May 09, 2017

PULAU REDANG HOLIDAY TRIP : PART 3 - LEISURE HOUR - RELAXING AND PHOTOGRAPHY SESSION







Seperti yang katakan dalam ENTRI INI, aku sambung lagi kisah kami ke Pulau Redang dalam Part 3. Apa yang kami buat ketika masa terluang di sini ^_^

Diingatkan bahawa entri ini mengandungi banyakkkkkk gambar. Tak tahu nak pilih yang mana sebab semua cantik. Pemandangan cantik sangat! Jadi, aku letak jela semua. Hihi.


RELAXING 


Kami ada banyak masa terluang. Dari jam 4.30 petang hari pertama dan hari kedua sehingga malam. Aktiviti di Pulau Redang tidak banyak. Jadi, ada banyak masa untuk mandi-manda, berehat, ambil gambar dan hanya duduk di tepi pantai menikmati pemandangan indah. Light and easy 😍

Rasa seronok juga sebenarnya apabila jadual percutian tidak padat. Ada masa untuk menarik nafas lega dan tidak terkejar-kejar untuk melakukan aktiviti yang ditetapkan.

Agaknya aku semakin tua (memang pun πŸ˜›) sehingga aku lebih sukakan aktiviti senang-lenang saja. Aktiviti yang tidak memenatkan aku. Hihi.

Disebabkan banyak gambar untuk dikongsi bersama korang di sini, aku cerita di caption gambar ye. Sila baca caption πŸ˜‚


Hanis dan Syira acah-acah main bola tampar pantai.
Dua tiga kali je balingnya, pastu dah diam kat tepi pantai. Hihi. 

Satu hammock saja yang boleh digunakan di sini.
Kerusi kuning tu sibuklah. Tak sempat nak alihkan . 

Buku adalah benda wajib aku akan bawa ke mana saja.
Baca buku di tepi pantai. Fe-feeling sangat :D

Baca buku dengan view begini depan mata beb.
Berbelah bahagi samada nak tengok view atau baca buku :D
Boleh seharian duduk di tepi pantai menikmati bunyi deruan ombak dan pemandangan indah begini <3

Tiga ketul budak tak nak keluar dari laut. Haha

Seketul budak sedang ambil gambar :D  

Mandi-manda di sini selepas balik dari snorkeling. 

Syira

TQ Nadia ambilkan gambar ini.
Ambil giliran okay. Hihi

Apabila tempat cantik, bawah jambatan pun jadi tempat untuk ambil gambar :)
In frame: Tasha

Subhanallah. Cantik di setiap sudut <3

Kami makan malam selepas Maghrib. Pada malam pertama selepas makan malam, diadakan acara karaoke. Aku, Tasha, dan Syira lepak di pantai agak lama. Hanis dan Nadia dah masuk bilik.

Aku suka suara penyanyi pada malam itu. Suaranya sesuai dengan suasana malam di tepi pantai. Gitu. Hihi. Lagu disampaikan secara akustik menyebabkan kami seperti terbuai-buai dengan sepenuh perasaan di tepi pantai. Hyperbola sangat ayat aku. Haha. 

Aku nak request dia nyanyi lagu Kenangan Terindah by Samsons. Aku suka sangat lagu tu dan rasanya macam sesuai je dengar di tepi pantai. Hyperbola lagi. Haha. 

Tapi sayangnya, tiba-tiba ada seorang kakak datang untuk karaoke. Ingatkan satu lagu je dia nyanyi. Bukan satu weii, berturut-turut pula dia menyanyi. Suara not bad jugaklah tapi kami tak nak! Kami nak penyanyi akustik tadi!

Kami masih menunggu dengan harapan akak itu berhenti menyanyi. Tapi apakan daya. Harapan kami terkubur sebab kawan akak tu dah join dia pula di atas pentas. For sure, banyak lagu lagi nak dinyanyikan weii!

Kami bertiga pun terus mengangkat punggung untuk pulang ke bilik dengan hati yang sebal. Haha. Nyanyi sendiri lah lagu Kenangan Terindah. "Aku yang lemah tanpamu.." La la la ~ ~ ~ 😜


Morning.
Day 2 di Pulau Redang :)

Gambar yang mesti diambil. Hihi. 


PHOTOGRAPHY SESSION


Pada hari kedua, selepas snorkeling, Hanis, Syira, dan Nadia terjun dari jeti ke laut. Budak penakut seperti aku dan Tasha hanya berdiri di tepi jeti sambil tangan masing-masing memegang phone untuk merakam aksi mereka.

Aku rakam Boomerang dan Tasha rakam full video. Sayangnya aku tak ambil video itu daripada Tasha. Nampak senang tengok mereka terjun tapi haih, aku tetap tak sanggup nak buat. Hihi.

Setelah tamat sesi terjunan aksi menegak mereka, kami semua bergerak ke hujung pantai untuk mengadakan sesi pengambaran. Chewahh ~ Dah nampak semalam, ada geng yang ambil gambar di sana juga. Nampak menarik tempatnya. Mestilah kami nak ambil gambar juga :D

Tempat pengambaran kami di hujung sana. Nampak batu-batu itu.. 

Dalam perjalanan ke sana..

Hanis sedang berenang dan Syira tengah pose. Hanis langgar je sesape depan dia kang. Hihi. 

Dah sampai hujung. Yeayy! 

Cantik sangat view kat hujung pantai <3
Love the color blue <3

Sesi pengambaran pun bermula. Masing-masing tolong ambilkan gambar la ye. Ikut giliran seperti biasa :D

In frame: Aku.
TQ Nadia. 

In frame: Tasha
Aku snap photo ni. View sama cuma gaya dan batu berbeza. Hihi. 


In frame: Nadia.
Tasha ambilkan gambar ni. 



In frame: Aku
Tasha snap kan lagi :D


In frame: Nadiah.
Aku snap photo ni. 

Nampak tak saling bertukar giliran dan photographer mengambil gambar? Bila dah datang beramai-ramai dalam satu kumpulan, ambil gambar secara giliran ye. Cuma tak perlu sampai nak panggil nombor giliran. Hihi. Masa ni, Hanis dan Syira masih berada dalam laut.

Kami berlima tetap nak juga ambil gambar terapung bintang. Ada aku ceritakan dalam ENTRI INI. Kebetulan ada seorang lelaki berada di sekitar batu ini juga. Dan dia boleh tolong ambilkan gambar kami dari atas batu. Kenalah dia berdiri atas batu kan, kalau tidak, tak nampaklah bintang kami.

Setelah percubaan berkali-kali, akhirnya dapat juga gambar yang kami nak! Terapung bintang! Terima kasih ye tolong snapkan gambar secara burst. Hihi.


Bintang kami :)


Selepas itu, kami nak ambil gambar di batu pula. Masa ni tiada siapa nak melayan. Syira terpaksa pulang semula ke bilik untuk mengambil tripod dan monopod yang dia bawa. Nasib baik Syira bawa peralatan itu. Memang tak adalah gambar di bawah ni kalau tiada tripod.


Hasil gambar menggunakan tripod Syira.
Cantik view di belakang <3

Lagi.. Thank you tripod! Hihi


Fuhhh! Panjang gila entri ni πŸ™ˆ Ini saja aktiviti kami semasa di sana selain daripada snorkeling. Rasa puas lepak tepi pantai, ambil gambar, dan mandi-manda. Tak ramai orang pun. Sesi pengambaran berjalan dengan lancar. Hihi.

Suka pantai di Redang Mutiara Beach Resort! Semestinya pemandangan cantik, air jernih, dan ada tempat untuk dijadikan port bergambar πŸ’—




Aku akhiri entri ini dengan gambar laut biru terbentang luas πŸ’™ Seperti memanggil kami ke sana lagi. 

Menaip entri ini sambil mengingati kembali keindahan Pulau Redang. Sangat berbaloi ke sini. Rindu Pulau Redang! πŸ’“

Tamat sudah cerita Part 3. Aku akan sambung cerita percutian kami dalam entri terakhir, Part 4. Nak balik dah!!! 

Thank you for reading and stay tuned ^_^ 


40 comments:

  1. Phewww~ panjang kannn... entri nadia pun panjang yang day 2 tue . Hihi dah baca ke belum saya punya entri pulak ? Hihi πŸ™ˆ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang.. hihi. Dah baca dan dah komen :)

      Delete
  2. bestnya siqaa. tengok yg macam ni la buat hati ni meronta2 nak pegi becuti jugak. air laut pun dah mcm di maldive echa tgk. hihi. insyallah one day pasti akan ke pulau redang ni jugakk!

    www.eecashyaa.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul eeca. Fefeeling Maldives kat Redang tau. Bolehlah nak g Maldives macam tak nampak jalan je. Hihi. Insyallah ada masa nanti Eeca pula ke Redang eh. Bila nak pergi? Boleh join. Hihi.

      Delete
  3. Huarghhhh.. Semua gambar cantikk..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. View yang memang cantik Anis. Ambil gambar mana pun rasa cantik je :)

      Delete
  4. gambar semua cantik2 nak nak bawah jambatan tu stail sngt. nak pergi jugak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Lela. Bawah jambatan pun cantik kat Redang. Bolehlah pergi sana nanti eh dengan kawan Lela juga :)

      Delete
  5. huarghh jealous.airah suka sgt pergi pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pun!! Nanti Airah ajak suami g pantai eh. Kamu berdua kan suka berjalan :)

      Delete
  6. Pemandangan yang sangat cantik siqah.. Bestnye bercuti kat sini.. Tenang aje.. Pandai siqah snap pic.. semua cantik belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang dan sangat cantik Lea di sini 😍 View dah cantik Lea, ambil gambar camne pun cantik jugak :)

      Delete
  7. cutenya buat bentuk bintang camtu, nasib baik ada yg sudi tolong amekkan gambar hehe

    nak juga pegi pulau redangg ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. TQ Mazni. Bersungguh tau kami nak buat bentuk bintang tu. Mujur jadi. Dan mujur juga ada orang tolong ambikkan gambar. Hihi.

      Insyallah. Nanti ada peluang Mazni ke sana pula ye <3

      Delete
  8. gambar kat batu2 tu nampak macam photoshoot girlgroup jeee XD

    seronoknya! pulau redang is one of the places yang i nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Photoshoot girlgroup ek 😁😍

      One day nanti Aisya pula ke Redang ye. Cantik!

      Delete
  9. 1. I love volleyball! Hehe walaupun pendek dan tak lepas pun nak spike, tapi volleyball best! Dulu sekolah ayah pernah buat family day dan ada lawan beach volleyball. My dad and I masa tu pair dgn kawan ayah dan anak dia pun sebenarnya kawan kite.. dan akhirnya kitorg menang first place! Hehehe kenangan sangat.

    2. Wohooo, baca buku atas hammock lagi2 kalau dapat minum air kelapa, sedapnyaaa

    3. Gambar kat bawah jambatan tu cantik sangat! macam dalam drama korea! :D

    4. Hehe faham part ambik giliran gambar tuu, biasanya akan start dgn orang yg pandai ambik angle cantik... lepas tu jadi reference utk orang lain ambik gambar, memang tukang snap akan cakap, "okay, next." haha masing2 faham dah. Anyway, comel sangat gambar bintang tuuu. Masa Perhentian, 4 orang je kan?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Yeayyy! Yang paling best bila menang tu kan! Hanis takdelah pendek pun, lebih kurang je kita. Hihi. Tak nak jugak mengaku siqah pendek. Muahaha.

      2. Hammock tu fefeeling je duduk sekejap. Sebab ramai yang nak duduk situ. Maklumlah satu je ada kat resort. Fuhhh, sayangnya tiada air kelapa Hanis. Keluar Redang baru dapat air kelapa.. kalau ada air kelapa, fuhh perfect 😬

      3. Hihi. Wow drama korea! Cerita apa? Hihi. Cantik kan even bawah jambatan je pun. Hihi. Bawah jambatan tu banyak ikan tau. Ikan bilis. Hihi.

      4. Hahaha. Betul2. Hanis pun selalu travel dengan kawan kan. Sure dah faham sangat part giliran gambar. Hihi. TQ Hanis. Sepenuh hati cuba buat bintang tu. Mujur jadi dan ada orang ambilkan gambar. Hihi.

      Haah masa Perhentian 4 orang je sebab Tasha tak nak join. Dia lah yang jadi photoG untuk gambar Perhentian 😊

      Delete
  10. Haih... lagi membuak rasa nak pergi nih.. dari part1 sampai part3 semua nk bg orang jeles hahaha nice tho.. gambar semua lawa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Pergi nanti Amer dengan kawan2. Sure havoc :D Siqah dah update part 4. Silalah baca dan tambah jeles eh. Haha :p

      Delete
  11. lawa-lawanya view...look so fresh!

    ReplyDelete
  12. Seronoknya. Bilalah Mya nak dapat bercuti ke pulau2 kat Malaysia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peluang nanti, Mya pula bercuti ye. Pulau kat Malaysia cantik2 <3

      Delete
  13. Jelesnyaaa. Gambar semua cantik2 lak tu. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahu jeles Reen. Pemandangan cantik kat Redang, ambil gambar camne pun mesti cantik :)

      Delete
  14. Cantik . cantik sungguh semua gambar. 😍😍 bila lah dpt pergi ni. hihi. btw kagum dgn siqa sempat bawak buku lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik Redang <3 Ada peluang nanti Nadhie ke sana pula ye. Jangan lupa ajak siqah sekali. Hii. Bawak buku benda wajib kalau ke mana-mana. Hihi :D

      Delete
  15. Wahhh! Bestnya siqah. Even dalam negeri Terengganu je, eyqa tak pernah sampai lagi ke Pulau Redang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang jauh sampai dululah ni ye. Hihi. Ada masa nanti Eyqa pula ke sana ye. Bila dekat, lagi bila2 pun boleh pergi :D

      Delete
  16. perfect view.
    memang marveles kalau membaca dgn suasana gini, siqah.
    indah. saujana mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tak nak balik bilik, boleh duduk kat pantai sambil membaca all day :)

      Delete
  17. Awww, lucky you! I've never been there. There was a trip to Pulau Redang waktu zaman universiti dulu, but parents didn't allow me to go haha. But inshaAllah, we will go there someday... those islands are one of my islands trip.

    Just wondering, mana dapat 'kasut' macam yang korang pakai dalam gambar floating tu ya? I would like to have one, just in case I get to island trip in the future. Boleh pakai waktu snorkeling or swimming. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parents risau tu yang tak bagi. Hihi. Takpe, ada peluang nanti Nisa boleh ke Redang ye. Cantik Redang. Siqah ada juga plan nak ke semua pulau di Malaysia. Setiap pulau mesti ada kecantikan sendir kan <3

      Nama kasut tu, kasut aqua. Siqah beli di Decalthon Sri Damansara. Sangat selesa. Recommended untuk beli kalau ke island :)

      Delete
  18. Serioss la akak, lawa2 view dia rasa nak g skrg shoot sanaa.

    Akak dan buku tiada berpisahh, bagusla kak ni 😊 moge shaf pun leh contohi akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Shaf pergi, bagitahu akak. Mana tahu boleh join. Hihi :D

      Hihi. Akak suka sangat buku Shaf. Mana-mana memang suka bawak. hihi :D

      Delete
  19. Subhanallah... memang cantik la hai... airnya biru... kat KL tak nampak dah warna air macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik <3 Haih, kat KL banyak dah air warna teh ais. Warna kopi pun ada. Huhu

      Delete
  20. Kreatifnya siqah dan kawan2 bergambar 😍😍

    Haihh air tuu jernihnyaa, mesti nak berendam sokmo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. TQ Husniey 😍😍

      Tahu takpe. Jernih airnya. Geram je rasa tu yang berendam je. Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。