REVIEW BUKU | SINDIKET by ARMAN JAZEE

instalife

February 15, 2019

REVIEW BUKU | SINDIKET by ARMAN JAZEE


Sebelum ini, aku hanya beli novel Ramlee Awang Murshid daripada penerbitan Buku Prima, di bawah Grup Buku Karangkraf. Sindiket adalah buku pertama selain daripada hasil karya RAM yang aku beli daripada Buku Prima. Dan Sindiket adalah buku permulaan untuk aku beli lagi banyak buku daripada Buku Prima pada masa akan datang :D 

Nampak sangat yang aku sudah suka akan Buku Prima kan? Buku Prima banyak hasilkan novel thriller dan bila dah habis baca Sindiket, buatkan aku nak lagi baca novel Buku Prima yang lain. 

Panjang pula bebelan mengenai Buku Prima. Haha. Nak dijadikan cerita, memang nak ceritalah ni, hihi, aku beli Sindiket di PH Bookstores di Muar, memandangkan hanya buku terbitan Buku Prima saja yang ada di sana. 

Dan pilihan aku tepat untuk mencuba baca buku dalam genre thriller daripada Buku Prima 👍


Sindiket by Arman Jazee

Title: Sindiket
Author: Arman Jazee
Pages: 502
Publisher: Buku Prima , Karangkraf  
Publication Date: 7 Ogos 2018


SYNOPSIS 


Watak-watak utama:

Munira 
Kehilangan dua orang anaknya yang diculik oleh Kumpulan Van Putih membuatkan hidup Munira menjadi porak peranda. Munira sangat bergantung harap pada pihak polis namun selepas pihak polis menghentikan siasatan kepada kes penculikan ini, Munira tekad untuk menyiasat sendiri kes kehilangan anaknya.

Demi kasih sayang ibu yang tidak ternilai, Munira menghadapi apa juga rintangan demi menyelamatkan anaknya. Pencarian dia tidak mudah. Munira hampir berputus asa namun pertemuannya dengan Somchai membuka ruang dan jalan untuk Munira kembali berjuang untuk mendapatkan anak-anaknya. 

Somchai 
Lelaki yang mempunyai kisah silam yang sangat tragis dan menyayat hati. Kisah silam ini telah membangkitkan syaitan di hati Somchai dan menjadikan Somchai seorang lelaki yang amat digeruni dan ditakuti juga tidak gentar pada kematian. 

Pertemuan antara Somchai dan Munira merungkai segalanya. Pertalian tidak disangka antara mereka menjadikan mereka lebih bersemangat dan bersatu untuk menyelamatkan anak-anak Munira. 


Sinopsis 

REVIEW 


Satu kisah sindiket perdagangan manusia dan organ yang diambil daripada kisah benar seperti yang dinyatakan oleh penulis yang meninggalkan komen pada review buku ini di Instagram aku. Permintaan untuk mendapatkan organ-organ ini semakin meningkat dan ini membuatkan kegiatan ini semakin berkembang.

Buku ini bukan saja menceritakan mengenai proses penculikan kanak-kanak, malah diterangkan secara terperinci setiap proses yang berlaku sehingga ke proses pembelian organ.

Karya yang sangat padat dengan aksi dan plot twist. Aksi yang mendebarkan dan juga ngeri. Ngeri sampai rasa kalau tengah tengok filem, pasti aku akan tutup mata. Haa begitulah tahap kengerian yang aku rasa.

Pelbagai rasa muncul ketika baca buku ini. Penulis boleh dikatakan bijak dalam menimbulkan emosi sedih, marah, geram, nyampah dan sebagainya.

Jalan cerita tidak ada sedikit pun babak yang bosan. Susunan plot yang kemas dan teratur dalam Prolog 1 dan Prolog 2. Buku ini ada dua Prolog. Sepanjang aku membaca Prolog 1, aku tertanya-tanya di mana watak utama Munira dan Somchai seperti yang ada pada sinopsis. Teruskan membaca Prolog 2 dan di situlah bakal bertemu dengan jawapannya.

Dominan rasa yang ada dalam diri ketika pengakhiran Prolog 1 adalah sedih dan juga marah. Tak sanggup rasanya baca beberapa babak dalam buku ini. Sedih sangat. Geram dengan orang dewasa yang cukup tegar menindas kanak-kanak yang tidak berdosa T_T

Kisah Munira kehilangan anak-anaknya dan pertemuan dengan Somchai terjadi dalam Prolog 2. Pace bacaan aku semakin laju bila dah masuk Prolog 2, tambah lagi ketika tiba babak Munira menjadi penyiasat persendirian. Bijak juga akal Munira.

Namun begitu, Munira juga seorang yang terburu-buru. Mujur ada Somchai disisinya untuk sentiasa mengingati Munira supaya menggunakan akal fikiran, kawal diri dan bukan hanya mengikut perasaan marah saja. Aku suka akan hubungan antara Munira dan Somchai. Mereka mengerti apa yang diinginkan oleh kedua-dua belah pihak dan bersatu untuk sama-sama mencapai matlamat masing-masing.

Jangan butakan mata dan hati dengan wang dan kuasa. Sifat berperikemanusiaan akan lenyap dalam diri. 

Membaca buku ini menjadikan aku melihat sisi lain dunia ini. Sisi dunia yang jarang aku fikirkan. Sisi dunia kejahatan yang tidak terjangkau dek akal fikiran bahawa ada manusia yang sanggup melakukan apa saja untuk meneruskan kehidupan. Mereka telah dibutakan dengan wang sehingga tidak ada sekelumit rasa bersalah melakukan penculikan dan mengambil organ tanpa kebenaran.

Tiada istilah terlewat. Selagi dunia belum kiamat, sebelum nyawa di hujung halkum, sebelum kita menutup mata. Jika keinsafan dan kesedaran itu sudah datang, pasti ia diterima Allah. Allah tidak pernah menutup pintu keampunan kepada hamba-Nya yang ingin kembali ke pangkal jalan. 

Hidayah milik Allah, hadir dalam pelbagai cara namun manusia perlu mencarinya bukan dinanti hidayah datang sendiri. Sama juga seperti jodoh dan rezeki. Orang yang kita tahu jahat sangat, bunuh orang sana sini, jika dikurniakan hidayah Allah, akan berubahlah dia. Dia akan bertaubat dan mula mengenali agama seperti yang berlaku pada watak Somchai.

Ada juga manusia yang berubah menjadi jahat disebabkan keadaan yang memaksa. Seperti apa yang berlaku pada Sheikh Mansor. Dia seorang yang baik, penyayang, pemurah namun hanya kerana satu keadaan membuatkan dia terpaksa memilih jalan salah. Siapa Sheikh Mansor? Bacalah buku ni. Hihi. 

Aku suka akan pengakhiran buku ini. Kehilangan orang tersayang menjadikan seseorang itu tabah dan tidak mudah putus asa. Kekuatan semangat mereka memberi semangat untuk terus berjuang. Tak boleh nak elaborate lebih, sebab nanti bagi spoiler pulak :D

Apabila manusia diambang kematian atau kesusahan, ketika itulah terbit keinsafan, dia akan teringat segala kesalahan yang pernah dia lakukan. Saat itu hati mula terasa, jika diberi peluang pasti jalan hidup yang lebih mulia menjadi pilihan. 

RATING AND RECOMMENDATION 


Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐

Pada mulanya aku beri 4⭐ untuk buku ini. Tapi ketika aku menulis review buku ini dan melihat kembali point-point penting dalam buku ini, aku ubah rating aku kepada full ⭐.

Buku yang meninggalkan pelbagai rasa dalam diri. Susunan plot cerita kemas dan ada juga plot twist. Kisah yang dibawa juga serius iaitu kes perdagangan manusia dan organ. Organ kanak-kanak yang mempunyai pasaran tinggi.

Buku yang menjadi permulaan untuk aku terus membaca buku-buku thriller terbitan Buku Prima. Makin bertambahlah buku yang hendak dibeli nampaknya :D

Kemiskinan adalah pintu kejahatan, kesenangan adalah racun kehidupan. Dunia tidak semuanya indah dan tidak pula semuanya buruk. 

Korang dah baca Sindiket? Ada cadangan untuk buku-buku terbitan Buku Prima yang patut aku beli dulu? :) 

Write later,

Have a nice day ^_^




4 comments:

  1. Saya pun selalu beli buku daripada Buku Prima kalau nak baca cerita seram atau thriller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah baru tahu Buku Prima thriller best. Selalu nampak kat kedai buku tapi tak pernah beli. Lepas ni nak beli Buku Prima jela. Hehe.

      Delete
  2. ok jugak yek, jln cite mcm menarik utk di baca...
    buku RAM yg latest pun akak tak sempat beli lg...sejak dh tua ni akak jarang beli novel cinta cintun... tp novel misteri, penyiasatan ke apa minat lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama! Kalau novel siasat thriller minat lagi nak baca. Dah tak minat baca novel cinta. Isu sama je. Hehe.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife