Review Novel | Kasyaf Ain by Ramlee Awang Murshid

instalife

December 26, 2018

Review Novel | Kasyaf Ain by Ramlee Awang Murshid


Kasyaf Ain adalah novel terbaru daripada master thriller Malaysia, Ramlee Awang Murshid dan merupakan naskhah sulung terbitan RAM Typewriter iaitu syarikat penerbitan beliau sendiri. 

Masih membawa jalan cerita sinonim dengan kisah perjuangan menentang kejahatan syaitan yang bertopengkan manusia. 

Kasyaf Ain - RAM

Title: Kasyaf Ain
Author: Ramlee Awang Murshid
Pages: 399
Publisher: RAM Typewriter Ventures
Publication Date: October 2018

SYNOPSIS


Sinopsis di kulit belakang 

Sebelum aku ke bahagian review, ingin aku membuat sedikit penerangan mengenai tajuk novel ini. Usah dicari nama Kasyaf Ain dalam novel ni kerana sesungguhnya, itu bukanlah nama watak dalam novel ini. 

Kasyaf adalah satu kelebihan yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih dan dikasihi. Terdapat beberapa bahagian dalam Kasyaf dan salah satunya adalah kasyaf mata/kasyaf ain. 

Kasyaf Mata/Ain - Mata boleh melihat perkara-perkara ghaib yang tidak nampak dengan mata kasar seperti jin, malaikat, dan syaitan. Terbukanya tabir hijab yang menutup pandangan mereka kepada alam lain. 

REVIEW


Kisah perjuangan menentang kejahatan syaitan yang sentiasa ada di dunia untuk menyesatkan manusia. Jalan cerita yang sangat menarik daripada awal hingga ke akhir muka surat. 

Novel dimulakan dengan kisah pembunuhan pada masa kini yang dianggap paranormal dan disiasat oleh Rosman dan Anita, dua orang pegawai polis bahagian jenayah. Dikatakan paranormal kerana mayat mangsa mengering akibat kehilangan darah yang sangat banyak, juga terdapat kesan gigitan di leher mangsa. 

Kemudian, kisah pembunuhan ini berkait pula dengan kisah pembunuhan yang telah berlaku pada awal tahun 1840-an. Liau Gantua dan Suaka (si jembalang hijau) yang telah menjalinkan persahabatan Kaballah (satu pegangan yang wujud sejak bermulanya era Perang Salib) yang bertuhankan sang iblis laknatullah. Meraka mengadakan perjanjian syaitan dan sekaligus syirik kepada Allah. 

Apa pun hakikatnya, hantu tetap ada dalam kehidupan manusia. Dalam Islam menyakininya sebagai penglibatan jin syaitan yang berusaha menakutkan dan menyesatkan manusia. Hijab Allah antara batasan dua dunia merupakan hikmah bagi manusia itu sendiri. 

Susunan bahasa RAM sangat indah. Plot twist sangat tidak terjangka sehingga membuatkan aku baca berkali-kali dan ternganga dibuatnya. Serius lah, macam mana RAM boleh berfikir sampai tahap adakan plot twist macam ni? Itu yang sampai ternganga aku. Haha. 

Plot twist juga bukan hanya berlaku sekali. Berkali-kali hingga ke muka surat terakhir. Kejutan demi kejutan muncul dalam novel ini. Seperti biasa jika membaca novel RAM, apa yang aku agak terjadi tidak akan terjadi. Mesti sebaliknya yang berlaku. Tekaan aku tidak pernah tepat.

Ada naskhah lama dalam tulisan jawi, Jembalang Hijau dan Cindai. Apakah kaitan naskhah lama ini dengan kisah kehidupan di zaman kini? Siapa yang menulis kedua-dua naskhah ini? Dapatkan jawapan dalam novel Kasyaf Ain. Hihi. 

Tak boleh nak cerita lebih mendalam sebab nanti bagi spoiler pulak. Hihi. Aku simpan details mengenai novel ini dalam diari aku jela eh. Korang nak tahu cerita lebih, sila baca novel ini. Di hujung entri ini, akan aku kongsikan medium untuk korang beli novel ini.

Walaupun ending novel ini seperti open ending/tergantung, tapi ini memberi kesedaran dan pengajaran kepada pembaca bahawasanya:

  • Syaitan ada di dunia ini dan telah berjanji untuk menganggu, menakutkan dan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. 
  • Jangan sesekali memberi peluang kedua kepada syaitan!!


RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★★★

Selesai baca novel ini dan tanpa ragu-ragu aku beri 5★. Jalan cerita lain daripada lain dengan membanteras syaitan laknatullah dan kisah yang dibawa oleh RAM dalam Kasyaf Ain berbeza daripada novel beliau sebelum ini. 

Sebenarnya, ada sesetengah babak yang membuatkan aku rasa seram sejuk ketika membacanya. Dahlah baca di kala aku sendirian, baca pula bab jembalang. Terus mata meliar ke kanan dan kiri. Haha. Seram weii. Teringat terus pada novel Ungu Karmila. Begini jugalah keadaannya.

Semua peminat RAM kena baca buku ini. Pasti korang tidak mahu terlepas untuk mengetahui kisah fiksyen yang dibawa oleh RAM. Bersiap sedia dengan kejutan yang ada. Mungkin korang juga akan ternganga macam aku? 🙈




Bertahanlah dalam agama Islam. Jangan sekali-kali gugur akidah. Teruslah bertegas. Tiada TUHAN disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu adalah utusan ALLAH. Berapa lama pun, kebenaran tu pasti mengatasi kebatilan. Percayalah, yakinlah pada ALLAH. 

RAM menyatakan bahawa novel ini tiada di kedai buku. Korang boleh beli melalui RAMFC Store (Facebook), atau RAMFC2020 (Instagram)


Write later, 
Have a nice day and see you soon ^_^

14 comments:

  1. Replies
    1. Hihi. kan, mula2 pun siqah ingatkan nama watak :D

      Delete
  2. Dulu selalu beli buku RAM. Tapi yang baru ni tak pernah nampak lagi. Rupa-rupanya tak dijual di kedai buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Ini terbitan RAM typewriter. Boleh beli di IG atau FB mereka :)

      Delete
  3. Lamaa dah tak baca buku karya RAM. Mostly novel RAM ni tak pernah mengecewakan pembaca. Nani hari tu borong novel banyak kemain masa SALES tapi sampai sekarang pending lagi nak baca. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Novel RAM tak pernah mengecewakan pembaca. Sales Karangkraf ke?? Bestnya borong banyak novel. hihi.

      Delete
  4. kira novel baru ni, akak tak takde lagi nih... dia antara penulis novel feveret akak... sejak dh tua ni kurang skit akak layan novel cinta2 sgt... suka yg ada misteri2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak!Siqah pun dah tak layan novel cinta2 Rasa macam semak nak baca kisah cinta. Kalau misteri, thriller, best. :D

      Delete
  5. Salah satu karya terbaik RAM. Baru je habis baca. Tapi agak kecewa sedikit sbb tajuk sebenar cerita ni tetamu siang. Ada dalam novel campuran para penulis bertajuk Antologi mistik jembalang keluaran alaf 21 pada thn 2015. Syamel dlm cerita berikut dikenali sebagai pegawai polis. Ada beberapa penambah baikan dr garapan cerita dan watak.Tapi 80-90% adalah sama. Kecewa sbb dah tau jln cerita, tapi pengakhiranya ada sikit berbeza. Apapun karya Ram tetap terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahh serius saya tak tahu pasal tajuk sebenar cerita ini. Ingatkan novel memang baru dengan jalan cerita baru. Hihi. thanks bagitahu :) Yes, apa pun karya RAM tetap terbaik. Kita tunggu Anding Ayangan 2 pula :)

      Delete
  6. Auch, ni mcm nak kena baca nii hehehe.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife