April 15, 2017

MOVIE REVIEW | FAST and FURIOUS 8 - AWESOME

Yeayyy! Filem yang dinantikan datang lagi. Fast and Furious edisi ke 8! Aku menonton filem ini bersama Hanis dan Tasha pada hari pertama tayangannya di TGV Cinema Jaya Shopping Centre. Kat belakang pejabat je. 15 minit sampai =D


Malas nak buat sinopsis boleh? Haha. Korang akan dapat agak jalan cerita selepas menonton official trailer. Dom menerima tawaran untuk bekerja dengan Cipher, pengodam paling dikehendaki dan atas sebab tertentu, Dom terpaksa menerima tawaran tersebut dan berpaling tadah daripada keluarganya.


REVIEW


BEST GILA!!! Tiada satu saat pun yang aku rasa bosan. Malah tak sedar dua jam dah berakhir. Terasa macam sekejap pula. 


Babak Menarik Tertarik Siap Ada Kapal Selam 

Haha. Aku teruja sungguh dengan babak ada kapal selam. Maklumlah kapal selam maksudnya tentera lah kan. Hihi. Paling best adegan kapal selam keluar daripada bawah ais. Perggghh!! πŸ‘



Kapal selam di sebalik ais tu. Tak nampak pulak.


Kelakar Dalam Serius

Cerita gempak nampak bergaduh beriya seperti gambar di bawah, masih ada babak kelakar. Mimik muka beserta dialog yang spontan gitu. Walaupun okay, aku tahu dorang ada skrip. Haha. 

Roman mesti paling kelakar sekali. Masih sama perangai dia. Tak berubah walaupun dah masuk filem ke-8. Haha. 




Dom's Baby Rescue

Salah satu babak menarik dalam filem ni! Baby yang comel diselamatkan oleh Deckard Shaw. Cara Deckard menyelamatkan baby memang win. Baby comel sangat! Geram tengok! 😍

Ohh, baby Dom diberi nama Brian di akhir cerita. Miss Brian 😌


Ee geram! Nak cubit pipi awak tau <3


Family Always Come First

Always. Always. Always. Siri Fast and Furious sentiasa menekankan konsep keluarga sentiasa perlu diutamakan. Itu juga yang ditunjukkan dalam Fast and Furious 8. Dom terpaksa berpura-pura berpaling tadah daripada keluarga dan kumpulannya demi untuk menyelamatkan anaknya. Anak Dom bersama Elena. (sempat lagi kau buat anak dalam masa tengah berduka masa Letty takde kan)


Trust and Faith 

Percaya dan yakin bahawa orang yang disayangi itu berubah atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagi peluang untuk dia betulkan keadaan. Aku suka hubungan antara Dom, Letty, Luke, Roman, dan Tej. Mereka sentiasa bersama dan bagi sokongan antara satu sama lain. Bukan senang nak ada hubungan sebegini kukuh. Jika sudah ada, jaga hubungan itu dengan baik.


Tak Logik

Haha. Aku rasa ada juga babak yang tak logik dalam filem ini. Bom nuklear meletup yang dikatakan akan memusnahkan dunia tapi semua orang boleh selamat dengan berlindung dan menjadikan kereta sebagai perisai untuk letupan itu. 

Adakah kereta mereka begitu hebat? Nuklear wei! Biar betul boleh selamat tanpa tiada kesan. Tapi tak tahulah kan. Aku bukan tahu sangat bab nuklear dan kereta. Manalah tahu babak itu benar dan tepat sekali. Tengok dan say WOW je mampu. Haha.

Tapi, paling penting aku suka juga babak di mana mereka yang lain menjadi pelindung untuk Dom yang berada di luar ketika letupan itu berlaku. Nampak hubungan yang sangat jitu di situ 😊

Rating: ★★★★★

Pendek kata, filem Fast and Furious 8 mesti ditonton oleh semua peminat siri Fast and Furious. 

Ramai dah tengok rasanya ni kan? Jadi, apa pendapat korang? πŸ™‹

34 comments:

  1. Hi siqah. FF8 memang best! Lawak ade, action ade. Tgk sekali tak puas kot. Semua scene best hehe

    Atheera / http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Theera :) Kan!! Rasa nak tengok lagi lah FF8. Tak puas tengok sekali. Hihi

      Delete
  2. Wheww this movie took my breath away haha it took some of my energy sebab memang full of action! Tak rugi kalau tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Tak rugi tengok kannnnnn :D FF8 sentiasa tak pernah mengecewakan :D

      Delete
  3. ni teaser ke spoiler? hahaha

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  4. Takut nak baca takut ada spoiler, hahahahahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Better not to read first. nanti dah tengok FF8, can come again :D

      Delete
  5. Hallamakkk tak sabari nak nonton ini cerita... hadoiii.. hadoiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Lea pergilah menonton nanti ye. Tinggalkan Tombiruo kejap. Hihi

      Delete
  6. Belum tengok lagi. Tapi dengar review dari kawan2 memang mostly cakap best. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!! Best!! Ummi tengok nanti k :)

      Delete
  7. eee jealousnya! elsa tak sempat nak tengok lagi!!! tolonggg hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolonggggggg . Hihi. Jangan risau Elsa, lama lagi cerita ni kat wayang. Confirm lama.. hihi

      Delete
  8. As usual, belum tengok lagi. HAHAHA amboiiii ni memang pengunjung tegar wayang ni!

    Baca part bom tu kannn, hari tu marathon laju gila Do Bong Soon sambil2 nak tidur, yg part dia dapat balik kekuatan dia tuuu... boleh pulak bom jadi bunga api. Cantik2 pulak tuu. NGEEE, ngada betul! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Memang pengunjung tegar pun :D

      Hahahahaha!! Babak bom jadi bunga api tu memang win lah.. Haha. Lawa pulak tu kan.. Haih, comel... Baru habis tengok drama tu, Dah rindu kat MinMIn dan BongBong <3

      Delete
  9. baru je tengok org post video tadi behind the scene pembikinan filem ni
    yg letup2, kereta melambung smpai musnah tu real, just wow!

    patutla ramai yg suka tengok ff ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak tengok lagi BTS filem ni nanti Siqah tengok. Nak gak tahu BTS untuk scene yang letup semua ni. FF8 ada peminat sendiri. Gitu :D

      Delete
  10. Setiap review yang telah selamat menonton...semua memberangsangkan..best..superb...suami akak pun dah ajak juga..huhu...rezeki...rezeki... :)

    ReplyDelete
  11. heheeh bestnya layan FF8,BELAKANG OFIS je ?siqah layan habis waktu keje ke waktu lunch?heheh...apapun peminat setia ni,tayangan pertama dah pergi,irda teringin juga nak tengok tapi entah bila nak p ni,kalau download kan tak feel,tengok kat panggung jugak yang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tengok lepas waktu kerja :) Haah ada shopping complex kat area pejabat. Hii. Tengok kat pawagam IRda baru feel. Kalau donwload tak best nanti, dan tak puas :) Nanti ada masa Irda pergi ye. Lama lagi tayangan filem ni.

      Delete
  12. Cerita mereka walaupun ade je yg tak logiknya masih di terima akal kita ni. Haha.

    ReplyDelete
  13. TAKNAK BACA SEBAB TAKUT ADA SPOILER! NAK TENGOK NNTI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Pergi tengok dulu dan come back here okay :D

      Delete
  14. belum tengok lagi, so banyak skip baca entry ni takut hilang saspen.haha..sorry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Takpe takpe. Nanti tak suspen lak tengok kan :D

      Delete
  15. wah bestnya. baca semua orang review tu yang buat lagi berkobar kobar nak tengok. tapi bila entah -__-

    FF8 ni kira movie yang ditunggu tunggu semua orang lah kan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada masa Mommy pergi tengok ye. Kalau tak nak kuar rumah, tunggu ada kat Astro Best je nanti :)

      Haah, memang movie yang dinantikan. Hihi :D

      Delete
  16. Mek kena jugak pegi kl next week untuk tgk cite ni ! Kalau tk memang akn rase sesal bile msuk keje nnt 😭

    Eyh sies dom ade ank dengan si polis tu?! Nyempat pulakkkkk πŸ˜‚ Hidup bertahun dengan letty tkde pulak anknye 😝

    Cant wait nk tgk cite ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya mek ke KL nak tengok cerita ni. Bila nak datang tu? Cerita ni best! Tengok tengok :D

      Kannn! Haha! Sempat pulak buat anak masa tengah sedih2 tu πŸ˜…

      Nanti dah tengok review k :)

      Delete
  17. kak ekin tak tengok lagi.. duk bodek suami dia x layan pulak FF8 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa yeke.. nanti kak ekin tengok kat Astro pun okay. Takpun, ada online nanti eh kak :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。