REVIEW NOVEL | LEGASI TOMBIRUO by RAMLEE AWANG MURSHID

instalife

January 13, 2018

REVIEW NOVEL | LEGASI TOMBIRUO by RAMLEE AWANG MURSHID



Setakat sekarang, hanya ada satu penulis yang berjaya menambat hati aku dengan setiap hasil karya beliau. Penulis itu tidak lain dan tidak bukan, Ramlee Awang Murshid. 

Sejak baca novel beliau bertajuk Ungu Karmila, aku jatuh cinta dengan hasil penulisan beliau. Koleksi novel Ramlee Awang Murshid adalah antara koleksi novel yang paling disayangi. Jangan sesiapa berani usik novel RAM :D 

Aku tidak sangka Trilogi Tombiruo akan kembali dengan novel baru, Legasi Tombiruo. Novel yang tidak dijangka kemunculannya. Aku tahu mengenai novel ni daripada rakan sekerja. Terus beli online daripada laman web Karangkraf Mall Online. 


SYNOPSIS


Mengisahkan mengenai kehidupan Ejim atau nama barunya Amaruddin selepas 50 tahun. Amaruddin mendirikan rumah tangga bertahun-tahun dengan isteri tersayang, Siti Nurhaliz dan anak mereka, Suriani. 

Kehidupan Amaruddin yang bahagia telah diganggu oleh kemunculan penjenayah yang menggunakan imej Tombiruo namun diubahsuai mengikut cara moden di "hutan batu". Amaruddin sanggup turun ke tempat berlakunya jenayah hanya untuk menemui Tombiruo. 

Dalam masa yang sama, muncul watak Diana, seorang peguam biasa, dan Sarah, seorang wartawan jenayah yang bekerjasama dalam menangani masalah penjenayah Tombiruo. 

Setelah dikaji, tidak disangka bahawa Diana dan Sarah mempunyai hubungan dengan penjenayah Tombiruo itu. 

Apakah hubungan antara mereka bertiga? Dan apakah kaitannya juga dengan Tombiruo? 


Kulit buku belakang


REVIEW


RAM masih berbisa. Idea masih sentiasa di luar kotak fikiran. Aku tak tahulah macam mana RAM boleh dapat idea untuk tulis semua novel beliau. Semua cerita memang tak terjangkau dek akal. 

Aku baca novel ni sambil cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan. Mencari jawapan untuk setiap perkaitan antara semua watak dalam novel ni.

Dan seperti biasa, apa yang aku jangkakan mesti tidak berlaku πŸ˜†

Ada watak baru muncul seperti Diana dan Sarah dan semuanya berkaitan dengan Tombiruo asal iaitu Ejim atau Amaruddin. 

Banyak lagi watak lain sebenarnya. Penghayatan kena tinggi semasa baca novel ni. Kalau tidak, tak faham jadinya. Pelbagai watak muncul dan semuanya berkaitan.  

Aku tanda muka surat yang aku rasa aku akan kembali untuk baca sekali lagi terutama bab watak dan fakta penting dalam novel ni. Kalau-kalau tak faham cerita atau nak ingat kembali siapa watak itu, senang nak refer kalau dah bertanda.

Tidak terlintas di fikiran aku tentang hubungan mereka yang terhasil daripada kehebatan teknologi sekarang. Pandai RAM kaitkan hubungan mereka sebegitu rupa. 

Banyak lagi persoalan di hujung novel ni. Muncul pula dua watak yang pada mulanya diam membisu, tiba-tiba menjadi watak penting di akhir cerita.

Membuatkan aku yakin bahawa Legasi Tombiruo pasti ada kesinambungan. Mungkin. Ohh pasti ada please! Tanda tanya masih tidak terjawab ni! 


RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★★

Aku bagi 4 ★ sebab tak puas hati kena tunggu novel seterusnya untuk tahu ending. Geram! Haha. 

Peminat RAM terutama yang baca Trilogi Tombiruo, novel Legasi Tombiruo semestinya menjadi satu novel yang wajib dibaca. 

Mesti baca tau! 😊

Well done RAM and please don't make me wait a long time for your next novel ✌



"Serahkan ketakutan tu pada Allah. Biarkan Allah menyembuhkannya"

Have a nice day and happy reading, ^_^


46 comments:

  1. Hana memang tak suka bab menanti novel seterusnya untuk tahu kesudahan cerita... huhuhu bertabahlah sis! heheh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann! Tak tahulah bila nak update cerita seterusnya. Dahlah cepat lupa jalan cerita. Baiklah Siqah bertabah nie :D

      Delete
  2. Hehe ciktie pun suka karya RAM ni. Tapi ada sebiji novel dia ciktie punya hilang huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa sedihnya novel RAM hilang. Tambah lagi kalau ianya koleksi kesayangan kan.

      Delete
  3. RAM memang seorang penulis hebat. pada mama yg terhebat dalam malaysia. ideanya mmg lain dari yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann! Samalah, Siqah pun fikir camtu. Idea RAM memang terbaik. Tak terjangkau akal kita.

      Delete
  4. wah ada legasi pula utuk siri Tombiruo...kena cari lah, sambit tu boleh recall balik watak2 dlam siri yg lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa bolehlah beli Nasa. Memang kena recall watak dalam siri lepas. Happy reading :)

      Delete
  5. RM punya novel tak pernah miss baca. He always delivers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Rugi kalau miss novel dia. Tak sabar nak baca je. Hee

      Delete
  6. Tombiruo ni sebenarnya manusia ke, makhluk ke, dunia ke, objek ke? hahaha

    Belum pernah lagi baca novel RAM hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tombiruo ni sebenarnya manusia. Nama dia Ejim. Dia kira macam semangat hutan yang jaga hutan Keningau. Hehe.

      Bacalah nanti novel RAM. Best! Hanis mesti tak menyesal. Hihi

      Delete
  7. Teringin nak ikut cerita ni. Banyak dengar review pasal tombiruo niee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Fatin tak pernah baca lagi novel Tombiruo, kena baca dari Trilogi. 3 novel. Hehe.

      Delete
  8. kin pun peminat RAM. Sejak baca novel bagaikan puteri terus jatuh cinta. dah baca dan kumpul kebnyakan novel dia, cum yg novel baru ni xde kesempatan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Sep sikit untuk peminat RAM. Hihi. Trilogi Sunan lagi banyak novelnya. Jenuh nak baca dan setiap satu novel ada kelainan. Best! Nanti beli eh novel ni :

      Delete
  9. that flatlayyyyyyy *mata kuar love love hhaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Nak kuar love jugak lah πŸ˜πŸ’•

      Delete
  10. Jalan cerita novel RAM mmg xdpat diteka sprti novel2 lain kan.
    bnda yg kita x jangka akan jd bila da part last2 tu. hee
    .
    sprti biasa.gmbr flatlay siqah cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Susah nak agak jalan cerita novel RAM. Apa yang kita sangka jadi mesti sebenarnya lain yang jadi. Hee.

      Thank you Reen 😍 Lagi semangat nak ambik flatlay lepas ni πŸ’•

      Delete
  11. I have a friend yg mmg suka baca novel melayu and she constantly recommend this book to me cos I don't read Malay novel. But insha Allah I will give a few Malay novels including this one a try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please give it a try Tqa. If your favourite genre is mystery and fiction, RAM books definitely for you. Hee. Hope you like it. You won't regret. :D

      Delete
  12. salam. tq singgah dan komen di blog Qekra ;)

    Wah wah wah, baca review ni tak sabar nak dapatkan 1 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Welcome and TQ singgah blog Siqah :)

      Hihi. Baca lah nanti novel ni. Best :D

      Delete
  13. akak tak de lagi buku ni, kenalah menyinggah kedai buku lepas ni :)

    ReplyDelete
  14. Mrs. A pun peminat novel RAM.
    Paling suka trilogi Bagaikan Puteri.
    Kalaulah adaptasi ke drama bersiri ke movie ke mesti best ferfiling drama korea ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay!! Ada geng peminat novel RAM :D
      Hehe. Kita tunggu je Bagaikan Puteri bakal ke layar perak. Tak tahu lah bilanya tapi teaser dah kuar Trilogi Sunan masa ending filem Tombiruo. Tak sabar nak tengok!!

      Delete
  15. Ramlee Awang Murshid tak pernah tak best.. Too bad anis dah lama tak involve in reading.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Semua novel RAM best dan setiap novel ada cerita sendiri. Alaaa.. please come back in reading pleaseeee :D

      Delete
  16. Nani tak pernah baca novel RAM ni. Heheh. Sebab tak suka sangat genre yang macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OO yeke. Nani suka genre camne? Cinta atau lawak? Takpelah,., lain orang lain citarasa kan :)

      Delete
  17. sha blm berpeluang tuk baca n tgk cerita ni huhu..tp sha salut dkt gmbr siqah smua ctk2 hihi pndai siqah amik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Nanti ada masa Sha boleh baca novel ni eh. Thank you Sha cakap gambar Siqah cantik. Hihi. Siqah ikut suka je ambik gambar asal cantik di mata. Suka bila ada orang lain suka jugak dengan gambar Siqah <3

      Delete
  18. sy hanya mengikuti dr jauh ttg RAM dan karya2nya... bakat sebeginilah patut kita sanjungi bkn bakat2 yg hanya nk pemes tp xde tujuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan Anies!! Siqah salute dengan penulis Malaysia yang menghasilkan novel dan mempunyai jalan cerita yang tak cliche.

      Delete
  19. Belum beli dan baca lagi.. Tahun nie kena puasa membeli novel.. Kikiki.. Tak tahulah berjaya ke tak.. Tapi legasi nie memang nak belilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak percaya je Sha nak puasa beli novel tahun ni. Hihi. Legasi ni wajib beli tau. Yang lain takpe boleh hold dulu. Hehe

      Delete
  20. Siqah, ni buku sambungan atau ulang cerita sama..

    ReplyDelete
  21. novel RAM memang terbaik
    ada baca yang sebelum2 nih memang rasa best gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Semua novel RAM best. Teruja betul setiap kali baca, sentiasa bersungguh nak teka jalan cerita tapi mesti tak sama.

      Delete
  22. Kami singgah follow #417. Btw, fans RAM di sini..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Auni follow sini :) Yeayy! Happy jumpa peminat RAM. Hihi

      Delete
  23. iolss skip yang part review tu sebab i hate spoiler kahkahhh. tapi sinopsis and rating tu iols baca. like always kan.. novel RAM tak pernah mengecewakan. saya dah beli dah novel ni, cuma tak baca je lagi haaha. soonn~

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife