February 06, 2018

BEAUTY TALKS | MY FAVOURITE LIP PRODUCTS


Flatlay yang diambil semasa bermalam di Cyberjaya

Aku lebih berminat dengan produk penjagaan kulit berbanding barang mekap. Tapi tidaklah sampai tahap tiada langsung barang mekap. Eyeshadow, blusher, eyeliner, mascara itu ada semuanya cuma tak guna sangat.

Satu-satunya barang mekap yang aku akan sentiasa pakai tanpa gagal adalah lipstick. Aku tak akan meninggalkan rumah tanpa secalit lipstick di bibir. Benda lain tak pakai takpe. 

Kadang-kadang, aku boleh je keluar tanpa pakai foundation dan compact powder, tapi lipstick tetap pakai. Macam pelik kan? Hihi.

Lipstick sangat penting bagi aku. Untuk orang yang tak suka mekap, ada lipstick saja sudah memadai. Compact powder mestilah ada kan. Dan untuk penambah seri di muka, kadang-kadang aku pakai blusher. 

Kadang-kadang atau jarang-jarang? Senang kata, ikut kerajinan 😁

Dalam entri ini, aku nak berkongsi mengenai review tiga jenama lipstick yang aku gemari sekarang. Hanya ada tiga jenama ini saja dalam beg mekap yang tak tahu bila nak penuh tu :D


 LIPSTICKWITU LIPSTICK BY THE DUCKGROUP


LipStickWitU Lipstick.
Atas: Bubbly Carol
Bawah: Pinky Phoebe

Semasa dUCk baru keluarkan produk mekap mereka, aku tidaklah berminat sangat untuk beli. Ada pergi ke dUCk Cosmetics untuk melihat sendiri barang mekap yang dikeluarkan, tapi hanya pergi tengok je.

Ada aku ceritakan mengenai sedikit review mengenai dUCk Cosmetics dalam ENTRI INI

Entah kenapa tiba-tiba aku nak beli LipStickWitU Lipstick in Pinky Phoebe. Memang suka dengan warna lipstick ini sejak pergi dUCk Cosmetics.


LipstickWitU Lipstick in Pinky Phoebe


Review aku mengenai LipstickWitU. Perlu diingatkan ini bukan review berbayar tau. Hanya review peribadi dan jujur daripada aku. 

Katanya this one is matte tapi aku rasa macam lipstick satin biasa. Aku suka lipstick ni sebab ia tak keringkan bibir. Bila pakai, rasa lembap je. Sesuai untuk mereka yang bibir kering macam aku. 

Paling best bila aku tidak perlu apply lip balm sebelum pakai LipStickWitU Lipstick ini. Boleh terus pakai je lipstick ni dan bibir tak nampak merekah. I love it! 

Lagi satu, aku suka packaging part magnetic. Rasa macam unik sebab tak pernah lagi jumpa lipstick ada part magnetic. Atau aku yang tak tahu? Maklumlah, takde kaji sangat pasal jenama produk lipstick yang lain. 

Minus point pula bila LipStickWitU Lipstik ini tidak long lasting. Biasalah point yang ni kan. Jadi, kena rajinlah reapply.

Senang je nak remove LipStickWitU. Bila makan pun dah boleh hilang, eh minum air pun boleh hilang jugak. Lap guna tisu pun boleh. No need makeup remover or wet tissue. 


LipStickWitU Lipstick in Pinky Phoebe


LipStickWitU Lipstick in Bubbly Carol

Sekarang, aku ada dua warna untuk LipStickWitU Lipstick. Pinky Pheobe warnanya pink (mestilah!), dan Bubbly Carol untuk nude color.


IN2IT LIQUID MATTE LIPSTICK


IN2IT Liquid Matte Lipstick
Atas: VM 03 Ravish
Tengah: VM 05 Rogue
Bawah: VM 04 Regal



In2It adalah produk bibir yang aku guna pada mulanya sebelum bertemu dengan jenama produk bibir yang lain. Ada aku baca mengenai review In2It liquid matte lipstick di beberapa blog dan menyebabkan aku ingin mencubanya. 

Dah cuba, dan mestilah aku suka! Sebab tu, beli sampai tiga warna. Hihi.

Warna cantik dan texture pun okay. Minus point yang ada cuma aku mesti kena pakai lipstick ini selepas pakai lip balm. Kalau tak, bibir aku akan jadi kering dan lipstick jadi tak sekata.


SILKY GIRL MATTE JUNKIE LIP CREAM


Silky Girl Matte Junkie Lip Cream
Atas: 04 Vintage
Tengah: 01 Retro
Bawah: 07 Dolly

Ini produk kedua yang aku cuba selepas In2It. Aku mulanya tak berminat nak pakai Silky Girl sebab aku allergic dengan lipstick Silky Girl. Bila pakai je, esok pagi mesti bibir aku jadi bengkak. Tak tahulah apa sebabnya. 

Setakat sekarang, aku tak boleh pakai Lipstick Silky Girl dan Mac. Tapi tu lah, dalam setiap produk itu mempunyai pelbagai jenis lipstick kan. Tak sure jenis yang mana satu yang aku tak boleh pakai for Mac. Teringin nak beli lipstick Mac sebenarnya. 

Warna pertama yang aku cuba untuk Matte Junkie Lip Cream ini adalah warna 07 Dolly. Warna macam oren sikit. Aku pun tak tahu apa yang merasuk aku beli warna camni. Tak pernah pakai pun.

Kalau dari segi pemilihan warna lipstick, aku lebih kepada suka warna yang selamat seperti pink dan nude color. 

Plus point untuk Silky Girl Matte Junkie Lip Cream adalah tidak perlu pakai lip balm sebelum pakai lip cream ni. Point ini paling aku suka. Sebab aku tak suka pakai lip balm sebenarnya. Malas. Haha. 

Walaupun tak pakai lip balm, lip cream ini mampu memberikan pemakaian yang sekata dan bibir aku tidak nampak kering. 

Dan.. Boleh pula aku pakai Silky Girl ini. Ingatkan allergic dengan semua produk lipstick Silky Girl. Mujur ambil keputusan untuk cuba. Tak menyesal. Hihi.


Flatlay sama cuma background je berbeza. Gambar first guna marble paper, gambar ni guna karpet :D


Kesimpulannya, 

Untuk produk drugstore, aku lebih memilih Silky Girl Matte Junkie Lip Cream berbanding In2It Liquid Matte Lipstick. Sebabnya sudah dinyatakan di atas iaitu tidak perlu pakai lip balm. 

Untuk LipStickWitU Lipstick by The DuckGroup pula. aku suka dengan produk ini dan harganya RM70 untuk satu lipstick. Tak tahulah kalau bagi korang, harga RM70 untuk local brand agak mahal.

Cuma untuk aku, harga RM70 berpatutan untuk lipstick sebegini. Cuma yela, tambah sikit duit dan boleh beli lipstick jenama antarabangsa terkenal yang lain. 

Apa salahnya, support local brand πŸ˜‰ Give them some time to improve their product. Improve tang mana pun aku tak tahu. Sebab aku rasa okay je dah. Hihi. 

Aku cakap begini  bukan sebab aku suka dUCk tau. Memang aku suka dUCkscarves (#duckrehab failed!). Tapi untuk produk dUCk yang lain, kalau suka beli, kalau tak suka, takpe. 

Aku tidaklah pro-dUCk sangat. Ada juga barang dUCk yang aku tak minat seperti The Butterfly dUCk dan Cotton Towel. Bagi aku, tak worth it dengan harga. 

Apa ke dah bebel pasal duckscarves pulak? Haha. Mungkin ini tanda nak buat entri mengenai dUCkscarves pulak? πŸ˜†

So,

What are your favourite lip products?

Please share with me. Nanti boleh aku cuba try test beli. Aku suka cuba produk baru terutama daripada drugstore. Hihi.

Thank you for reading and have a lovely day, all <3

47 comments:

  1. pakai lipstick memang best tapi yang tak bestnya bila pakai lipstick lepas itu bibir bertambah kering :( mungkin patut try product yang akak suggest tapi nanti la. sekarang takda duit. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Amira. Paling tak suka kalau bila pakai lipstick dan nampak bibir lagi kering. Mungkin Amira boleh cuba LipStickWitU nanti. Lembap je lipstick tu. best pakai :)

      Delete
  2. Cantik la dua-dua warna LipStickWitU Lipstick duck tu Siqah..kak PC bukan pengumpul barangan kosmetik...tapi suka tengok orang pakai..tutorial makeup pun suka juga tengok...hihi..menikmati melalui pemerhatian kurang pada praktikal dengan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kannnnn!! Siqah pun suka tengok tutorial mekap tapi tue lah, samalah kita kak PC. Suka tengok tutorial tapi tak pernah apply. Lipstick jela yang duk rajin pakai hari2. Nak try mekap pun tak boleh sebab barang pun takde sangat πŸ˜…

      Delete
  3. Pic tak pernah Tak cantik...Siqa niiii...geram tgk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Alam <3 Lagi semangat Siqah nak ambil gambar pasni. Hihi. Siqah ikut dan je susun barang. Asal nampak ok jadilah 😬

      Delete
  4. awak guna camera or phone untuk ambil gmbr cantik mcm selalu kat entry ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah guna phone dan edit pun guna phone je. Currently using iPhone 7+. Guna phone apa pun sama je cuma satu bab penting which is natural lighting 😬 dan editing 😊

      Delete
  5. First time baca entri pasal mekap sampai habis hihi niat sebenar sbb nak tengok gambo flatlay akak sbb awesome sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! TQ Shaf sebab baca sampai habis apa yang akak bebel. Hehe. TQ jugak suka gambar flatlay akak 😍 Semangat lagi ni nak ambil gambar flatlay lepas ni. Hihi

      Delete
  6. Now Aida apply lipstick MK.
    ada member yg update fb beli lipstick duck.
    Casing nyer nice. Purple :)
    Aida punyer sama. Lebih kpd skincare.
    Make up tak. Brape minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MK maksudnya Mary Kay kan? Siqah pernah order kat kawan tapi sampai sekarang tak dapat. Malas dah tanya πŸ˜…
      Yes. Casing purple sesuai dengan dUCk. Dan samalah kita, lebih berminat dengan skincare kan. Lagi suka nak merawat kulit muka dari dalam. Gitu ~ 😬

      Delete
  7. Replies
    1. Yeayy!! Sep sikit! πŸ™ŒπŸ»πŸ™ŒπŸ»

      Delete
  8. Aaaaa berkenan pulak tengok lipstick yang Duck tu. Cantiklah warna dia. Haritu ada jugak tengok Vivy terang dalam vlog dia tapi sebab time tu tak berduit, tak teringin sangat nak beli. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik warna lipstick dUCk. Siqah beli dua je dari berbelas warna yang ada. Kalau pergi dUCk cosmetics, boleh rambang mata jugak. Hihi. Nani boleh cuba nanti bila-bila. Ada je kat dUCk store or online 😬

      Delete
  9. topik nie dalam draft saya ... hihihi ... beria snap flat-lay. Sudahnya dok dalam draft . Tgk lah nnt saya pulak post entri pasal topik nie . =)

    Macam awak tak leh tggl lipstick . Saya pulak, tak pkai lipstick xpe , tapi lipbalm mmg kena pakai. Tapi, biasa lah lip balm mano tahan lama kan. Kikiki.

    Saya pun suka lipstikwitu tue sbb mcm moist skit. Tapi, saya tak suka matte lipstick maybe sbb ia kering cepat and kdg ada certain product serious susah nak tanggal unless pakai makeup remover. So? Mmg saya malas lah nak bwk ke hulur ke hilir kan makeup remover tue . sudahnya tak pakai lah matter lipstick sbb nak solat kan susah.

    Tapi, saya salute sgt org yg pndai makeup . Bagi saya dorang rajin sbb everytime solat nak kena remove makeup then pakai balik makeup. Kalau saya jenis pemalas nie? Idok lah. Tue amik keputusan tak pyh lah makeup hihi.

    Tapi, rasa2nya ada je jugak product yang wudhuk friendly kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Topik ni dalam draft saya dah dua bulan. Hehe. Terpaksa ambil flatlay lain sebab dah bertambah lipstick nya 😁

      Itulah. Siqah salute dengan orang suka mekap. Jenuhlah nak buang mekap sebelum solat lepas solat pakai balik mekap. Fuhh rajin betul. Suka tengok orang mekap tapi tak minat mekap.

      Siqah pakai make up remover yang wet tissue je. Senang nak bawa ke mana2. Tambah lagi sekarang dah pakai sunblock, lagilah kena bawa make up remover sebab sunblock kalis air. Nak bawak botol makeup remover memang malas lah walaupun kecik je botolnya. Hii.

      Ada kot produk wudhu friendly. Mekap yang mudah ditanggal dengan sekali sapu je. Tapi tak tahu produk apa.

      Delete
  10. Eh sorry komen terpanjang pulak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Takpe. Saya suka komen panjang. Hihi

      Delete
  11. Anis suka lip matte junkie jugak and kita serupa...! Anis tak boleh pakai produk lain from silkygirl.. Beli bedak, muka jadi gatal2.. Pakai mascara dia, mata jadi pedih.. lip matte ni je yg ok.. haha..

    nyx lingerie best jugak tau...Long lasting, and tak terlalu kering bagi anis..plus, dia focus on nudes je.. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis!!! Sep banyak-banyak!!! Hahaha πŸ™ŒπŸ»πŸ™ŒπŸ» pelik kan sebab kita boleh pakai lip matte junkie tapi tak boleh pakai produk lain from silky girl. Mujur jugak try matte junkie ni. Ok rupanya. Hehe.

      Ohhhh baca bab fokus on nudes terus rasa nak cari sekarang! Hehe. Nanti Siqah tengok NYX Lingerie, ada gak niat nak pergi shop NYX baru open kat Sunway Pyramid. Hihi. TQ Anis rekomen 😍

      Delete
  12. Wahh, banyak jugak lipstick siqa. Tapi, kita sama la. Kalau keluar rumah, kena pakai lipstick. At least tak nampak pucat. Sebab ika pernah kena tegur dengan org sblum ni. Muka cam org mati laki. Haih.
    Ika sekarang suka gila pakai Lancome Matte Shake, code Yummy Pink. Ada je code yang nude colour. Terbeli Yummy Pink sebab nampak warna rare. Bila pakai and sapu bebetul. Just nice. Ika jarang beli lipstick. Huhu. Ni pun, gigih nak hbiskan yummy pink ni. Satu lagi, ni dia jenis kalau nak pakai kita shake je. Dia akn keluar dekat mcm applicator dia. And sapu je. Cam soo simple hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, muka macam orang mati laki. Sampai hati orang tue πŸ˜…
      Ooo first time Siqah dengar Lancome Matte Shake. Kena shake lak tu baru sapu eh. Baru tahu ada wujud lipstick camni. Hehe. Tak pernah pergi Lancome lagi, boleh nak tengok nanti. Hii. TQ rekomen Ika 😍

      Delete
    2. Hee ustaz ika yang tegur macam tu. sentaps! haha.
      Siqah gi la Sephora. Ada jual hee. :) Aah, shake je. dia akan keluar. Tak sure la dia jenis cepat habis ke tak. Tapi, ika pakai berbulan jugak hehe. Tahan lama juga. Most welcome Siqah.

      Delete
    3. Untung kalau beli lipstick boleh tahan lama. Takdelah terasa sangat nak beli baru je kan. Hii.

      Delete
  13. cantik warna lipstik Duck yg bubly carol tu mmg my favorite color..mmg cantik flaylay Siqah buat ni..Umi buat tak berapa menjadi mungkin tak cukup pakar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi mesti suka nude color jugak kan? 😍 Siqah main susun je barang jadi flatlay. Try and error banyak kali gak nanye Umi. Siqah pun tak pakar buat flatlay. Cuba-cuba, praktis makes perfect orang kata. Hihi. Umi cuba lah nanti. Asal nampak cantik di mata kita, okay je. Kalau cantik juga di mata orang lain, Alhamdullilah suka 😬

      Delete
  14. Matte junkie memang fav all time. Antara matte lips yang tak mengeringkan bibir tapi ira jarang nak pakai sebab rasa melawa sangat kalau pakai hahaha. Untuk hari biasa2 ira pakai yang brand in2it yang jenis stick (lip treat). Pun okey tak keringkan bibir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Melawa sangat eh kalau pakai matte junkie :D Apa salahnya melawa, wanita kan sinonim dengan kecantikan :D Hihi.

      Delete
  15. Pernah pakai Silky Girl Lip Matte Junkie tu juga. For me, quite okay la. My fav lipstick is the only one that I'm currently using. bareMINERALS Boss shade :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah baru first time dengar bareMINERALS Boss shade. Google lah kan, cantiknya semua warna lipstick ni. Mana nak beli di Malaysia? Hii. MUlalah gatal nak beli ni. Hihi.

      Delete
  16. lawa warna lipstik duck tu. setakat ni lipstick paling kita suka simplysity sebab lawa dan best pakai. nak dapat duck tu susah nak kena p kl skli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak pernag cuba simply siti. Haah ek, kenapa tak pernah cuba lipstick SS. Biasa tengok skincare je. Haah, senang kan kalau beli produk kat drugstore. Mana-mana pun ada.

      Delete
  17. Husniey pun sejenis yang tak berapa suka atau senang kata tak pandai nak make up sangat.. Jadi barang makeup pun tak banyak mana.. Wajib ada compact powder, foundation dan lipstik jela.. lain lain tak berapa reti nak pakai.. Haha

    Husniey tak kisah brand apa untuk lipstik janji warnanya cantik lembut.. sebab muka dah look garang tegas sikit 😎

    Btw suka warna yang IN2IT and duck punya,so lawa.. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. We are same!! Hihi. Foundation, compact powder dan lipstick mesti pakai! Yang lain takpelah. kalau rajin pakailah :D

      Hihi. Warna lipstick pun mainkan peranan dalam menampakkan muka kita less garang kan. Beruntung jadi wanita, boleh pakai lipstick :D

      Kann!! Lawa <3

      Delete
  18. betul sangat! lipstick tu wajib pakai, benda lain tk pakai takpe xD sebab kalau tk pakai lipstick mmng bibir pucat gila
    cantik kaler bubbly carol tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! At least muka takdelah nampak pucat. Hiii, Mazni mesti peminat nude color kan!! Bubbly Carol cantik! <3

      Delete
  19. at least, mesti kene pakai lipstik atau lip matte sebelum keluar rumah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi betul2. Agar diri nampaklah hias sikit, takdelah pucat je. hehe

      Delete
  20. Lipstick duck tu nampak cantik! Harga agak mahal tapi kalau best pakai saya rasa berbaloi.

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
    Replies
    1. For local products, ramai jugak yang cakap mahal. Siqah rasa berbaloi sebab Siqah suka <3

      Delete
  21. Tqa haritu masa pegi cafe DC comic ada lalu depan Duck Cosmetic tapi tak masuk. Nanti mungkin boleh singgah one fine day. Singgah tengok2 je sebab Tqa tak suka makeup sangat. Macam Siqah, Tqa suka beli skincare product tapi tak banyak. Mana yg perlu je and stick to less than 3 brand.

    Oh magnetic ke packaging dia? Yang Tqa tau Lancome lipstick pun magnetic sbb arwah ibu dulu collector tegar Lancome and Chanel. Plus point for that πŸ‘πŸ»

    I loveeee IN2IT. Tqa ada yg code 02 kalau tak silap. Itupun tak habis sbb sayang nak pakai. Asyik balun yg Nudestix Magnetic Lip (in Blossom) tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe nanti Tqa boleh singgah duck cosmetics pulak. Siqah baru tahu yang Lancome pun magnetic jugak. Siqah tak pernah cuba lipstick Lancome. Boleh nanti nak try. Siqah suka kumpul lipstick je. Hehe.

      Skincare stick less than 3 brand eh. Siqah guna macam dah lebih je πŸ˜… Cuma Siqah jenis beli produk skincare kat drugstore je. Suka betul mencuba produk baru.

      Nudestix Magnetic Lip dari brand mana? Macam berminat Siqah nak cuba ni :)

      Delete
  22. hi , kalau matte , maybelline matte powder pun best jugak , banyak shade selection and harga pun affordable , kalau ada promosi drugstore lagi best beli 2-3 terus πŸ˜‚

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。