July 25, 2018

REVIEW NOVEL | PULANG by LILY HASLINA NASIR


Pulang by Lily Haslina Nasir

First of all, thank you Media Prima for the free copy 😊

Novel Pulang adalah adaptasi dari filem Pulang yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 26 Julai 2018. ESOK!!! Hihi. Ini adalah novel kedua yang diadaptasi daripada filem. Novel pertama yang pernah aku baca bertajuk Bisik Pada Langit

Novel ini merupakan hasil garapan penulis Lily Haslina Nasir. Aku tidak pernah baca karya beliau walaupun ada beli novel terbaru beliau yang diterbitkan semasa PBAKL 2018 bertajuk Maharani. Masih berada elok di rak buku. Tak sempat lagi nak baca. Hihi.

Filem Pulang ditulis berdasarkan kisah benar makanya novel ini pun turut begitu. Kisah Pulang ini merupakan kisah benar pengembaraan ayah Datuk Ahmad Izham Omar, iaitu Omar Othman yang mencari datuk beliau selepas tidak pulang dari belayar selama bertahun-tahun. 

Title: Pulang
Author: Lily Haslina Nasir
Pages: 512
Publisher: Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd
Publication Date: Mei 2018

SYNOPSIS

Sinopsis di belakang kulit buku

Secara ringkasnya, novel ini mengisahkan kehidupan Othman sebagai orang laut dan Thom. Mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Omar. Hidup mereka tidak senang tapi mereka gembira. Othman menunaikan janji untuk menjaga Thom sepenuh hati.

Tapi segala-galanya berubah selepas dua tahun perkahwinan mereka. Jepun menyerang Tanah Melayu. Tahun 1941 bagaikan meragut kebahagiaan mereka dan seluruh penduduk Tanah Melayu. 

Bermulalah kisah kehidupan mereka yang penuh liku. 


REVIEW


Pelbagai kisah ada dalam novel ini. Tulusnya cinta Othman dan Thom. Kisah cinta mereka. Kisah orang laut yang pasti hanya mencari rezeki di laut. Kisah isteri dan anak yang ditinggalkan oleh Othman untuk mencari rezeki dengan menjadi kelasi kapal dan belayar bertahun lamanya. Kisah anak yang memendam rasa kerana membesar tanpa seorang ayah. Kisah anak yang juga masih tetap sayang dan ingat akan ayahnya dan sanggup ke Liverpool untuk mencari ayahnya. Kisah seorang cucu yang pergi ke Liverpool untuk menunaikan hasrat neneknya. 

Selain itu, ada kisah persahabatan. Sahabat yang sentiasa ada di kala susah dan senang. Thom ada Salmah di sisi yang sentiasa memberi semangat dan pertolongan, manakala Lum, lelaki Cina yang ditakdirkan bertemu dengan Othman ketika perang melawan Jepun. Lelaki yang setia dan tidak mengenal bangsa dan agama, ikhlas dalam persahabatan.

Jalan cerita merentasi tiga generasi (Othman, Omar, dan Ahmad). Penulis menyampaikan cerita dengan baik. Aku masih jelas dengan perjalanan cerita walaupun merangkau tiga generasi. Tiga generasi maksudnya zaman juga turut berubah. Kisah dari zaman sebelum merdeka hingga zaman kini. 

Cara olahan penulis mengenai setiap watak sangat membantu dalam memantapkan lagi naskah ini. Setiap babak hanya akan menceritakan kisah dari sudut dan pandangan seorang watak sahaja. Penukaran watak untuk setiap babak sangat bagus kerana ini membuatkan aku lebih menyelami dan merasai setiap perasaan bagi semua watak utama (Othman, Thom, Omar, dan Ahmad). 

Pantun di permulaan babak. Ohh aku suka bahagian pantun ini. Pantun yang menggambarkan apa yang bakal terjadi dan "rasa" setiap watak. Pandai penulis karang pantun. Hihi.

Othman
Terang bulan tasik berbayang,
Gigil badan angin menderu,
Aku merantau bukan tak sayang,
Mencari rezeki hasrat di kalbu.

Thom
Hati rindu dibawa termenung,
Pilu menangis di senja rembang,
Datanglah ombak sebesar gunung,
Tetap kuseru namamu abang.

Omar
Menabur budi jangan jemu,
Ikhlas di hati usah dicerita,
Hari pertama kita bertemu,
Dagang berurai si air mata.

Ahmad
Mengumpul rindu menghimpun derita,
Melayan tangis di hujung dermaga,
Ceritera nenda bagai permata,
Biar lama semakin berharga.

Sepanjang membaca novel ini, aku turut bertanya-tanya pada diri sendiri. Wajarkah tindakan yang dilakukan oleh Othman? Belayar mencari wang dan tidak pulang selagi wang tidak cukup? Bertahun lamanya Othman merantau meninggalkan keluarganya yang terkontang-kanting hidup. Katanya sayang tapi kenapa Othman tetap mahu pergi? 

Sesungguhnya sukar untuk memahami setiap tindakan orang lain kerana masing-masing ada pendapat dan tindakan yang berlainan bagi setiap masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan Othman. Niat untuk mencari rezeki dan memberi kesenangan hidup pada Thom dan Omar membuatkan dirinya sanggup belayar menjadi kelasi kapal. 

Selain dari persoalan mengenai tindakan Othman, aku bertanya-tanya juga mengenai tindakan Thom. Sangat tabah mengharungi hidup tanpa Othman. Sanggup pergi seorang diri ke Hong Kong selepas tiga tahun Othman tidak pulang ke kampung. 

Pergi ke Hong Kong zaman dulu bukan naik kapal terbang tau. Naik kapal, bersesak dengan orang lain. Mudah percayakan orang sehingga Thom hampir dijual ke rumah pelacuran di Hong Kong. Mujur Lum ada membantu Thom. Aku tertanya-tanya, adakah aku tabah, nekad dan setia seperti Thom? 

Ending. Menitis juga air mata aku di pengakhiran novel ini 😭 Sedih dengan kisah cinta Othman dan Thom. Sedih dengan kisah Othman yang membawa diri ke Liverpool dan hidup bersendirian di sana memendam rasa pada Thom. Sedih dengan kisah hubungan anak dan ayah antara Othman dan Omar. Sedih. Sedih. Sedih.

Aku tak suka ending novel ini. Jujur aku cakap. Tapi setelah difikirkan kembali, ending novel ini mengajar kita untuk redha. Redha dengan takdir Allah. Cinta, kasih dan sayang yang sentiasa utuh walau berjauhan. Cinta tapi tidak dapat bersama. Sedih. 

RATING AND RECOMMENDATION




Rating: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Satu kisah keluarga merentasi tiga generasi. Kisah dari sebelum merdeka, ketika diserang Jepun, azabnya hidup di zaman perang. Kisah hidup sebenar kelasi kapal yang tidak begitu indah membuatkan aku sangat bersyukur dengan rezeki Allah. Ketulusan cinta Othman dan Thom. Kesengsaraan Omar hidup tanpa ayah. Kesungguhan Ahmad mencari datuknya yang keluar belayar namun tidak pulang lebih 10 tahun hingga membawa diri ke Liverpool untuk menunaikan hasrat neneknya, Thom. 

Tahniah diucapkan kepada penulis kerana berjaya menzahirkan skrip sebuah filem menjadi sebuah novel yang menarik dan memberi kesan mendalam kepada pembaca. 

Tahniah juga kepada warga produksi filem. Aku akan menonton filem ini di pawagam. Sebuah filem yang diangkat daripada satu kisah benar membuatkan Pulang adalah satu novel yang harus dibaca dan satu filem yang harus ditonton oleh semua.


Hidup ini macam ombak di laut, Thom. Kita tak tahu bila kita diuji. Semua ini rahsia Allah. Kita bersedia dan terima segala yang jadi dengan dada yang lapang. Insya-Allah, Tuhan permudahkan. - Othman

Berminat untuk baca novel ini? Korang boleh dapatkan novel Pulang di kedai buku seperti MPH dan Popular atau secara online melalui laman rasmi Karya Seni www.karyaseni.my atau www.karyaseni.com.my , Karya Seni App, Facebook, Instagram, serta di Lazada. 

Selamat membaca dan menonton!! ~ 😊

38 comments:

  1. Review siqah buat sha rasa nak baca.. nantilah beli.. masuk list dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Silalah beli. Nanti dah baca, mesti review okay 😁

      Delete
  2. abang reeeemy berlakon hehehe..

    ReplyDelete
  3. Bestnya jalan cerita dia. Mak reen yg tak minat sgt ke pawagam ajak reen tgok filem ni. sebab nampak best. dan lagi satu sebab Remy Ishak. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess! Tepat sekali. Siqah tengok filem pun sebab Remy jugak. Haha. Reen dah bawa mak ke pawagam ke tu? 😉

      Delete
  4. aaaaa seronoknya dapat buku free! Best pulak tu! Thanks for the review. Dd nak cari nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Buku ni best. Nanti kalau berkenan bacalah. Hii.

      Delete
  5. Fefeeling orang dolu-dolu sangat bila tengok pada poster dan trailer, harap ada geng boleh ajak tengok wayang hehe. Lagu OST Pulang pun best macam ngam je dengan cerita. Agaknya lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann! Pandai siapa buat poster tu. cinematography filem ni memang terbaik walau adalah jugak ternampak yang tak kena, but still okay. Hii.

      Haah Dayang kan nyanyi lagu tema. Memang bertepatan dengan ceritanya.

      Delete
  6. fuhh bang remy ishakk tuu..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ramai peminat abg remy ni 😬

      Delete
  7. Nani pun teringin nak tengok movie ni sebab based on kisah benar. Baca preview dia orang yang pergi tayangan perdana baru ni pun ramai kata best & worth lah untuk tengok. Weekend ni lah kalau free kita terjah cinema. Heheh. Hari tu masa pbakl nampak novel ni tapi tak terdetik pun nak beli, plus banyak dah novel lain beli. Hahah! Ini lepas baca review Siqah, Nani pulak rasa nak beli jugak. Tapi novel yang pbakl hari tu pun elok bersusun dalam almari tak bersentuh, ada hati pulak nak tambah lagi novel lain. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kalau Siqah, memang sure tambah je novel. Baca kemudian fikir 🙈😂 Filem best, cuma kalau dah baca novel, Siqah tetap rasa novel lagi best. Maybe sebab bila baca novel, kita faham each watak dan buatkan lagi menusuk kalbu ceritanya. Siqah rasalah camtu ☺️

      Delete
  8. terbaek.. macam menarik cerita ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes menarik. Based on true story :)

      Delete
  9. Macam best tgk review Siqah mengingatkan eka ttg nenek moyang eka yg jauh dari ID merentas ke Sabah, MY dan kahwin dgn org sni. Generasi kami sudah generasi ke enam dari moyang eka dan pada tahun 2016 kami berjaya jejak keturunan kami di ID, and it was really a meaningful journey. Tulah review Siqah sedikit sebanyak mengingatkan eka ttg leluhur keluarga kami. Kesusahan orang dahulu merentas lautan berpuluh hari (mungkin bulan) lamanya. Mencari rezeki untuk isteri dan anak2 tercinta. Kalau eka ada laki, tak sanggup eh berpisah walau sehari. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Bertemu keturunan keluarga sendiri sangat terkesan kan. Seronok bila jumpa keluarga jauh dan berjaya jumpa setelah lama mencari. Haah samalah kita Eka. Siqah pun rasa tak boleh berjauhan lama2. Ini pulak berpuluh tahun. Adoii. Tapi itulah, kesusahan orang dulu mencari rezeki hingga sanggup berjauhan . 😔

      Delete
  10. dari review Siqah nampak memang best novel ni tapi tak rasa nak beli maybe tengok je movie dia nanti..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Better tak baca buku, sebab nanti rasa lain. Siqah rasalah 😂

      Delete
  11. Macam best je jalan cerita dia. Rasa nak beli pulak novel ni.
    Btw suka tengok gambar-gambar dalam blog ni, cantik sangat!
    Wish I have photog and editing skills like you :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok filem dulu pun okay daripada baca novel dulu. Hehe.
      Terima kasih Ella for your feedback. Really appreciate it 😍 Siqah belajar lagi, baru jugak berjinak dengan gambar. Practice makes perfect. Ella pun boleh 😍😘

      Delete
  12. ending sedih means dia tak pulanggg kaaa? warghh. nk free copy gak ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pulang tapi something happened yang buatkan dia tak munculkan diri sampai mati. Huhu. Sedihhh 😭😭

      Delete
  13. Lya baru je tengok filem dia last week. Sangat sangat best. Lepas ni boleh baca novel ni pulak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes!! Filem best same goes to novel :) Nanti baca novel dan bagi review pula ye :)

      Delete
  14. Ok kalau dah true story, I should give it a try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes you should dear! Tell me your thoughts okay :)

      Delete
  15. Bila baca review awak, rasa macam nak tengoklah filem nie... Nak baca novel pulak ber huhuhuhu jea.. Dari jalan cerita nampak menarik apatah lagi bila kisah novel nie berdasarkan kisah sebenar dan bukan rekaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Akak pergilah tengok filem ni. Best for me walau jalan cerita slow. Yes, based on true story lagilah rasa nak tengok kan. SUka cerita kisah benar.

      Delete
  16. haritu masa pesta buku nak beli tapi dia kata nak keluar movie, pilih tengok movie je lah sebab kabir bhatia yang direct hihi. Anyway, betul jugak tu pandangan dan cara fikir orang lain-lain so tak tahu wajar atau tak tindakan othman tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah rasa biarlah tengok movie je dulu daripada baca novel. Nanti feel lain. Hihi. Betul, pandangan orang lain2 jadi macam tak boleh nak cakap tindakan Othman tu boleh diterima atau tidak. Huhu

      Delete
  17. Wahhh bestnya ada novel pulang ni ;) selamat membaca ye kak siqah

    ReplyDelete
  18. as usual, im here (sejujurnya) just to see ur flatlays. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ray for your support. Hihi :)

      Delete
  19. Huh siqah ni review sampai lea sendiri nak beli novel ni.. haiss.. dah kene masukkan dalam list.. haduii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. If Lea tengok movie pun Siqah masih rekomen untuk baca novel ni. Biasalah penceritaan dalam novvel lagi terkesan, for me lah. Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。