah cinta cliche

Well done, Ema and good luck for your next novel 👍


29 comments:

  1. Based on the review, macam best je novel ni. I have a curious question, kenapa nama novel ni Dua ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua - mungkin merujuk kepada cincin Two Soul :)

      Delete
  2. Menarik. Masuk dalam list juga la. Hihihi

    ReplyDelete
  3. wowwww dimensi lain! mula2 baca terbayang inception dah. menarik pulak novel melayu akhir2 ni. hahaha i mean novel selain novel cinta yg biasanya diadaptasi ke drama tuu :D mungkin sebab kite tak selalu baca novel sbnrnya ni hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel melayu terbitan Prolog Media best. Cerita setakat ni tak cliche lah. Terima kasih sangat ada juga penulis tempatan yang menghasilkan buku genre camni. Menarik nak baca. Cubalah hanis baca nanti. Hehe

      Delete
  4. Muka depan pun dah buat kita tertanya-tanya. Jarang jumpa design cover buku macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann! Design cover buku ni cantik! Buat orang terpikat :D

      Delete
  5. Jalan cerita unik novel ini. Kak Siqah suka baca novel Fixi tak. Cerita novel keluaran mereka best best juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Fixi akak baru baca semua buku daripada Nadia Khan je. Buku Fixi lain ada dah beli tapi tak sempat baca lagi. Hehe.

      Delete
  6. nak juga jadikan novel prologmed ni sebagai koleksi.. :)

    ReplyDelete
  7. Fiksyen type ke kak bukunya? Macam menarik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Ira. Buku fiksyen. Menarik buku ni, serius. Hihi

      Delete
  8. review siqah nampak macam menarik novel ni...

    ReplyDelete
  9. Wow mama mmg suka cerita luar kebiasaanya mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Baru tak boring nak baca.. hehe

      Delete
  10. cover cantik, sinopsis pun best. teringin pulak nak dapatkan buku nie. BV suka buku genre ala2 realiti fantasi macam nie. rasanya kat popular ada tak jual??

    bila baca review nie nak pulak beli. hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure ada ke tak kat Popular. Hihi< Sebab Siqah beli buku terbitan Prolog terus daripada Prolog Med kat IG :D

      best buku ni. cUbalah beli dan baca :D

      Delete
  11. Menarik jalan cerita buku ni.
    Kita sama la siqah, bab Fizik2 jangan la citer kat reen.terus pening.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan!! tak boleh hadam lah kalau bab fizik. Rasa sungguh tak pandai diri ini untuk nak faham fizik. Hihi.

      Delete
  12. Hakak ni bukan kaki novel so mmg tak layanlah kan novel novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mesti layan drama Melayu eh? :D

      Delete
  13. haa..menarik novel ni lain daripada novel yang sedia ada. nampaknya macam akak pun nak beli juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak. Jalan cerita novel ni memang lain daripada lain :D

      Delete
  14. teringin pula nak beli,cover cantik hehe

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。