REVIEW BUKU | MEMORI by MR. APIS

instalife

February 09, 2018

REVIEW BUKU | MEMORI by MR. APIS


Memori by Mr. Apis

Review buku kedua dalam tahun 2018. Aku dah habis baca buku ni pada bulan Disember 2017 dan selepas dua bulan, aku memilih untuk buat review buku ini. 

Ada juga beberapa review buku yang masih pending dalam draft. Tengoklah bila siapnya ye. Jangan tahun depan sudahlah 😜

Memori adalah buku pertama daripada penulis Mr. Apis yang telah aku baca. Setakat sekarang, Mr. Apis ada menghasilkan dua buah buku. Buku pertama adalah buku bertajuk Equation dan Memori adalah buku beliau yang kedua.

Ada berniat untuk baca buku Equation. Nanti aku beli.

SINOPSIS


#MEMORI Dan perasaan bahagia itu terlahir bila kita faham yang dunia ini bukan segalanya.

Basically, buku ini mengandungi kata-kata dan pendapat peribadi Mr. Apis yang diceritakan berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Buku yang hanya mengandungi 158 muka surat dan boleh dihabiskan pembacaan dalam masa sehari jika fokus membacanya. 

Aku mengambil masa beberapa hari juga untuk habiskan baca buku ini. Bukan sebab tak suka, sebab kekangan masa.
 
Kulit belakang buku

REVIEW


Aku suka dengan semua kata-kata dan cerita Mr. Apis dalam buku ini. Banyak sangat kata-kata yang boleh dijadikan peringatan untuk diri sendiri. 

Ada beberapa topik yang membuatkan aku berfikir semula apa yang aku pernah rasai dan alami. Perkara yang boleh diubah jika mempunyai sikap dan akal seperti apa yang diterangkan dalam buku ini. 

Selain itu, aku suka akan setiap quotes pada permulaan setiap bab. Mengingatkan aku pada satu novel yang pernah dibaca bertajuk Kanvas. Novel Kanvas juga ada quotes pada permulaan setiap bab dan aku suka konsep begitu. 

Well, aku kan suka quotes. Hihi. Bertambah suka bila jumpa quotes menarik dalam buku yang aku baca. 

Topik pertama dalam buku ini je dah buat aku jatuh cinta untuk membacanya lagi dan lagi. Topik yang sangat sesuai dengan kita semua yang juga menulis. Bukanlah penulis buku, tapi penulis di blog masing-masing 😊

Kenapa Menulis?

Bagi kita sebagai seorang blogger, kenapa kita menulis dalam blog? Kenapa kita ada blog dan boleh ceritakan semuanya dalam blog. Mungkin tidak semua, tapi ada juga kisah peribadi yang diceritakan. 

Tak takut dikecam, dikritik dan menerima komen negatif? 

Aku juga turut berfikir akan persoalan ini. Perkara ni bukan hanya untuk blog, malah untuk semua laman sosial yang ada. Asalkan berkongsi secara umum. 

Dengan menulis, kita lebih mampu untuk berkongsi pandangan yang kadang-kadang tidak mampu untuk disampaikan dengan kata-kata.  

Aku tak kisah dikritik. Malah kritikan boleh membuatkan kita mencuba lebih baik pada masa akan datang. Cuma kritikan yang diberi haruslah kritikan membina. Bukan kritikan menghentam atau menjadi keyboard warrior saja. 

Dan kata-kata Mr. Apis dalam buku ini boleh dijadikan semangat seterusnya peringatan buat kita semua, si blogger tegar 😊

"Tulislah selagi mana ia mampu memberi kesan kepada insan. Andai tak mampu beri kesan, cukuplah dengan usaha kita menulis kebaikan dan berkongsi dengan orang ramai. Kerana usaha itu yang dinilai kelak. 

Jangan kecewa andai dikritik.

Bangun dan ubah mana yang patut. Teruskan berjalan menuju Tuhan sambil tak lupa impian yang diimpikan selagi nyawa masih ada. 

Jangan sedih andai dibenci. 

Teruskan usaha baik ini. 

Yakinlah saat dirimu dibenci, masih ada yang terus menyokong selagi ia di landasan syariat. Sebab memang kita tak ada kuasa nak puaskan hati semua orang."

Benar sekali apa yang dikatakan. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tak perlu terlalu memikirkan kenapa orang tak suka kita. Berikan yang terbaik dalam setiap perkara dan InshaAllah akan dibalas dengan kebaikan juga.


Kefahaman Orang Tidak Sama

Kadang-kadang kita menggunakan konsep "asalkan aku tegur. Nak ikut, ikutlah, tak nak ikut, sudah". Ini semestinya berkaitan dengan kebaikan. Nak mengajak orang ke arah kebaikan itu sangat bagus sebenarnya, cuma kadang-kadang kita lupa yang orang lain juga punya hati dan perasaan.

Kita sering memandang serong pada mereka yang tidak mengikut ajaran Islam dengan baik, (paling obvious sekarang adalah cara pemakaian tudung yang lilit di leher saja), sehingga kita lupa bahawa setiap orang mempunyai background berbeza malah persekitaran turut berbeza. 

Jadi tak perlu judge orang dan expect kefahaman kita sama. Bagi mereka masa untuk berubah. Teguran membina perlu diberikan. Ingat, jangan hentam πŸ™…


Struggle Untuk Berubah

Melakukan perubahan itu mudah tapi untuk kita istiqamah dalam perubahan itu sangat susah. Sangat! Adakalanya kita akan dikecam. Lebih sedih lagi apabila kita dikecam oleh orang sekeliling dan dekat dengan kita. 

Struggle ini bukan untuk mereka yang berubah untuk menjadi lebih Islamik saja. Berubah nak jaga pemakanan pun sangat susah tau. Daripada makan hentam semua kepada makanan sihat saja, no caffeine. Sangat struggle. Masa inilah, sokongan daripada orang terdekat sangat penting untuk kita terus istiqamah dalam perubahan. 

Andai diri tak mampu membantu. jangan jadi penghukum. Andai diri tak mampu berjalan sama di jalan menuju Tuhan, jangan jadi penghalang.

Pendek kata, kita perlu sentiasa memberi sokongan moral kepada mereka yang mahu melakukan perubahan yang baik. Kalau boleh, kita sama-sama melakukannya. Lagi semangat kan. The more the merrier πŸ˜‰

Apa guna sahabat kalau tak sama-sama ingatkan kepada Pencipta?


Expect Less, InshaAllah Hurt Less

"Never take anything for granted". Kita sering dengar kata-kata ini dan kadang-kadang kita melakukannya tanpa sedar. Hati ini terlalu fokus pada benda kecil sampai benda besar pun kita tak perasan. 

Terlalu fikir akan rezeki yang tidak dimiliki sehingga tidak menghargai dan melupakan nikmat yang telah diberi. Terlalu berharap akan sesuatu sehingga kecewa teruk bila ianya tidak berlaku.

Disebabkan itu, dalam kehidupan, kita perlu kurang berharap akan sesuatu. Bukan tidak boleh berharap atau menyimpan impian, cuma jangan keterlaluan sehingga terlalu memikirkannya. Ambil masa untuk berfikir secara rasional dan seterusnya kita boleh menjalani hidup ini dengan lebih bersyukur dan gembira. 

Allah akan beri kita rezeki tepat pada masanya. Aku sentiasa berpegang pada kata-kata ini. Rasa down sesekali tapi sentiasa beringat akan adanya Allah. Semoga doa dimakbulkan satu hari nanti. Ameen.

Apa yang berlaku akan datang kita sendiri tak tahu. Kena sentiasa bersangka baik dan beringat bahawa Allah sebaik-baik perancang. 



Ujian Berbeza Pada Setiap Manusia

Tiada manusia yang tiada masalah. Semua ada baik besar mahupun kecil. Yang membezakan kita adalah bagaimana kita menangani masalah tersebut. Adakah kita lari daripada masalah atau berusaha untuk menyelesaikannya? 

Setiap manusia juga diberi ujian berbeza. Jangan sesekali menyamakan ujian setiap manusia. Ada orang diuji dengan harta. Ada orang diuji dengan kesusahan. Ada orang diuji dengan hati perasaan. 

Pelbagai ujian ada datang menimpa dan jangan berhenti berharap kepada Allah. Jangan memandang rendah pada mereka yang tidak memiliki apa yang kamu miliki. 

Always remember, 

Never make fun of anyone who can not do what you can do easily. It's easy for you because Allah made it easy for you. - unknown.


Selain daripada life lessons yang aku kongsikan di atas, aku kongsikan juga di sini beberapa kata-kata/quotes yang terdapat dalam buku ini. Ohh I πŸ’“ quotes!

Dua benda penting dalam diri. Hati dan fikiran. Jangan biarkan ia dikawal oleh manusia. 

Jangan jaja keburukan orang. Anggaplah apa yang kita lihat tu, Allah nak didik kita supaya jangan buat macam tu. 

Walaupun seseorang itu teruk di mata kita, masih belum mampu untuk kita jamin pengakhiran hayat dia macam mana. Oleh itu, jangan biar diri menjadi penghukum yang tegar.





RATING AND RECOMMENDATION


Rating: ★★★★

Banyak lagi kata-kata menarik dalam buku ini sehingga kalau aku kongsikan semuanya di sini, rasa macam panjang sangat pula entri ini. Ni pun dah cukup panjang haa πŸ˜…

I enjoyed reading this book. A lot of life lessons and motivational quotes can be found in this book. You can read it at one sitting, kalau fokus. Ayatnya juga mudah difahami dan cerita yang dekat dengan hati. 


Saja ambil flatlay ini sebab macam cantik tema hitam putih :)


Hidup ini pilihan. Dan pilihan itu sentiasa ada pada diri kita.

Have a barakah Friday and happy reading, all ^_^


46 comments:

  1. lama dah tak spend time baca buku ke novel ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busy nampaknya hidup Gee ye. Boleh ambil masa sikit baca novel. Mungkin 2 muka surat satu hari ke :)

      Delete
  2. mana beli? rasa nak try mana sebab rasa macam kena dengan situasi sekarang!!!

    ReplyDelete
  3. cover buku saja dah buat saya rasa nak grab seketul ...
    p still few more books saya nak habiskan, baru boleh beli buku baru ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 Siqah pun beli buku sebab cover buku. Hihi.
      Boleh habiskan dulu buku mana yang ada. Baru boleh beli buku baru. Hihi

      Delete
  4. I love quotes too!! High five! sikit heheh ^^

    ReplyDelete
  5. Menarik topiknya. Ke 5 lima tu sememangnya kenyataan yang tak boleh disangkal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyataan yang tidak boleh disangkal yang ada kalanya kita lupa.

      Delete
  6. teringin lak nak baca buku nie. BV ada jugak buku by Mr.Apis (Equation)
    menarik sebab banyak boleh dapat dari buku tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bacalah buku ni BV. Menarik ceritanya. Simple dan mudah difahami.
      Siqah tak baca lagi buku Equation. Nanti nak beli jugak buku tue,

      Delete
  7. good review ^^
    makes me wanna read it too

    ReplyDelete
  8. "Never make fun of anyone who can not do what you can do easily. It's easy for you because Allah made it easy for you. - unknown."

    Thank you for this! Kadang2 kita lupa ada je benda yang orang lain boleh buat dgn senang yg kita struggle nak buat. :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Sentiasa beringat bab ni. Kadang2 memang lupa jugak sebenarnya. Tak boleh samakan semua orang, setiap orang juga berbeza :)

      Delete
  9. Wah.. nampak macam bagus buku tu.. nanti nk try cari buku tu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy reading! Banyak lagi ada di kedai buku. Hihi

      Delete
  10. Setuju lah part yang kadang2 menulis tu sbb itu salah satu cara untuk menyampaikan apa yang tak sampai kan. hee. nice review Siqa. menarik bukunya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Siqah pun suka part tu. Betul jugak sebab kadang2 pun tulis bila nak keluar ayat tu susah sangat. TQ baca review ni. Silalah beli. Hihi

      Delete
  11. suka jugak buku ni <3 ni buku ke dua mr apis kan ?

    ReplyDelete
  12. Setuju dengan quote Mr Apis..semua good quotes

    ReplyDelete
  13. wow.. cantik blog ni. isi kandungannya pun sedap di baca. saya dah bookmark supaya senang selalu singgah ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah blog saya. Nanti datang lagi ye :)

      Delete
  14. Wow.. Deep ayatnya Siqah! Sukanya baca.. 😍

    "Tulislah selagi mana ia mampu memberi kesan kepada insan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Deep kan, terkesan terus ke hati dan fikiran <3

      Delete
  15. Nani tahun ni start dengan baca novel dulu. Hahah! Esok ingat nak jalan jalan Kinokuniya kejap cari buku santai santai untuk dibaca. Heheh. Kalau jumpa buku ni boleh lah beli, nampak best jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya pergi Kinokuniya!! Siqah pernah pergi sekali je kot rasanya. Teringin nak ke sana habiskan masa di sana seharian. Hehe.

      Delete
  16. I wish I know how to review about books like you do. Tqa tak reti buat review sebenarnya, main hentam je. In real life pun jarang bercakap apakan lagi dalam blog. hahaha I like to read all your book reviews πŸ™ŒπŸ»

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pun ikut hati je buat review buku. Ikut masa kerajinan pun ada jugak. Hehe. Thank you Tqa like to read my book reviews 😊

      Delete
  17. expect less. hurt less :').

    Cantik cover buku ni & Mai pun suka quotes juga.

    ReplyDelete
  18. suka baca quotes tu..mcm nak kena cari buku ni jugak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jumpa ke buku ni? Hehe. Buku ni best. Jalan cerita takdelah serabut sangat. Sesuai untuk dibaca di masa lapang :)

      Delete
  19. buku penuh motivational quotes ni lama sikit ambil masa nak baca tapi nanti kalau terjumpa boleh try baca :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Buku motivation camni lambat sikit baca. Sebab nak hadam betul2 apa yang nak disampaikan. Kalau baca novel, laju je. Hehe.

      Delete
  20. rajin betul membaca. ray dah tak berapa sempat nak membaca buku. baca blog je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Baca blog pun okay je. Asal membaca. Hehe. Siqah lama dah tak BW. Nanti Siqah jenguk blog kawan2 :)

      Delete
  21. cover buku pun nama menarik. Memang akan tertarik nak beli. Reen pun suka quotes, nak cari la buku ni.

    Macam biasa, jeless tengok gambar flatlay siqah. Cantik sangat2!!

    ReplyDelete
  22. Akak suka baca buku2 begini cuma kadang2 kekangan masa tu yang buat tak sempat nak baca.

    ReplyDelete
  23. ohmaiiii i love quotes! best best. lepas ni nak cari lah buku Mr Apis ni hehhee.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife