HI LOVELIES

Terima kasih sudi datang blog aku =)

Nama penuh aku adalah Nurulsiqah Hussin. Isteri kepada Mr Aliff, anak perempuan kepada Ayah dan Arwah Mak. Arwah Mak telah kembali ke rahmatullah pada 6 September 2003. Aku kini mempunyai Mama dan merupakan anak ketiga daripada 4 adik beradik. Aku bekerja dalam industri perbankan di Standard Chartered Bank dan menetap di Shah Alam, Selangor. 


MENGENAI BLOG

Blog ini ditubuhkan pada September 2014. Merupakan blog kedua aku setelah aku lupa password untuk blog pertama. Aku anggap blog kedua ini lebih matang daripada blog sebelum ini :D

Mempunyai domain sendiri yang diberi nama SIQAHIQA (Siqah - Iqa) pada 2 September 2016. Boleh baca dua entri aku mengenainya:

Blogspot Changed To My Own Domain
Why SIQAHIQA As My Domain Name

Blog ini merupakan blog peribadi aku yang ditulis berdasarkan apa yang aku minat, suka, dan segalanya. Aku suka berkongsi apa saja yang aku tahu. Selain itu, blog ini juga banyak mempunyai review mengenai buku, filem, drama Korea, dan makanan ( sebab aku pengemar tegar, hehe ), dan juga topik-topik lain seperti photography, tips blogging, travelogue, dan fashion.

Harap korang gembira melayari blog ini sambil minum kopi dan makan cupcake! :D Dan harap ada perkongsian bermanfaat untuk korang semua dalam blog ini. 

Anything, korang boleh contact aku melalui email siqahiqa@gmail.com contact page.

Terima kasih and jumpa lagi! =)




No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。