August 17, 2016

Review Novel | Hero Seorang Cinderella

Hello semua =) 

 
Mari aku nak bercerita mengenai buku lagi. Hee. Buku ke-11 dalam tahun ini. Berminat untuk baca novel ni selepas dapat review yang baik daripada pengemar novel lain. 

Aku jarang beli novel Malay sekarang. Tak tahu nak beli yang mana sebab terlalu banyak novel di pasaran. Kalau pergi MPH, bersepah novel. Aku keliru tak tahu nak pilih yang mana satu! =D

Makanya, novel ni aku pinjam daripada rakan sekerja, Masyi =) 

SINOPSIS

Kisah seorang Cinderella alaf baru bernama Nura Medina dan heronya, Tengku Ian Uzzam

Medina yang menjadi Cinderella versi thriller kerana mukanya cantik tetapi tanpa senyuman. Beku saja mukanya. Nak senyum pun payah. Hanya kerana kisah hidupnya yang membuatkan dia tidak mudah percaya kepada orang lain. 

Cinderella yang pastinya mempunyai ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. 

Ibu Medina dikatakan sudah meninggal dunia tetapi sebenarnya tidak. Dia telah difitnah oleh Datin Mawar sehingga dihalau oleh Datuk Azizan semasa masih berpantang minggu kedua. 

Tengku Ian yang presis Prince Charming. Sentiasa ada bersama Medina walau apa yang terjadi dalam hidupnya. Sentiasa muncul sebagai hero penyelamat.

Satu rahsia terungkap akhirnya. Rahsia yang tidak disangka. 

Apakah rahsianya? Sila baca novel ini untuk tahu lebih lanjut. Tidaklah aku nak cerita semua. Hehe. 

REVIEW

Jalan cerita sudah dapat diagak. Cinderella yang diselamatkan oleh Prince Charming. Pada mulanya tak suka, akhirnya berkahwin dan bercinta. Ada rahsia dan kacau bilau sedikit. Dan akhirnya, hidup bahagia. 

Walaupun begitu, aku suka apabila Tengku Ian percaya sepenuhnya kepada Medina walau orang lain meracuni pemikirannya. Terbayang betapa handsome dan kelakian terserlah dalam adegan tertentu. Hehe. 

Medina yang masih kuat bertahan walau hidupnya tidak indah seperti yang disangka oleh orang luar. Percaya pada Allah dan akhirnya bertemu bahagia bersama Tengku Ian. 

Novel ini juga membawa pembacanya agar tidak mudah percaya pada orang lain tanpa usul periksa. Pastikan kaji selidik dulu apa saja yang dicakap oleh orang lain. Agar tidak salah menghukum. 

Itu yang terjadi kepada Ayana ( Mak Medina ) yang difitnah oleh Datin Mawar sehingga diheret keluar rumah dan Medina yang difitnah oleh kakak tirinya, Puteri sehingga dihalau keluar oleh ayahnya.

Jangan mudah percaya orang! Tolong percaya pada keluarga sendiri. Mesej yang paling kuat disampaikan dalam novel ini.

Pendapat peribadi, aku bagi 4 bintang untuk novel ini. 

Kalau novel ini diadaptasi jadi drama atau filem, tak tahu siapa yang boleh memegang watak Tengku Ian dan Medina dengan baik. Cuma harap aku berkenan dengan pelakonnya. Hee. 

Nak share jugak ayat-ayat jiwang karat dalam novel ni. Hehe. Tiadalah cia cia cia ye =D

"Not even one second will I doubt you. But please don't stop loving me".

"Never happen, darling. Because loving you is like breathing. How can I stop? ". 

"Me too. Loving you is like counting the numbers. It never ends". 

Happy reading, all ~ 

12 comments:

  1. ayat dia kemainnnn manisss :) ni cerita expected kan .. overall ok la tuh dapat 4bintg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Okaylah kan bagi 4 bintang.. Hee. Ayat novel mek, tak pernah tak manis =)

      Delete
  2. Buku lagik.. Terbaikk lah siqah... Lea jugak la x bergerak-gerak novel kat umah tu.. Tak sempat nk baca.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Patutlah tengok kat blog lea tak berubah "being read" =D Siqah sekarang dah kembalI mood nak baca buku pulak =D

      Delete
  3. wahhh..banyak dah novel siqah baca...
    dedulu mmg minat ngan novel...sekarang mmg memanjang takde masa...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde banyak sangat kak. Baru yang ke 11. Ada kawan siqah sampai 60 dah. Huhu.

      Betul kak. Siqah pun curi-curi masa nak membaca. Ikutkan memanb takde masa je jugak. Rasa baik tidur daripada membaca. Hehe.

      Delete
  4. Akak dah lama tak baca novel Siqah..
    Mata dah rabun hahhahha..

    Macam dah dapat agak jalan cerita ye siqah..
    Boleh la dapat 4 bintang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Mata rabun boleh pakai spec kak =D

      Jalan cerita novel melayu biasalah kan kak.. Dah boleh agak dah nanye. Hee. Bagi 4 bintang kira okaylah tu. Hee

      Delete
  5. lama tak baca buku sendiri.. baca buku dengan anak-anak je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat eratkan hubungan dengan anak-anak ye kak linda :)

      Delete
  6. rajin baca buku ye. akak dah lama tak baca novel, siqah. zaman sekolah dulu rajinlah.

    Akak pun dalam hidup ni, tak mudah nak percaya pada org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Zaman sekolah kak memang lagi suka baca novel. Dalam bilik studi pun bawa novel. Ngulor namanya. Hehe.

      Kan kak.. Dalam hidup ni jangan mudah percaya pada orang.. Yang penting kaji selidik sebelum menghukum..

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。