April 15, 2018

REVIEW NOVEL | DR. ALPHA MALE by ANJELL


Dr. Alpha Male by Anjell

Kembali dengan review buku ^_^ 

Banyak review buku yang masih pending. Niat ada nak buat review tapi mood yang tiada. Bila ada mood, barulah siap satu review buku. Mood sangat memainkan peranan dalam dunia blogging, at least untuk aku :D 

Habis baca novel ini dalam bulan Februari 2018. Ambil masa dua bulan nak siapkan review novel. Rasanya ada juga review buku yang pending dari tahun lepas. Haha. 

Aku pernah baca novel karya Anjell bertajuk Hero Seorang Cinderella. Ini membuatkan aku berminat untuk baca novel terbaru Anjell bertajuk Dr Alpha Male. 

SINOPSIS


Bergelar Alpha Male adalah salah satu pencapaian tertinggi bagi golongan lelaki. 

Kerana..

Alpha Male adalah lelaki yang menyebabkan penularan virus T.I. T.I adalah teleng inducing. Maksudnya bila lelaki berwatakan Alpha Male lalu sebelah perempuan, perempuan mesti terteleng-teleng nak pandang sekali lagi. Lagi dan lagi. Bahaya betul penangan virus T.I 😀

Sinopsis 

Hero bernama Hilman Ukasyah yang merupakan seorang Alpha Male dan heroin bernama Tristin Hazel. Diberi nama Hazel bertepatan dengan warna anak mata Hazel. 

REVIEW


Novel ini menarik di permulaan cerita tapi semakin perlahan dan meleret dari pertengahan hingga ke hujung cerita.

Kehidupan mengenai seorang pelajar (Hazel) yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan pensyarah (Hilman). Hubungan yang pada mulanya tidak suka lama-lama timbul perasaan cinta selepas kahwin. Aku sangat setuju bab jatuh cinta selepas kahwin kerana ikatan perkahwinan itu indah dengan restu keluarga dan mendapat keberkatan Allah, maka perasaan cinta boleh wujud selepas hidup bersama. Indahnya sebuah perkahwinan 😊

Bagi aku, jalan cerita novel ni klise walaupun aku tertanya-tanya juga siapa stalker Hazel. Aku tak dapat agak siapa stalker Hazel. Babak yang lain semuanya seperti yang aku jangka terutama bab ending.

Klise juga sebab kadar kebetulan dalam novel ni terlalu tinggi. Kebetulan memanjang 🙍

Ending novel ini terlalu klise. Heroin pregnant. Hmm bila bab terakhir dah ada simptom Hazel mengandung, aku terus skip dan baca muka surat terakhir. Memanglah happy ending cuma bagi aku boleh hentikan ending heroin mengandung. Cukuplah kita tahu ending mereka bersama dan bahagia. 

Walaupun novel ni klise, masih ada babak-babak yang membuatkan hati aku berbunga-bunga. Hihi. Anjell dan kisah romantik dengan hero yang sweet tak dapat dipisahkan. 

Ada kemunculan watak utama hero dan heroin Hero Seorang Cinderella membuatkan aku teringat akan pasangan romantis Fattah dan Fazura. Wee ~


Aku suka bila penulis ada sertakan beberapa nama otot dalam novel ni. Haha. Mungkin sebab aku ada belajar Basic Human Anatomy dan otot yang paling aku ingat adalah gluteus maximus. Dan otot itulah yang disebut dalam novel ni. Teruja weii! Haha. 

Sejak mengenali glutues maximus, tak pernah lagi cakap, "pinggul aku sakit". Akan cakap begini, "gluteus maximus aku sakit lah". Jadi, korang dapat agak kan di mana kedudukan otot bernama gluteus maximus? Iya. Di pinggul 😎 


Seperti biasa, bahagian quotes dalam review buku pasti ada :D 

Save your tears, Hazel. He is not worth it. You're better than anyone he could have. He cheats on you. Then it's his big loss. Don't cry for something that's not yours. At least, not yet.

Need my advice? Perhaps for once in your life, you need to think of your own happiness.

Forgiveness only can be given by those who are strong. I'm strong. I want to be happy. And to be happy, I have to let go of everything. Forgive, yes. But forget, never.

Your internal battle is yours to fight. Fight the fear. Only you can change the outcome.

Without initial jump, you're never going to get at the other side. It takes risks. Let's jump together.

Cinta tak semestinya memiliki. If you love someone, set them free. If they return, they're yours. If they don't, they never were.


RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★

Aku suka dengan watak Hilman. Well, aura Hilman as Dr Alpha Male memang ternyata lain macam. Walaupun jalan cerita klise kerana terlalu banyak kebetulan, bab ending paling klise, tapi sekurang-kurangnya, aku terhibur juga baca novel ni. 

Terhibur kerana berbunga-bunga hati dengan sikap Dr Hilman. Haha. 

Kalau korang peminat novel tempatan, bolehlah cuba baca novel ni. Mungkin kita mempunyai pendapat yang berbeza. Ini hanya review peribadi aku saja tau. 

Mungkin juga boleh dapatkan novel ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang akan berlangsung pada hujung bulan April ini ^_^ 

Selamat membaca ^_^


28 comments:

  1. hahaha.. gluteus maximus aku pun sakit... hahaha.. hadoii siqah, terbaik sokmo review dia.. Siqah idola lea bab review buku ni.. termasuklah snap n edit pic... gile lawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Siqah review ikut dan je ni Lea :D Nanti cuba tips yang Siqah bagi for flatlay okay. Tak sabar nak tahu result ni :D

      Delete
  2. Minat novel Anjell, tapi yang ni belum beli lagi. Hehe

    Syaza dah tak sabar nak pergi Pesta Buku Antarabangsa KL tahun ni 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Boleh beli nanti kat PBAKL2018. Semangat haa Syaza nak pergi. Siqah nak pergi jugak kalau bekesempatan dan ada orang nak bawak kan. Hihi. Selamat membeli di sana nanti Syaza :D

      Delete
  3. samalah macam sha, kalau time takdak mood buat review memang lingtang pukang la entry tu haha. sha suka ayat ni ; Save your tears, Hazel. He is not worth it. You're better than anyone he could have. He cheats on you. Then it's his big loss. Don't cry for something that's not yours. At least, not yet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Oleh itu, mood sangat penting dalam proses untuk update blog. Hihi

      Delete
  4. Sebenarnya novel terbitan karya seni atau kaki novel (kalau tak silap) antara yang best..hehe...dan penulisnya pun best...bila baca review ni ada watak Hilman..teringat ada novel yang Kak PC pernah baca wataknya pun nama Hilman...kikikiki...^_* tp lupa tajuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karya Seni dan Kaki Novel adalah dua pihak penerbitan yang sangat popular kan. Banyak sangat novel yang dorang terbitkan. Alamak, nanti kalau ingat tajuk novelnya, boleh datang lagi dan bagitahu tajuk ek. Hihi

      Delete
  5. Nice honest review!! ^^ Hana tak pernah terjebak lagi dengan karya novelist Anjell ni hehe :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. TQ Hana. maybe one day Hana akan terjebak. Manalah tahu kan. :D

      Delete
  6. Siqa sukanya dengan ayat Siqa tu.. ikatan suci selepas kawen dan cinta selepas kawen. kita pun sokong ayat tu. huhue. btw menarik review ni Siqa. samalah kita kalau takda mood nak tulis tu memang susah, nak tulis memang kena carik mood

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah namanya berkat dan indahnya ikatan perkahwinan :) Bab bercinta selepas kahwin je yang Siqah okay kalau baca novel. hii. Kann! Mood sangat penting kan sebenarnya. Kalau paksa nak tulis blog post, rasa tak menjadi je blog post tu.

      Delete
  7. Amboi..ayat dia. Takde basic human anatomy macam saya ni mesti fikir gluteus maximus tu macam optimus prime..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Serius lawak bab optimus prime. Hahaha. Auni ni :D::D:D

      Delete
  8. Klise semuanya ye to kdg2 Kita suka juga baca sebab ringan Dan x bebankan otak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan cerita jadi klise sebab terlalu banyak kebetulan di situ. Tapi terhibur jugak baca novel ni :D

      Delete
  9. Nani dah bacaa jugak novel ni. Heheh. Asyik senyum memanjang sebab ada part kelakar, sweet apa semua. Lepas tu rasa in love gila dengan watak Hilman sampai rasa nak watak tu betul betul wujud. Hahahhaha! Tapi dalam masa yang sama macam tak boleh bayang betul kalau dalam real life lecturer kahwin dengan student. Tak ke awkward semacam. Hahah! Yes ending dia agak klise lebih kurang novel novel lain tapi not bad jugaklah novel ni. Mostly novel Anjell ni best & banyak yang diadaptasi jadi drama dekat tv. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kann!! Senyum meleret bila baca part Hilman yang sangat alpha male tu. haha. Wow!! Kalau laki macam Hilman ni wujud, harap lelaki itu jodoh Nani :) Rasa boleh wujud laki camni bila novel Anjell ini diterbitkan sebagai drama pula :D

      Delete
  10. cliche sangattt mula2 xsuka pastu jatuh cinta. haha :D tapi adat la, bila dah kahwin memang akan terbit rasa cinta tu. hihi. tapi ada ke student kahwin dengan pensyarahnya sendiri? realiti ada tapi mungkin possibility tu rendah kan :)

    jemput baca new entri : http://www.azahrahaman.com/2018/04/tips-atasi-bad-request-nuffnang_15.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kannn kisah jatuh cinta begitu memang klise cuma layan jugak lah proses nak bercinta tu. haha. Maybe ada cuma kemungkinan rendah kan :D

      Nanti Siqah jenguk blog Azah okay. Terima kasih tau selalu singgah sini :)

      Delete
  11. Tak pernah baca novel penulis ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius Sha tak pernah baca novel Anjell??? Wow!!! Tak sangka ada yang tak baca lagi tambah lagi untuk peminat novel macam Sha :D

      Delete
    2. Serius.. Tak pernah lagi cuba baca hasil tulisan penulis ini.. Nantilah try usha.. kikiki

      Delete
  12. Replies
    1. Novel ni dah lama, akak yang baru baca :D

      Delete
  13. fall in love dgn smua hasil photography kak siqahhh.. serius cantik! <3

    ReplyDelete
  14. Memang dahsyat ayat Hilman Ukasyah tu...

    ReplyDelete
  15. Novel klise tu biasalah, memang x boleh lari sgt tema2 mcm tu. Tapi yg penting, ada pengajaran & hero hensem! Hehe.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。