October 31, 2015

On My Birthday This Year!

Tak terlambat lagi nak cerita apa jadi on my birthday this year! Baru berkesempatan nak menaip nie haa. Awal pagi 28 Oktober 2015, aku pergi renew lesen memandu di Pos Malaysia, Skypark, Subang. Hanya 10 minit dan siap semunya. Bagus betul, tak ramai orang, in fact, aku jela orangnya masa tue. Hihi. Lepas tue, aku terus ke Citta Mall, memang niat nak lepak di kafe. Keliru nak lepak di kafe mana sebenarnya. Sama ada Dr Cafe Coffee atau Beans N Beans yang terletak bersebelahan je. Setelah hampir 15 minit fikir ( fikir kafe je pun dah lama, apa daaa ) , aku ambil keputusan nak lepak di Dr Cafe Coffee sebab dah lama sangat tak lepak sini. Biasa dulu sebelum kahwin, memang kafe nie lah jadi pilihan utama aku untuk melepak dan tonton drama Korea guna wifi di sini. Wifi Dr Cafe laju kau tahu! Hihi.

Sedikit gambar Dr Cafe Coffee :D




Nampak sangat tak ramai orang di sini. Masa nie sebelum jam 11 pagi on weekday. Memang haruslah tak ramai orang. Kalau weekend, penuh jugak kafe nie.



Minum Iced Caramel Latte only. Sedap jugak Latte di sini, tak manis sangat. No need to add anything. Boleh tahan jugak barista nie buat air walaupun dia pandang aku semacam je masa aku beriya ambik gambar dan berjalan di sekeliling kafe :p

Ini al kisah pagi. Tengahari aku dah balik dan lepak di rumah. Dulu boleh jugak berlama-lama berjalan sorang-sorang di luar, sekarang cepat sangat rasa bosan. Mungkin selepas kahwin, dah sentiasa ada orang bersama, jadi bosan cepat kalau tiada teman. Hii.

Cerita malam pulak... Encik suami sudah pulang dari kerja!! Yeehaa!! So birthday girl request nak makan makanan Barat as dinner. So malas nak pergi jauh-jauh, kami pergi ke Mr Steak House di Kota Damansara.



Pilihan aku Chicken Chop dan pilihan encik suami Black Pepper Steak. Both makan tak habis. Aku macam biasalah tak habis, Besar Chicken Chop nya. Encik suami pun tak habis makan jugak sebab katanya penat dia nak kunyah. Hehe. Pun boleh reason gitu :D



Dalam hari yang sama juga, aku telah mendapat saman parking! Huhu. Parking sekejap di tempat parking cuma tak letak kupon kereta sebab I don't have any. Malas nak pergi beli sebab memang rasa sekejap je, so tak sempat kot MBSA nak saman. Hanya tak sampai 5 minit aku ke bank, patah balik ke kereta, tengok dah ada surat saman di kereta. Huhu. Rajin orang MBSA buat kerja kan. Patut diberi pujian nie. Makanya, terus aku ke Bank Rakyat untuk bayar saman. RM10 untuk bayaran dalam 24 jam, Baik pergi bayar terus. Aiyak!! Ingatkan sempat bertindak cepat, rupanya masih kena saman. Itulah kadang-kadang mentaliti manusia. Nak cepat dan gasak je buat apa pun walaupun melanggar peraturan, Yakin akan selamat tapi rupanya tak selamat juga. Itulah, lainkali jangan confident sangat!

Itu saja al kisah pada 28 October tahun 2015. Aku bukan jenis orang yang suka sambut birthday beriya, well enough with makan-makan sudah, tak perlu more than that. Bersyukur apa adanya :)

Apa yang penting pada hari lahir adalah dapat sambut bersama yang tersayang, dapat ucapan birthday daripada yang tersayang dan paling penting, ingat pada mak yang telah mengandungkan kita dan melahirkan kita. Sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Mak jika dia sudah tiada. Dan bersama ( call / visit ) dengan Mak jika dia masih hidup. Jangan dilupa pada Ayah juga :)

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。