February 20, 2017

READER PROBLEMS BOOK TAG

Reader Problems Book Tag is originally created by Tiffany from AboutToRead dan aku jumpa tag ini di blog Fatina ❤

Aku berminat untuk buat apa saja tag mengenai buku. Hihi. Jadi, tanpa buang masa, mari menjawab soalan yang ada 😊




#1 You have 20,000 books on your TBR. How in the world do you decide what to read next? 

Banyak sangat weii 20,000 books! Hihi. Sekarang aku ada lebih daripada 10 buku dalam TBR. Senang je cara untuk aku pilih buku untuk baca seterusnya. Ikut mood pada masa itu. Kalau rasa nak happy je tak nak fikir lebih, baca buku yang ringkas seperti fiction novel. Banyak fiction novel dalam TBR. Asalkan aku baca. Kalau boleh tak nak peram satu buku itu lebih setahun dalam TBR. Kalau bolehlah 😁


#2 You are halfway through a book and you're just not loving it. Do you quit or committed?

Tengok pada keadaan dan apa perasaan aku semasa baca buku itu. Kalau aku tak suka langsung, aku akan terus berhenti baca. Kalau jalan cerita buku itu menarik cuma aku tak berapa suka akan cara penulisan pengarang, aku akan teruskan bacaan dan skip mana yang bagi aku tidak penting. Aku tak suka buang masa baca buku yang aku tidak suka. Masa itu emas kan? πŸ˜…


#3 The end of the year is coming and you're so close, but so far away on your Goodreads reading challenge. Do you try to catch up and how? 

Aku cabar diri aku untuk baca 25 buku tahun ini dan setakat hari ni, aku sudah baca 5 buku. Aku akan cuba catch up juga untuk pastikan my Goodreads reading challenge completed. Mungkin aku akan pilih buku yang nipis saja di akhir tahun. Hihi. Cuma aku akan cuba sedaya upaya untuk lengkapkan cabaran 😏


#4 The covers of a series you love do not match. How do you cope?

Aku okay je bab ni. Tak kisah kalau kulit muka depan buku tak menarik. OK, full disclosure: Haha. Sebenarnya, aku akan mengomel sikit. SIKIT JE. Biasalah manusia. Tak puas hati je walaupun hanya kerana kulit muka depan buku. Haha. Tapi serius, aku akan mengomel seorang diri. Akan dilupakan kisah itu jika isi kandungan buku itu menarik.



#5 Every one and their mother loves a book you really don't like. Who do you bond with over shared feelings? 

No one. Sedih betul rasanya. Haha. Disebabkan hanya aku seorang saja dalam keluarga yang suka akan buku. Orang lain tak layan. Cuma aku ada berkongsi cerita mengenai buku menarik dengan Nadia, salah seorang daripada #gengmakan. Mujur ada juga sorang kawan yang suka membaca.


#6 You're reading a book and you are about to start crying in public. How do you deal? 

Menangis tak pernah. Ketawa pernah. Hihi. Aku pernah ketawa sebab baca novel di pejabat. Haha. Serius terus tersembur tawa aku bila baca novel tu. My currently reading novel, My Not So Perfect Life by Sophie Kinsella. Lawak! Haha! Yang jadi mangsa untuk dengar apa yang lawak dalam buku tu adalah Hanisah, #gengmakan yang duduk sebelah aku di pejabat. Nasib kau lah. Hihi. 


#7 A sequel of a book you loved just came out, but you've forgotten a lot from the prior novel. Will you re-read the book? Skip the sequel? Try to find a synopsis from Goodreads? Cry in frustration?

I will re-read the synopsis from Goodreads and also the review about the book on website. Sebab itu pentingnya buat review buku di blog, agar aku boleh recall cerita mengenai setiap buku dengan jayanya 😎 


#8 You do not want anyone. ANYONE. Borrowing your books. How do you politely tell people nope when they ask? 

Aku agak payah nak bagi orang pinjam buku aku. Sebab sebenarnya takut dorang tak pandai jaga buku dan satu lagi, nanti aku pula lupa buku apa yang dorang pinjam. Tapi aku akan bagi pinjam kepada orang yang aku yakin pandai jaga buku aku dengan baik. Bagi pinjam buku aku dengan warning words, "Jaga buku aku baik-baik". Faham-faham jela eh. Hihi. 


#9 Reading ADD. You've picked up and put down 5 books in the last month. How do you get over your reading slump?

Apa yang boleh aku buat adalah dengan baca blog rakan blogger yang juga a book lover dan juga buka aplikasi Goodreads untuk lihat sendiri betapa ramai rakan yang tidak putus membaca buku. Tengok dorang semangat membaca membuatkan aku turut ter-motivasi untuk membaca 😊


#10 There are so many new books coming out that you're dying to read! How many do you actually buy?

I wish to buy all of them! Berdepan dengan realiti, semestinya tidak semua. Hihi. Mungkin 2,3 atau 4 buku sekaligus. Depend on harga juga. Kalau semua buku itu murah, mungkin aku akan beli banyak. Yang pasti, total harga buku tidak lebih daripada RM150 dalam masa sebulan.


#11 After you've bought the new books you can't wait to get to, how long do they sit on your shelf before you get to them?

Oh! Soalan ini membuatkan aku teringat akan dua buah buku yang aku beli melalui MPH Online >> Books to Add to My 2017 Reading List. Malah aku ada buku yang dibeli tahun lepas dan masih susun cantik di rak buku. Aku akan baca satu hari nanti. Percayalah. How long? Not sure! πŸ˜‚


Done! Aku tag sesiapa yang nak buat tag ini.  I love to read yours 😍

53 comments:

  1. soalan no 2 tu ana lebih suka skip banyak pages atau pun jump to the end tgk ending macam mana. sebab kalau teruskan rasa mcm buang masa jer. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan. Siqah pun nak buat camtu tapi rasa rugi beli buku kalau tak baca habis. Tapi siqah skip banyak pages jugak. Atau pun baca dialog je. Hehe.

      Delete
  2. Dulu CR rajin gak beli buku. Tp skrg da slow skit dah.huhu. kena adakan smula mood membaca nih.

    Anyway, good luck siqah utk complete kn Goodreads reading challenge tu. Chayok2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mood membaca CR kembali nanti :D

      Thank you CR! Ada 10 bulan lagi. Hope sempat :)

      Delete
  3. Dah baca 5 buku, tahniah.... Ada lagi 20 buku nak baca kan... Teruskan usaha...

    ReplyDelete
  4. Book tag yang menarik! Macam nak buat jugak. Hihi
    Buku TBR sangat banyak, buku baru keluar yang macam best sangat banyak, buku yang dah lama keluar tp kita belum baca, pun macam best jugak sangat banyak.
    Ya Allah, too much books, too little times and money. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Semua betul apa yang Ana cakap! Hehe. Buku banyak, cuma masa dan duit tak berapa banyak :D

      Buatlah tag ni nanti ye ana. Love to ready yours 😊

      Delete
  5. jom kita barter buku siqa..hehe...irda pun ada buku cantik ag tersusun..huhu beli laju..baca slow..atas faktor kesibukan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barter buku camne ek irda? Tukar buku lah eh? Siqah sayang buku siqah. Hehe. Kalau nak pinjam boleh lah πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  6. Moga sasaran Siqah membaca 25 buah buku untuk tahun ini tercapai..ameen..semangat dan usahakan..insyaAllah boleh.

    ReplyDelete
  7. siqah boleh tak recommend eng novel yang best untuk newbie ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang best. Kalau nak teen novel, siqah rekomen Am I normal Yet (ada siqah tulis review buku ni ). Hihi.
      Kalau cinta, P.S. I Love You dah baca? novel tu sangat best. Really recommended. Menangis baca..

      Delete
  8. dulu ms zaman remaja ada jugak la koleksi reading book tag, sekarang ni tah mana, masuk recycle bin kot hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Alamak. Kalau dah masuk recycle bin, payah eh nak cari balik. :D

      Delete
  9. Wahhh dah lima buah buku baca tahun ni. Nani sebuah ni tak terhabis habis lagi. Awal awal tahun ni busy sangat dengan macam macam benda, selalu sebelum tido sempat jugak baca sehelai dua muka surat. Sekarang, terus tido. Hahah πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat kan nani. tak larat dah nak membaca sebelum tido. Hihi. Takpelah, mungkin nanti Nani dah tak busy, boleh sambung pembacaan :)

      Delete
  10. Macam best je jawab book tag ni.

    Sebenarnya mai tak reti guna good reads tu, dah beberapa buku mai siap baca and dah letak dalam rak 'READ' tapi tak naik pun kat kiraan challenges tu kak Siqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai boleh buat book tag ni nanti :)

      Mai terus update as "READ" atau Mai ada update status masa Mai "CURRENTLY READING"? Kalau update as READ terus, rasa akak tak naik kiraan challenge tu sebab akak pernah buat camtu.

      Mai kena update progress in "CURRENTLY READING" dan klik Finish this book bila dah habis baca. Rasanya baru update kat reading challenge. Cuba Mai try dulu.

      Delete
    2. Laaa baru tahu. Saya lepas dah baca baru bukak good read pastu tick read terus. Hahaha patut tak menjadi.

      Terima kasih kak Siqah.

      Delete
  11. terus rasa bersalah borong buku banyak2 kat BBW hari tu, tapi baru nak baca buku ke-2. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu rasa bersalah hanis :) Hanis kan sibuk dengan final exam sekarang. Sure baca buku belajar lagi penting daripada baca buku lain kan :D Nanti dah habis final exam, hanis boleh membaca dengan tenang k :)

      Delete
  12. Saya selalunya kalau nak beli novel ke apa mesti tengok cover dia. Kalau cover buku dia menarik, terus beli hahaha. Tapi kadang2 tak best pun cerita dia sebab itu don't judge book by its cover haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Betullah tu don't judge book by its cover. Saya pun pernah terkena gak beli buku cover cantik tapi tak best.

      Delete
  13. Mek punya target tahun ni 12 biji nk kne habiskan. Sehingga feb ni belum satu pon habis --' Bajet nak habiskan dlm pantang. Ade 3 duk bratur tgu turn :)

    Mek susah jugak nk bace bku dengan komitmen keje yg tk habis habis. Pastuh nk blogwalking lg. Mase suntuk sgt --' So mmbaca tu dlm 5 muka surat je shari.

    Itu aim mek 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Mek habiskan baca buku dan capai target dalam masa 3 bulan pantang nanti eh. Ada lagi 10 bulan ni Mek. Sempat. Insyallah :)

      Kannnn Mek.. masa memang suntuk kan. Nak kerja, BW, baca novel, tengok cerita korea, dengan keluarga, macam2 lah nak buat. Masa suntuk dan cuba juga buat sedaya yang boleh.

      Hope Mek capai target 2017 k :)

      Delete
  14. Cabaran yang agak besar kan, 25 buah buku setahun.. hihi akak yang duduk dlam library nie pun takde masa nak baca buku, belek-belek majalah atau paper jea sebab nak cari artikel utk dimasukkan dalam blog library.. hihi anyway good luck for your challenges.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon nak cabar diri sendiri lah tu kak. Tak tahu berjaya ke tak. Hope berjayalah. Hihi. Thank you kak :)

      Bestnya akak duduk library. Mesti sunyi sepi tenang je kan. Blog library pun ada ek? Apa websitenya. Kalau boleh orang luar access jugak :)

      Delete
  15. no 8 tu same! high5!

    sya mmg assess abes profile org yg nk pinjam tu. hahaha. slalu bg kt kwn yg mmg pandai jaga la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kan.. Sayang kott semua buku. Tambah lagi kalau buku tu mahal. HIhi

      Delete
  16. la buat tahun ni baru open one book.. hahahahah, padahal da beli 4 buah!!! skg ni baca one page then buku da baca Unni..hahahahha..

    btw all the best kak siqah untuk 25 buku.. U can do it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Unni sekarang lebih kepada usrah kan. takpe, nanti ada masa boleh habiskan baca 4 buah buku tu. ada 10 bulan lagi sebelum habis tahun 2017. Hihi.

      Thank you Unni :)

      Delete
  17. kalau soalan nie bg kat Fiza, memang tak terjawab la jawabnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Adoi.. Nampak tu Fiza bukan sorang book lover kan? :D

      Delete
  18. read short books to complete yearly target and stalk other people passionate on reading to get over reading slumps. i'm taking this tips now. eheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope you get over your reading slumps :D Hihi. And Thank you sebab sudi cuba tips siqah. Muahaha :D

      Delete
  19. buku! mmg suka gila buku..book tag ni best la..cm nak buat jugak hehe

    ReplyDelete
  20. bagusnya kak siqah. suka membaca. busyra bukan book lover la. hehe.. tp busyra suka baca blog kak siqah n kak sha kalau tulis pasal buku. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Akak suka membaca dari kecil lagi. Tak boleh ubah dah tabiat tu :D
      Thank you Busyra suka baca blog akak dan kak sha pasal buku <3 Blog Kak Sha lagi banyak review buku. Hihi.

      Delete
  21. nak kena cari buku untuk dibaca la

    ReplyDelete
  22. ah im just getting trying to get over my reading slump slowly. semoga kuat huhuhu. #8 tu sama lah kasi kat orang yang dipercayai je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope you can overcome your reading slump nisa! Kannn bagi pinjam buku kepada orang yang dipercayai saja..

      Delete
  23. Soalan no 2, honestly saya akan terus berhenti baca buku yang tak best.

    Buku yang tak best akan buatkan saya murung sepanjang hari... 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh sampai murung nora dibuatnya ek.. Rasa rugi je masa kalau baca buku tak best kan nanye.. HUhu

      Delete
  24. Haaa mcm best je tag nie...

    No 5!!!! I saw my name . Hahaha ... kannn, saya pun rasa lucky awak ada boleh bercerita psal buku. Kadang story dkt umah or dkt hafifi pun mcm tak ada respond . So nak story psal buku kita baca mcm mlsssss je bila no respond hahaha =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. sangatttttt :D Aliff pun sama.. Cakap pasal buku terus rasa ngantok. Apatah lagi kalau teman g kedai buku, siap bagi limit masa lagi. Hii

      Delete
  25. saya suka membaca buku..sekarang dah merosot kerana media sosial..layan FB dan Whatsapp banyak guna masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. Kalau layan media sosial, buku pun tak terusik..

      Delete
  26. Replies
    1. Hihi. Tak pernah rasa membazir beli buku kan :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。