August 07, 2017

JULY 2017 WRAP UP




Hello semua ~ Apa khabar? Sihat ke? Dah lama tak jenguk kalian semua 😐

Sebagai permulaan untuk bulan Ogos 2017, entri pertama aku up adalah mengenai July Wrap Up. Masa tengah semangat berkobar update blog dulu, entri Month Wrap Up adalah entri pertama untuk setiap bulan. 

Aku nak mulakan kembali dalam bulan Ogos ini supaya mood blogging kembali seperti dulu. Sungguh dan benar sekali aku cemburu tau tengok rakan blogger yang asyik update blog. Sekali lagi, aku ucapkan tahniah buat anda semua πŸ‘πŸ˜Š

Sebelum aku melalut lebih panjang, hihi, mari aku nak cerita serba sedikit mengenai kehidupan aku dalam bulan Julai 2017. Rasanya bulan Julai 2017 adalah bulan yang agak sibuk buat aku. 


PERSONAL 


1. Work Achievement. Alhamdullilah. I got a certificate of achievement for Value Champ Award - Trustworthy. Terima kasih semestinya kepada manager dan my team. Tanpa korang, siapalah aku. Dah 7 tahun kerja bersama, rasa nak kekal selamanya begitu. Tapi apakan daya, mungkin keselesaan kerja bersama akan berubah satu hari nanti. Mungkin. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kami semua. 


Again, thank you. 


2. Goodreads Reading Challenge. Topik ni lagi? Hihi. Bulan lepas cakap pasal cabaran Goodreads, bulan ni pun sama jugak. Hidup tak boleh lari daripada buku nampaknya. Korang pun dah tahu kan? Hihi. 

Disebabkan aku sudah lengkapkan cabaran Goodreads bulan lepas, maka dalam bulan Julai, aku upgrade jumlah buku dalam cabaran ini menjadi 40 buku. Dan saat entri ini ditulis, aku sekali lagi telah lengkapkan Goodreads Reading Challenge dengan telah membaca 45 buku. 

Nak ubah kepada angka berapa agaknya lepas ni? Mungkin 70 buku? Macam tak yakin pulak mampu habiskan dalam tahun 2017. Hmm, tapi dah nama pun cabaran kan? 




3. Pengalaman aku dikunci di luar rumah oleh suami tersayang, tercinta, dan segala-galanya hanya dia. Haha. Sikit punya panjang haa. Kalau ada yang belum baca, boleh baca kisah aku yang mengharukan tapi tak sampai hati nak marah dalam entri >> A True Story - I've Been Locked Out Of House by My Husband. 

4. Balik kampung. Ooo balik kampung (korang sambung nyanyi please :D). Alhamdullilah. Aku dan suami berpeluang juga untuk balik kampung sempena hari raya dan kenduri kahwin sepupu aku. Walaupun hanya sebentar (tak dapat tidur malam sebab suami kerja pada hari Ahad). Sekejap pun jadilah, asalkan dapat bertemu saudara mara di sana. 

Terkilan juga bila tak dapat tidur satu malam di rumah Atuk. Dahlah jarang balik, bila balik sesekali, boleh pulak balik hari. Aduhai. Nak buat macam mana, suami aku kalau dah sibuk tu, memanjang aje sibuknya. Sis redha ~ 😊

Sebahagian daripada keluarga besar Ali

Kalau balik kampung, aku mesti ambil gambar kat jalan raya di antara rumah Atuk dan sungai. Port wajib ambil gambar :D 


5. Outing alone. Dah lama aku tak keluar sorang, jalan-jalan seorang diri, pergi kedai buku (pasti), masuk segala kedai lain yang terpikat (tak beli, window shopping je), dan akhir sekali, pergi lepak makan di kafe. 

Pada 24 Julai 2017, aku buat juga aktiviti yang aku selalu lakukan sebelum kahwin, outing alone. Mall yang aku pilih pada hari itu adalah AEON Mall Shah Alam. Sebab utama, nak makan sotong goreng di AEON. Sedap sangat weii!! Sebab sotong je? Haha. Mudah terhibur dan mudah lapar 😜

La Boheme Cafe.
Makanan biasa juga ni untuk aku: Spaghetti dan Latte.
Mungkin sebab aku dah kenyang makan sotong goreng, spaghetti rasanya biasa saja dan tak habis pun makan.
Latte sedap <3

6. Company Event in Pulau Tioman. Pada 28 July - 30 July, aku ke Pulau Tioman untuk sertai satu company event di sana. Company event + short vacay. Barulah namanya menyelam sambil minum air πŸ˜† Pergi sana in group tau. Empat orang dalam satu group. 

Group aku diberi nama Sunburn. Haha. Kami berempat (Aku, Nadiah, Syira, dan Maza) for sure balik pada hari Ahad dengan muka yang gelap. Baru sesuai dengan nama group ye tak? Kami redha. Hihi. Aku akan cerita details mengenai event ini dalam entri lain nanti. Insyallah akan aku cerita dalam bulan Ogos juga. Tak boleh tabur janji manis sekarang πŸ˜…

Bagi gambar jela dulu dalam entri ini ye =) 

TAR GO GO 3.
Sebenarnya, aku pun tak tahu apa maksud TAR GO GO. Hihi.

Laut. Pantai. Hijau alam. Biru langit. Awan cantik.
Perfect <3 


READING


7. Pecah rekod beb! Pecah rekod! Haha. Semangat membaca tetiba naik mendadak dalam bulan lepas. Ketinggian bukan setakat Petronas Twin Tower, tapi dah sampai ke paras ketinggian Burj Khalifa. Amboi melampau. Hihi. 

Lagipun aku dalam mood blogging slump dan writer's block. Makanya, membaca jela kerja aku. 

Aku gunakan masa dalam bulan Julai dengan membaca 15 buku. Wow! Haha. Boleh tak nak bangga dengan pencapaian diri? Walaupun sebenarnya, 7 daripada jumlah buku tersebut adalah buku quote dan cerita pendek saja. Bolehlah, asal buku, ye dok? πŸ˜‚

Senarai buku yang aku baca dalam bulan lepas adalah seperti gambar di bawah. Senarai buku mudah diberi tapi review buku susah dibuat sekarang. Aku hanya  buat review buku untuk This Book Loves You

Boleh baca review pendek mengenai buku yang lain di akaun Goodreads aku, @siqahiqa . Siapa ada akaun Goodreads, jom kita jadi kawan kat sana jugak! Jom! Jom! 😍


Coklat Tarbiah 2 - 4/5
Empty - 5/5
Sepandai-Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Kena Tembak - 4/5

Stay With Me - 4/5
Neon Soul: A Collection of Poetry and Prose - 4/5
Love in my Language - 4/5
Love & Misadventure - 3/5
Lullabies - 4/5
14,000 things to be happy about - 3/5
This Book Loves You - 3/5
Before I Go - 4/5

All Nadia Khan's Novel
Kelabu - 4/5
Pakar - 4/5
Gantung - 4/5
Gantung 2 - 4/5

Aku baca semua buku Nadia Khan dengan menggunakan aplikasi E-Sentral. Korang boleh baca entri aku mengenai E-Sentral dan cara nak beli E-Books online dalam entri >> Cara Beli Online Buku Fixi dan Novel Dalam Format E-Book


WATCHING


8. Ketiga-tiga drama Korea yang aku tengok sudah melabuhkan tirainya. Habis serentak pulak tu. Drama bertajuk Fight For My Way, Suspicious Partner, dan The Ruler: Owner of the Mask. Semua drama ni best! Aku rekomen πŸ‘

Selepas habis tiga drama itu, aku tak tahu nak tengok drama apa nanye. Makanya, mengikut kata hati, aku tengok drama Signal yang bersiaran tahun lepas. Dan fuhh, stuck pulak! Best! Kisah penyiasatan. Lain daripada lain kisahnya. Aku suka! Tambah lagi bila ada Kim Min Kyu, walaupun hanya sebagai tukang kemas balai polis. Hihi.

Screenshot daripada my instastory

Just start watching, School 2017 dan Criminal Minds. School 2017 cerita budak sekolah. Tengok tajuk pun dah tahu kan? Hihi. Comel cerita ni. Tak pernah nampak semua pelakon yang jadi budak sekolah dalam drama ni tapi semua pandai berlakon dan comel!




Criminal Minds - kisah penyiasatan lagi. Hihi. Adaptasi daripada Criminal Minds US. Aku tak tengok Criminal Minds US jadi takdelah kisah sangat nak bandingkan cerita ke apa. Semua pelakon dalam Criminal Minds best jugak! 

Screenshot daripada my instastory




RANDOM PICTURES


Sudah sampai di penghujung entri Wrap Up. Macam pendek je pulak rasanya. Kenapa aku rasa kehidupan dalam bulan Julai sangat sibuk. Setiap minggu ada saja aktiviti. Tapi kenapa entri wrap up macam pendek je. 

Takpelah. Cerita mana yang aku ingat je nanye ni. Hihi. 

Seperti biasa (bukan sekian kali) , aku nak berkongsi gambar yang telah diambil dalam bulan Julai. Macam biasa jugak lah, gambar langit je 😍 







Awan bukan nano

Federal Highway.
Gigih juga random snap gambar.
Masa ni, jalan sesak. Kereta gerak slow and steady. 

Pada hari gambar ini diambil, aku balik awal sebenarnya, sebelum jam 7 pm.
Aku jenis duduk sebentar dalam kereta sebab konon nak panaskan enjin.
Sambil tu, aku baca e-books. Khusyuk baca sampai langit dah bertukar warna baru aku gerak balik.
Berhenti sekejap untuk ambil gambar. Gambar ini diambil dari tempat parking kereta :D


Yeayy! Berjaya siapkan entri pertama dalam bulan Ogos πŸ‘ Fuhh, berpeluh rasa nak siapkan satu entri.

Okay. Okay. Berpeluh sebab panas pulak rasa pagi begini. Patut sejuk. Baru aku perasan yang aku tak switch on kipas. LOL.

How was your July? Any exciting moments to share? ^_^


54 comments:

  1. Allahuakbar.. Suka sangat baca entry wrap up siqah setiap bulan... Menarik dan best dibaca.. Tahniah dapat habiskan cabaran goodreads.. Lea masih stuck kat situ jugak.. Haha!! Tahniah jugak untuk award yang siqah dapat tu.. Teruskan perjuangan mu wahai teman.. Cewaaahh.. Pape pun, gambar langit paling ohsem abad ini.. Hiks.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lea for your sweet words <3 Terima kasih sebab suka baca entri wrap up Siqah. Makin semangat nak buat wrap up tiap bulan ni. Hihi. Eh eh Lea pun banyak membaca sekarang. Nampak asyik update je Goodreads. Hii. InsyAllah akan berjuang habis2an. Haha. Random snap gambar langit yang sentiasa cantik kan <3

      Delete
  2. Hi Siqah, long time no see hehe.

    Banyak betul aktiviti Siqah for Julai ye, looking forward for a brighter August :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lya. Memang lama tak nampak Lya. Hihi.

      InsyAllah. Harap August pun baik2 saja hendaknya. AMin :)

      Delete
  3. Lawonya sunset (:

    Singgah dari https://aimisyafiqah.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa ciptaan ALlah. Kita suka snap je jadikan kenangan ;)

      Delete
  4. I've always heard only good reviews about Signal but I still have no chance to watch it yet. Hye soo is so cool. #Girl crush

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah bolehlah Rasya tengok SIgnal lepas ni. Hihi. Signal best. Serius best! <3

      Delete
  5. tahniah untuk work achievement tu! Bukan senang nak dapat. Kena betul2 komited & dedikasi tinggi. Teringin jugak nak buat goodreads tapi buku dekat rumah pun tak habis baca lagi. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Farhana. ALhamdullilah rezeki dalam kerja :) Hihi. Boleh lah start baca buku kat rumah pulak. Hihi. Nanti kalau buat Goodreads, add Siqah tau :D

      Delete
  6. Hahaha siqag dikunci dari luar...saya dikurung dalam bilik air oleh yaya...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr dalam bilik air. Hihi LOL. Lawak kan bila dikenang balik. Hihi

      Delete
  7. School 2017 tu tengah tayang kat TV kan? Haha kita teringin nak tengok Kdrama, tapi mood kelaut... rasa macam tgh puasa Korea skrg. Haha.

    Tahniah Siqah, for the award! Keep on doing good job! More awards to go, insyAllah :D

    Nak gila tgk 40 buku dalam goodreads Siqah ni T____T hahaha hebat sangat :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah School 2017 tengah tayang kat TV. Hii. Haha takpe Hanis, Drama Korea bila ada mood baru boleh nak tengok. Baru syok gak nak tengok. Hihi. Puasa Korea pun boleh. Haha.

      InsyAllah! Thank you Hanis :)

      Hahaha. Banyak buku poem je tu Hanis. Buku pendek senang nak habis baca. Hihi. Takde hebat eh :D

      Delete
  8. Tahniah kak for achievement for Value Champ Award - Trustworthy. Btw sy dah baca entry yg akak terkunci tue.. tergelak juga walaupun rasa kasihan pun ada.. apapun pengalaman juga tue,, walaupun akak jarang update entry.. once dah update mcm2 crita yg kuar haha ^^ .. keep on reading and blogging.. last but not least jeles dgn pic yg akak ambik hahaha semuanya lawa benor ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nurul :) Haha sure pengalaman "terindah" kena kunci tu haa. Bila ingat balik, lawak gak nanye. Hihi.
      Haha. Cerita simpan lama ni Nurul, sesekali baru nak bawak kuar haa, update serentak. Kiki. Thank you Nurul for your wish. Akak akan berterusan reading dan blogging, tambah lagi ada supporter macam Nurul <3 Haah, tak payah jeles lah. Langit Allah sedia cantik, akak random snap je, tengah drive pun jadi (jgn tiru perangai ini :p)

      Delete
  9. Replies
    1. Thank you Adawiyah. Boleh baca entri Siqah mengenai blog template. mana tahu ada yang berkenan nanti :)

      Delete
  10. ala selalu tengok Criminal Minds dekat website yg den selalu visit sebelah mata je, tapi kenapa kat bloq Siqah nampak best hahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tandanya Faten kena tengoklah tu :D

      Delete
  11. Tahniah Siqah kerana berjaya dalam kerjaya awak..semoga awak sentiasa sukses dalam kehidupan..walaupun awak x dapat update hari2 tapi akak jeles dgn awak tau..sebab tahun nie awak dah baca banyak buku, even more than myself...hihi..anyway big congrats to u sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Shikin :) Akak pun suka membaca jugak kan, takpe kak. Membaca bila ada kelapangan masa, ada lebih masa nanti, akak boleh baca dan potong terus jumlah buku SIqah baca. Hihi. Terima kasih kak dan suka Siqah dengar bila ada orang suka membaca jugak :)

      Delete
  12. biasa buat Wrap Up kat IG je, tak pernah buat lagi kat blog. congrats for you GR Challenge! my challenge is 30, sama dengan tahun lepas. baru exceed to 41 books. and yes Signal is awesome. School 2017 ngan Criminal Minds tu nak tengok bila dah complete. tak senang duduk kalau tak complete lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana buat wrap up kat IG? Hii. Lepas ni boleh Farhana buat wrap up kat blog pulak :) Congrats for your GR challenge too! Banyak dah lebih tu. hehe.

      Kalau bab drama Korea, agak tak senang duduk jugak nak tunggu next week. Hehe.

      Delete
  13. salam siqah. lama tak singgah sini. tahniah for the achievment

    ReplyDelete
  14. This entry totally makes my jaw drops.. Macam amna boleh habiskan buku sebegitu banyak. Ya Allah.. tak habis lagi hairan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Banyak buku poem je tu Jasmi. Buku poem sekejap je baca :D

      Delete
  15. Sekarang KDrama yang Mrs. A tengah addicted The King In love cer le tengok.
    Satu lagi Reunited Worlds.
    Haish! Kpop sangat pulak bunyinyer hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. K Pop sangat :D
      Siqah tak tengok King In Love sebab hihi, tak berkenan dengan pelakonnya.
      Reunited Worlds cam menarik. Masuk dalam list jugak drama tu. hii

      Delete
  16. besnya... first time singgah kat blog ni =) salam kenai... jap nak folo
    terpaku dengan gambaq-gambaq ja... menarik sangat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sanisah singgah dan follow blog Siqah :) Gambar biasa je, anyway thank you jugak :)

      Delete
  17. jelesnye tgk..byk aktiviti bulan lepas Siqah..anyway congrates..mari maju lahi ke hadapan dalam bulan-bulan seterusnya..insyaAllah 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah. Terima kasih Raihana 😊

      Delete
  18. Alhamdulillah tahniah di atas anugerah yg diterima. confirm terasa berbaloi sangat berhempas pulas selama 7 tahun tu ya. hehe.

    part balik kampung tu samalah. mesti ada port2 penting yg suka bergambar kan. penting+cantik


    siqa dengan buku mmg tidak boleh dipisahkan. teruskan membaca siqa tanpa jemu dan lelah. insyaallah nak cuba ikut jenak langkah siqa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Alhamdullilah. Tahu takpe, 7 tahun itu sangatlah lama. Hehe.

      Kannn! Balik kampung dan mesti ada port bergambar. Kat situ jela gambar raya biasanya. Hehe.

      Hii. Semoga Nadhie ada juga semangat membaca. Siqah syorkan pada mulanya baca buku yang nipis dan ikut genre yang Nadhie minat. Berterusan nanti hendaknya :)

      Delete
  19. I am very impressed with your accomplishments Siqah..
    Bravo!

    ReplyDelete
  20. tahniah for the achievement award! tak sabar balik mesia nak cari buku gantung2,minat sgt dgn nedo khan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Amira! Buku Gantung 2 boleh beli ebook je. Siqah baca ebook je. Best!! Dan siqah pun dah minat NK :D

      Delete
  21. Ok lah tue yank atleast tak adalah blogging slump sgt awak nie . Ada jugak entri baru. Cuba awak singgah blog saya lagiiiii blogging slump saya tahu hihi

    Congratzzzz baca 40 buku dgn jayanya . Anddd saya pun tgk criminal mind tue best !!!! And school 2017 tue mmg comel tapi saya tgk episode satu je lepas tue tertido lepas tue tak sambung dah. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu with no new post bagi saya dah blogging slump dah. Hihi.
      Haha School 2017 rasanya bila dah makin banyak episod baru comel lagi rasanya. Hihi. Criminal mind serius best!!

      Delete
  22. banyak achievements tue..congrats Siqah

    ReplyDelete
  23. Seperti biasa teruja dengan bilangan buku yang dibaca oleh Siqah. 😁😊

    Reen sekarang tengah nk layan drama noble my love. Bru tgk gitu2 jer.hrap menarik lah.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Siqah dengan buku jela CR. Hihi :D

      Noble my love, beriya siqah google tau. Haha. Hero yang berlakon cerita My Secret Romance kan. Cerita tu romantik agaknya, hihi.

      Delete
  24. First , tahniah akak dapat anugerah :D ;D

    Memang akak dan buku tak leh pisah, dan selalu buat sy kagum dgn kak, dan setiap kali baca entri akak challenge reading tu selalu buat sy nak buat challenge jugakkk, yeahhh lepas ni nak try lahh buat. Doakan sy kak moga kuat mcm akak jugak :'D

    Wahhh, School 2017 masuk dalam list sy jugak kak tapi tak rajin nak layan lagi haha nak marathon habis Running Man dulu ni dah lama tinggal hehe.

    Btw, kemasnyaaa blog akak sebab takda sidebar kat tepi lagi nampak luas mata untuk membaca entri akak yang tak pernah bosan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shaf :)

      Yeayy! InsyAllah boleh Shaf. Kena kuatkan semangat, hii, dan Shaf cuba baca dulu buku yang nipis daripada genre yang Shaf suka. Lama-lama nanti okaylah :)

      Rajinnya Shaf tengok Running Man. Akak dah lama dah tak tengok. Memang tak tengok dah latest episod sekarang sejak tukar director tue. Selamat menonton dan bergelak tawa Shaf :D

      Thank you kepada owner template akak. Hihi. Kebetulan masa tengah cari new template, ternampak template ni. Akak pilih pun sebab no sidebar. Macam lain sikit :D

      Btw, thank you Shaf baca dan komen kat entri akak <3

      Delete
  25. Sweet and simple, TAHNIAH UNTUK SETIAP KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN JULY AKAK <3

    Lawaaaaa ramdom pictures tu, Ira pun obses dengan langit dan awan, lagi kalau yang kepul kepul awan tu memang rasa nak capai je terus hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Terima kasih Ira <3

      Kannnn! Samalah kita! Obses dengan langit awan. Sentiasa tengok atas je. Hehe.

      Delete
  26. Tahniah Siqah terima achievement for Value Champ Award - Trustworthy!! <3

    Wah banyaknya buku Siqah baca. Tengok Siqah banyak membaca ni rasa semangat nak membaca tu datang balik! Seronok tengok Siqah hit goodreads challenge. Tahniah, Siqah! :D

    Macam best je dua cerita korea tu, nak tengok lah jugak nanti hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Thank you Fatina <3

      Fatina pun dah semangat baca balik kan. Tengok GR update je. Hihi. Jom baca bersama, yeayy! :D

      Hehe. Tengoklah. Satu comel2 ceritanya, satu lagi penyiasatan. Balance. Hii :D

      Delete
  27. Nice wrap up!
    Cantiknye awan dan pulau!
    Klu la pulau tu dekat je, tyra dah selalu dah pergi. Lepak tepi pulau sambil baca buku dan menulis bestnye!
    Nampak buku Lullabies, nak carik sekarang jugak! Haha. Congrats Siqah dapat baca banyak buku tahun ni. Lepas ni kenalah challenge lagi banyak pulak hihi

    Atheera / http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Tyra :D

      Kann! Kalau pulau atau pantai dekat dengan rumah, dah selalu pergi untuk baca buku or blogging tepi pantai. Fuhh, best kan!! Hii.

      Cari cari, Lullabies best! Thank you Tyra, itulah tahun depan kena cabar lagi banyaklah jumlah buku pulak. Hihi. Takut tahun ni je semangat. haha

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。