June 17, 2016

Popular Men Fashion in 2016

Assalamualaikum dan hello semua!


Kalau bercakap mengenai fesyen, semestinya kita sebagai seorang wanita hanya akan melihat perubahan fesyen bagi wanita sahaja. Fesyen lelaki sering dilupakan atau terlepas pandang mungkin kerana kita bukan lelaki (semestinya, haha), dan bagi kita, fesyen lelaki nampak sama saja. 

Sebenarnya bukan begitu...

Seperti wanita, fesyen lelaki juga sering mengalami revolusi dan sentiasa berkembang dari musim ke musim. Revolusi fesyen ini tidak akan pernah berhenti. Sama ada kita akan melihat trend fesyen yang baru akan muncul atau trend fesyen yang lama dipopularkan kembali. 

Seperti di arena fesyen antarabangsa, industri fesyen tanah air juga mengalami rentak perubahan yang sama. Fesyen wanita, fesyen hijab, fesyen Muslimah, fesyen lelaki dan lain-lain fesyen semuanya sentiasa meriah dengan idea-idea segar ilham daripada pereka-pereka fesyen tempatan kita. 

Well, untuk entri kali ini, jom kita lihat apakah fesyen lelaki atau men fashion yang cukup popular untuk tahun ini.

 JOGGER PANTS


Jogger pants kini sememangnya menjadi buah mulut ramai penggemar fesyen. Lupakan koleksi jeans buat seketika dan tampil bergaya dengan koleksi jogger pants lelaki yang amat selesa dipakai. Selesa dipakai kerana ianya longgar dan selesa juga untuk bergerak. Ia boleh digayakan dengan t-shirt mahupun kemeja yang digemari. 


CARDIGANS


Dan jangan terperanjat jika koleksi cardigans juga turut menarik perhatian bukan sahaja wanita, malah kaum lelaki. Semakin ramai lelaki yang kini memilih koleksi cardigans sebagai outerwear pilihan mereka untuk pemakaian yang lebih selesa dan santai. 


SWEATSHIRTS


Begitu juga dengan trend pemakaian sweatshirts yang kini sering dipakai ramai lelaki sebagai pakaian kasual kegemaran yang baru. Koleksi sweatshirts ini sesuai digayakan bersama pemakaian jeans, jogger pants, dan juga seluar pendek. Ringkas dan masih nampak bergaya. 


BOMBER JACKETS


Selain cardigans, bomber jackets juga menjadi pilihan lelaki sebagai outerwear mereka. Bomber jackets boleh didapati sama ada plain atau printed. Pilih saja yang menawan hati dan pemakaiannya pasti membuatkan penampilan lelaki lebih bergaya dan menarik. 

Macam mana dengan koleksi fesyen di atas? Ada sesiapa yang suka dengan pilihan yang diberi? Kalau tertarik, bolehlah terjah ke ZALORA untuk membuat pilihan. Banyak koleksi dengan harga yang berpatutan. Boleh juga dipakai sempena hari raya ini. Kebiasaannya, baju melayu hanya dipakai pada hari raya pertama saja. Jadi, boleh menggayakan koleksi fesyen di atas untuk hari raya seterusnya. Raya kan sebulan. Hehe.

Dan.. Dan.. Dan.. 

Entri ini bukan untuk lelaki saja. Wanita juga boleh mendapat idea mengenai fesyen lelaki dan seterusnya mengemukakannya kepada suami, ayah, adik, abang dan lain-lain. Kalau mereka tak nak berubah, belikan je sebagai hadiah. Pasti mereka pakai juga. Baru jatuh cinta! Hehe. 

Happy shopping! 

Love,

24 comments:

  1. suka tgk lelaki yg suka berfesyen

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Siqah :)
    Kalau jenis lelaki yang fanatik fesyen...semua perkembangan fesyen dia akan ikuti..kadang kita yang wanita ni pun kalah..hehe..sebabnya sepupu akak ada sorang macam tu...minat sangat..jadi pengaruh pada sepupu yang lain pulak..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam kak PC :)

      hihi, betul tu kak. kadang-kadang ada juga lelaki yang lebih tahu perkembangan fesyen berbanding kita. hii. agaknya apalah fesyen terkini sepupu akak masa raya nanti ye? sama jela agaknya sepupu lelaki semuanya. hehe

      Delete
  3. memang menariklah fesyen2 diatas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. bolehlah kak AA terjah untuk suami ke :h

      Delete
  4. Aww, tak penah peduli fesyen lelaki sblom ni. Spouse mek pulak bukan yg suka fesyen sgt. Tapi dgn bantuan dari zalora ni mungkin boleh beli shelai dua buat hadiah hari bapa πŸ‘ͺ

    Thanks Siqah 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa hari bapa pun minggu nie je kan.. bolelah beli untuk hadiahkan pada bapa. mesti menarik je tengok ayah bergaya. hehe.

      welcome Yuni :) Glad to share :)

      Delete
  5. Hihihi.. Aina suka tgk husband pakai kemeja. Rasa kemas je.. =D Skrg ni kita da pandai shopping brg laki..! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. kan kemeja sentiasa kemas je. Aina pandai shopping barang lelaki sekarang. Indah hidup selepas berkahwin kan aina. so sweet :)

      Delete
  6. Haah betul pd akk mmg nmpk cam sama je, lebih2 lagi tkdelah nk ikuti perkembangan fesyen ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak ~ kalau fesyen wanita nampak jelas juga kelainannya. kalau lelaki memang nampak lebih kurang je.. hee

      Delete
  7. smart2 ya diaorang tu ya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tengok baju ke tengok model ni? hehe :h

      Delete
  8. yes ZALORA mcm2 ada but pernah ada bad relationship ngan ZALORA ni terus tukar ke GROUPON uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kak JM, yeke? huhu. setakat nie okay je servis Zalora untuk siqah. mungkin terkena yang tak elok pada akak ye. huhu. Groupon pun best juga. banyak promosi belaka. siqah paling suka tengok bab makanan. hehe.

      Delete
  9. mcm mcm gya skg.. tggl nk ikut or x je..hihi

    ReplyDelete
  10. zaman sekarang lelaki lebih bijak ber fashion dari wanita. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan. Persaingan sihat ni 😁

      Delete
  11. lelaki sekarang ni dah pandai bergaya.. kadang2 depa bergaya lagi pandai drpd kita org perempuan ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan yana. Dulu kemeja dan tshirt je. Sekarang dah macam2 ada untuk lelaki..

      Delete
  12. Kalau ke Zalora memang rambang mata. Banyak sangat pilihan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak farrah.. Memang rambang mata. Kena selalu ingatkan diri jangan membeli sentiasa. Huhu

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。