September 19, 2017

REVIEW NOVEL | BISIK PADA LANGIT BY SITI KHADIJAH



Aku tidak tahu akan kewujudan novel ini sehingga trailer mengenai filem Bisik Pada Langit mula ditayangkan di Astro. Jadi tertarik untuk menontonnya cuma sebelum itu, aku pasti ingin membaca novel. 

Biasalah aku kan, membaca novel lebih diutamakan daripada menonton filem. Hihi. 

Gigih aku telefon Popular Amcorp Mall untuk bertanya mengenai ketersediaan novel ini dan dipermudahkan caranya, novel ini masih ada di Popular. Aku terus pergi ke Popular selepas balik kerja. Ohh semestinya call Popular tadi untuk reserve novel ni :D

Aku habis baca novel ni dalam masa dua hari saja. Cepat kan? Sebab tak sabar nak tahu kesudahannya. Dan satu lagi, nak habiskan baca novel sebelum tengok filem. Hii. 

SINOPSIS

Sila baca ^_^ Malas pulak nak taip sinopsis panjang berjela :D


REVIEW

Kasih ayah lebih tinggi daripada gunung dan sayang ibu lebih dalam daripada dasar lautan. 

Secara jujurnya, aku tertarik untuk membaca novel ni kerana kisah pengorbanan seorang ayah (Wak Rosli). Tapi semasa dan selepas habis aku baca novel ni, aku tertanya-tanya di manakah pengorbanan seorang ayah yang dikatakan itu. 

Dalam novel ini, aku melihat seorang ayah yang terlalu sayangkan Hajar sehingga mengabaikan dua orang anak lelakinya. Dengan alasan anak lelaki mesti kuat dan tabah dan tidak perlu dilayan beria-ia. Aku juga melihat seorang ayah yang ego dan masih utuh dengan pendiriannya sehingga tidak mempedulikan perasaan ahli keluarga yang lain. 

Bagi Wak Rosli, hanya Hajar satu-satunya harta yang dia ada. Hmm bahagian ini aku tidak setuju. Mungkin aku menganggap diriku di tempat anak lelakinya (Zaidi dan Iqram) dan aku pasti sedih jika ayah yang kita hormat dan sayang tidak adil dan memilih kasih. 




Namun begitu, 

Novel ini penuh dengan pengajaran dalam kehidupan dan berjaya membuatkan air mata aku menitis juga di akhirnya. Walaupun aku tidak suka akan sikap Wak Rosli, namun aku faham perasaan seorang ayah yang melihat anaknya pergi dahulu sebelum dirinya ๐Ÿ˜ญ 

Gaya penulisan novel ini juga menarik dan tersusun. Ini adalah novel pertama daripada penulis Siti Khadijah dan aku jatuh cinta dengan gaya penulisan beliau. Dalam erti kata lain, bolehlah aku baca novel Siti Khadijah yang lain. Hihi. 

Mari aku berkongsi pengajaran yang aku ambil daripada novel ini :) 


JANGAN BEZAKAN KASIH SAYANG ANTARA ANAK

"Nab tahu tu bang tapi anak lelaki pun perlukan perhatian juga. Dia orang nampak kuat tapi kita tak tahu kalau-kalau jiwa dia memberontak bila tengok abang lebihkan Hajar. Saya pun sayangkan Hajar tapi jangan sampai kita abaikan anak-anak kita yang lain." 

Seperti yang aku katakan di atas, aku geram dan tidak suka dengan sikap Wak Rosli yang sentiasa lebihkan Hajar dalam setiap perkara. Sampai bab makan pun dia lebihkan Hajar di hadapan dengan anak yang lain. Hmm kalau aku jadi Iqram atau Zaidi, aku pasti terasa juga dengan sikap ayah sebegitu.

Wak Rosli merasakan bahawa anak lelaki mesti kuat dan tabah macam dia jadi dia tidak perlu tunjukkan kasih sayang yang beria-ia kepada anak lelakinya. 

Tapi sedarkah Wak Rosli, yang mungkin anak dia memendam rasa? Iqram merasa disisihkan oleh ayah sendiri dan sentiasa merasakan ayahnya tidak ambil peduli dan sedar akan kewujudan dia. Aku yang baca novel pun rasa sedih bagi pihak Iqram. Nampak sangat ketidakadilan Wak Rosli dalam melayan anak. 

Anak tidak perlu dibezakan. Alhamdullilah ayah dan mak aku tidak pernah membezakan anak. Aku nampak keadilan dalam ayah dan arwah mak aku dalam membesarkan kami empat beradik.  

Ibu bapa perlu berlaku adil untuk semua anak tidak kira jantina anak. Masing-masing perlukan kasih sayang sama rata daripada ibu bapa. Aku belum ada rezeki zuriat sendiri. Sentiasa berdoa untuk rezeki zuriat dan dalam masa yang sama sentiasa berharap agar aku boleh bersikap adil untuk anak nanti. InsyaAllah. 


PENGORBANAN KELUARGA TIDAK TERNILAI 

Ibu bapa dan adik beradik sanggup berkorban untuk kita tanpa kita sedar. Cuma kadang-kadang kita took for granted. Minta dijauhkan daripada sikap begitu. Wak Rosli sentiasa berusaha supaya anaknya hidup dalam keadaan yang baik. Tidak kaya cuma cukup serba serbi dalam hidup. 

Begitu juga dengan abang Hajar, Zaidi. Sanggup memberi Wak Rosli menggunakan duit simpanannya dalam ASB yang berjumlah RM6000++ untuk pergi ke Australia melihat Hajar sedangkan duit itu dikumpul oleh Zaidi untuk melanjutkan pelajarannya. 

Zaidi tidak dapat melanjutkan pelajaran selepas SPM kerana Wak Rosli sakit pada ketika itu dan dia sebagai anak sulung perlu bekerja untuk menyara keluarganya. Jadi dia kumpul duit untuk membiayai yuran pengajiannya kelak ๐Ÿ‘๐Ÿป


MINAT MEMBAWA KEPADA KEPUASAN MEMILIKI 

Apabila kita terlalu minat dengan sesuatu, kita akan nekad untuk dapatkannya walaupun susah dan mengambil masa yang lama untuk memilikinya. Betul kan? Biar lambat asalkan dapat apa yang kita nak dan paling penting sekali, kita tak menyusahkan orang lain. 

Ini digambarkan dalam watak Hajar yang sangat suka superbike walaupun ditentang oleh Wak Rosli. Memiliki satu superbike adalah impian Hajar. Lalu dia bekerja sambilan di Australia dan berjaya memiliki satu superbike idamannya. 

Begitu juga dengan kawan sebilik Hajar, Lina yang sanggup beli novel secara online walaupun kos penghantaran mahal dan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sampai. 

Semuanya kerana minat. Apabila kita dapat memiliki sesuatu yang kita idam-idamkan dengan usaha sendiri, kita akan dapat kepuasan. Kepuasan untuk diri sendiri. 

Dan orang lain yang tidak mempunyai minat yang sama agak sukar untuk memahami. 


CINTAI SESEORANG DENGAN SEDERHANA 

"Allah. Dia yang paling utama dalam hidup awak dan saya. Dia wujud saat awak dan saya belum hadir ke dunia. Dia yang sering kita lupakan saat kita senang dan tempat kita mengadu saat kita rebah." - Hajar 

"Jangan terlalu mencintai saya sehingga awak lupakan siapa yang awak patut cinta. Cintailah saya dengan sederhana, boleh?" - Hajar 

Kata-kata Hajar di atas sedikit sebanyak memberi keinsafan bukan saja pada Irwan malah untuk diri aku juga. Cintailah seseorang dengan sederhana. Jatuh cinta itu lumrah sudah namanya fitrah manusia cuma perlu sentiasa ingat bahawa cinta kepada manusia bukan segala-galanya. 


"If the road ahead is not easy, 
Our love will lead the way for us,
Like a guiding star,
I'll be there fot you if you should need me,
You don't have to change a thing,
I love you just the way you are." 

Lagu cinta bagi Hajar dan Iqram - Nothing's Gonna Change My Love For You ๐Ÿ’“


MATI ITU PASTI

"Kehidupan kita penuh misteri, awak. Kita takkan tahu bila hidup kita akan menemui noktahnya. Bagi saya hidup ni umpama sebuah karangan. Segalanya telah ditulis dan segalanya sudah dikawal. Tetapi apabila ia menemui penamat, tiada siapa yang dapat menyambungnya"- Hajar


PERCAYA QADA DAN QADAK ALLAH

"Walau sekuat mana pun kita berusaha, tapi kalau Allah tak tunjukkan jalan keluar, tu bermakna Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita usaha tapi tak letak sepenuhnya kepercayaan kepada Allah pun, tak boleh juga, ayah." - Zaidi 

Sering kita dengar ungkapan "usaha, doa, ikhtiar, dan tawakal"  dan menjadi sebati dalam kehidupan kita seharian. Namun jika keadaan memaksa, kita boleh lupa akan ungkapan itu. 

Perkara ini berlaku ketika proses membawa pulang jenazah Hajar dari Australia ke Malaysia. Wak Rosli sangat tidak sabar untuk melihat jenazah Hajar sehingga asyik memaksa anaknya, Zaidi dan Iqram untuk mengikut setiap katanya.

Sanggup nak jual satu-satunya harta pusaka yang dia ada, bersungguh nak pergi ke Australia sehingga tidak mempedulikan nasihat orang lain. Masa ni, serius, memang aku bengang je dengan perangai Wak Rosli. Seolah-olah hanya dia seorang saja yang kehilangan insan tersayang. 

Nab (Mak Hajar), Zaidi dan Iqram sangat sabar dan berjaya membuatkan Wak Rosli berfikiran waras (akhirnya) dan percaya kepada qada dan qadak Allah. 

Di saat beginilah, sokongan ahli keluarga amat diperlukan. Sayangilah keluarga anda ๐Ÿ’“


REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH

Sering juga kita mendengar ungkapan ini, "Allah tak akan menguji hambaNya di luar batas kemampuan setiap hambaNya kerana Allah mengetahui mana yang terbaik". Ungkapan yang senang dilafazkan dan diingati tapi agak sukar untuk menghadamnya. 

Pada mulanya, pasti sukar untuk menerima ujian yang diturunkan tapi lama-kelamaan, hidup kita sudah biasa dengan ujian itu dan tanpa kita sedar, kita akan mula melalui kehidupan normal semula. 

Mengingatkan akan diri aku yang kehilangan arwah Mak ketika berusia 17 tahun. Setiap malam menangis di awal pemergian arwah Mak. Tangisan kerinduan. Masa berlalu dan lama-kelamaan, aku dapat menerima pemergian arwah Mak sepenuhnya. 

Allah ada banyak cara untuk uji keimanan hamba Dia. Salah satu daripadanya adalah dengan kematian. Dengan meratapi kematian Hajar, itu takkan memberi kebahagiaan pada dia di sana. Sebaliknya, dia akan sakit. Sakit  melihat orang yang dia sayang tak sepenuhnya lepaskan dia. 

Babak Hajar dalam keadaan nazak meminta orang tersayang melepaskan dia sangat memilukan hati sehingga mengalir airmata :(

Allah uji tanda Dia sayang. Allah uji tanda awak hebat. Allah uji tanda dia peduli. Dia ingin uji sejauh mana awak berharap pada Dia dalam kehidupan awak dan Dia hanya ingin ingatkan pada kita bahawa setiap yang ada di atas dunia ini adalah pinjaman. Begitu juga dengan nyawa dalam badan kita. Selama-lamanya bukan milik kita. 

Seorang yang beriman; sama ada lelaki atau perempuan, akan sentiasa diuji oleh Allah. Sama ada ujian itu terkena pada dirinya sendiri, anaknya ataupun hartanya. Sehingga dia bertemu Allah dalam keadaaan tidak mempunyai satu dosa pun - (direkodkan oleh Tirmizi)


HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH

Bukan mudah untuk kita menerima jika nikmat Allah ditarik. Pada mulanya, mungkin kita akan mempersoalkan hal ini kepada Allah. Kita lupa melihat pada kebaikan setiap ujian. 

Namun percayalah bahawa cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap. Kita perlu sabar dan sentiasa berfikir akan hikmah yang ada. 

Dalam novel ni, Allah masih memberi kesempatan untuk Wak Rosli memperbaiki kesilapannya kerana jika Allah tidak mengambil Hajar daripadanya, mungkin dia masih tidak mempedulikan Zaidi dan Iqram.

Allah mengambil sesuatu yang berharga daripadanya agar dia menyedari akan nilai sesuatu yang lain yang selama ini tidak disedari oleh Wak Rosli. 

Itulah hikmah di sebalik pemergian Hajar buat Wak Rosli. 


RATING AND RECOMMENDATION

Rating: ★★★★★

Jalan cerita berlandaskan kisah sebuah keluarga yang begitu dekat di hati kita serta gaya penulisan penulis yang menarik dan tersusun membuatkan aku memberi ★ yang penuh untuk novel ini. 

Aku rekomen novel ini untuk dibaca oleh semua. 

Tahniah kepada penulis Siti Khadijah kerana telah berjaya menghasilkan novel yang penuh dengan pengajaran =) 


Tayangan filem Bisik Pada Langit akan mula ditayangkan pada 21 September 2017. Jom kita tonton sama-sama! Pasti boleh mengalirkan airmata. Bawa bekalan sapu tangan atau tisu ye ^_^

53 comments:

  1. menarik ceritanya, penuh dengan mesej. bersungguh akak baca ulasan siqah. dah lama tak beli novel tapi novel ini macam menarik untuk akak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ni penuh dengan pengajaran kak. Kisah keluarga kan. Bolehlah akak baca nanti :)

      Delete
  2. ada jgk tgk review filem ni kt astro n kt fb pun dh viral kata cite ni sedih la ... akak mula2 tak tau jgk filem ni adaptasi dr novel, pasni nk try la cari novel nya... sbb skrg ssh nk cari novel yg menulis psl kekeluargaan, banyak nya novel mcm ala2 remaja gitu, yg tajuknya pun dh ala2 hipster gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan akak. Sekarang novel remaja banyak kak. Novel pasal cinta pun banyak. Novel kekeluargaan agak kurang jugaklah atau mungkin siqah pun tak tahu sangat. Hee. Bolehlah akak baca novel ni nanti. Pasal keluarga, mesti akak suka :)

      Delete
  3. Kalau ada adaptasi filem atau drama daripada novel...kak PC lebih pilih baca novel dulu...auranya lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sikit kak!! Samalah dengan Siqah! Aura baca novel lain, setuju2 :D

      Delete
  4. Aduhh..meremang bulu roma baca sinopsis dan juga review Siqah...yg pasti mmg kena cari novel ni sebab kalau tengok drama atau filem cerita ni akan diubahsuai..Beto..aktor favorite yg hebat utk watak abang, begitu jugak Ummi Nazeera dan Jalil Hamid. Memang nk kena sedia sekotak tisu. Good review Siqah! Dari FB terus terjah kat sini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap tak banyak lah ubahsuai tu kan. Maybe sequence filem pun lain nanti. Siqah pun suka baca novel sebelum tengok filem/drama. Lain perasaanya tu kan..

      Siqah duka dengan pelakon utama juga! Tu yang beriya nak tengok filem ni. Hehe.

      Thank you Umi baca review Siqah yang panjang berjela ni. Hehe <3

      Delete
  5. Memang panjanggg... baru tgk trailer pun saya dah nangis. Adoi . Ada pasang niat nak baca novelnya lepas awak post dkt insta story tapi saya malas nak beli. Try cari read online tak ada pulak . Hmmm. Mmg tgk movie je trus nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann trailer menarik buat nak baca novel sebab saya jenis baca novel dulu. Hope filem best lah.

      Delete
  6. huih full star..! Tp tengok trailer filem ni hari tu, memang nampak best pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab trailer lah punca baca novel ni. Hehe

      Delete
  7. detail betul siqah review novel :D dapat 5 bintang pulak nie. kalau terjumpa novel nie teringin jugak nak beli nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Detail kan sebab tu panjang. Hehe. Suka jugak review detail agar nanti baca review dah boleh ingat jalan cerita novel. Hehe.

      Delete
  8. "Kasih ayah lebih tinggi daripada gunung dan sayang ibu lebih dalam daripada dasar lautan."

    Bila dah duduk dgn parents nak dekat sebulan lebih dan diorang pun dah bersara, memang lagi terasa quote tuuu. Kadang2 tak tahu rasa dilebihkan ke tak. Dulu mak ayah pernah cakap, setiap anak tu ada manisnya tersendiri. :) Tapi sebagai sorang je anak perempuan, memang terasa dijaga lebih. Nak jaga anak perempuan lagi mencabar orang kata. Heee.

    Nanti novel ni jadi filem kat Astro ea? Biasanya bukan novel jadi drama eh?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka ayat mak ayah Hanis, setiap anak ada manisnya sendiri :) Dalam novel ni, nampak sangat tak adilnya Wak Rosli tu. Geram gak baca sebab tempatkan diri pada anak yang lain. Hee

      Filem ni ada kat pawagam Hanis. Rasa akan kuar jugak dalam Astro First nanti. Tak semestinya jadi drama. Ada jugak novel jadi filem :D

      Delete
  9. Maafkan saya. Suka saya perbetulkan faktanya di sini, filem tersebut BUKAN diadaptasi dari novel tapi sebaliknya. Skrip filem ini ditulis dulu & asalnya dibikin untuk medium tv tapi penerbit ambil keputusan menjadikannya sebagai filem setelah meneliti hasilnya. Setelah itu baru skripnya diadaptasi kepada novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Brader Kay atas fakta yang diberi. Serius saya ingatkan filem adaptasi, rupanya novel adaptasi filem. Baru juga terjah ke page Karya Siti Khadijah di FB. Terima kasih ye. Akan dibetulkan dalam review filem nanti :)

      Delete
  10. Baru baca sinopsis, itu pun dah rasa menarik jalan ceritanya. Filem mesti tonton ni.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti tonton Mai! Siqah baru je tonton. Menitis air mata.

      Delete
  11. Sukaa lah quote tu yang mula mula tu. Nani taksabaar nak tengok movie Bisik Pada Langit ni. Ramai artis yang dah tengok cakap best. Heheh. Hari ni kan keluar dekat pawagam. Next week lah baru pergi tengok. Heheh:l

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok tengok!! Siqah baru lepas tengok. Nangis T_T

      Delete
  12. Baca review Siqah pun dah best gila nikan pulak kalau baca novel tu hehe. Alhamdulillah, parent Erni tak pilih kasih, kasih sayang tu diorang bagi sama rata antara kitaorang 4 adik beradik takde sentap-sentap apa semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Terima kasih Erni baca review Siqah yang panjang ni <3 Alhamdullilah, kita dilahirkan dalam keluarga yang tidak pilih kasih. Erni mesti kena tengok filem ni. Mesej kekeluargaan sangat ditunjukkan T_T

      Delete
  13. salam ziarah & follow... dah lama x beli novel..yg last beli tu pun masih ada yg berbalut plastik...biasanya yg rasmikanm, anak2 sedara or member..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak bagi Siqah pulak yang rasmikan novel yang dibeli tu? Hihi. Anyway, TQ singgah dan follow. Follow balik nanti ye :)

      Delete
    2. sis nak jual tak novel tu secara prelove...klu nak jual saya nak beli...pm 0196645002

      Delete
    3. Siqah pm Zety okay. Memang nak jual pun :D

      Delete
  14. Owh baru tahu yang cerita ni datangnya dari novel. bagus jalan cerita sbb lebih pada kasih sayang seorang ayah n hubungan kekeluargaan yg erat. sempat tengok sekejap tayangan perdana citer ni kat tv haritu.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel adaptasi filem sebenarnya. Disebabkan novel keluar dulu, so ingatkan filem adaptasi. Hihi. Haah tengoklah filem ni, mesej kekeluargaan sangat kuat. Nangis tengok T_T

      Delete
  15. Fiza sejenis yang tak suka baca novel, jadi boleh tengok ceritanya nanti :)

    ReplyDelete
  16. oh cerita diadaptasi dari novel rupanya! Tengok trailer nampak menarik sangat dan tau mesti bila tengok nanti banyak meleleh arimata T_T
    Baca review Siqah rasa nak dapatkan novel dulu sebelum tgk movie dia..

    Btw, lama tak singgah blog Siqah. Hi, Siqah :D

    Fatinamudz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel yang adaptasi filem ni :D Memang sedih filem ni. Baca novel takdelah menangis sangat, tapi bila tengok filem, tak menahan air mata mengalir. Takde penahan dah. Hii.

      Hi Fatina :) Siqah pun lama tak blogwalking. Nanti Siqah terjah blog Fatina pulak ye :)

      Delete
  17. fuhhh. macam sedih jaaa novel ni. wuuu

    ReplyDelete
  18. tak setuju dengan sesetengah ibu bapa yg pilih kasih. alhamdulillah abah dan arwah mama Hana tak pernah pilih kasih antara kami lima beradik, tapi kalau terdengar atau terbaca kisah macam ni Hana sendiri sedih :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. sedih bila tengok anak yang disisihkan. Apa dia buat semua tak betul. Huhu.

      Delete
  19. Baca review siqah je dah cukup sedih dan geram.. Belum baca novelnya lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha baca lah novel nie pula. Baca novel penuh perasaan berbanding tengok filem. Huhu

      Delete
  20. Baru tau ada novel rupanya movie ni.

    Sedih rasanya baca review siqah tentang buku ni. Seorang ayah seharusnya menyayangi anak2 sama rata supaya tiada yang berkecil hati kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Sebenarnya novel ni adaptasi daripada filem. Skrip filem siap dulu.

      Kannn! Bila baca novel ni, memang Siqah geram dengan perangai ayah Hajar. Nampak sangat sikap pilih kasih. Mujurlah anak lelaki dua orang tu tak memberontak. Huhu.

      Delete
  21. Jarang penulis novel dapat lari dari cliche cinta macam ni...Baca entry ni pun Mai rasa sedih tetiba...Mai tak tengok pun lg cerita ni, takde bajet bulan ni,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang kan. Cerita ni lebih kepada kasih sayang keluarga. Menarik dan sedih.

      Delete
  22. errr cerita ni sedih sangat.. baik novel mahupun filem.. terasa dekat sebab watak abah yg mmpunyai sikap protektis kat anak perempuan dia tu mostly ada in real life..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata biasa kisah novel or drama or filem ada realiti cuma tak jadi kat kita je. Ada benarnya jugak tu kan.

      Delete
  23. Replies
    1. For me, novel is better. But film pun not bad. Best jugak :)

      Delete
  24. Wow..kak Siqah ini mmg pengulas novel professional ke. Cara penerangan kak Siqah mmg terbaik dan mudah difahami. Terbaik la kak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Takdelah pengulas novel professional. Hentam je ulas novel. Hihi. :D

      Delete
  25. katanya semua nangis keluar panggung. mek tgu astro first. tk sempat layan kat wayang hr tu

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。