June 06, 2018

REVIEW NOVEL | BANJA MANGGALA by RAMLEE AWANG MURSHID



Review buku terakhir aku buat adalah pada bulan April 2018. Rindu rasanya untuk buat review buku lagi. Banyak buku pending untuk review cuma serius aku blogging slump sekarang. Hari ni aku cuti dan aku cuba untuk siapkan satu review buku. 

Cuba sedaya upaya agar blog ini tidak bersawang terlalu lama. Review buku adalah entri paling senang nak buat di saat aku ketandusan idea. Senang ke? Bolehlah. Hihi.

Lagipun, aku sudah ambil flat lays untuk review buku sekian lama. Tidak mahu biarkan flat lays itu terbiar sepi seperti flat lays Month Wrap Up yang aku dah ambil dari bulan Feb 2018 hingga April 2018 tapi entri Month Wrap Up masih tidak siap sehingga sekarang. Blame my laziness 😔

Berbalik cerita mengenai novel ini, aku pre-order novel ini di RAMFC Store dan dapat novel ni bersama tandatangan penulis sebulan selepas itu. Hampir lupa yang aku ada order buku. Hihi. 

Novel RAM sangat dinanti jadi perasaan tak sabar itu datang secara semulajadi. Itu yang bersungguh buat pre-order di RAMFC Store. Sedangkan boleh je beli di PBAKL 2018. :D 



Title: Banja Manggala
Author: Ramlee Awang Murshid
Pages: 480
Publisher: Buku Prima 
Publication Date: April 2018

SYNOPSIS


Banja Manggala
Fiksyen yang ada dalam novel ini adalah mengenai Banja Manggala. Dikatakan bahawa wilayah Balkan ini memiliki beberapa keajaiban yang dimitoskan kepada mereka yang mempercayainya. Bukan sebuah sakti tapi sebuah dongeng yang belum disahihkan. 

Dongeng mengenai sebuah relung yang dikhabarkan berhijab antara dunia manusia dan sekumpulan haiwan pembunuh, iaitu serigala. Kumpulan ini digelar Banja Manggala (manusia serigala). Kebanyakannya dikatakan berasal dari Banja Luka. Bangsa yang terlukai. 

Penghuni Banja Manggala adalah berasal dari manusia yang terkena sumpahan atau mengamalkan anutan songsang. Banja Manggala dipimpin oleh sang gembala. Seorang raja yang dipanggil Armel. Seorang Armel pula sangat berkuasa dalam ilmu penjinakan. 

Siapakah Armel? Adakah benar Banja Manggala dipimpin oleh Armel? Adakah benar Banja Manggala terdiri daripada manusia yang terkena sumpahan atau mengamalkan anutan songsang? Siapakah pula Banja Manggala? 

Sila baca novel ini dengan khusyuk dan hadam setiap watak yang ada kerana seperti biasa, tekaan kita sebagai pembaca tidak akan sama dengan cerita sebenar yang dibawa oleh RAM. Sesungguhnya, RAM pandai mengolah cerita.

Baca cover belakang untuk sinopsis penuh atau klik sini


REVIEW 


Seperti biasa, RAM masih mengekalkan cerita membanteras sihir dan manusia yang bersandarkan pada ajaran syaitan laknatullah. Aku suka karya RAM kerana konsep cerita yang dibawa. 

Plot cerita dan konflik yang ada dalam novel ini disampaikan dengan begitu kemas. Dengan itu, pembaca boleh faham keseluruhan jalan cerita dengan baik. 

Permulaan novel ini agak perlahan. Banyak berkisar mengenai kisah Amar dan Rania (adik angkat Amar) yang hendak disatukan tetapi mendapat tentangan daripada Rania. Sedangkan Amar sudah mencintai Rania dan hanya mengikut apa yang tertulis buat dirinya. 

"Tiada Bosnia di sini. Yang ada cumalah keluarga kita saja. Keluarga Malaysia kita".

Amar dibesarkan dalam keluarga Dato' Husam setelah diselamatkan daripada perang Bosnia. Selepas 23 tahun, dia sering didatangi mimpi mengenai seekor serigala. Kadang kala dia bermimpi ke satu tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana. 

Oleh kerana Amar sering didatangi mimpi begini, Amar memilih untuk ke wilayah Balkan untuk mencari jawapan kepada mimpi-mimpi tersebut. Cerita menjadi semakin menarik dan pace reading meningkat selepas pemergian Amar ke Bosnia. Tak sabar nak tahu kisah di sebalik mimpi serigala, Armel, dan Banja Manggala. 

Selain daripada kisah Amar dan serigala, terdapat juga kisah lain dalam novel ini seperti kisah Lamija dan polis veteran Hasanovic. Nak tahu kisah mereka? Boleh baca novel ini ye. Hihi. 

Dalam setiap novel, bab ending adalah perkara yang turut penting sama dengan plot cerita. Sebab dengan membaca ending, pembaca akan memilih sama ada karya ini best atau tidak. Dan aku suka akan ending novel ni. Comel 😍 Dah kenapa pula comel ek? Hihi. 

Novel ini turut membawa kita mengimbas kembali kisah duka sewaktu perang Bosnia. Sebenarnya, aku baru tahu yang Bosnia Herzegovina pernah bergolak akibat peperangan suatu ketika dahulu pada tahun 1992 hingga 1995. Sesunguhnya, perang hanya membawa kesan buruk dan kehilangan nyawa. Sedih bila Dato' Husam mengimbau kembali kisah peperangan di Bosnia. Jujur aku takut akan peperangan. Semoga Malaysia terhindar daripada segala malapetaka seperti itu. Ameen. 

Secara tidak langsung, aku mengetahui juga sedikit sebanyak mengenai wilayah Balkan daripada novel ini. Kisah peperangan mereka, tempat menarik di sana sehingga bagaikan tidak puas membaca novel saja. Ingin sekali menjejakkan kaki ke wilayah Balkan untuk melihat sendiri keindahan alam dan kesan peperangan.

Travnik. Credit photo here

Travnik, sebuah bandar kecik yang damai. Sebuah penempatan majoriti Islam. Sungguhpun demikian, sistem pemerintahan tetap mengamalkan kebebasan beragama. Konflik Perang Bosnia pada 1 Mac 1992 dan berakhir 14 Disember 1995 telah mengajar seluruh warganegara betapa pentingnya mengamalkan cara hidup secara harmoni. Konflik perang ini telah mengorbankan ramai nyawa umat Islam. Sehingga kedapatan banyak coretan tulisan tangan tertera di sesetengah tempat - "don't forget 1993".

Sungai Vrbas. Credit photo here

Travnik, antara dua kota yang terletak di antara Banja Luka dan Sarajevo. Sebuah bandar lagi adalah Jayce. Tempat ini dikelilingi kawasan pergunungan dan dibelahi Sungai Vrbas. Aliran sungai ini sangat menakjubkan berwarna kehijauan dan bening-hening, Sungai Vrbas bertemu dengan Sungai Pliva. Pliva lebih tinggi berbanding Vrbas. Justeru air Sungai Pliva tumpah ke Sungai Vrbas sekali gus membentuk air terjun yang sangat indah. 


Sungai Pliva. Credit photo here

Quotes daripada novel ini: 

Insya-Allah. Kita selesaikan dulu urusan dengan Allah. Nanti Allah akan selesaikan urusan kita. 

Aku hanya takut pada Allah. Lambat atau cepat kematian pasti akan menjengah. Lalu ku fikir takut atau berani langsung tak ada bezanya. Takut pun kita akan mati. Berani..insyaAllah akan hidup tanpa kematian berundur walau setapak pun ke belakang. 

RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★★

Sebuah lagi karya RAM yang tidak mengecewakan. Konflik dan plot cerita tersusun kemas. Baca novel ini dan kau bagaikan mengembara ke dalam satu alam fantasi. Serius aku terbayang kejadian serigala bersama Amar in real life. Kalau lah aku nampak kejadian seperti itu, terkejut sakan gamaknya. 

Novel seterusnya daripada RAM adalah Anding Ayangan Ⅱ. Baru perasan yang aku tak buat lagi review novel Anding Ayangan. Hihi. 

Cinta bukan sekadar mimpi. Cinta adalah perjuangan. 



p/s: saiz gambar dah tukar kepada X-Large berbanding dulu aku guna Original Size. Okay tak? 

25 comments:

  1. Sungai Vrbas dan Sungai Pliva...indahnya kalau dapat lihat depan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Menyimpan hasrat juga ke sana. Cantik alam 😍

      Delete
  2. Memang best novel RAM ini.. tak mengecewakan.. Anding Ayangan tak beli lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli Anding Ayangan nanti sekali dengan yang bakal release. Hii

      Delete
  3. I dont know why,pada ira prefer kalau gambar full or original size sesuai dengan width blog post akak hehe.

    Ehh lari topik pulak komen dengan jalan cerita post. sorry kak ahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Ira? Hmm mostly cakap gambar akak terlalu besar and they need to scroll down to see the full picture. Akak tak perasan gak tapi bila ada komen camtu, bila akak tengok betul jugak. Agak payah to see the full pic. Tu yang akak jadikan X large. Tengok dulu camne nanti ye. Akak pening bab saiz gambar je. Hehe.

      Delete
    2. Ohh aah mungkin betul jugak kak sebab dia makan ruang post jadi cam penuh gambar pada cerita pulak huhu. Tapi kalau scroll melalui phone okey je sebenarnya. Hahaha reader always right

      Delete
  4. patut lama tak tengok hehehe sha pun malas jugak berblogging bulan puasa ni, idea malas nak singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sha. Malas gila!! Sekarang barulah nak up entri baru. Sementara ada semangat nie. Hehe. Betul, bulan puasa ni malas nak blogging sangat. Tak cukup masa je rasa. Hehe

      Delete
  5. Suka baca review siqah hehe :) Ika tak dapat beli lagi novel yang ni. Last beli novel RAM, Imaginasi huhu. Tapi apa pun, good review siqah. Keep it up :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/book-review-videotape-by-adib-zaini.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ika suka baca review Siqah. Berhasil jugak Siqah taip panjang2. Hehe. Takpe, nanti Ika beli eh. Sekarang tengah baca novel lain kan. Hehe

      Thank you for your support Ika!! Let’s keep doing the book review 😍

      Delete
  6. Tak boleh komen pasal buku sebab tak pernah baca lagi dan saya tak selalu baca buku RAM cause I feel they are quite heavy on my brain. Hehe.

    Tapi nak komen pasal gambar. Gambar okay sangat sebab dah boleh nampak the whole gambar without having to scroll down :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Yes buku RAM berat jugak nanye. Hii.

      Yess. Okay ye Farah? Itulah. Bila ditegur baru rasa besar betul gambar original size. Barulah tukar saiznya. Thank you for your feedback :D

      Delete
  7. Bestnya novel ni! Quote yg Siqah mention pun semua best best :D

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
  8. first of all, cantiknyaaa lahai gambar gambar di atas arghhh jeles hahahhaa!

    second, part review tu scroll laju laju sebab tak baca lagi & i dont like spoiler kekeke. Part rating slow sikit scroll nye hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Sayidah for your lovely words about my flat lays 😍💕 Tak yah jeles please 😊

      Hahaha. Yes yes. Takpe scroll laju2. Nanti lepas dah baca novel ni, jemputlah singgah entri ni balik dan baca review. Hehe.

      Delete
  9. tak pernah baca lg novel RAM sebab tak tahu boleh masuk ke tak dgn novel thriller camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. You should try one book Tiara. Novel RAM ada yang thriller, ada yang fantasi. Hee. Tapi Siqah suka semua genre. Mungkin untuk sesetengah orang akan rasa novel RAM berat sikit kot.

      Delete
  10. Tak baca lagi novel ni jadi tak boleh nak ulas lebih-lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Cik Tie. Hehe. Cik Tie komen nie pun dah cukup gembirakan hati Siqah 😉

      Delete
  11. mama dah baca. mmg terbaik antara karya yg best RAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn mama!! Yeayy ada geng suka baca novel RAM! 😍

      Delete
  12. Bosniaaaaa one of my wishlist country to visit . Cantik sgt kan Bosnia . Baguslah buku RAM nie buatkan org nak travel ke negara lain. Saya tak prnh baca buku RAM . Tapi tgk movie first RAM tue sgt tertarik dgn view SABAH . Cantik.

    Nmpk tak saya asyik fikir nak jalannn je . Hahaha

    Nway, good review yank. =)

    ReplyDelete
  13. Mrs. A pun sukar karya RAM kalau dah mula baca mesti susah nak stop.
    Tak lama tak baca novel.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。