April 22, 2018

REVIEW NOVEL | AKU LELAKIMU by SARA AISHA



Aku Lelakimu - Sara Aisha

Aku mengambil masa yang sangat lama untuk siapkan review novel ini. Berbulan-bulan berada dalam draft dan hari ni aku nak siapkan review novel ini agar Mak Lang aku tidak ternanti-nanti akan kehadiran novel ini di rumahnya. Haha. 

Sebab selagi aku tak siapkan review novel ni, selagi itulah aku tak pos novel ni kepada Mak Lang. Maaf Mak Lang. Macam biasalah anak saudaramu ini, slow πŸ˜†

Novel yang bagi aku sangat best makanya nak buat review itu agak susah. Hihi. Sama juga seperti aku mengambil masa yang lama untuk siapkan review novel pertama Sara Aisha yang aku baca bertajuk Salju Kyoto

Salju Kyoto telah menjadikan Sara Aisha sebagai salah seorang penulis kegemaran aku dan ini membuatkan aku terus baca Aku Lelakimu.

Title: Aku Lelakimu
Author: Sara Aisha
Pages: 743
Publisher: Karya Seni
Publication Date: September 1st, 2017


SYNOPSIS


Belakang buku untuk sinopsis

Watak utama: 


Alexander Aryan (Alex) : "Fear is the greatest gift of all. Be happy that you have it in you". Kata-kata daripada seorang lelaki yang menghidap Urbach-Wiethe disease, an extremely rare genetic condition berpunca daripada kerosakan pada bahagian otak iaitu bilateral amygdala. Ini membuatkan Alex hilang perasaan takut, tidak pernah curiga pada orang lain, tidak ada emosi negatif dalam diri dia hingga tidak gentar untuk melakukan apa saja. Dia juga tends to get too close to other people dan mempunyai perasaan empati yang tinggi.

Alex juga seorang penulis novel jenayah yang amat diminati oleh Tihani Rose. Lelaki yang bertahun-tahun ingin ditemui. Lelaki yang banyak mengajar Tihani tentang kekejaman dunia. Lelaki yang membuka mata Tihani tentang jiwa-jiwa zalim dan juga lelaki yang memberi Tihani harapan dalam penulisannya. 

Tihani Rose (Tia) : Seorang wartawan jenayah yang bersusah payah mencari berita hingga sanggup membahayakan diri sendiri. Sanggup pergi ke tempat jenayah untuk mendapatkan info demi berita yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Wanita yang menjadi pemula kepada segalanya yang berlaku. 

Rafael Lee : He is cool, sweet, charming, intelligent, looks normal but he is the psycho-killer. He is the monster. Lelaki yang tiada langsung perasaan belas kasihan pada orang lain. "Waiting for the most perfect cut for the most perfect target". Baginya, tiada yang lebih agung daripada perasaan membunuh manusia yang cuba melawan.  Dan ini membuatkan dia mahu menjadikan Tihani Rose sebagai his masterpiece. 


REVIEW


This book definitely deserve a 5 star!! 

"Don't judge a book by its cover" sangat sesuai digunakan untuk novel ni. Tolong jangan tertipu dengan tajuk yang cliche dan cover yang simple itu. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya siapa lelaki yang ada pada cover novel ini. Semak tengok janggut dia πŸ˜…

Aku Lelakimu adalah sebuah novel bertemakan romantic-thriller. Thriller have always been my favourite genre in English novel dan ada satu perasaan gembira bila aku dapat baca genre yang sama dalam Malay novel. Tak banyak Malay novel yang mempunyai tema ini.

Baca novel ni seperti menonton filem thriller atau drama Korea (teringat drama Korea bertajuk Voice). Suspen!! Pelbagai emosi wujud. Marah, takut, geram, sakit hati, suka, cinta, sedih, segalanya ada dalam novel ini. Novel yang berjaya buat aku berterusan membacanya tanpa sedikit perasaan bosan. Hanyut dalam ketebalan 743 muka surat.

Romantik 30%, thriller 70%. Tak ada langsung pasal cinta meleret, perkahwinan paksa semua. Cinta itu ada tapi hanya sebagai pelengkap rasa. Alex dan Tihani tidak menunjukkan perasaan cinta mereka tapi mereka kekal bersama dan yes, action speaks louder than words. Alex masih mampu memberikan kesan "butterflies in my stomach". Hihi.

Story line semakin menarik setiap kali bertukar muka surat. Adrenalin meningkat naik dan itulah yang menyebabkan aku bawa novel ini ke mana saja aku pergi. Tak boleh tinggal lama. Terbayang-bayang dan berfikir-fikir apa jadi seterusnya. 




Kalau Salju Kyoto membuatkan aku mengkaji mengenai yakuza di Jepun, Aku Lelakimu pula buatkan aku mengkaji mengenai kisah serial killer dan perkaitan dengan penyakit Alex. Di Malaysia, mungkin psikopat adalah sesuatu benda yang baru tapi tidak di negara luar seperti Amerika. Dan aku suka dengan penulis yang bawa isu psikopat dalam novel di Malaysia. 

Dalam otak psikopat, ada tiga bahagian yang rosak. Pertama, bilateral amyglada yang bertanggungjawab atas rasa takut dan kecemasan manusia. Kedua, hippocampus yang bertanggungjawab untuk menyimpan memori perasaan manusia. Ketiga, temporal pole yang membolehkan kita baca emosi orang lain. 

Psikopat wujud dan sangat berbahaya jika tidak mendapat rawatan di peringkat awal. Pelbagai perkara boleh menjadi pencetus kepada sifat psikopat ini. Mereka kelihatan normal dari luaran tapi bijak menyembunyikan sikap sebenar dalam diri. Terbayang muka Rafael Lee yang kacak bergaya tapi psikopat rupanya. Huh. Membunuh dengan kejam!! 

Cyberstalking. Zaman kini yang bahaya kadangkala bukan datang dari fizikal tetapi secara diam dan halus. Melalui teknologi masa kini. Melalui laman sosial. 

Rafael Lee yang tahu kisah Tia hanya melalui laman sosial. Niat kita okay untuk berkongsi suka duka di laman sosial cuma biarlah berpada agar tidak menjadi mangsa cyberstalking. Menakutkan juga sebenarnya!!

Moonlight Sonata. One of the most famous Beethoven piano sonata, dikatakan dicipta oleh Beethoven selepas dia berjumpa dengan seorang budak perempuan buta. That blind girl was his muse. 

Sedar akan kewujudan Moonlight Sonata dan Beethoven cuma tidak ambil tahu sangat. Hihi. Dan novel ini membuatkan aku terus buka You Tube dan dengar Moonlight Sonata. Piano instrumental yang menjadi kegemaran aku adalah daripada OST KBS Drama Winter Sonata 😍

Menurut kepercayaan orang Jepun, manusia mempunyai tiga rupa. Pertama, rupa yang ditunjuk kepada dunia. Kedua, rupa yang ditunjuk kepada orang-orang yang rapat. Ketiga, rupa yang tidak pernah ditayang kepada orang lain. Itulah refleksi sebenar seseorang. 

Aku setuju dengan kepercayaan orang Jepun ini kerana aku juga mempunyai tiga rupa. Hihi. Rupa yang ketiga adalah rupa yang hanya ditayang ketika bersendirian. Aku rasa semua orang begini juga kan? πŸ€”

Perasaan sedih dalam novel ini bukan hanya diberikan untuk Alex dan Tia, malah untuk Rafael Lee juga. Bukan nak back up penjahat tapi serius lah Rafael Lee menyedihkan sebenarnya. Trauma daripada kejadian lepas menjadi punca segalanya. Kasihan tengok dia. 

Haa pesanan. Dah habis baca novel ni, sila baca juga part Trivia ye. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan salute dengan penulis yang buat research sebelum terhasilnya novel ini. 

Quotes kegemaran yang ada aku ambil daripada novel ini adalah: 

Caring for someone is not only about protecting her. It is also about empowering her. 

When it rains, look for rainbows. When it's dark, look for stars. 

Having zero empathy makes you a psychopath. Having too much empathy makes you a victim.  

The prettiest smile hide the deepest secrets. The prettiest eyes have cried the most tears. And the kindest hearts have felt the most pain. 

Ini mungkin kedengaran kasar, tapi itulah kehidupan, Tia. Dunia memang macam tu. Kita takkan ingat orang yang tak ada kaitan dengan kita. Ya, Kita baca berita mereka. Kita bersimpati untuk beberapa ketika. Lepas tu, mereka hilang dari ingatan. You can't blame people for that. It is just the way it is. 

Masa ialah musuh terbesar manusia. Masa sangat berkuasa, menentukan sama ada kita akan hidup dalam penyesalan ataupun tidak. Sekali berlalu, takkan berputar lagi. Tapi masa juga ialah sesuatu yang kita ambil endah tak endah. Something that we always take for granted. 

Everyone comes with a baggage. And that baggage comes with two options. Pertama, untuk kita tukar beban tu jadi pendukung. Memaksa kita untuk jadi lebih kuat dan akhirnya beban itu jadi hikmah. Kedua, untuk terus gantung beban itu di bahu. Terus-terusan memasung setiap pergerakan kita, sampaikan kita tak boleh bergerak. Tak boleh move on. Dan akhirnya kita jadi orang kalah yang menyalahkan takdir. 

Love is happiness. But love that cannot be spoken is a punishment. 

RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★★★

Sebuah karya yang sangat best! Aku gembira sangat bila ada penulis Malaysia yang sudah keluar daripada kisah cliche kahwin paksa dan cintan cintun meleret. 

Aku sangat rekomen novel ini buat peminat novel thriller. Unexpected story line from Malay writers. Totally different and you will like it. 

Ada beberapa flatlay untuk novel ni sebab ambil masa lama sangat nak siap review :D

Kesimpulannya, Aku Lelakimu is a good romantic-thriller novel. You should give this novel a chance. 

Aku suka kedua-dua novel Sara Aisha, Salju Kyoto dan Aku Lelakimu dan aku tidak boleh memilih antara kedua-duanya jika disuruh buat pilihan yang mana lagi best. So, for me, both novels are your masterpiece, Cik Sara Aisha πŸ˜ŠπŸ‘

Looking forward to read your next novel, I'm Not A Monster yang awal diterbitkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang bakal berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2018.

Happy reading and shopping, eh? :D

p/s: Psikopat (lakonan Kim Jae Wook) dalam Voice (Korean Drama) mengingatkan aku pada Rafael Lee. Menakutkan tengok dia sampai aku terasa macam ada orang perhatikan aku je 😱


42 comments:

  1. haritu dah nak beli novel ni sebab tengok macam best je tapi tak beli pun huarghhhh.tengok tajuk dia macam novel cinta jugak rupanya tak.memang kena beli ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cover buku ni memang nampak cliche tapi jalan ceritanya tidak. Airah wajib beli buku ni tau. Mesti ada kat PBAKL nanti :)

      Delete
  2. ni yang rasa nak baca novel balik nn! dan saya memang minat giler dengan penulisan sara aisha sejak baca jodoh itu milik kita. aish....pesta buku nak dekat dah ni...boleh lah buat list buku yang patut beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak baca lagi novel jodoh itu milik kita. Nanti nak masuk list jugak lah. hihi. Yes,, novel Aku Lelakimu mesti masuk dalam list nak dibeli nanti tau :D

      Delete
  3. Ika selalu nampak novel ni kat kedai buku. Tapi buat bodo je sebab dah lama tak baca novel cinta. Takut terbeli buku yang jalan cerita nya klise. Tapi baca review siqah ni. Alaaaaaa. Kenapa mcm best. Haha. 5 star lagi. Thankyou siqah for the review. Gonna buy for myself. hehe.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/04/movie-review-belco-experiment-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Tengok cover buku dan tajuk rasa cliche sangat kan :P Yes, Ika mesti beli tau novel ni. Serius best. Siqah suka thriller so memang minat lah :D

      Pleasure to share great books with all :)

      Delete
  4. i love how u snap your photos??
    any tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. FIrst of all, TQ Atie <3 My first tip would be natural lighting each time nak ambik flatlays :) Siqah ada draft blog post tips flatlay, tapi tak siap lagi. Hihi. Will share details later :) Tapi natural lighting paling penting bagi Siqah :)

      Delete
  5. okei boleh masuk list sbb mek pun suka novel yg mcm ramlee awang mushid tu. ni nampak sepesen. tetripu dengan cover novel. macam cite cinta kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha., Kannn Cover buku memang macam cinta cliche pun., Hihi. Yesss! Mek beli nanti dehh :D

      Delete
  6. ada terpikir nak beli buku ni tapi tak sure juga, bila baca sipnosis dia remind saya pada c-drama Love Me If You Dare.
    tapi lepas baca review Siqah rasa macam best pula..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak tengok drama korea tu. Akan masuk dalam list :D
      Novel ni best! Siqah suka. Tiara boleh cuba baca jugak if minat action thriller novel :)

      Delete
  7. Mai suka movie romance-thriller je, belum pernah baca novel dalam genre ni lagi. Tapi berminat pula nak baca. Hehe, pasal lelaki tak hensem kat cover tu maybe dia orang jahat tu kot, hahahahaha, memandai.

    Favorite quotes, "When it rains, look for rainbows. When it's dark, look for stars." Mai suka yang tersiratnya, dalam apa jua keadaan baik atau buruk, usahalah cari hikmahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolonglah baca novel ni Mai. Hihi. Haha. bukan patutnya cover buku mesti hero ke? :D Yes, akak suka juga dengan ayat tersiratnya jugak. InshaALlah ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku kan :)

      Delete
  8. ok, KLIBF mggu ni dan saya akan cari novel ni kt booth karya seni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesssss!! Happy reading Anies! Hope you like it :D

      Delete
  9. terbaek.. :)


    jemput join segmen ejulz :)
    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  10. tengok awak review,,kita rasa mcm nak baca novel ni.

    ReplyDelete
  11. Ok menarik!!nk lari dulu takut terjebak..huhuhu

    ReplyDelete
  12. cover novel kalau tengok macam tak menarik hahaha. but nice review ^^

    ReplyDelete
  13. Wowwww, kalau tengok cover buku. Berkemungkinan besar saya memang takkan beli. Hahah sorry for judging. :P
    Tapi, bila baca je sinopsis terus cakap dalam hati, novel ni bukan novel cintan cintun cliche. Menarikk!

    Masalahnya sekarang, mood membaca saya hilang taktau pi mana ni. Sobsob. Haha mana nak cari balik? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Yes, bila tengok cover memang rasa cliche cerita ni. Tapi bila baca, ohhh berbeza sekali :D
      Mood membaca Siqah pun baru je kembali nanye. Cuba Ana baca at least 5 min sehari. jadilah, daripada tak baca langsung kan :D

      Delete
  14. Nampak best novel nih. Nanti nak beli lah...dah sebulan lebih tak beli novel nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila Sila beli. Best novel ni. Lain daripada lain :)

      Delete
  15. lama tak jenguk sini :)

    buku ni dalam wish list, entah bila nak beli haha. tak suka cover tapi sinopsis tu memang menarik minat sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Farhana datang sini :)
      Haah cover buku ni memang tak boleh bla. Haha. Tapi jalan cerita terbaik. Hii. Nanti beli eh :)

      Delete
  16. bila baca tajuk pastu tengok cover buku memang terdetik uggghhh cerita cliche tapi bila baca review wow menarik gila jalan cerita dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kann! Dont judge a book by its cover :D COver buku ni memang agak annoying dengan muka lelaki berjambang itu. Tapi jalan cerita best! Maybe boleh masuk dalam TBR list Farhana :)

      Delete
  17. Wahh agak tebal novelnya.. Tapi kalau dah story line menarik mesti tak sedar dah nak habis membacanya.. Wahh suka jugak genre thriller yang buat kita rasa berdebar debar 😍

    Goodjob pada penulisnya bukan senang nak menulis novel yang bergenre thriller ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Husniey. Genre thriller buat rasa nak baca terus dan terus. Tak sabar nak tahu ending. Hihi. Kann! Novel ni baru dinobatkan sebagai pemenang Novel Terbaik Anugerah Buku Negara 2018 <3

      Delete
  18. Pendek kata don't judge a book by its cover, macam tu jugak dengan manusia jangan tengok rupa je normal tapi dalaman kita tak tahu macam mana hehe. By the way, great review Siqah πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Tepat sekali dengan perumpaan jangan tengok manusia rupa je normal tapi dalaman kita tak tahu :D Thank you Erni <3

      Delete
  19. Yes.. Aku Lelakimu memang ohsem.. Seriously sangat menarik..

    ReplyDelete
  20. Menarik sangat shoot gambar. Love it. πŸ˜„

    ReplyDelete
  21. Suka juga baca novel.nampak gayanya kena kumoul beli novel banyak banyak

    ReplyDelete
  22. Ooo..kalau camtu memang kena dapatkanlah. Lagipun dah lama tak beli novel ni

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。