December 16, 2015

Satu Rasa Dua Hati


Hari nie nak bagi review mengenai satu buku yang aku baca bertajuk Satu Rasa Dua Hati by Pahrol Mohd Juoi. Dengar tajuk mesti korang dah rasa ingin tahu al kisahnya kan? Tambah lagi tajuk yang menjerumus ke arah alam perkahwinan :) 

Buku ini adalah salah satu buku yang diberi oleh Aliff semasa pertunangan kami. Bayangkan, baru nak buat review setelah habis baca selepas kahwin. Punyalah lambat kan. Aku kena ada mood baru nak baca buku. Bukan ikut sesuka hati nak baca bila-bila. Hehe. 

Keseluruhan, buku nie sangat bagus. Banyak membuka mata aku untuk melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Dari alam percintaan sehingga perkahwinan. Tapi buku nie lebih kepada nasihat-nasihat berguna untuk dijadikan pedoman dalam alam perkahwinan. Kepada yang bercinta atau yang dah bertunang, boleh dijadikan sebagai persiapan menempuhi alam perkahwinan. Serius, sangat berbeza. Jangan fikir perkahwinan adalah pengakhiran setiap hubungan. Perkahwinan adalah permulaan bagi kehidupan baru yang penuh mencabar di mana sikap tanggungjawab, bertimbangrasa, 'give and take' perlu dititikberatkan. Dan aku masih dalam proses untuk melakukan semuanya dengan baik :) 

Aku suka konsep yang digunakan dalam buku ini oleh penulis. Paling yang membuka mata aku adalah topik Usah Malu Dengan Usaha Yang Mulia. Haa mesti korang tertanya-tanya kan? Tajuk nie menceritakan mengenai sesungguhnya tidak ada istilah perigi cari timba seperti yang diungkapkan oleh adat dan budaya masyarakat hari ini. Maksudnya, pada zaman dahulu, Siti Khadijah meminang Rasullulah dan alhamdullillah pinangan diterima. Ini adalah perkara yang tidak dilakukan sekarang. Takut malu, segan, nanti di kata orang dan sebagainya. Jika pinangan ditolak, tidak mengapa. Usah merasa malu kerana anda tidak melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama. Cuma ditekankan bahawa, lelaki itu hendaklah seorang yang diyakini boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah dan bukan hak milik orang lain. Sesungguhnya, perhubungan yang dimulakan dengan perasaan sakit hati dan tidak redha orang lain tidak akan mendatangkan kebahagiaan. Take note on that! :) 

Tajuk lain yang menarik perhatian adalah Bukan Sibuk Menuntut Hak. What you give, you get back! Semua orang tahu benda nie kan? Samalah juga dengan rumahtangga. Tidak payah untuk sibuk menuntut agar hak kita dipenuhi. Kita perlu menjalankan peranan isteri dan suami dengan baik tanpa menuntut dan mempertikaikan apa yang perlu kita dapat. Insyallah, apabila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi dan begitu juga sebaliknya. Jelas disini bahawa kita tidak perlu menyalahkan pasangan kita jika kita rasa kita tidak bahagia dan tidak diberi hak yang sepatutnya. Tanya diri sendiri, adakah kita menjalankan peranan kita dengan baik? Ingatlah bahawa 'orang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan ialah orang yang melakukannya'. Ingat sentiasa bahawa kita perlu pamerkan kasih sayang setulusnya. Jangan memberi kasih sayang tetapi pada masa yang sama menuntut balasan. Seperti kita tidak ikhlas melakukannya. 

Diri Kita Amat Berharga. Salah satu tajuk dalam buku ini. Konsep yang diberikan adalah senang je. Jangan pandang rendah pada pasangan kita. Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika diri memang tidak berharga. Teruslah menjalankan tanggungjawab dalam keluarga dengan sebaik-baiknya. Insyallah, semuanya akan berubah mengikut apa yang kita mahukan. 

Manusia bukan hanya membina rumah ( house ) tetapi sebuah kediaman ( home ), yang didalamnya perlu diisi dengan kasih sayang, kemesraan dan kecintaan.  

Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta adalah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Cinta berdasarkan fitrah semata akan runtuh dipukul badai alam rumahtangga. Sebaliknya cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman percintaan. Tak dinafikan, mungkin sesekali akan bergolak, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula. Kata orang, sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan kerana masjid bukan hanya 'berguna' pada alam pernikahan, tetapi di sepanjang alam perkahwinan. 

Rasullulah SAW bersabda, "Kamu nasihatilah para wanita itu dengan baik, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Dan tulang yang paling bengkok ialah yang paling diatasnya. Maka jika engkau paksa untuk meluruskannya, patahlah ia. Dan jika engkau biarkan sahaja, tentu selama-lamanya ia bengkok. Oleh itu, berbuat baiklah terhadap para wanita." ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) 

"Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah." ( Riwayat Thabrani daripada Abdullah bin Salam ). 

"Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka ( bersabarlah ) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." ( an-Nisa: 19 )

Perkahwinan adalah sesuatu yang dimuliakan. Kepada yang sudah berkahwin, tahniah diucapkan dan selamat menjalani alam perkahwinan bersama dengan baik. Kepada yang menuju ke alam perkahwinan, didoakan yang terbaik untuk anda. Dan kepada yang masih belum bertemu jodoh, jangan rendah diri dan jangan terlalu memikirkannya, jodoh itu ada cuma antara lambat dan cepat je. Kadang-kadang, dia di depan mata cuma tidak perasan. So cuba tengok sekeliling, ada yang nampak gaya macam bakal suami atau isteri? Hee. Pendek kata, good luck for all. Hidup mesti diteruskan, don't feel bad. A day might be bad, but it's only a day, not your whole life. Think positive :) 

Akhir sekali, pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam dan lebarkan senyuman. Mungkin esok, kita tidak 'pulang' atau tiada lagi si dia yang setia menunggu di sebalik pintu. Just remember a song, Like I'm Gonna Lose You.. 

Panjang sungguh entri kali nie. Hihi. Banyak input daripada buku ini tapi tidaklah semua nak tulis sini. Hii. Just a self reminder for me and maybe for you all too. Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datang dari saya sendiri.  

All credit to Pahrol Mohd Juoi for a great book, Satu Rasa Dua Hati. 

Sehingga bertemu lagi, 

Love,
SiQaH 

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。