June 25, 2016

Tabung Hijau

Assalamualaikum semua :) 

Aku rasa semua orang kini sudah belajar menabung. Anak-anak sudah diajar agar menabung dari kecil lagi. Banyak kebaikan menabung sama ada kita menyimpan untuk hari kecemasan atau menabung untuk membeli apa yang dihajati. 

Aku sudah diajar menabung dari kecil lagi. Cuma bila kecil tak menabung sangatlah. Suka habiskan duit je. Beli aiskrim, jajan, alat mainan. Tak boleh berfikir sangat masa tu. Hehe. 

Kini, bila dah dewasa dan bekerja, barulah mula menabung :)  

Duit kertas RM5 dalam gulungan. Bagi kat orang kedai dalam bentuk camni je. Terima je dia. Hehe. 

Kisah Menabung

 
Selama ni aku dan suami hanya menyimpan duit syiling dan duit kertas biru, RM1. Cuma lambat je rasa nak penuh. Hasilnya boleh dapat lebih kurang RM300 juga kalau banyak duit 50 sen. Kalau banyak duit 10 sen, takdelah mengunung, membukit je nilainya. Hehe. 

Al kisah penyimpanan RM5 bermula daripada di pejabat, Kak Ain bercerita mengenai dia menyimpan duit RM5. Aku fikir bagus juga simpan duit RM5 sebab nilainya berada di tengah-tengah. Tak kecil dan tak besar.  

Dan bermula dari itu ( start dari dua tahun lepas, selepas kami kahwin ), aku pun mula menyimpan duit kertas RM5. Tabung diberi nama Tabung Hijau. Sesuai dengan duit kertas warna hijau. Hee. Dan suami pula teruskan perjuangan menyimpan duit syiling dan duit kertas RM1. 

Alhamdullilah. 
Berkat menabung, tahun lepas dengan menggunakan hasil tabungan RM5, kami dapat membeli sofa dan meja makan

Tahun ini,
 kami dapat beli kabinet dapur. Dah lama rasa nak kabinet dapur, tahun ni dapat juga. Alhamdullilah :) Beli yang kecil sahaja sesuai dengan ruang dapur yang kecil. Nampak kemas dapur bila ada kabinet dapur. 

Selain itu, duit tabungan boleh digunakan untuk tujuan pelancongan, beli barang yang disukai yang terpaksa di hold ( maklumlah harga barang sekarang mahal ) . 

Dan disebabkan itu, 
 
Kami berdua ada tabung hak milik sendiri. Tabung ini khas untuk penggunaan sendiri saja. Tak boleh kongsi. Hehe.
Aku punya tabung Spiderman dan suami tabung Ben10. 

Korang menabung tak? 
Kalau sudah, bagus-bagus. Seronok kan bila nampak duit tabungan makin banyak. 
Kalau belum, boleh mulakan sekarang :) 

Thanks reading,

Have a nice day, all.

Love,

10 comments:

  1. Assalammualaikum Siqah...alhamdulillah tak rugi menabung...kebaikkannya kembali pada kita juga...ada..kak PC guna tin biskut...kihkihkih...tin biskut yang comel.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :) Tak kisah guna apa asalkan menabung kan kak. Banyak kebaikannya. Tin biskut isi duit baru masyuk daripada isi biskut. Hehe

      Delete
  2. haa, kisah menabung ni tak cerita lagi kat blog. nanti mek share cara mek menabung pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom share kisah menabung mek pulak ye :)

      Delete
  3. memang bagus menabung nih, akak pun dah lama menabung, syiling rm1 dan rm5, hasilnya memang baguslah..hehehe tapi simpanan pun untuk anak2lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu menabung untuk simpanan anak-anak. Banyak keperluan mereka di masa akan datang. Untuk belajar pastinya. Alhamdullilah, rezeki tu kak :)

      Delete
  4. Memang amalan menabung nie kena terap dari kanak-kanak.. Kalau tak memang payah juga.. Kena disiplin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah ajar menabung dari kecil ye kak. agar besar nanti mereka dah biasa melakukannya :)

      Delete
  5. Samalah, saya pun menabung rm5. Nampak jer duit hijau rm5 mesti masuk tabung. Ada satu hari tu nampak ada 5 keping duit hijau. Means ada rm25. As a student nak simpan rm25 tu rasa sangattttt beratttt. Tapi bertegas baling jugak dalam tabung haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketegasan awak tu bagus!! Saya takde sampai tahap itu lagi. Hehe. Seronok kan tengok duit hijau je terkumpul dengan banyaknya. Jom kita sama-sama kumpul duit hijau ye awak 😊

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。