February 20, 2018

HOW TO REMOVE UNWANTED OBJECTS IN PHOTOS | PHOTOGRAPHY TIPS




How to remove unwanted objects in photos. To be exact, in flat lay. Sebab contoh yang aku bagi dalam entri ini adalah pada gambar flat lay. 

Rasanya aku dah cukup fokus ketika shoot flat lay tapi masih juga ada kecacatan di gambar flat lay itu. Dan paling haru bila aku dapat detect kecacatan itu semasa nak edit gambar dan semestinya pada ketika itu, segala props untuk flat lay telah dikemas. 

For sure, aku malas nak ambil flat lay sekali lagi. Nak tunggu hari esok ketika ada natural lighting pula. Fuhh malas. 

Jadi, aku cuba segala aplikasi yang sedia ada dalam phone ini untuk menghilangkan kecacatan dalam flat lay aku. 

Mesti korang tertanya-tanya apakah kecacatan yang aku maksudkan? Sebenarnya kecacatan dalam gambar flat lay aku kecil saja tapi masih boleh mencacatkan dan menyemakkan mata yang melihat. 

Ini adalah tutorial untuk buang kecacatan kecil pada flat lay dan bukan nak buang sepenuh object tau. Agaknya korang faham ke apa aku maksudkan di atas? Aku pun tengah pening nie. Haha. 

Aku pasti dengan contoh gambar bersama cara-cara dan video yang akan aku letak di penghujung entri ini akan membuatkan korang faham kecacatan yang aku maksudkan dalam flat lay 😊


Gambar asal. Sebelum edit.

Nampak tak kecacatan dalam flatlay di atas? Kena besarkan mata dan tengok dengan teliti. Pastinya korang akan nampak satu perkara yang cacat dalam flatlay di atas.

Seperti yang aku cakap di atas, kecacatan kecil saja tapi kalau ternampak, rasa macam menyemakkan mata. Hihi. 

Teliti gambar di sekitar dUCk charm. Korang nampak tak akan satu garisan di situ? Yang sangat menunjukkan bahawa aku tak iron shawl ini. Pemalas kan 😅


Selepas edit


Nampak tak garisan itu sudah berjaya dihilangkan? Malah kalau tengok flat lay di atas pun tak akan perasan sebenarnya flat lay di atas telah di-edit pada bahagian itu. 

Jadi, aku nak berkongsi aplikasi yang aku guna untuk menghilangkan garisan dan kecacatan kecil pada flat lay. Bukan hanya untuk flat lay. Apa saja gambar pun boleh. Anything can 😁

APLIKASI: 

ADOBE PHOTOSHOP FIX


Pelbagai aplikasi telah aku cuba untuk edit gambar flat lay ini termasuk aplikasi Snapseed. Tapi tak tahu jugak. Adobe Photoshop Fix adalah aplikasi terakhir yang aku guna dalam phone ni dan berjaya akhirnya. 

Jenuh nak cari satu aplikasi yang boleh digunakan oleh aku dengan mudahnya. Gaya macam nak cari produk skincare pulak. Hehe. 

Caranya mudah saja. Screen shot seperti di bawah dan korang boleh tengok video di hujung entri ini untuk lebih memahami tutorial ini. Terima kasih pada screen recording on iPhone. 

Sila baca caption untuk langkah-langkahnya ya. 


1. Pilih gambar dan hanya perlu menggunakan Healing dan Smooth saja.


2. Klik Healing dan adjust size pensel. Aku panggil pensel. Hihi. Faham kan? :D


3. Letakkan pensel di bahagian/kecacatan yang hendak dihilangkan. Buat berkali-kali sehingga kecacatan itu hilang.


4. Selepas berpuas hati dengan hasil Healing, klik tanda ✔ . Seterusnya klik Smooth dan ulang langkah di atas.


Dan siap!! Now my flat lay is perfect. Takdelah nampak garisan itu lagi. Hihi.

Senang je kan caranya? Dalam masa dua minit, korang boleh siapkan edit cara begini untuk kecacatan pada gambar yang ringkas.

Aku pernah cuba Snapseed untuk Healing juga tapi sumpah aku tak tahu guna. Blur sebab macam berganda pula jadi gambarnya. Aku tak faham fungsi lain di Snapseed kecuali add Brightness. 
  
Makanya sangat bersyukur jumpa aplikasi Adobe Photoshop Fix untuk mencantikkan flat lay aku agar tidak nampak pelik. Hihi.

Aplikasi ini boleh didapati di App Store (iPhone) dan Play Store (Android).
Cari benda tersembunyi :D Untuk gambar ini, aku hilangkan sehelai rambut. Nampak tak? :D


Sampai sini saja entri ini. Harapnya korang faham apa yang aku cuba sampaikan. Kalau ada yang berminat untuk mencuba, silakan dan mari kongsikan dengan aku, hasil gambar korang :) 

Lagi bagus kalau korang tak perlu guna aplikasi ini. Sebab itu tandanya flay lay / gambar korang dah sempurna. Tidak perlu menghilangkan apa yang tidak patut :D 

Aku akhiri entri ini dengan video mengenai topik ini, How to Remove Unwanted Objects in Photos. Harap korang lebih faham selepas menonton video ringkas di bawah.






p/s: Aku pernah berkongsi satu photography tips bertajuk Easy Tutorial | How I Edit My Flat Lay Photos - White Theme / Background. I will update another version of editing photo tutorial in future :)

Thank you for reading and have a beautiful day, all 😊

60 comments:

  1. iron dalam laptop. ahahahaha good one sis. boleh rujuk nnt klu lupe. thnk you so much. mmuahhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sebenarnya buat post ini pun untuk diri sendiri jugak kalau terlupa. Alang2 share sekali dengan korang :) Welcome Ray. Baru perasan gambar Ray dah tukar gambar flatlay <3

      Delete
  2. bestnya tips siqah boleh la cuba guna lepasni tapi airah tak guna flatlay punn haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Boleh guna untuk gambar biasa juga. Tak semestinya flat lay je :D

      Delete
  3. this is amazing!!!
    thank you for sharing

    ReplyDelete
  4. Nais siqah~! Eka baru tahu ada pula Ps fix ni, selalu memang healing guna snapseed, cuma rasanya kalau snapseed dia auto copy fix yg diambil dari celah2 lain, okay eka pun bingung sda nak terang kan macamana hehe

    Terima kasih for the tips siqah!

    Unfold me here : The Hundred Pages | Eyqa

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least Eka tahu jugak edit guna Snapseed. Siqah serius blur. Fedup terus. Hehe. Siqah search photo kat App Store dan terjumpa app PS Fix ni. Saja download, setelah lama dalam phone akhirnya berguna jugak. Hihi.

      My pleasure Eka! Hope it helps :)

      Delete
  5. Elok betul info ni, nak install jugakla. Thanks sharing ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Auni. Cuba install dan buat nanti ye. Hii. Good luck :)

      Delete
  6. bagus rajin buat tutorial nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkongsi tips dengan semua dan untuk diri sendiri juga kalau terlupa in future :D

      Delete
  7. Tips yg sangat berguna. Terima kasih. Looking forward nak tahu tips lain pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Rodiah :) InshaAllah will update tips lain in future regarding photos :)

      Delete
  8. yeeaaayyy... Terime kasih... terime kasih sangat.. ika tercari-cari cara nak edit kecacatan kat gambar.. kadang tak perasan kan.. ika baru je nak berjinak dengan flat lay.. suka tengok flat lay siqah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Biasanya dah habis buat flatlay barulah perasan ada kecacatan. Nak buat balik memang malas dah lah. My pleasure Ika to share tips here. Hope it helps <3 Yeayy! Dah bertambah geng buat flat lay. Nanti nak tengok flat lay Ika tau. Thank you suka flat lay Siqah. Jom belajar sama-sama <3

      Delete
  9. Mula-mula tengok gambar first tu tak jmpa mana yg x ok kt gmbr tu sebb dah nampak perfect flatlay Siqah, :)
    thanks share tutorial ni, nanti boleh guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Reen tak perasan kecacatan itu. Hihi :D My pleasure Reen. Hope it helps :)

      Delete
  10. nice tips :D boleh cuba lepas nie kalau ada unwanted objects dalam gambar.
    yang after tu nampak flawless pulak, macam tak edit je. niceeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV boleh cuba guna app ni ye. Mudah saja. Hii :D
      Itu yang nak dengar nanye. Nampak macam tak edit. Hihi :)

      Delete
  11. first time tau pasal ni. cik siqah ada buat tips atau tutorial tak utk pic flatlay. sebab nampak cantik sangat cara ambil gambar tu. guna camera dlsr atau phone ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah ada buat entri mengenai how i edit my flatlay. Khalisah boleh klik link yang Siqah bagi dalam entri ni. Sekarang Siqah edit gambar cara lain pula. Nnati Siqah up entri lain ye termasuk tips for flatlay (walaupun Siqah pun masih belajar lagi :)) Siqah ambil gambar guna phone, iP7+.

      Delete
  12. Nice sharing Siqah!
    Tulah kekadang orang tak tahu nak hilangkan cacat cela pada gambar kan, husniey pernah guna apps PicsArt untuk hilangkan cela.. Guna function Clone atau Selection. Just select area yang kita nak dan paste ke atas cela tersebut..part ni kadang tak smooth sangat tapi cepat jugak kena jadi kreatif kan Siqah ☺

    Husniey suka tengok awak ni teliti betul😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, Betul cakap Husniey. Kena jadi kreatif dan cuba edit sampai jadi :) Siqah teliti masa nak edit gambar. Masa ambil flatlay rasa macam dah teliti tapi ada je kekurangan di mana-mana. Hihi

      Delete
  13. Wah.. nampak senang je ni. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  14. Terima kasoh atas perkongsian ilmu baru

    ReplyDelete
  15. Ya ampun, telitinya mata kak Siqah. Mai selalu guna healing dalam Snapseed je. Boleh jugak kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa edit terus jadi teliti. AKak pernah guna healing dalam Snapseed tapi tak jadi :D

      Delete
  16. salam ziarah hari jumaat kat sini..bestnya ada tutorial nih..x tau pun ada apps camnih.. blh share sis snap gambar guna camera ape..cantik gambarnya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Juls singgah blog ni :) Siqah snap gambar guna iP 7+ :)

      Delete
  17. I don't get the talent of a photographer hahaha! But you do!! ^^ *I'm quite jealous you know hahaha! thanks for the tutorial! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't get jealous please. I'm still a newbie. Hihi. Welcome and hope it helps :)

      Delete
  18. Betul la macam SIQA cakap...tengok video baru Alam faham..hihi..BTW ..thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Video lagi mudah faham kan. Hehe. My pleasure to share Alam. Happy trying :)

      Delete
  19. Perfectionist nyaaa Siqa. Tapi memang lagi cantik gambar after haha. Kalau Nad, Nad dah biar je kot tu huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dibiarkan tapi tak mampu. Semak rasa mata tengok garisan itu 😅 Nad cakap camtu, lagi berbaloi rasanya Siqah edit ni. Hehe.

      Delete
  20. gambar yg akak snap smuanya cntik2! btw tq atas tuto ni akak <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Busyra <3 Harapnya entri ni membantu Busyra jugak <3

      Delete
  21. Great tips. Kadang-kadang tu dah settle ambil gambar baru perasan ada cacat cela kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Kak. Masa beginilah, aplikasi sangat penting. Hihi

      Delete
  22. seriouslah! kalau fikir logik nya sehelai rambut? mana nak nampak. tapi still boleh hilangkan jugak .. best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Bila tengah edit gambar, baru nampak segala kecacatan sampai sehelai rambut pun nampak. Hihi :D

      Delete
  23. Respect kat siqah..gambar smua cun.. sekecil2 benda siqah boleh nampak dalam gambar apa yg tak menarik.. waaa.. nt ajar kak shaz skali noh.. boleh la up gambar lawa sikit kat blog..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Shaz, baru perasan komen. Sorry lambat reply. Hihi. Nnati Siqah up entri pasal tips flatlay and how to edit eh. Lambat sikit biasalah Siqah ni kan. Hehe.

      Delete
  24. Nice facts...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  25. My goodness!! Thanksss. Ya Allah sangat membantuu. Syaza selalu gak wat kerja edit2 ni untuk poster for Shaklee marketing. Selalu taktaw wat camner.. camni rupanya.. but still, kena banyak berlatih hihi.. btw besar gambar senang nak tgk,, selesaaa :D

    ReplyDelete
  26. Boleh tak share edit gambar makanan biar nampak cantik n sedap.. Berminat nak belajar

    ReplyDelete
  27. Detailnya akak!! Hahaha. Nice tips uwuu

    ReplyDelete
  28. i need this. new thing la sebab kadang2 tu kena mosaic and kalo tak dapat buat pape xleh guna gmbr tu. tapi akak kena prektis banyak2 kali dlu
    da jadi slow learner hehe..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。