Review Buku Indonesia | Jika Kita Tak Pernah Jatuh Cinta by Alvi Syahrin

instalife

February 16, 2019

Review Buku Indonesia | Jika Kita Tak Pernah Jatuh Cinta by Alvi Syahrin


Bukan buku Indonesia pertama yang aku beli, cuma ini adalah buku Indonesia pertama yang aku baca. Tertarik untuk memiliki buku ini selepas baca review seorang bookstagrammer dari Indonesia 😊

Tidak dinafikan sejak ada akaun bookstagram, makin bertambah buku dalam TBR list aku. Sampai buku Indonesia pun ada dalam senarai. Hihi. 


Jika Kita Tak Pernah Jatuh Cinta (JKTPJC) - Alvi Syahrin

Title: Jika Kita Tak Pernah Jatuh Cinta
Author: Alvi Syahrin
Pages: 223
Publisher: Gagas Media
Publication Date: December 2018


SYNOPSIS


Genre buku ini adalah non-fiction yang merangkumi kisah-kisah mengenai cinta. Ditulis oleh seseorang yang pernah begitu lama sendiri dan belajar daripada masa bersendirian itu. 

JKTPJC dituliskan untuk mereka yang pernah merasa kecewa kerana cinta, lalu bangkit lagi disebabkan hal yang sama. 

Terkadang, cinta memang sakit dan rumit.
Namun, bisa pula membuat bahagia dan senyum tidak ada habisnya.
Keduanya bersimpangan, tetapi pasti kita rasakan. 


REVIEW 

Tidak susah untuk memahami bahasa Indonesia. Ayat-ayat yang digunakan dalam buku ini ringkas. Ada beberapa perkataan yang aku tidak faham, maka, google translate lah jawabnya.

Contoh: Langka bermaksud rare. Sinyal-sinyal bermaksud the signals.

Sesungguhnya, ada hal yang lebih penting dari cinta di dunia. Ini yang cuba disampaikan oleh penulis. Juga mengajar pembaca agar tidak hanya bergantung harapan kepada manusia.  

Cinta tidak seperti yang mereka pertontonkan di Instagram. Kita semua hanya melihat sisi indahnya. Jangan terkecoh. Mari letakkan cinta di tempat yang tepat, kerana selama ini cinta terlalu diagung-agungkan. 

Cover buku ini simple dan menawan. Memikat hati mereka yang melihatnya dan salah seorangnya adalah aku. Hihi. Kombinasi warna yang sangat sesuai, merah pink dan hitam. Halaman muka surat yang berwarna pink juga menambahkan keromantisan pada buku ini yang membicarakan mengenai cinta. 



Ada 45 bab dalam buku ini. Banyak kan? Semua bab hanya mengandungi 2 hingga 4 muka surat saja. Isi pendek dan padat 👍

Suka dengan perumpamaan penulis mengenai perahu dan laut beserta dengan satu lubang yang sangat dalam. Simpan hatimu di tempat terbaik. Don't let anyone break it. Kalau dia bagi harapan, tak bererti dia akan jadi jodoh kamu. Berlayarlah jika rasa dia tidak memiliki perasaan sepertimu. 

Mungkin korang tidak berapa faham dengan apa yang aku maksudkan dengan perkaitan antara perahu dan laut, jadi ini maksudnya korang kena beli buku ni :D 

Jodoh yang sedang mendoakanmu. Bab ini mengingatkan pada mereka yang masih single agar tidak terlalu sibuk memikirkan hal jodoh. Persiapkan diri kamu ke arah kebaikan, menjadi seorang manusia yang baik ke jalan Allah. InshaAllah, jodoh akan datang dalam hidupmu pada waktu yang tepat. "Bukankah Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Apa lagi yang kau ragukan?"

Penulis ada berkongsi mengenai pendapat beliau berkenaan dengan kisah jatuh cinta yang paling indah adalah jatuh cinta diam-diam. Ada juga berpendapat bahawa jatuh cinta diam-diam hanya milik orang penakut. Takut untuk meluahkan perasaan kerana takut ditolak. Tapi ini juga bererti bahawa hati orang yang memendam rasa itu bakal terselamat daripada kecewa yang mendalam jika cintanya ditolak. 

Aku agak tidak setuju dengan kenyataan penulis mengenai jatuh cinta diam-diam ini. Bagi aku, jika kita cintakan seseorang, perlu diluahkan. Sekurang-kurangnya kita tidak membuang masa dengan menunggu dan menaruh harapan pada seseorang yang tidak diketahui hatinya. Sakit tau jika memendam rasa. Fuh. 

Cuma bila aku baca perenggan akhir untuk bab jatuh cinta diam-diam ini, rasa macam setuju pula dengan kenyataan penulis. Hihi. Apa pun, depends on individu sama ada memilih untuk meluahkan perasaan atau pendam saja. Tapi ingat, boleh luahkan perasaan pada orang yang layak saja, bukan hak milik orang lain ye 😇

Cinta yang terpisah jarak. Aku dan suami menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama empat tahun dan tidak pernah sekali aku berfikir seperti apa yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ini. Sangat simple ayatnya tapi benar belaka. Tak terlintas di fikiran. Dan benarlah kata penulis. Beliau terlihat seperti seseorang yang memutuskan harapan tapi tidak begitu, beliau hanya menyampaikan kebenaran yang berusaha orang lain kubur dalam-dalam 😊👍

Antara ayat-ayat yang aku suka dalam buku ini 😍

Mencintai terasa seperti bermain judi. Semakin banyak yang kau beri, semakin banyak kerugian yang mungkin kau dapatkan. Mencintai terlalu banyak terasa begitu menyakitkan di ujung. Mencintai terlalu sedikit terasa hambar. 

Mencintai, menghargai -- mulai dari dirimu, untuk dirimu sendiri. Jika kamu saja tidak bisa mencintai diri sendiri, bagaimana orang lain bisa jatuh cinta kepada dirimu? Hidup terlalu singkat untuk meratapi kekurangan. Fokuslah pada kelebihanmu dan rangkul dirimu secara utuh. 

Hidup tak selalu tentang dia yang kamu cintai. You have your own life, and it doesn't always have to do anything with him. 

Manusia tidak kekal. Manusia tidak sempurna. Manusia selalu mengecewakan. Dan, cinta hanyalah perasaan. Ia bisa datang dan pergi. 

Don't change him. Don't change her. Change yourself. Be a better person. Love will come. 

Kita tak harus selalu mendengar apa yang orang lain katakan, tetapi kau juga tak selalu benar. 


RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ⭐⭐⭐.5 

Buku yang menceritakan mengenai isu cinta dari sudut hati penulis berdasarkan pengalaman beliau bersendirian. Buku yang tidak mengangkat cinta sesama manusia sebagai satu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Buku yang turut mengajar manusia agar tidak bergantung harapan pada cinta semata. 

45 bab isu cinta dikongsi yang turut mengajar pembaca untuk meletakkan cinta di tempat yang tepat serta bagaimana cara bercinta yang benar. 

Highly recommended untuk kamu yang baru hendak mengenali erti cinta, sedang bercinta, bersendirian. atau yang kini berada dalam dilema cinta. 

Bertemanlah dengan kesendirianmu. Berdamailah dengannya. Belajarlah darinya. Sesungguhnya, ia tak seburuk yang kau kira. 

Aku beli buku ini daripada Instagram @myindobook. Harga RM40 termasuk postage dari Indonesia ke Malaysia. Kalau berminat, boleh DM mereka ye 😊


Write later, 

Have a lovely weekend ^_^

12 comments:

  1. Macam mudah nak faham bahasa Indonesia yang digunakan. Warna pun menarik. Macam mana akak beli buku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli daripada @myindobook. Ada link kat atas.

      Delete
  2. omaigaddd suka sangat buku macam ni! nak beli laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann! Tambah lagi buku comel camni. Hehe. Sila beli jika mahu memahami cinta :D

      Delete
  3. tak pernah baca lagi buku indonesia tapi ada la beli peram tak baca lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah ada jugak beli dua buku Indonesia tahun lepas tapi x baca lagi. Yang nie pulak baca dulu. Nice jugak bukunya :)

      Delete
  4. i am currently trying to finish all the books that I've bought years ago hahahhaha

    ReplyDelete
  5. ahhaha macam menarik je buku ni Siqah :D ada kat popular / mph kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure Hanis ada ke tak di Popular / MPH. Siqah beli online kat Instagram @myindobook. Hanis boleh tanya kedai buku dulu before pergi :)

      Delete
  6. wow!! menarik, tpi saya selalunya tengok mood dan masa juga bila nak baca buku macam ni. kalau masa itu, timing tengah dilanda kecintaan memang akan feel habis. btw, thanks for sharing, ni akan dimasukkan dalam TBR saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Betul2. Kalau mereka yang sedang dilamun cinta atau putus cinta pun, sesuai baca buku ni. Untuk siqah yang dah 30++ nie, rasa okay je. Nice words 😍😍 Yeay, nanti if dah baca, share your opinions too okay :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife