June 02, 2016

Me Before You

Assalamualaikum dan hello semua :)

Seperti yang aku katakan dalam ENTRI INI, semalam aku pergi menonton filem Me Before You bersama #gengmakan. Sangat teruja nak menonton sampai tengah sibuk kerja di pagi hari, dan aku masih sempat beli tiket wayang online. Hihi. Keterujaan telah membawa aku pergi juga menonton filem ini walaupun novel tak habis baca lagi. Sekarang berada di muka surat 398 :)


SINOPSIS

Seperti dalam ENTRI INI


REVIEW

Disebabkan aku dah baca novel, jadi jalan cerita sudah diketahui (walaupun tak habis baca lagi). Plot cerita masih sama seperti dalam novel (bila dah baca novel, secara automatik aku akan bandingkan antara novel dan filem), dan semua scene yang aku bayangkan dalam kepala semasa membaca novel adalah sama sebijik yang ada dalam filem. Kawasan rumah Will berhadapan dengan castle, rumah Louisa, kafe, dan semuanya sama! 

Seronok dan suka tengok Louisa Clark (lakonan Emilia Clarke) yang sangat charming, happy-go-lucky, dan comel dengan pakaian yang pelik tapi cantik. Serius, aku sangat suka dengan outfit Louisa dalam filem ni. Comel sangat! Paling suka dengan kasut dia. Semua comel!! Ahhhh ~ Louisa yang berminat dengan fesyen :) 

Will Traynor (lakonan Sam Claflin) yang hanya memberi masa 6 bulan saja sebelum dia pergi ke Dignitas di Switzerland. Lakonan Sam Claflin tidak perlu dipertikai lagi. Aku memang peminat dia sejak Love, Rosie makanya bagi aku, asal ada dia je, mesti best! Nampak sangat aku ni bias kan! Haha!

Dignitas is a Swiss group helping those with terminal illness and severe physical and mental illnesses to die. (agak-agak tahu dahlah ending filem ni kan?)

Aku tak setuju dengan konsep Dignitas sebab kepercayaan aku hanya Allah saja yang berhak menentukan ajal maut kita. Jadi aku tak suka akan ending cerita ni. Walaupun begitu, aku empathy dengan kisah Will yang merupakan seorang quadriplegic. Tak boleh nak buat apa dah bila sudah berlaku kerosakan pada saraf tunjang. That's the main reason why he chose for Dignitas. 


 Love this scene :) SO ROMANTIC :)



 Scene yang indah pada mulanya dan berakhir dengan tangisan :(



One of Louisa's outfit! Ada berani pakai seluar belang begitu? Nampak dia pakai cantik je, tapi kalau aku pakai pasti buruk. Ish, tak dapat nak bayang. Hihi.

Satu lagi perkara dalam filem ni yang sangat menarik perhatian aku adalah lokasi pengambaran!! Di awal filem sudah disajikan dengan pemandangan indah seperti di bawah.

LAWA KAN?


Lokasi pengambaran filem Me Before You bertempat di Pembrokeshire in West Wales, UK. Cantik sangat tempat ni! Nak tahu lebih lanjut, klik saja ye link yang diberi :) 



Ada scene Louisa dan Clark ke Pembroke Castle. Sangat cantik uolss ~ Berangan jela boleh pergi ke sini. 



Nangis tengok pemandangan cantik begini. Subhanallah, Tengok dalam filem pun dah cantik, apatah lagi di depan mata. Berharap agar dapat melihat keindahan alam sebegini indah di depan mata satu hari nanti. Tapi apakan daya, jauh dan mahal weii! Kumpul duit tak tahu berapa tahun baru cukup nak ke sana. Dengan izin Allah, jika ada rezeki :) Sekarang, tengok gambar jela boleh :D

Akhir kata, filem ni adalah berbaloi untuk ditonton. Aku bagi 4/5 bintang. Filem ini membuatkan aku lebih mengenali orang kurang upaya seperti quadriplegic. Membuatkan aku kagum dengan sikap Louisa yang sangat rajin dan tidak berputus asa untuk cuba mengubah pemikiran Will. Membuatkan aku rasa nak beli tiket kapal terbang dan terus fly to Wales. Dan akhir sekali, membuatkan aku nak pergi cari sepasang kasut polkadot. Hihi. 

"Push Yourself
Don't Settle
Just Live"
*Will Traynor*

Thanks reading and happy watching! 

Love,

25 comments:

  1. Nampak best la siqah :) masuk dalam list dlu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Bolehlah mek tengok nanti. Kena keluar dari KB lah kalau nak menonton di wayang eh :)

      Delete
  2. Assalammualaikum Siqah..tengok movie dulu ya baru nak habiskan novelnya..hehehe..kepuasa berganda tu..dah dapat belum kasut polkadotnya..hehe.. :h

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :) Hihi. Itulah pasal kak, masih tak boleh nak habiskan baca. Movie dah keluar pulak, layan jela dulu. Hihi. Tak jumpa lagi kasut polkadot. Belum start mencari lagi ni :h

      Delete
  3. dah keluar?? nak tengokkkk :( sedih tak? kalau tgk kat wayang berhingus x? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Sedih sikit je, tak berhingus maknanya. Hihi. Maybe baca novel lagi terasa kesedihan. Cuma best ceritanya sebab sebijik novel! :a

      Delete
  4. Replies
    1. Menarik tertarik. Bolehlah umie try tengok kalau ada masa :)

      Delete
  5. Kannnn!!! Kasut-kasut dia semua lawa dan comel!!!! Serious character perempuan tue yang buatkan cerita nie lively ... Betul la tue . Ajal semua di tangan Allah . Sama gak tak minat dgn part yg dia g switzerland . Mcm serahkan diri nak mati . Mcm sama je dgn bunuh diri . Hmmm~ lokasi serious mmg buat masa nie berangan je mampu. Jom kumpul . Mana tahu rezeki . Trip #gengmakan kita ke Wales . Ahaks~ =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaks ~ #gengmakankewales Kita kena berangan dulu. Cita-cita juga tu. Hihi. Suka kan dengan kasut Lou! Semua comel! Dia pun comel! Hihi :a

      Delete
  6. Macam cerita the firm pelakun tom cruise tu kak pun tak baca abis hehe.. stokin belang tu kalau daring boleh tu, viewnya cantik sangat betul macam nak nangis.. jalan cerita bercanggah dengan agama elok detect dan tahu kan.. yela movie ni kadang ada motif lain jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak BP. Nangis tengok view cantik camtu. Indahnya alam ciptaan Allah. Betul kak, boleh nak tengok movie cuma jangan terikut sangat dengan apa yang dipaparkan. Ada juga yang bercanggah dengan agama kita. Siqah sekarang dah lambat pulak nak habiskan novel. Maybe sebab dah tengok filem. Hihi :h

      Delete
  7. Assalamualikum siqah
    Salam ramadhan dari kaknoor ga
    Meh kita pergi wales akak dah tunggu ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan kak noor dan sekeluarga di perantauan :)
      Bestnya kak noor! Tunggu siqah ye, tak tahulah nak pergi bila ni. Hihihi

      Delete
  8. Replies
    1. best best! cuma part ending ler yang tak menarik tapi bergenang gak airmata sebab sedih jugalah..huhu

      Delete
  9. Rating tu telah menawan hati mummy... nanti nak pi tengoklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy pergi tengok dan bagi review mummy pulak ye :)

      Delete
  10. dah tgk reviw hari tu cam menarik n sedih cite dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure menarik dan sedih kak JM! Cubalah tengok nanti :)

      Delete
  11. menarik cerita ni, pemandangan pun sangat cantik, inshaAllah dnegan izin Allah pasti siqah dapat ke sana nanti, sapa tahu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak AA :) Insyallah, mana tahu ada rezeki ke sana :)

      Delete
  12. Siqah review jer terus membuak rasa nak tengok.. :h

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.sila sila tengok walaupun sad ending :D

      Delete
  13. pn.. stokin bumblebee.. not seluar.. as will traynor give her on besday at minutes of 145��.. haha.. saje gurau

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。