March 23, 2018

REVIEW BUKU | MENGINTAI AKU DI NERAKA by HADI FAYYADH



Nama Hadi Fayyadh tidak asing lagi dalam dunia penulisan di Malaysia. Beliau terkenal dengan buku yang dapat menginsafkan para pembaca. Satu cerita fiksyen yang diselitkan dengan perkara-perkara sebenar yang sudah diterangkan dalam Al Quran dan hadis.

Ada tiga buku beliau yang sangat popular iaitu Semusim di Barzakh, Ketika Azazil Berputus Asa, dan Semusim di Mahsyar. Aku berminat untuk baca buku beliau cuma masih tidak berpeluang untuk membacanya. 

Sehingga beliau menghasilkan buku terbaru bertajuk Mengintai Aku Di Neraka. Aku sangat berminat untuk baca buku ni sehingga bersungguh mencari di MPH dan Popular sebelum release date. Haha. Semangat betul :D 

Benar apa yang dikata, insaf selepas baca buku Hadi Fayyadh. Sungguh. 

SINOPSIS


Persis Sinopsis

Secara ringkasnya, buku ini mengenai Aleeya Qistina yang kecewa selepas putus cinta dan mengambil keputusan untuk bunuh diri. Bukan itu saja, Aleeya juga mula berjinak-jinak dengan budaya Barat sehingga mahu murtad dari agama Islam.

Namun, dalam usahanya ke arah jalan terpesong daripada Islam, dia gagal kerana ada sesuatu yang mengganggunya ketika itu. Pendek kata, dia nampak apa yang bakal terjadi pada manusia yang ingkar akan ajaran Islam. 

Boleh baca sinopsis penuh DI SINI.

REVIEW


Aku ulang sekali lagi. Benar. Buku Hadi Fayyadh boleh menginsafkan.

A really good book to remind us about Neraka dan semua hukuman kepada manusia yang ingkar akan ajaran Islam. Serius menakutkan bila baca. Terbayang-bayang saja. 

Bukan kita tidak tahu akan hukuman yang ada menanti di Neraka cuma kita tidak sentiasa beringat akan hal itu. Bila baca buku ni, diterangkan satu persatu, serius memang makin menimbulkan perasaan takut dalam diri.

Konsep buku ini menceritakan satu kisah dan dikaitkan dengan apa yang tersirat membuka mata, fikiran dan hati. Ditambah pula dengan kejadian yang berlaku di Neraka atas dosa-dosa kita di dunia. Benar menginsafkan dan memberi peringatan berguna untuk pembaca. 

Buku ini juga mengajar kita bahawa tiada perkara yang tidak mustahil akan berlaku. Jika Allah berkehendakkan sesuatu, pasti akan terjadi juga dengan kuasaNya walaupun perkara itu di luar batas logik akal manusia. 

Dinyatakan dalam watak Aleeya yang nampak segala apa yang terjadi di Neraka dan dipertemukan dengan orang-orang yang membawa Aleeya kepada keinsafan. 

Minus point untuk buku ini adalah banyak mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa. Bagi aku, ini tidak patut berlaku. Semestinya sebelum satu buku diterbitkan, akan ada pihak yang membaca dan membetulkan kesalahan ejaan dan tatabahasa kan? Sedikit sebanyak, kesalahan dalam penulisan ini mengganggu pembacaan aku. 

Banyak perkara dan kata-kata penulis yang aku dapat daripada buku ini. Antaranya ialah: 

Iblis akan berputus asa dengan perkara yang lebih besar, tetapi sesekali tidak berputus asa dengan perkara yang remeh.

Istiqamah ketika kau mula malas untuk melakukan ibadah, paksa diri sehingga akhirnya tercetus kenikmatan dan kelazatan. 

Andai dosa itu berbau, adakah kau mahu melakukan dosa atau mendekat dengannya? Walaupun nafsu kau sangat menyukainya? 

Begitulah hidupmu wahai saudari, detik waktu kau sedang berdiri di tepi tebing untuk mengakhiri hidupmu. Tuhan memanggil-manggil lagi.. Tuhan berkata, sabarlah di sana, ada yang lebih bahagia untukmu.. bertahanlah..bersabarlah.. Aku ujimu..Supaya kau lebih dekat denganKu..Supaya kau tahu, ada Aku yang mencintai dan menyayangimu lebih dari semua isi yang ada di dunia. 

Sesungguhnya tidak semua yang kau cintai itu akan mencintaimu sepertimana kau mencintainya, dan ingatlah hati kau akan mudah berputus asa apabila kau terlalu meletakkan harapan kau pada manusia.

RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★★

Aku suka akan konsep penceritaan penulis yang menggabungkan fiksyen dan perkara mengenai seksaan dan azab di Neraka. Sangat terkesan dan benar seperti review yang aku sering baca di Goodreads dan blog, buku beliau boleh menginsafkan para pembaca. 

Hanya bab kesalahan ejaan dan tatabahasa saja yang boleh diperkemaskan untuk buku beliau di masa akan datang. 

Terima kasih atas peringatan yang diberikan. Semestinya aku rekomen buku penulisan Hadi Fayyadh kepada semua :) 

Letakkan dunia di tangan, jangan di hatimu. Semoga kau dan aku beroleh maghfirah.

Salam Jumaat Penuh Barakah. May Allah Bless Your Day.


31 comments:

  1. mmg bestt buku ni kak since yang semusin di barzakh tu.. terus suka dgn novel ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak baru baca buku nie je. Lepas ni akak cari semusim di Barzakh pulak.

      Delete
  2. Tak berpeluang nak beli and baca lagi Siqah huu. Baca review Siqah ni, buat ika rasa mcm nak beli sekarang jee huu. Lawa la gambar siqah. ika jeles hehe.
    Ika datang sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/al-fatihah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Ika beli dan baca eh. Best bukunya :) Ala Ika, please tak mahu jeles. Gambar terkejut je tuk ambik tetiba 😅 Siqah datang blog Ika nanti ye. Lama dah tak blogwalking. Huhu

      Delete
  3. Baca quote nya pun rasa ke jiwa Siqah...Allahu..bila kita sering terlupa dan tersasar...buku seperti ini sedikit sebanyak boleh mengingatkan...subhanAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kak PC. Sering terlupa dan tersasar. Kena selalu diingatkan dan Alhamdullilah buku ni tepat sekali beri peringatan pada kita.

      Delete
  4. baca sinopsis pun dah tau best.... mmg kene cari jgk la novel ni kt popular

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess. Best novelnya. Benda yang realiti jugak terjadi sebenarnya. Belilah nanti ye kak :)

      Delete
  5. semua buku yang siqah review sha rasa nak beli huwaaaa T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tak Siqah happy baca komen Sha ni? Hehe. Memberi gambaran ada yang terkesan dengan review buku Siqah 😬 Buku ni best dan bagus Sha. Boleh baca. Siqah rekomen ni :D

      Delete
  6. Ahhh, baca sinopsis pun dah goosebumps T___T

    Baca novel yg tema begini mmg selalu menginsafkan... huhu

    Sukaa quote yg Siqah tuu, "Sesungguhnya tidak semua yang kau cintai itu akan mencintaimu sepertimana kau mencintainya, dan ingatlah hati kau akan mudah berputus asa apabila kau terlalu meletakkan harapan kau pada manusia."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar menginsafkan. Macam tersedar dari mimpi pulak. Huhu.

      Kann siqah pun suka quote tu. Tidak terlalu berharap pada manusia..

      Delete
  7. Allah....teringin pulak nak baca buku yang menyentap macam ni. Memang kena cari ni...hr tu ada jugak nampak, cuma ongkosnya nggak ada...^_^!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena gak baca buku menyentap camni kan. Hehe. Ramai review buku Hadi semua menyentap. Nanti baca eh Sofie dan boleh bagi review jugak :)

      Delete
  8. Kena beli ni.. bagus akak rajin membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobi membaca dari kecik tak hilang lagi :D

      Delete
  9. Kebanyakkan karya Ust Hadi Fayyadh ni memang boleh buat Hana insaf kaw2 T^T Tapi buku ni belum pernah baca lagi hehe selalunya pun pinjam dari kawan ja :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Mesti Hana dah baca semua buku Hadi yang sebelum ni kan? Akak baru baca yang ni je. Akan dibaca yang lain tu. menarik bukunya :)

      Delete
  10. menarik buku nie, suka novel yang banyak pengajaran macam nie.
    nanti nak cari jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cari eh BV. Baru je kuar pasti banyak lagi kat kedai buku. Hihi

      Delete
  11. Done masuk dlm list! Thankyou sis siqah <3
    Happy weekend :D

    ReplyDelete
  12. Yeah suka buku camni tp belum berpeluang tuk baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, nanti ada masa boleh baca :)

      Delete
  13. Baru berjinak dengan bergenre camni..first buku baca Kerana Syurga Bukan Percuma, terus minat islamic novel..dulu asyik baca novel thriller je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak baca lagi buku Kerana Syurga BUkan Percuma, mesti best kan novel tu sebab Auni terus minat dengan islamic novel. Nanti Siqah nak beli buku tu jugak lah :)

      Delete
  14. nak try baca jugak lah nanti :D

    ReplyDelete
  15. bagus novel macam ni. ada pengisian.
    Janji Kita

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。