April 17, 2016

Kesinambungan dari entri Photography: Our Hobby :)

Entri ni sebenarnya adalah kesinambungan daripada entri bertajuk Photography: Our Hobby :) yang aku upload pada 28 September 2014. Haha! Punyalah lama kan baru nak update kesinambungan. Dua tahun ambil masa. Alamak! :D

Al kisahnya dulu aku rajin blogging dan tetiba perasaan blogging dah tiada. Eh, ada perasaan tu cuma kemalasan melampau. Kalau dah namanya malas, tak boleh nak kata apa lah kan? Setelah bertahun blog aku berhabuk, akhirnya pada hujung tahun lepas sehingga sekarang, aku menjadi blogger yang setia. Tak lah selalu sangat update tapi sekurang-kurangnya ada jugak entri. Bertekad agar dapat istiqamah dalam update blog :) 

Dalam entri aku yang lepas  aku ada cerita mengenai encik suami ada rakam video. Sebenarnya, video tu diambil selepas kami kahwin walaupun tajuk yang diberikan adalah Pre-Wedding SiqahAliff sebab lagu yang digunakan dalam video adalah lagu Si Putih Si Merah nyanyian Black ft RJ. Takdelah boleh dikatakan video pre-wedding sepenuhnya sebab bukan kami berdua je dalam video. Ada Kcut ( adik ipar ) dan Mak Ayah :) 

Suka-suka encik suami nak buat video. Nak upah videographer tapi mahal pula. Lagipun niat untuk pre-wedding. Rasa banyak lagi duit diperlukan untuk digunakan semasa majlis perkahwinan dan kehidupan berumahtangga. Rasa rugi juga sebab kahwin hanya sekali seumur hidup. Nak diabadikan daripada sebelum kahwin ke selepas kahwin. Tapi terpaksa dibatalkan niat itu. Nak mulakan kehidupan selepas kahwin bukan senang. Sama-sama baru nak belajar hidup sendiri berdua. Baru nak keluar daripada rumah mak ayah. Gigih juga buat asalkan kami boleh hidup berdua di rumah kami sendiri walaupun rumah sewa :) Home sweet home kata :) 

Mari layan video pre-wedding kami #siqahaliff Video dibuat sepenuhnya oleh encik suami. Terima kasih encik suami for this video. Memori bersama :) Ada juga dibuat video perkahwinan dengan menggunakan raw video yang dapat daripada our official wedding videographer. Tapi masih belum diupload. Nanti nak share juga di sini :) 

Sehingga itu, layan video pre-wedding dulu ye :) 




Haqisfila adalah nama akaun instagram aku yang kedua. Diambil sempena nama kami berdua. Siqah kalau diterbalikkan jadi Haqis, dan Alif kalau diterbalikkan jadi Fila. Maka jadilah Haqisfila :) Syarat yang dikenakan untuk aku semasa meminta kebenaran daripada encik suami untuk buka akaun instagram kedua. Hii. 

Sehingga bertemu lagi,

Thank you for reading,

Love,
  SiQaH 

40 comments:

  1. amboihhh sweetnya hubby.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  2. Pandai buat video. Menarik dan ceria ada selingan art tu. Nama akaun kedua tu sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak fai. Akan disampaikan kepada encik suami nanti :) Mula2 dengar nama haqisfila macam pelik, bila lama2 okay lak. Hii. Best bila ada orang kata nama tu sedap. Tq kak. Hihi :D

      Delete
  3. Assalamualaikum Siqah,

    Eloklah rajin tu datang balik so boleh tau citer tentang Siqah, hehehe. Apa pun janganlah berhenti berblogging yer kerana dari berblogginglah kita dapat berkenalan.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak LZ :)

      Harap kerajinan ini berterusan. Hii. Yeayyy! Di sinilah kita berkenalan :) Semoga ukhuwah ini berpanjangan hendaknya :)

      Delete
  4. best..simpan baik2 kenangan ni..bukan senang nak dapat..sebab buat sendiri videonya..yg buat sendiri ni la sepatutnya lebih dibanggakan..sentimental value tu lg tinggi harganya dr yg upah org buatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak PK :) Bila buat sendiri video, lebih ada sentimental value sebab semuanya daripada kita kan. Insyallah, akan disimpan baik2 semua kenangan ini :)

      Delete
  5. Alaaaaaaa, sweet nyer uolls. Sentiasa sweet setiap masa. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah tiap masa sangat. Hehehe. Tq ain comel berkaca mata :)

      Delete
  6. alaaaa, tak dpt tgk...kat ofis ni kena block segala mak nenek video...grrrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
      Sedihnya kak wahida tak boleh tengok video saya :(
      Btw, samalah ofis kita kak. Semua siqah pakai phone je , lagi senang. Huhu.

      Delete
  7. Singgah sini... Thanks puji blog saya.. :) Saya guna font 'Short Stack' je. Fighting!! Kemaskan blog cantik2 yeaa.. ^.^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. One day, saya akan kemaskan blog. Nak kena hadap laptop lama2 ni nampaknya. Hii.

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih kak Azlinda. Really appreciate it :)

      Delete
  9. Hye dear Siqah. Singgah selasa. :)

    Btw, kita tag awak untuk join GA.

    http://bizkowtlermaow.blogspot.my/2016/04/ga-mini-giveaway-by-hanis-masturina.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh first time siqah kena tag ni. Hihi. Baik, akan diterjah ke blog ain nanti :D

      Delete
  10. best n sweet sangat! =) memori ni.. simpan elok elok utk hari tua sgt bermakna. =) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aina :) Insyallah, memang akan disimpan untuk hari tua nanti. Hehe :D

      Delete
  11. Hi siqah.. Cikla singgah sini.

    Siqah ditag tau..

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/04/mini-giveaway-by-hanis-masturina.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cikla :)

      Siqah kena tagged lagi. Hii. Tq ye. Nanti ada masa siqah check dan join :)

      Delete
  12. sweetnyaa. siyesly cantiklah siqah ni lagi2 time hari kawen, pakai baju pengantin. sweet jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebab baju pengantin dan mekap. Hihi. Tanpa semua tu, siqah biasa je :) btw, tq NW :)

      Delete
  13. Memori terindah siqah...moga kalian terus diredhai Allah amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak PC atas doa itu. Amin :)

      Delete
  14. Bestnya Siqah.... adalah kenangan sok anak cucu nak tengok.....Tapi Siqah nampak kakulah....tak nampak natural...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa siqah pun setuju dengan apa mak cakap! Hihi! Siqah memang tak reti berlakon. Serius, memang nampak kaku. Nampak sangat kepalsuan tu. Hii. Lagipun nie first video selepas video pengantin. Rasa blur belaka :) Tq mak for the comment. Akan blaja lagi berada dalam kamera. Kalau tak boleh jugak, jadi di sebalik tabir jela. Hihi.

      Delete
  15. alololololo....so sweeettttttt ...hihih macam professional dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak mawar :) Macam profesional tapi belum lagi. Hihi. Mujur encik suami suka merakam dan buat video :D

      Delete
  16. sweet sangat...moga kekal hingga kedalam syurga jodohnya ya, inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak AA atas doa yang dititipkan buat kami berdua :) same goes to kak AA bersama suami dan anak :)

      Delete
  17. huhu biasalah tu,mood blogging ni kadang kadang on off

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan awak :) Hope tak lama lah mood off kalau jadi lagi. Hii.

      Delete
  18. Moga mood dan semangat berblogging terus membara :)
    Baguslah ada video kenang2an macam ni,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Farrah. Moga semangat berterusan nak blogging :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。