May 09, 2017

PULAU REDANG HOLIDAY TRIP : PART 2 - SNORKELLING POINTS IN PULAU REDANG




Hari ni, aku cuba habiskan entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip. Malas bab nak pilih gambar , edit, dan letak watermark sebenarnya. Haha. Itu yang bertangguh beberapa hari selepas entri Part 1. 

Korang boleh baca mengenai pakej, jadual, tempat penginapan kami (Redang Mutiara Beach Resort) dan jumlah perbelanjaan kami selama 3 hari 2 malam dalam >>> ENTRI INI

Aku bahagikan entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip menjadi empat bahagian iaitu:

Part 2 - Snorkeling Points in Pulau Redang
Part 3 - Leisure Hour - Relaxing and Photography Session
Part 4 - Goodbye Redang and Food Hunting in Terengganu

Harap korang semua stay with me till the end of my stories. Thank you in advance. Hii ^_^

Tanpa berlengah masa, mari aku ceritakan mengenai snorkeling points di Pulau Redang dan juga pengalaman di setiap point.

Snorkeling diadakan pada dua hari pertama: 29 April - Pasir Akar manakala 30 April di Marine Park dan Pulau Ekor Tebu

Eh kejap. Sebelum cerita mengenai snorkeling, nak berkongsi dulu kasut yang kami pakai semasa snorkeling dan sepanjang berada di pantai. 

KASUT AQUA
Selesa sangat.
Tak perlu lagi cabut selipar ketika di pantai. Dan tidak perlu takut jika terpijak coral di laut.
Kami beli di Decalthon Sri Damansara Store.
Harga RM20+. Tak ingat harga tepat.




SNORKELING POINTS AND STORIES



PASIR AKAR


Snokeling point pertama yang kami pergi di waktu petang hari pertama. Masa tu, rasa macam penat juga sebab lepas sampai je resort, kami terus mandi manda di pantai. Tak nak berehat langsung. Mana tahan wei tengok laut cantik. Rugi duduk dalam bilik tau.

Kami semua mandi termasuk Hanis dan Syira yang bergilir memandu dari Subang ke Merang. Mereka berdua sentiasa menjadi pemandu yang berhemah dari tahun lepas ke Pulau Perhentian hingga ke tahun ini ke Pulau Redang. Thank you korang! 😍

Perjalanan ke Pasir Akar tidaklah lama sangat. Cuma aku tidak berapa gemar akan bot yang membawa kami snorkeling. Bot tertutup tau macam feri tu. Rasa sesak nafas duduk dalam tu. Aku lebih suka akan open bot tapi dah disediakan bot seperti feri itu, naik jela kan. Tak kan nak protes pulak kat situ. Kena humban dalam laut kang! Hahaha. 


View di Pasir Akar.
Ada gambar ni je dalam phone aku.


Tasha. Sempat ambil gambar Tasha je. Sebab dia yang sentiasa berdekatan dengan aku. Hihi

Seronok sangat snokeling kat sini! Sebab banyak ikan weii!!! Banyak gila! Aku suka sungguh lah jumpa banyak ikan camni. Tahun lepas masa ke Pulau Perhentian, rasa takdelah aku jumpa ikan banyak camni. Mungkin aku yang tak explore sangat kot. 

Ikan di Pulau Redang cantik, banyak, dan mesra alam! Hihi. 

Tak boleh nak snap gambar dalam laut. Maklumlah phone letak dalam beg kalis air. Hanya boleh ditekan semasa tidak berada dalam laut saja. Jadinya, tekan record siap-siap dari atas dan masuk ke laut. 

Makanya, gambar di bawah, aku snap daripada video saja. Hihi. 


Tengok siapa tu? :p

Banyak ikan! Suka!



MARINE PARK


Kami pergi ke Marine Park pada hari kedua di awal pagi. Seawal jam 8.30 pagi, kami sudah disuruh berkumpul untuk pergi ke sini. Perjalanan ke Marine Park lagi sekejap daripada ke Pasir Akar semalam. 


View dari laut.
Taman Laut Malaysia, Pulau Redang

Kat sini lagi best sebab jarak dekat dari tepi pantai je sudah ada banyak ikan. Tak payah nak snorkeling beriya. Masa kami sampai, orang masih tak ramai. Jadi memang seronok lah terus turun ke laut. 

Kalau korang nak ke Marine Park, dinasihatkan agar datang awal tau. Kalau tidak, korang snorkeling sambil berlanggar dengan orang nampaknya. Ada seorang bagi taklimat sesudah kami sampai di sini. Dan dia kata akan tiba lagi 14 bot ke sini pada waktu pagi saja. 

Bayangkan!! 14 bot weii! Berapa ramai orang pulak jumlahnya tu haa! Fuh mujur sampai awal. 

Kat sini pun, ada kejadian yang mengelikan hati juga berlaku πŸ˜† Dijadikan cerita, Nadia bawa roti bersamanya. Nak bagi ikan makan. Aku yang berada di belakang Nadia terkejut sebab tiba-tiba banyak ikan datang kat aku.

Aku memang suka ikan banyak camtu tapi kalau dorang dah datang kat aku secara berjemaah gitu, jadi seram dan geli jugak nanye. Tengah duk berfikir kenapa ikan datang kat aku? Rupanya baru nampak yang sebahagian roti yang Nadia bawa terlekat pada jaket aku. Patutlah ikan banyak datang kat aku. Ada makanan rupanya πŸ˜…

Cepat-cepat aku leraikan roti yang ada sambil menjerit. Muahaha. Rasanya semua orang kat situ dengar aku jerit. Maaflah ye 😁 Seronok juga sebenarnya. Anggap jela ikan suka kat aku. Dah ada makanan, sukalah! Hahaha. 

Aku snorkeling sekejap saja di sini. Ombak jadi tidak menentu sebab bot asyik datang dan pergi saja. Rimas aku dibuatnya. Jadi, aku mengambil keputusan untuk duduk di tepi pantai dan perhatikan gelagat orang saja. Macam-macam orang ada wei. Aku suka perhati orang nanye. Hihi. 

Ada yang teragak-agak nak turun ke laut. Ada yang tak habis-habis betulkan mask snorkeling. Ada yang menjadi cikgu untuk mengajar orang snorkeling. Paling aku suka adalah ayah mak yang bagi sokongan kat anak dorang agar tidak takut. Berbuih mulut cakap, 'adik, jangan takut". Senyum sendiri aku. 


Semasa kami sampai. Tak ramai orang lagi. 


Ketibaan bot 


Ramai orang! Masa ni lagilah aku hanya duduk di tepi pantai saja. Hii 

Disebabkan aku tidak snorkeling sangat di sini, sampai keringlah baju duduk tepi pantai. Hihi. Aku ambil gambar ikan dan coral di bawah daripada video yang Nadia share. Video daripada GoPro makanya gambar terang sikit :D

Cantik :)

Coral pun cantik

Rasa nak beli GoPro. Okay, mahal. Beli action camera pun jadilah :D


Hampir dua jam kami di sini. Kat sini ada tempat bilas badan selepas naik daripada laut. Tak ambil gambar pula. Korang ikut je arah orang berjalan. Biasanya ikut arah orang berjalan adalah perkara paling senang kalau tak pasti. Hihi. Tempat ni tidaklah luas. Tak akan sesat. 




Tak sempat ke sini. Ambil gambar semasa dalam perjalanan nak naik bot untuk pulang



PULAU EKOR TEBU


Selepas lunch di petang hari kedua, kami dibawa ke sini. Aku tak sempat bertanya kepada Ayoh mengenai asal usul nama tempat ini. Macam pelik pulak namanya. Hihi. Ohhh Ayoh adalah orang yang bertanggungjawab membawa kami ke sini. Pemandu bot lah ni. Banyak pengalaman Ayoh. Bawa orang snorkeling dah berpuluh tahun katanya. 

Tiba di lokasi terakhir snorkeling dan aku terus memandang sekeliling. Agak gusar untuk aku turun sebenarnya sebab lokasi ini di laut dalam. Aku automatik teringat akan kisah hampir lemas di Light House Pulau Perhentian tahun lepas. 

Hmm. Namun aku gigihkan juga turun ke laut. Nak juga merasa. Cuba try test. 

Tapi aku hanya berada di laut tidak sampai 15 minit. AKU TAKUT!! Serius teringat akan kisah di Pulau Perhentian dan aku jadi seram dan panik. Cuba untuk snorkeling tapi apabila melihat dasar laut yang sangat dalam terus aku berhenti 😩

Mula-mula aku berpaut pada Tasha untuk bawa aku ke bot tapi sayangnya air laut tidak menentu masa tu. Kami asyik tertolak lagi jauh daripada bot. Kasihan Tasha. Huhu.

Aku terus lambaikan kedua-dua tangan. Sebelum turun ke setiap lokasi, boatman dah pesan agar melambaikan kedua-dua tangan jika mahu pertolongan. Jangan lambai satu tangan je. Nanti dorang ingat itu hanya lambaian bye-bye. 

Ada boatman datang dan membawa aku ke bot dengan menarik aku menggunakan pelampung. Terima kasih banyak-banyak! πŸ™ Jasamu dikenang. 

Aku tahu orang kata jangan panik ketika di laut. Kalau panik, apa pun tak jadi. Aku cuba untuk tidak panik tapi haih, tak boleh. Fobia. Terbayang-bayang kejadian lepas menyebabkan aku tak sanggup lagi nak mengalaminya buat kali kedua πŸ˜”

Bila diri dah tenang di atas bot, aku mulalah ambil gambar dan mencari mereka berempat di tengah laut. Susah nak nampak. Warna tudung pula gelap je semua. Tak cam mana satu mereka di kejauhan itu. 


Tak ramai orang kat sini

Mana korang....

Masa nak balik dah. Ada 2 bot lagi datang. 

Kami di sini hanya satu jam rasanya. Ramai orang yang naik cepat ke bot. Semua yang naik ke atas bot cakap penat snorkeling kat sini. Ada seorang mamat tu dah naik bot sama masa dengan aku. Dia kata kakinya rasa nak cramp. Jadi dia terus naik bot je sebelum apa-apa terjadi. 

Betul juga kan. Kaki cramp boleh jadi bila-bila masa. Sebab tu dinasihatkan agar pakailah jaket keselamatan walaupun kau superb talented berenang. Mana tahu kaki cramp tiba-tiba nanti. 

Kalau naik bot dengan Ayoh, diwajibkan semua pakai jaket keselamatan. Tak dibenarkan turun ke laut kalau tak pakai.


Hanis dan Tasha.
Masa ni, Nadia dan Syira masih berada di dalam laut.

Dalam perjalanan pulang dari sini, kami berlima duduk di depan bot. Seronok rasanya sebab boleh melihat keindahan lautan luas dengan angin kuat. Best! Ayoh pula bersungguh bawa kami yang di depan ini untuk melihat sesuatu katanya. Kami pelik jugak apalah bendanya kan. 

Inilah bendanya.. Cuba cari apa yang misteri? Hihi

Ayoh kata batu-batu kecil (di tepi kiri gambar) adalah sesuatu kejadian yang misteri. Kenapa misteri? Sebab bagaimana ubah pun batu kecil tersebut, esok harinya batu itu akan kekal begitu juga. Seperti ada orang menjaganya. "Bunian kot, Ayoh".

Sebenarnya aku blur masa ni 😁 Iyakan jela apa yang Ayoh cerita. Hihi.

Kami tiba di jeti dan meminta jasa baik salah seorang boatman untuk melayan kami bergambar. Mujur jugalah dia nak layan haa. Terima kasih ye adik berbaju hitam. Penatlah layan akak-akak ni bergambar :D



Geng Makan! <3

Tak pasti apa yang kami suka sangat masa ni.
Yang pasti aku suka gambar ni <3


Tamat sudah cerita mengenai snorkeling di Pulau Redang. Hanya ada tiga lokasi untuk snorkeling di Pulau Redang. Sebab itu juga masa terluang banyak di sini. 

Dalam post selepas ini (Part 3), aku akan ceritakan pula apa yang kami buat ketika masa terluang itu ye. 

Thank you for reading and stay tuned for my next story ^_^


19 comments:

  1. Dah up dah entri redang lagi. Nadia pun dah up nnt singgah lah jugak hiii. Eh chop , roti tersangkut dkt jacket ke ? Bukan casing hp chika ? Ok salah ek nnt lah edit hiiii

    Dah beribu kali ckp gamaknya.tapi nak ckp jugak. Rindu Redang !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat jaket sangkutnya roti tu. Tu yang agak payah nak leraikan. Hihi.

      Kannn! Rindu Redang jugak! 😍

      Delete
  2. cantik2nya.... entah bila lah dpt ke sana

    mmg cantik pemandangan kt pulau redang tuh, tgk air nya, ikan2nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Ada peluang nanti akak ke sana juga ye :)

      Cantik Pulau Redang 😍 rasa tak nak balik. Hii

      Delete
  3. Bestnyaa..seram jgk kalau panik masa berenang tu kan airah pun xbrani sgt kalau laut dalam bkn reti berenang pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Memang seram Airah. Panik masa berenang boleh buat lemas. Huhu. Bila tak pandai berenang yang buat lagi takut sebenarnya..

      Delete
  4. Seram pula ana baca kisah hampir seram tu. Terus teringat kes naik water taxi di windmill Perhentian ke chalet tanpa pakai life jacket sambil pegang syafi. Ombak punya lah kuat sampai melambung ktrg dlm bot kecik tu. Dengan takde tempat pemegang lagi. Mmg ingt mari je masa tu.

    Sejak tu jadi fobia nak naik speed boat atau water taxi. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana , pergi jugak naik bot ke windmill ? Kitaorang pun sama Ana . Trip lepas masa di perhentian . Perasaan kitaorang masa tue sama macam Ana . Sebab ombak kuat sgt. Tapi , Nadia lagi risau tgk Siqah, Tasha , Hanis sebab dorang tak tahu berenang mmg rasa berslh gak masa tue sbb ajak dorang g sana naik boat kecil tue . Tapi kitaorg pun tak tahu yg boat man tak bagi life jacket . Hmmm lesson learnt . Kitaorang tak kan buat lagi lah.

      Delete
    2. Ya Allah. Ana. same stories pasal naik water taxi ke Windwill Perhentian. Siqah yang seorang pun dah seram. Macam manalah Ana boleh pegang Syafi lagi. Huhu. Takutnya 😱

      Betul Ana. Disebabkan pengalaman itu juga kita jadi fobia kan.

      Delete
  5. cantik nyaaa. nak kena pergi jugak nnti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peluang nanti Lela ke sini juga ye :)

      Delete
  6. Gambar ikan tu, cantikkkkk... Sayangnya anis tak reti berenang.. Apatah lagi nak snorkeling.. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik ikan banyak! Suka! Hihi.
      Anis,, Siqah pun tak pandai berenang jugak. Snorkeling pun tak pandai. Nanye Siqah lebih kepada mengayuh di bawah laut drpd snorkeling. Haha. Faham tak mengayuh bawah laut tu camne? πŸ˜…πŸ˜…πŸ™ˆπŸ™ˆ

      Delete
  7. 1. Dari hari tu sampai sekarang masih amaze dgn kasut aqua! hahaa

    2. Same here, kalau naik bot bertutup macam feri, memang rasa lemas sikit. Kalau naik feri.. yg macam nak cross ke pulau pinang tu okay lagi. Tapi feri macam ke Pangkor, memang bertutup (rasanya seingat kite), lagi2 kalau aircond tak berfungsi.... nangis.

    3. Ahaaa, baru sedar yg takleh snap gambar guna phone sgt dalam laut. Hehe tak pernah celup phone jugak sbenarnya. Tapi rasanya ada kawan pernah cakap ada phone boleh setting utk guna volume button utk snap, tapi wAllahualam.. belum try lagi hehe

    4. Ikan mesti besar2 sebab orang selalu bagi makan :D

    5. Siqah dah pernah cerita ke pasal kisah hampir lemas kat Pulau Perhentian tu? Huuu. Nervous jugak kalau difikirkan bila cecah laut dalam. Masa tu pakai life jacket kan?

    6. Selalu wonder, kalau orang rabun macam kite, camne nak enjoy snorkeling ea? Boleh pakai contacts ke or boleh je pakai specs dalam air tu?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Haha. Kasut aqua tu best! Serius! Kalau Hanis ke pulau, tolonglah beli. Hihi.

      2. Kannn! Sangat lemas rasa. Pernah juga naik feri ke Pangkor, masa tu aircond ada Hanis tapi biasalah dah ramai gitu, tak rasa dah. Huhu. Kalau feri ke Pulau Pinang best. Hihi. Siqah suka :)

      3. Iphone 7 ke tu? Hihi. Nanti Hanis belajar, dan ajar kita. Hihi. Disebabkan tak boleh guna phone ambil gambar bawah laut, rasanya nak beli action camera.

      4. Haha. Betul jugak tu! Sukalah konsep Hanis. Hihi.

      5. Ada cerita kat dalam entri Pulau Perhentian Snorkeling. Part 3 rasanya. Huhu. Memang masa tu haih tak tahulah Hanis. Ingat mati ingat lemas semua dah. Bila tak pandai berenang, lagi panik rasa. Takut sangat bila dilanda ombak besar dan tenggelam dan tak timbul balik 😭😭

      6. Siqah pakai contact lens Hanis. Gasak je. Hihi. Cuma kena selalu beringatlah. Jangan tonyoh mata :D

      Delete
  8. aida ni penakot laut!
    and x pernah snokeling.
    ari tu ke lumut, memula nak ajak mr.asben.
    but considering izzat x brape sihat, x jadik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida jenis mabuk laut jugak ke.. huhu. Cuba snorkelling sekali, mesti nak cuba lagi :)

      Delete
  9. Siqah samalah kita, husniey pun takut pada kedalaman. .Tengok pada air laut tu selalu je geram nak terjun..tapi terbatas dgn ketidakpandaian πŸ˜‚πŸ˜‚

    Lawa kan coral di RedangπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada geng. Yeayyy! Boleh tak nak happy? Hihi. Takut kan Husniey dengan air laut dalam. Tak pandai berenang buat lagi takut..

      Lawa coral kat Redang <3

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。