February 05, 2017

JUST DO IT SUNDAY - 5 KM Run With Nike Run Club App


Happy Sunday, all! Apakah aktiviti korang semua di hujung minggu? Berjalan-jalan? Atau stay at home and do nothing? Hihi. Minggu ini aku bangga dengan diri aku kerana aku jogging untuk dua hari berturut dan tidak keluar pergi window shopping langsung! Yeayyy! Haha. 

Bukan senang nak ringankan kaki dan punggung untuk berlari beb. Tambah lagi untuk orang seperti aku yang SANGAT TIDAK SUKA penat dan berpeluh. 



Aku berlari adalah sebagai persiapan untuk menghadapi Standard Chartered KL Marathon 2017 pada bulan May nanti. Aku berazam untuk tidak melakukan larian 10 KM tanpa training at all. Ohh please. Tahun lepas aku berjaya habiskan juga larian 10 KM tanpa training dan tahun ni, aku tak nak mengulanginya. 

My running target is to be fit and healthy. Aku malas nak fikir mengenai kurus, kurus, dan kurus. Oleh itu, aku telah tukar my running target supaya aku berterusan senaman tanpa memikirkan target nak kurus. 

Kerana kalau aku target untuk kurus dan aku tak kurus pun *sigh*, aku akan lebih cenderung untuk berhenti senaman. Itu yang aku lakukan dulu dan aku tidak akan mengulanginya lagi. 

Sesungguhnya, nak kurus itu sangat payah. Setuju tak? Unless kau tak makan nasi sebulan. Diet Atkins. And I totally disagree with that. Diet Atkins will harm our body in a long term. That's what I strongly believe. 

Dalam entri ini aku nak kongsi empat perkara kegemaran yang aku pasti buat semasa berlari. 

Pertama: Mainkan lagu from my current favourite playlist. Sehingga sekarang, playlist yang masih sama iaitu OST Korean Drama. Hihi. 

Kedua: Open my favourite running app iaitu Nike Run Club App


Aplikasi ini sangat berguna untuk track our distance, time, calories, duration, average pace, and total run. Aku paling suka bab distance dan time. Boleh dijadikan pendorong semangat untuk tingkatkan larian pada masa akan datang. 

Cuma bagi aku, maintain prestasi larian pun sudah cukup bagus. Jangan makin merundum pulak. Tak menjadi ler running target nanti :D



Setiap hari Ahad, aplikasi Nike Run App ada mengadakan satu larian yang diberi nama Just Do It Sunday for 5 KM Run. Ini adalah kali pertama aku join. Jenuh juga nak habiskan 5 KM Run. Mujur ada lagu Korea yang best sebagai penghibur ☺



Ini adalah data aku untuk hari ini. Seperti yang aku nyatakan di atas, aplikasi ini akan track all your data. Bagus kan? Melihat pada data di atas, kira cukuplah dua jam untuk aku lari sebanyak 10 KM nanti. Hahaha.

Ketiga: Aku berlari sambil suka melihat pemandangan dan orang. Hihi. Dah jadi habit agaknya. Tengok seluar dan kasut orang juga. Haha. Rasa nak tanya je mana awak beli seluar pink tu? Saya berkenan lah. Hihi. Dalam hati je mampu berkata begitu. Tapi rasanya, kalau aku jumpa lagi wanita itu, aku tanya gak nanti. Cantik beb seluar pink dia ❤ 

Keempat: Ambil gambar. Hihi. Sedang berlari dan akan berhenti untuk ambil gambar. Entah apalah yang orang fikir ek? "Budak ni nak lari atau nak ambil gambar?" I did both =D 

Meh aku kongsi gambar yang aku ambil semasa berlari pagi tadi. 

Always love this view =)

Love the sun reflection on water =)




=) Suka melihat mereka yang pangkat seperti ayah, mak, atuk, nenek kita berjalan kaki perlahan-lahan mengelilingi taman. Mereka masih melakukan senaman sehingga ke usia begini. Aku harap aku dan suami juga turut boleh melakukannya. Insyaallah =)

Kesihatan itu merupakan salah satu nikmat hidup yang tidak ternilai. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Amin. 

Sekian saja entri hari ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk sertai Just Do It Sunday - 5 KM Run, boleh download aplikasi Nike Run Club okay =) Kalau tak nak buat 5 KM Run pun takpe, boleh juga download to track your running records. 

Have a nice Sunday, all ~ ☺ 

29 comments:

  1. Hye siqah...alhamdulillah..terisi ahad dengan aktiviti larian ya..niatkan supaya sihat dan mudah beribadah...nanti Allah bagi hadiah kurus..ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye kak PC :) Insyallah. Niat juga untuk sihat dan mudah beribadah. Nak hadiah kurus. Hee. Amin. Tq kak PC :)

      Delete
  2. Wow awesome app.. tak sangka ada app macam ni.. samalah siqah tak suka peluh jugak ni haaa ..lama dahxtak berlari.. view cantik pagi pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang banyak dah exercise app kat phone. Nanti siqah share app yang lain. Hee. Jom lari wani!! Kalau pagi view sunrise, kalau petang view sunset.. hehe..

      Delete
  3. Betul lah. Siqah dengan sunrise / sunset tak boleh di pisahkan 😘.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Yessss. Siqah suka sunrise / sunset 😍😍

      Delete
  4. kadang-kadang segan nak ambik gamba sebab orang mesti pikir 'dia ni nak jog ke nak bergambar' tapi pedulikan je semua tu hihi.
    dengar fav playlist sambil jog tu memang benda wajib!
    Tapi Lya ni jarang jog haih pemalas sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Itulah pasal lya. Tapi siqah biarkan jela. Yang penting snap gambar.. hehe.
      Kannn! Dengar fav playlist baru rasa boleh berlari je..
      hee. Siqah pun baru je start jog ni lya. Takdelah rajin sangat pun πŸ˜…

      Delete
  5. 1. Agree with your new target - be fit and healthy. Fit means kalau busy tu kita still ada energy and tak lemau or penat kannn. Boleh Siqah, go go! setuju sangat bila aim nak turun berat tu susah sangat. I am now on plateau nak dekat few months dah. Mujur la maintain gitu je, kalau naik... taktahu nak kata apa, sebab it was so hard to lose weight before.

    2. Kite dah send friend request kat Nike Run. Hehe I use this app as well! Best sangat!

    3. I love outdoor run, cumanya sekarang sejuk sangat. Nak berjalan pun rasa semput, I can't make it for any run outside. Tapi best bila lari kat luar dan org2 yang lari sekali selalu say hi kat kita. Bersemangat rasanya.

    4. Suka ambil gambar jugakkkkk. Kalau Siqah banyak stop ambik gambar, means that your duration of time untuk larian tu sebenarnya mungkin lagi pendek. Hehe. Walaupun Nike Run boleh detect kita berhenti, tapi takes time jugak kan. Your pace pun okay je dah sebenarnya, tapi boleh je nak try turunkan ke 8-9min/km taww :D

    5. Siqahhh, kalau datang hiking sini, memang inspired sangat tgk atuk nenek masih berhiking sama-sama taw. :D Jom jadi bakal nenek yang fit untuk cucu-cucu. Lol.

    Take care Siqahhhh :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. 1. Yes.. itulah maksud fit dan juga tak mudah penat. Hihi. Siqah sejak dua hari ni, jadi tak boleh tidur lah pulak. walaupun badan terasa penat nanye. Energy terlebih rasanya ni. Hihi. hanis, hard to lose weight before? Means hanis dulu pernah berisi ke? Macam tak caya je dengarnya..

    2. Kannn!!! Nanti siqah approve eh. Hanis kawan kedua kat NIke Run Club. Hahaha. :D

    3. Tunggu musim panas nanti then hanis boleh lari outdoor okay :) Sekarang lari kat treadmill pun boleh, kalau ada. Bestnya kat sana say hi to each other. Kat sini jarang lagi budaya tu, Siqah say hi kat pakcik2 dan makcik2 je. Suka tengok dorang =)

    4. Sure banyak stop ambil gambar. Hihi. Haah Nike Run detect kalau kita berhenti. Tengah berusaha hanis, nak turunkan masa larian. Hope boleh capai target. Hihi.

    5. Uhh serius.. Inspired kan tengok atuk nenek masih bertenaga hiking. Harap boleh begitu lah kita nanti. Yes, jom jadi bakal nenek yang fit.. Hahaha.

    Hee. Take care too Hanis :D

    ReplyDelete
  7. Chayook chyaook for your fitness and for your ru..
    Siqah can do it..

    ReplyDelete
  8. Nice apps. Tapi macam jauh je nak lari 5km. Hehe, pemalas betoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. kalau ada teman, biasanya rajin sikit ana, cuba cari teman selarian. Hihi

      Delete
  9. memang selalu berat betul nak pegi jogging tapi semangat tu ada! kena push lagi ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh syira. boleh push lagi nak pergi jogging. Ajak suami syira sekali :)

      Delete
  10. Tak yah target kurus siqah ;) asalkan body fit and sehat. Kena letak tu mainpoint :) Secara auto berat badan akan ideal dengan bmi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss mek!! betul tu. Baik target body fit dan sihat i/o kurus kan :) Nak berat badan ideal dengan BMI gak. Rasa macam dah lari sikit jarum BMI tu. Hihi

      Delete
  11. How I wish I could spend my day like this. Hahah. Apehal entah Nani ni spesis pemalas sikit nak jogging apa semua. Tapi ok lah kot sebab hari hari berjalan dari kolej ke kelas yang jauh berbatu batu tu. Hahaha πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Jalan pun okay jugak nani. Exercise gak tu. Berbatu-batu jauhnya dan hari-hari. Siqah ni harap weekend je. Itupun kalau takde hal. Hehe. πŸ˜…

      Delete
  12. Rajin Siqah berlari.. hihi btw Tahniah Siqah krn terpilih untuk berada di special bloglist akak..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/02/top-commentor-januari-februari-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Takde rajin jugak kak. Ikut mood nanye πŸ™ˆπŸ˜…

      Yeayy! Thank you kak sebab letak siqah dalam special bloglist akak 😘

      Delete
  13. ramai orang ingat bersenam untuk kurus..maka dah macam dosa kalau orang kurus macam saya nak main sport. Huhu. Saya tak suka running, frankly speaking..haha. Goodluck for the marathon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Bersenam untuk fit dan healthy. Kalau yang dah kurus pun tak semestinya fit tau. Sal exericise je. Biarlah orang nak cakap apa. Orang jeles tengok sal kurus nanye tu. Hehe.

      Hahaha. Thank you sal for your wish :)

      Delete
  14. subhanllah..cntiknya view! ..keep it up kak! fighting!! best keluarkn peluh nie pastu rasA segar je..penat yg berbaloi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss! Betul tu mas. Best kuarkan peluh sebab lepas tu rasa segar je :)

      Delete
  15. bagus aktiviti macam ni, walaupun bukan untuk kurus tapi untuk kesihatan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Must aim to be fit and healthy. Hope slim akan datang selepas itu. Hii

      Delete
  16. Dah lama gila tak jogging...hihi...mesti kalau start balik mengah dah

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。