March 27, 2017

REVIEW FILEM - POWER RANGERS 2017


Go! Go! Power Rangers! 

Filem ini adalah salah satu filem yang aku nak tengok dalam bulan Mac 2017. Ada aku ceritakan dalam ENTRI INI. Aku tengok filem ini semalam bersama encik suami. Hihi. 



SINOPSIS

Lima pelajar remaja di sekolah tahanan iaitu Jason, Kimberly, Billy, Zack, dan Trini. Mereka masing-masing ada kisah yang menyebabkan mereka mesti pergi ke sekolah tahanan ini. 

Satu kejadian tidak disangka terjadi dan kebetulan mereka berlima ketika itu. Billy adalah orang yang bertanggungjawab membawa mereka kepada penemuan tempat terletaknya syiling coins PR dari 65 juta tahun dahulu. 


Ada lima warna syiling coins iaitu merah, pink, kuning, hitam, dan biru. Dan mereka berlima menyimpan syiling coins setiap seorang. Mereka menjadi kuat dan mempunyai kuasa sehari selepas kejadian itu. Ini membuatkan mereka kembali ke tempat sama dan menjumpai tempat Zordon dan Alpha. 

Zordon  - a giant talking face 

Alpha yang comel :D

Musuh Power Rangers adalah Rita Repulsa. Seorang wanita yang dulunya kawan baik Zordon dan bertukar menjadi jahat kerana tamak kuasa. Tujuan Rita hidup kembali adalah untuk merampas sesuatu (aku tak ingat apa namanya), cuma jika Rita miliki sesuatu itu akan menjadikan Rita sebagai seorang yang berkuasa. Their small town of Angel Grove and the world akan binasa.

Power Rangers adalah orang yang akan mengagalkan usaha Rita. 


REVIEW 


Tiada satu saat pun yang aku rasa filem ni bosan. Hihi. Best! Best! Best!.😁

Apa yang aku suka adalah bagaimana mereka berlima yang tidak mengenali each other menjadi Power Rangers bersama. 

Bukan mudah untuk mereka bertukar kepada Power Rangers. Mengambil masa yang lama sehingga akhirnya mereka sedar bahawa mereka perlu sehati sejiwa dan jujur berkawan antara satu sama lain. Hanya selepas itu, mereka berjaya bertukar kepada costum Power Rangers. 


Babak ini memang legend! Haha. Bila dah bertukar, Power Rangers akan terbang dan tiba serentak seperti gambar di atas. Teringat sungguh cerita Power Rangers zaman dulu. 

Ada satu lagi babak apabila semua Power Rangers dah berada dalam Zord masing-masing, mereka bergerak sekali dan masa ni keluar lagu lagenda, "Go Go Power Rangers". Ahhh best gila masa tu. Mengimbau kenangan lalu sungguh πŸ˜„ 

Benda besar tu diperbuat daripada emas. Gila kaya kalau dileburkan. Hihi. 

KRISPY KREME!! - Nak tahu apa kaitan Krispy Kreme, boleh tengok filem ni :D

Billy is the best Power Rangers

Billy yang kelakar dan bijak. Hanya Billy yang teruja untuk menjadi superhero dan hanya Billy juga yang mempunyai perasaan true friends kepada yang lain. Ini menyebabkan hanya Billy boleh bertukar kepada costum Power Rangers pada mulanya. 

Strong Chemistry Together

By time, mereka berlima berjaya membentuk Power Rangers dan saling melengkapi dan menyelamatkan satu sama lain. Aku suka kisah bagaimana mereka berubah dari hanya nak menjadi Power Rangers kepada mengenali each other dan bersatu untuk menjadi lebih kuat. Kalau mereka tak sehati sejiwa, mereka tidak boleh bertukar kepada costum Power Rangers, apatah lagi berlawan. 

Overall, I really love this film. Aku baca ada juga review yang hentam filem ini, tapi bagi aku, filem ini adalah salah satu filem yang wajar ditonton tambah lagi kepada mereka yang mengenali apa itu Power Rangers πŸ˜‰

Rating: 4.5 / 5 bintang.

Selamat menonton ^_^

61 comments:

  1. Yeah!! Sep sikit.. Sha pun dah tonton filem nie.. memang Best.. tambah2 bila keluar lagu "go go Power Rangers.."

    ReplyDelete
  2. Go go power rangers. Wah akhirnya pergi juga Siqah ye. Menggamit kenangan zaman kanak2 PR ni. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul. Hii. Upin Ipin dah pulak jadinya :D

      Delete
  3. best kannnn? ahahaa. ramai juga org ckp tak best actually. tp bg echa movie ni enjoyable. tak ada part bosan! seronok bila tgk dorang jd stranger become friends. bila dah ada semangat setia kawan baru blh transform. zack paling nakal! hahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. best best!! Kann! Ada juga baca review orang kata tak best. Bagi siqah best je. Hii. Siqah pun suka tengok part dorang stranger become friends jugak. Menarik konsep setia kawan baru boleh bertukar. Hii. Yes!! Zack paling nakal, dan handsome jugak. Asia kata :D

      Delete
  4. Hakak kurang suka cerita cerita gini Siqah. Kalau Love story, family type hakak sanggup layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Takpe kak. Lain orang lain ceritarasa kan :)

      Delete
  5. Lajunyaaa Siqah pergi tengok. Hahah! Nani weekend ni baru ingat nak pergi marathon movie. Hari tu seminggu balik Pahang, tak sempat nak layan movie yang baru keluar ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa! Nampak tak excited kat situ, beriya ajak hubs tengok minggu lepas jugak. Hihi. Yeayy! Nani marathon movie okay minggu ni. Bulan ni banyak lah movie best :D Siqah baru g temerloh last sabtu. Makan ikan patin. Hihi

      Delete
  6. memang citer ni menggamit kenangan betullah. rindu zaman bebudak dulu.. ekekekek

    ReplyDelete
  7. not bad. cuma belum ada masa nk tgok. huhuhu

    ReplyDelete
  8. ooo best ye...boleh la bawak anak2 tgk nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh. Kalau anak2 kenal PR lagi okay :) Banyak nostalgia cerita ni. Hii

      Delete
  9. Wahh syoknya.. mummy tak dan lagi nak pi. tggu free nantibaru pi..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Free kat mana tu? nak jugak tahu. Hihi

      Delete
  10. tapi.. ade membe cakap dorang morph lambat.. huu~ tu yang dok berkira kira nak g tengok ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang lambat pun Atie. Dah hujung baru nak bertukar jadi PR..

      Delete
  11. Wahh, nie rasa macam tak sabar nak tunggu kat online nie.. Legend tue filem nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kannn. Legend tu Power Rangers. :D

      Delete
  12. salam perkenalan...follower #268
    nak g tengok la...macam bestttt je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Fey :) Terima kasih singgah dan follow blog Siqah :)

      Delete
  13. Bila baca ayat Siqah yg diorang tak kenal each other pun before ni tapi boleh jadi PR bersama... teringat drama Defendant tuu, kagum jugak dengan persahabatan org2 yg satu sel dgn hero tuu huhu.

    I see money jugak bila baca emassss haha. Tak minat barang kemas tapi emas tu...why not :D HAHA

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn!!!!! Sampai keluar penjara dan masih berkawan rapat. Suka tengok persahabatan dorang <3

      Hihi. Emas tuuuu.. mahal tuuuu. Kalau bagi, memang nak. Hihi :D

      Delete
  14. oo power rangers pun ada filem skrg ni

    ReplyDelete
  15. rata2 review yg sy baca tentang power rangers ni ramai yg kecewa tang lagu sebab lagu hanya main sekali πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Haah lagu main sekali je dan sangatlahhhh pendek :D

      Delete
    2. tu yg ramai x puas hati tu

      Delete
  16. Zaman kecik tk lyan power rangers --' Layam sailormoon je. Tp versi baru ni agknye msuk kot dlm jiwa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sailormoon!! Ahh best! kalau buat live action sailormoon, siqah g tengok jugak. hihi. Okay juga PR versi baru ni. Walaupun bukan dari original PR sebenar :D

      Delete
  17. ala..belum berkesempatan lagi...

    ReplyDelete
  18. wahhh hebat ka kak siqah smapi power rangges pun layan... nak tgk jgk la mcm best .. ada tgk da kat web

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak membesar dengan Power Rangers dan Sailormoon. Dragon ball je tak follow. Hihi. Haah dah ada kat website jugak kan. Bolehlah unni tengok nanti :)

      Delete
  19. wahhhh power ranger mat salleh ke..mesti best ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. haah mat salleh pulak nak jadi PR :D

      Delete
  20. Baca review Siqah ni yang buat akak nak gi tengok ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah tengok kak. Bolehlah sesekali melayan cerita camni. Hihi

      Delete
  21. wah. nampak best. biar ngok online jela nty. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Rasanya dah ada kat website kot :D

      Delete
  22. lejen betul cerita ni! nanti kalau free nak tengok la hehehe thanks buat review ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan legend!! :D Free nanti syed g lah tengok. Bawak anak murid sekali :D

      Delete
  23. dulu masa saya kecik2 suka giler tengok cite power rangers. tapi bila dah tua ni, dah tak minat nak tengok.. (faktor usia). hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Lain peringkat umur, berbezalah genre yang minat kan πŸ˜‚

      Delete
  24. alaaa filem ni belum tngokkkk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Busyra tengok kalau ada masa nanti ye. Go go power rangers :D

      Delete
  25. dulu kecik2 bolehlah layan power rangers ni kihkih walaupun kita gugurls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kannnnn! Tengok Power Rangers jugak seiring sejalan dengan sailormoon. Hihi

      Delete
  26. Minat PR dari kecil.. tapi beli berseketampatan untuk tengok.. dengar2 ada scene LGBT betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scene LGBT tu apa maksudnya? Hii. Siqah tak faham πŸ˜…

      Delete
  27. power rangers ni hero zaman kanak kanak dulu, memang best citer ni!

    ReplyDelete
  28. mengimbau kenangan childhood bila tengok power rangers nie. suka bila part dorang lawan villains dan menang. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kannn Sure menang punya! Hahaha

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。