May 02, 2018

SENARAI BUKU YANG DIBELI SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018




Masa untuk update blog mengenai topik yang aku suka iaitu BUKU. Yeaayyyy!! Terlebih dahulu nak tanya satu soalan, "Siapa yang pergi ke PBAKL 2018 dan berpeluang jumpa dengan Teme Abdullah? Sila  🙋 walaupun aku tak nampak. Hihi.

Sebenarnya nak cakap yang aku jeles korang jumpa Teme in real life. Haha. 

Macam tiada kaitan. Okay fine 🙈

Berbalik kepada topik entri ini sebelum aku menjalar jauh ke topik yang tiada kaitan dengan tajuk entri, 

Aku ada cerita mengenai buku yang ingin aku beli di PBAKL 2018 dalam ENTRI INI. Ada beberapa buku yang disenaraikan dan jumlah buku yang aku beli sempena PBAKL 2018 adalah 12 buku. Yes! 12 buku. Rasa macam banyak gila tapi nanti aku akan beli juga, jadi aku mengambil keputusan untuk beli semua buku yang menarik perhatian aku. 

Jom lihat senarai buku yang aku beli sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Kenapa aku menggunakan perkataan "sempena" instead of "di"? Soalan lagi. Hihi. Kerana aku tidak pergi ke PBAKL 2018. Semua buku yang aku beli hanya melalui online dan personal shopper. 

Niat di hati memang nak pergi PBAKL 2018 tapi sayangnya aku ada plan pada hujung minggu lepas (trip to Hatyai) dan hujung minngu ini (balik kampung, bergantung kepada suami yang baru pulang dari kerja luar hari ni :D).

Terpaksa melepaskan peluang untuk bertemu penulis kesayangan. Takpelah. Aku sokong penulis di Malaysia dengan membeli hasil karya korang okay :) 

Haa, aku dapat semua buku dalam entri ini dalam hari yang sama. Bayangkan betapa beratnya aku nak mengangkut semua buku ini ke kereta. Dahlah masa balik kerja, hujan lebat pula. Mujur aku ada payung kecil dalam beg laptop. Aku tidak kisah jika aku dibasahi hujan, yang penting semua buku aku selamat. Hihi


Novel Baru Terbitan Prolog Media

Prolog Media adalah satu pihak penerbit yang aku sangat percaya. Aku ada buat entri khas mengenai Prolog Media DI SINI. Novel terbitan Prolog Media menjanjikan jalan cerita yang berlainan dan disebabkan itu, aku terus beli kombo empat novel di atas daripada Instagram Prolog Media. 

Aku pre-order dan dapat pada hari pertama PBAKL 2018, 27 April 2018.


Aku order semua buku di bawah pada personal shopper PBAKL 2018 iaitu @lovebymohaz . Sangat suka dengan hasil kerja dia. Trusted seller dan fast response. Kebetulan pejabat aku di Petaling Jaya, jadi dia hantar terus semua novel yang aku order by hand. Yes. I'm happy!! Cepat sampai walaupun tak tahu bila nak baca. Haha.


Novel daripada penulis kesayangan: Sara Aisha, Suri Ryana dan Anjell

Tiga novel di atas dibeli atas dasar kesukaan aku pada hasil karya Sara Aisha, Suri Ryana dan Anjell. Setakat apa yang aku baca, aku berpuas hati dengan hasil karya Sara Aisha (top favourite). Ada di antara novel Suri Ryana dan Anjell yang aku tidak berapa gemar tapi tidak mematahkan kesukaan aku pada mereka berdua.

Sentiasa menyokong mereka bertiga <3

Di sini, aku sertakan sekali entri review novel daripada penulis di atas. Feel free to read if you're interested :)

Sara Aisha

Suri Ryana

Anjell


Buku Terbaru by Teme Abdullah

Teme Abdullah adalah seorang pelukis merangkap penulis buku yang berjaya memberi motivasi kepada ramai orang termasuk aku sendiri. Semua cerita dalam buku Teme adalah hasil daripada pengalaman Teme. Cara penyampaian yang bersahaja membuatkan lagi ramai orang meminati Teme. 

Secara jujurnya, aku meminati penulisan Teme dan juga lukisan beliau. Lukisan Teme sangat cantik. Kagum aku melihatnya. Dan lagi satu, aku gembira bila Teme masih mengekalkan identiti anonymous walaupun telah mengadakan sesi Meet & Greet di PBAKL 2018. 

Teme, tolong kekalkan identiti anonymous anda okay 👌

Review buku Teme yang aku buat hanya untuk Pelukis Jalanan.


Syu Ariani & Syamnuriezmil

Aku baru mengenali dua penulis novel ini, Syu Ariani dan Syamnuriezmil. Berminat untuk baca novel mereka berdua selepas aku baca sinopsis kedua-dua novel ini. Kalau menurut pada sinopsis, ada babak cinta tapi diselitkan juga dengan cerita lain yang mungkin membuatkan aku rasa jalan cerita tidak seperti cinta cliche.

Korang kira tak jumlah buku dalam gambar-gambar di atas? 😁 Sebenarnya, gambar di atas hanya mengandungi 11 buku saja sedangkan aku kata aku beli 12 buku sempena PBAKL 2018 kan. 

Satu lagi buku yang aku beli masih tidak nampak jalan menemui diriku 😅 Buku yang dimaksudkan adalan novel terbaru Ramlee Awang Murshid bertajuk Banja Manggala. Antara penulis novel kesayangan juga :) 

Aku pre-order di RAMFC store dan menurut kawan aku yang pernah beli buku di sini, katanya. buku lambat sikit sampai berbanding beli daripada saluran lain. Jadi, aku hanya mampu menunggu. Takpelah, bukan baca terus pun kan. Hii. 


Ini saja senarai buku yang aku beli sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Puas hati bila dapat memiliki semua buku yang berada dalam wishlist PBAKL 2018. 

Secara rasminya, rak buku aku semakin penuh 😁


Korang ada pergi PBAKL 2018? Ada beli buku apa tu? Cuba kongsi di sini ^_^ Kalau ada buat entri blog mengenainya, boleh letakkan sekali link entri tersebut. Lagi pantas aku terjah. Hihi. 

Aku ni orangnya excited apabila berbicara mengenai buku 😍 #mudahterhibur 

Nota: Hujung tahun nanti aku akan cerita buku yang aku tak sempat baca dalam tahun 2018. Rasa macam ada je 😜


82 comments:

  1. Banyaknya novel! OMG Siqah, awak ni sama macam kakak Lenne yg sulung tu. Pengumpul novel! Satu almari besar tak cukup haa, kena beli almari baru dah. Kalau ada peluang berjumpa mesti borak pasal novel je korang haha! Anyway, macam biasa kalau tak puji flatlay Siqah memang tak sah. Lawaaaaa sangat flatlay Siqah ni T.T

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Siqah rasa puas hati betul dapat beli semua novel yang nak. Walaupun tak tahu bila nak baca. Haha. Yeayyy!! Kirim salam kat kakak Lenne yang sulung okay. Kalau ada rezeki jumpa, best ni tukar2 cerita pasal novel :D Hihi. TQ tau suka flatlay Siqah yang tak seberapa ni. Ikut dan je ambik flatlay dalam entri ni. Hii :D

      Delete
  2. ya ampunnn.. banyaknye borong.. hahaha.. Nurul takde kesempatan nak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi :D Mujur jugak Siqah beli online Nurul, kalau pergi sendiri, rasanya berganda beli buku. Haha

      Delete
  3. Banyaknyaa @_@ hahaha nanti buat review yeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review pasti ada cuma tak tahu bila. Harap sebelum tahun depan. Hihi

      Delete
  4. bestnyaaaaa..kite pun minatttttt sgt terutamanya ramlee awang murshid tapi xberkesempatan nk gi pbakl tahun niii T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Kita sama minat Ramlee Awang Murshid!! Itulah, Siqah pun tak sempat pergi PBAKL, tu yang order online je belaka :D

      Delete
  5. Pergi PBAKL masa hari pertama hari tu. Tak banyak pun beli, dua je. Dua-dua tu novel yang ada dalam wishlist iaitu Kekasih Encik Dingin - Crystal Anabella dan Suamiku Si Mata Biru - Evelyn Rose.

    Tapi sekarang ni rasa macam nak beli lagi sebab rasa tak puas nak baca buku. Tapi mungkin beli secara online or kirim kawan je nanti. Hehe

    Happy reading! 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya Syaza pergi sana. Siqah mungkin tunggu tahun depan lah kalau ada peluang nak pergi pbakl. Hee.

      Siqah tengah baca jugak Suamiku Si Mata Biru tapi stop kejap. Hehe.

      Happy reading to you too 😬

      Delete
  6. Kita tak pergi Pesta Buku pun. Dah berapa tahun dah skipped T___T

    But, I'm so happy sebab my sisters tolong belikan buku yang kita nak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alorr.. nanti Farah dah balik Malaysia, mungkin boleh pergi Pesta Buku eh :)

      Bestnyaaa! Farah beli buku apa tu? Nanti share tau! 😁

      Delete
  7. Tahniah dapat beli buku idaman Siqah...duck idaman dah belum...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sekarang tengah mood #duckrehab kak. Tapi tak tau berapa lama lah 🙈😅

      Delete
  8. Replies
    1. Alaaaa tak mahu jeles please. Nanti balik Malaysia, boleh pergi pesta buku ye Rasya 😊

      Delete
  9. wow
    banyak nya beli
    rajin membaca nih
    bagus3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli je dulu. Baca tak tahu lagi bilanya. Haha.

      Delete
  10. wahhh.. bestnyaa..semua nak baca tapi tak tahu bila dapat habis 1 buku tu hah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Samalah. Nak baca semua, tapi tak tahu bila nak habis baca. Nak start baca pun tak tahu. Hehe.

      Delete
  11. Tak pergi PBKL.buku yang beli dekat BBW pun blom habis baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya samalah kita!! Buku beli kat BBW tahun lepas tak habis baca lagi nanye 😁

      Delete
  12. Seronoknya dapat beli buku!
    Cuya teringin nak pegi PBKL..tapi tak pernah jejak sekali pun ke sana..
    mungkin belum rezeki...
    InsyAllah..satu hari nanti akan memborong segala jenis buku.balas dendam katanya..kekeke

    selamat membaca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Good Cuya bab balas dendam tu. sekali pergi nanti borong buku bertroli maybe 😬 InshaAllah moga ada rezeki kita ke pesta buku nanti ye :)

      Delete
  13. salam..
    wahh mmg peminat buku ye..
    yaya bli bnyk pon jrng baca..huhu
    ni ade lg kat uma 2buah buku lagi.nth bila nk bc =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yaya :) Haah Siqah peminat buku tapi tue lah suka beli je dulu, baca kena ikut mood jugak. Dua buku je lagi Yaya nak baca tu, harap boleh habiskan baca dalam tahun ni. Chiayok! 😁

      Delete
  14. PBAKL 2018 tak dapat pergi, BBW kat Melaka ni pun tak dapat pergi. Sedihnya aduhai.
    Seronok la dapat memborong buku walaupun tak dapat pergi ek. Hihihi.
    Ada rezeki inshaAllah tahun depan ada lagi.
    Selamat membaca siqah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak dapat pergi jugak!! Tue yang borong online. Itulah masalahnya kalau semuanya boleh jadi di hujung jari saja 🤣
      Kita tunggu BBW kat KL nanti. Kot ada masa boleh pergi kan 😬

      Delete
  15. Wahhh bestnya borong buku! ^^ Hana mampu jeles ja T^T hehe :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Alorr tak mau jeles please 😉

      Delete
  16. Banyak juga tu Siqah borong.. 😍

    Cantik cover buku baru Teme Abdullah tu, misteri sangat beliau tu..dengan ada identiti gitu dia punyai ramai peminat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kannn. Adoii 🙈
      Haah cover buku Teme cantik. Rasanya cover buku Teme pun dia design sendiri. Siqah suka identiti Teme yang misteri itu. Harap dia tak reveal identiti dia nanti. Hee

      Delete
  17. woww byk gak belinya.. ain plak jenis suka tgk kulit buku tu cantik ke tak.. bacanya.. krik2.hhahaa.. kurang sket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sebenarnya kulit buku adalah sebab utama untuk menarik minat Siqah beli buku. Hee. Lepas tengok kulit buku, baru baca sinopsis best ke tak. Hee. Alamak, krik2 eh baca 😅

      Delete
  18. tengok post Siqah ni buat hati Fatina membuak2 nak beli novel melayu balik. Nampak title2 yang Siqah beli ni semuanya menarik, tak sabar nak baca review Siqah nanti :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!! Belilah Fatina novel Melayu pulak. Sekarang rasanya banyak jugak novel Melayu yang takde cinta cliche dah. Hee. Mulakan dengan baca novel Sara Aisha please 😍

      Haa Fatina baru je baca novel 13Jam A380 kan?? Best kan novel tu!! Berangan terus fefeeling nak naik flight lama camtu gak 😂

      Delete
  19. VvaahhHHHH! Bestnya dapat shopping buku kat situ.. mesti rambang mata nak membeli macam macam buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Bab membeli buku memanglah rambang mata. Mujur beli online je, kalau pergi sendiri ke pesta buku, tak tahulah camne gayanya 😅

      Delete
  20. Banyak juga Siqah 'memborong' novel..
    Kalau sis pergi pesta buku tentu rambang mata, kalau boleh nak beli semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Beli online je dah camni, mujur siqah tak pergi sendiri kak. Hee. Mesti rambang mata jugak macam sis LZ kalau pergi sana 😬

      Delete
  21. Betul2 book lover ni.. tahniah siqah... amalkan gaya membaca selalu... In syaa Allah luas ilmu yg kita dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Siqah tak dapat dipisahkan dengan buku. Sampai suami pening tengok banyak buku kat rumah. Hii. InshaAllah. Moga ada ilmu2 yang dapat daripada pembacaan ini :)

      Delete
  22. sggh klibf smlm tp dah lewat dah nk ttp. mgkn sabtu ni akn dtg lg utk memburu novel... thanks 4 sharing ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy! Bestnyaaaa Anies nak pergi sana. Happy shopping Anies! Nanti share tau beli buku apa. Hehe

      Delete
  23. banyaknyaaaaaaa! dah lama tak beli novel T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat lagi nak pergi pesta buku ni :D

      Delete
  24. Tak pergi pun PBAKL.. Sha pun beli online dan personal shopper je.. 6 dari senarai diatas Sha dah beli dan dah ada di tangan.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita SHa. Beli online dan PS jela. Tak sempat nak pergi. Yeayyy! Sha beli jugak novel yang sama, mesti Sha habis baca dulu punya. Hihi

      Delete
  25. bestnya tengok banyak buku. rindu nak bau buku baruuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. lama betul tak baca buku sampai rindu nak bau buku baru ni. Hii .

      Delete
  26. saya pun ada order juga Dheo dgn personal shopper, yg lain cari kat kedai je la nanti walaupun ada lagi nak beli ni tapi kena fikir bajet dulu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Yesss! Nanti Tiara dah baca Dheo please do review okay. Suka baca review buku Tiara :)

      Delete
  27. Bnyk nye ! Memang tksempat la mek nk mmbaca. Dlu ad keinginna nk mmbaca mcm siqah, tp trbantut dek masa. Kua kua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek selalu pergi review.. Best tengok Mek bersama rakan blogger yang lain :) Hihi, takpe, ada masa nanti, boleh baca eh :D

      Delete
  28. Replies
    1. Hihi. Aduh. Gila buku namanya ni :D

      Delete
  29. tak dapat pergi yang 2018 T_T... tapi dapatlah tagih simpati kawan kirimkan buku teme & dheo(anjell)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Asalkan dapat jugak buku fav dah cukup kan :) Inshallah tahun depan boleh pergi jika ada masa. Same goes to me lah. Hihi

      Delete
  30. Amboi.. Banyaknya borong.. LeYa pun minat baca buku. Tapi sejak akhir-akhir ni busy, macam dah kurang sikit baca novel ni. Pape pun best juga blog siqa ni ye... Menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah memang kalah kalau bab buku :D Terlajak beli nie nanye. Hihi. Thank you Leya for your kind word about my blog <3

      Delete
  31. Siqah total habis berapa dekat PBAKL tu? Hihi. Lya tak berkesempatan nak pergi. Nak sangat buku baru Teme! Nanti Siqah buat lah review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya total habis RM200++. Hii. Kann! Siqah suka dengan Teme dan jeles dengan orang yang dapat jumpa Teme. Hii. Inshallah dah baca nanti, Siqah mesti buat review :)

      Delete
  32. banyak nya buku. sy xdan nak baca buku. dah lama x baca buku mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe Lela boleh ambik masa 5 mins ke sehari untuk baca buku? :D Itu yang Siqah cuba buat sekarang. At least, 5 min/day :)

      Delete
  33. MAIA Sepi Itu Indah tu menarik minat saya.
    Terus klik Prolog Media dan usha2.. hahahahaa..

    kuat pengaruh rakan2 kan.. tapi tahun ni memang tak sempat nak ke PBAKL. Buku yang beli di PBAKL tahun lepas pun ada yang belum dibaca. Aduhaiiiii.. :p

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Usha je or beli terus tu? Hihi. Buku Prolog Med semua best! Tak rugi beli. Percayalah :D

      Aduhai, samalah kita. Beli buku je beriya, bacanya maybe tahun depan ada lagi lah. Hihi

      Delete
  34. salam kenal..balas kunjungan..wahhhh byk nya beli buku...AD pon suka baca novel..tapi klo novel bm kureng sket la hehehe ya ampun jgn kecam beta..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal awak :) Hihi. Takpe2, Siqah tak kecam pun. Minat masing-masing kan, asalkan membaca for me dah cukup happy :)

      Delete
  35. Wow! I'm jealous xD
    Terkandas kat Taiwan. Nak beli buku gak T-T
    Sini buku bahasa cina ja banyak ^^"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah jeles lak awak kat Taiwan. Hii. Buat apakah di sana :D

      Delete
  36. Kak beli kt online mana? Saya nk beli gk.....😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak beli kat ig shop je dik. @lovebymohaz dan daripada @prologmed sendiri. Boleh tengok nanti IG dorang tau :)

      Delete
  37. Seronok kan bila shopping buku! hihihi aina lama dah tak membaca siqah. huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina!! You're back!! Lama tak nampak Aina kat blog tau. Nampak kat IG je selalu. Hihi. Sekarang dah ada baby, Aina busy kan. Takpe, nanti ada masa, Aina membaca juga ye <3

      Delete
  38. Seronoknyaa!! saya pergi PBAKL18 baru ni. banyak juga laa beli..
    Separuh buku indonesia, separuh lagi buku malaysia dan beberapa buku puisi.
    Balik tu terus rasa lenguh bahu sebab sumbat dekat 15 buah dalam backpack..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknyaaa!! Siap ada buku Indonesia lagi tu. Siqah teringin nak baca buku Indonesia tapi takut tak berapa faham dengan bahasa mereka. Hii. Beli juga buku Indonesia cuma yang dalam English je.

      Lenguh bahu bawak banyak buku tapi rasa puas hati kan? Hihi

      Delete
  39. Tak berkesempatan nak pegi PBAKL18 sbb jauh kat sabah and tiket pulang maigod bleh beli 30 buku novel. Tak sabar nak baca review Siqah. Eka shopping kat popular sabah jer haha. Bagusnya siqah beli all malay book! Jom nnt kita buat kelab buku melayu. Hehehe.

    Btw, happy reading Siqah :D

    The Hundred Pages | Eyqa Zaque

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh mahalnya tiket flight kan. PBAKL lebih sinonim dengan Malay book, bagi Siqah lah. Hihi. Sebab banyak sangat penulis yang keluarkan karya terbaru sempena PBAKL. Geram je, tu beli mana yang suka. Hii. Jom jom!! Buat kelab buku melayu. I'm happy to join :D

      Happy reading too Eyqa :D

      Delete
  40. Woww bagusnyaa suka mmbaca huhu n semangat btol dok mmpromot penulis SARAH AISHA tu rs tergoda juga nak try baca

    ReplyDelete
  41. Terima kasih sudi dapatkan AKU ADA & happy reading! Btw gambar tu cantik. Minta izin untuk share, boleh? 😍😍

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。