January 18, 2018

CHALLENGE ACCEPTED | THE 52-WEEK MONEY CHALLENGE



Dalam entri aku bertajuk 6 Things I'm Looking Forward to in 2018, salah satu daripada points yang aku nyatakan adalah "Save More and Less Shopping".

Bab Less Shopping tu macam tak berjaya sangat. Setakat ini lah. Haha. Walaupun aku tak beli new dUCks (still in #duckrehab mood), tapi aku banyak beli benda lain. Tambah lagi kalau masuk Mr. DIY. Rasa nak beli semua barang. Hihi. 

Bab Save More, wajib pastikan azam ini berjaya. Tolonglah berjaya. Janganlah hangat-hangat tahi ayam lagi. Please!!

Untuk azam menyimpan duit ini, aku telah memilih untuk mengamalkan satu cabaran yang diberi nama:

The 52-Week Money Challenge

52 Week Saving Challenge

Rasa macam dah lama tahu mengenai cabaran menyimpan duit ini tapi tak pernah bersungguh nak amalkan. Sampailah Tasha beli Planner Malaysia 2018 dan dalam planner itu sudah tertulis 52 Week Saving Challenge seperti gambar di atas. 

Aku pun bersemangat nak buat dan terus beli planner yang sama. Sebenarnya, boleh je dapatkan dan print sendiri cabaran ini tapi malas. Nak juga ianya datang dalam bentuk buku. Hihi. 


Why I Chose This Challenge?


The idea is simple! Aku percaya aku boleh melakukannya. Chewahh!! Nampak tak betapa berkobar-kobar semangat aku sekarang? πŸ˜†

Dalam bulan pertama, kita perlu simpan sebanyak RM1 dan semakin meningkat nilai simpanan mengikut minggu sepanjang tahun. Maknanya, RM2 untuk minggu kedua, RM3 untuk minggu ketiga dan seterusnya. 

By the end of the year, kalau kita istiqamah dalam melakukannya, kita boleh mengumpul sebanyak RM1,378

Walaupun rasanya nilai itu tidak banyak mana dalam zaman sekarang tapi lepas wei kalau nak beli tiket penerbangan tahun depan. Haha. 

Buat masa sekarang, aku tiada plan untuk kegunaan duit simpanan ni. Hanya niat untuk menyimpan duit saja. Terfikir juga sebenarnya, kalau setiap kali rasa nak beli dUCks, simpan duit nak beli dUCks tu, mesti makin berganda duit kan πŸ˜…


How to Make This Challenge Successful


The Way You Save the Money. Dah nama pun setiap minggu akan berganda RM1, makanya apabila menghampiri hujung tahun, pasti nilai setiap minggu menjadi angka yang agak besar. 

Jadi, tak perlu ikut sangat setiap minggu yang dinyatakan. Kalau rasa ada duit lebih, hanya masukkan saja duit itu dalam tabung dan pastikan tick kotak yang ada dalam list cabaran ini. 

Yang penting simpan duit, tak kisah cara apa pun yang hendak digunakan. Customize this money challenge to suit your own lifestyle 😊

Share and Do It Together with Someone. Tidak dinafikan bahawa apabila kita berkongsi idea atau cabaran dan melakukannya bersama-sama orang lain, kita akan jadi lebih semangat. Mestilah kan!! Malu kalau orang lain berjaya lengkapkan cabaran tapi kita tidak. 

Jadi, lakukan cabaran ini bersama orang di sekeliling korang. Sangat penting dalam usaha untuk memotivasikan diri kita supaya melakukan cabaran ini secara berterusan.

3 tabung dan hanya 1 aku punya.  Cuba teka yang mana? :D

Pemilihan Tabung. Pastikan tabung yang tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya. Point ini sangat penting. At least for me. Haha. Tabung yang aku ada semuanya boleh dibuka penutupnya, tak kisah penutup di bawah atau di atas tabung. 

Dan itulah punca kenapa cabaran menyimpan duit tidak pernah berjaya. HAHA. Mana taknya, bila rasa nak guna duit, korek tabung. Bila nak penuh entah kalau camtu kan? 😜
 
3 tabung di atas adalah milik aku, Tasha dan Aien. Kami berada dalam satu team di pejabat dan bersungguh nak jayakan cabaran ini πŸ’ͺ


Perjanjian kami bertiga. Siap ada saksi tau. Haha.


Surat Perjanjian (optional). HAHA. Selepas kami bising bercerita pasal cabaran ini, Kak Marsitah @ Kak Ctah terus panggil kami untuk buat surat perjanjian. Kata Kak Ctah, sekarang semua kena ada perjanjian dan bila ada perjanjian, barulah kita akan lebih semangat untuk melaksanakan cabaran. 

Jadi, termeterai perjanjian seperti gambar di atas. Siap ada saksi weii! Haha. 

Dan jika salah seorang daripada kami tidak berjaya menyimpan RM1,378 pada akhir tahun ini, orang tersebut mesti didenda dan dendanya adalah belanja kami bertiga makan dan tempat makanan akan dipilih oleh kami (bahaya kalau geng ITT pilih tempat makan). Haha. 

Kalau kami semua berjaya melakukan cabaran ini, kami boleh celebrate dengan pergi makan juga cuma bayar sendirian berhad lah. Hihi.


Planner Malaysia 2018. Planner kedua yang aku beli sebab ada bahagian Finance Tracker, Cash Flow, dan 52 Week Saving Challenge

It's Always Seems Impossible Until It's Done

How about you? Do you join me in this money challenge? Or any easy tips to save money?


Thank you for reading and have a lovely day <3

71 comments:

  1. Bagus..bila by group akan ada semangat bersaing dan saling mengingatkan...terutama saksi...jadi tukang remind untuk ketiga-tiga ahli..ini ibaratnya macam main kutu..cuma masuk tabung masing-masing dan faedahnya akhir tahun....istiqhamah Siqah dan kawan-kawan ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak PC. Semoga Siqah dan kawan-kawan istiqamah hingga ke akhir tahun. betul jugak cakap akak. Ibarat main duit kutu tapi masuk tabung masing-masing. Hihi

      Delete
  2. sha kalau nak simpan duit memang beli yang takboleh bukak haha kalau beli yang boleh bukak, gatal ja tangan ni nak ambik hahaha. btw comel tabung tu! beli mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan! Dah nama tabung boleh dibuka, keje nak buka jela mengambilnya. Hihi. Tabung ni beli kat kedai serbaneka depan taman. My One Shop nama kedainya.

      Delete
  3. Heheh siap ada saksiiiii :D

    For now, tak dapat nak join every week. Duit skrg ni kena bergantung pada saving belajar dulu (sbb tak kerja lagi haha) dan ihsan parents huuuu T_T Just, I'll try my best not to spend over unnecessary stuffs. Adoii taip ayat ni terus rasa bersalah sbb dah beli satu gambar sendiri kat menara Melaka yang harganya fuh....

    Takpe2, kita cut costs benda lain hahaha :D

    Siqah nye tabung polar bears kee?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Saksi dan hakim orang yang sama :D

      Haha. Siqah suka idea Hanis nak cut costs benda lain. Itulah yang patut dibuat kan. Hii. Takpelah, nanti Hanis dah kerja, boleh join money challenge ni :D

      Bukan!! Hihi. Tabung Siqah warna coklat. Bird :D

      Delete
  4. for me bab menabung ni agak mustahil. tapi tu dulu. Kalau tak, mmg sampai sekarang tak merasa travel sana sini. Tqa menabung RM200 sebulan and kadang2 RM150 itupun kalau terbabas lepak coffee2 with kawan2. Jarang shopping benda lain. Good Luck with your Money Challenge. You can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Dulu fikir agak mustahil jugak tapi sekarang tak boleh dah. Nak kena paksa diri untuk menabung. Banyak jugak Tqa simpan per month. Nak follow Tqa. Moga istiqamah jangan shopping sesuka hati. TQ Tqa. Hope we can do it! Yeayy!

      Delete
  5. last year saya buat money challenge ni tapi gagal. hahahha.. last2 kena back to normal again like i always did before - simpan jer setiap bulan amoun yang konsisten, nanti hujung tahun tengok jumlah simpanan yang dah tersimpan. hihi..

    btw, good luck ya siqah. semoga istiqomah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii, TQ DP for the wish. DOakan Siqah istiqamah sampai ke sudah. Hihi :D

      Delete
  6. Rasa macam nak try jugak lah. Nanti kira sama2 dpt rm1378 hujung tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy!!! Jom Tyra join Siqah buat cabaran duit ni. Nanti sama-sama kita dapat nilainya di hujung tahun :)

      Delete
  7. Part pemilihan tabung tu memang Nani setujuuu sangat sangat. Duluu Nani pernah lah buat guna tabung yang boleh bukak tu, bila nampak dah banyak je, Nani pergi ambik guna. Hahaha! Sudahnyaaa tak penuh penuh lah tabung tu.

    Tahun ni tak start lagi money challenge ni. Ingat nak guna tabung yang kaca tu. Hahah! Hopefully menjadi lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same like me!! Bila nampak penuh sikit je tabung,automatik tangan gatal untuk korek balik tabung. Hihi.

      Yes!! Gunalah tabung kaca Nani. Lagilah sayang nak pecahkan tu nanti. Hihi. Good luck Nani! :D

      Delete
  8. oh my! tetibe rasa semangat nak kumpui duit juga ni. tapi, agak agak kalau duduk asrama menjadi dengan jayanya ke? haha. total rm1378 tu besarr untuk student f5 macam lisa ni. nak ajak kawan
    buat jugak la macam ni πŸŽ‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kemahuan dan usaha, pasti berjaya. Chewahhh! Hihi. Boleh ajak kawan2 join, lagi ramai lagi semangat nak buat cabaran ni. Good luck Maryam! :D

      Delete
  9. Ahhh bestnyaaa sma la misi 2018 ni nak save more moneyyyyy.tapi tak start lagi ni heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru 18 January hari ni Airah. Sempat lagi kalau nak start cabaran simpan duit ni. Hehe.

      Delete
  10. samalah saya pun ada buat money challenge..last year tengah jalan je hahahaa hope tahun nie berjaya lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sama-sama kita pastikan berjaya tahun ni. Semoga dipermudahkan kita simpan duit. Hehe.

      Delete
  11. Waaa nmkk dah template baru kemas . Nmpk semua flatlay awak buat .... nice nice .
    Mcm nak tukar template awak jugak nie boleh ke ? Hihi

    Btw, alaaaa~ nak join 52 challenge nie kena beli buku mcm tue jugak ke mcm mana ? Rasa mcm akan tak tertick je. Tapi, yg membuatkan kita akan buat gak sbb yg deal akhir tue . Kalau tak berjaya achieve amount tue kena belanja makan. Tue menarik.

    Tapiiii, saya dkt WSC korang dkt PJ ... hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun flatlays tak seberapa, bolehlah asal nampak. Usaha tu. Hehe.
      Dah dibincangkan bab template. Tunggu blog awak berwajah baru lak :D

      Awak boleh download je cabaran ni Nadia. Tak payah beli buku pun takpe. Bersepah ada cabaran ni kat google. Cuma tue lah, kalau dah sekeping kertas, bakal hilang dan hancur gak, for me lah. Hii

      Boleh je walaupun awak kat WSC. Kan boleh jumpa di luar. Hihi

      Delete
  12. Chop carpet bulu2 tue yg awak ckp awak beli dkt ikea tue ke ? Dia mmg kecik ke ? Lupa . Saya rasa tak besar sgt kan pernah saya nmpk dkt ikea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah yang kecik tue je. COmel je karpet putih tu. Dah lama perhati, ambik jugak lah hari tu.

      Delete
  13. Comel je ira bila baca perangai kakak-kakak ni. Hahaha. Bab sign perjanjian bertulis dan denda tu kelakar. Macam budak sekolah sangat tapi versi advance. Goodluck, please istiqomah ye nanti kena belanja makan tempat mahal ayokkkk 😜

    Kak Siqah, you know what about ur new template. Tidak ku sangkaaaaa tidak ku dugaaaa πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, Kann!! Kami memang camni, semangat dalam setiap perkara. Hehe. Yessss tempat makan mesti mahal punya. Sebab tu kena jayakan cabaran ni. Haha.

      Nanti Ira lak tukar template eh. Akak tukar dulu template. Hihi :D

      Delete
  14. Wah siap ada perjanjian lagi,
    Husniey kalau bab simpan duit ni suka ikut kemampuan diri.. Mungkin akan cuba kira banyak kali juga untuk memastikan cara tu sesuai ke tak.. Hehe

    Contohnya kalau tak dapat nak buat 52 weeks savings ni husniey akan pastikan plan saving lain pula yang akan menjadi.. Kadang nekad simpan RM 200 sebulan ikutlah mana mampu.. Huhu

    Tapi biasanya kalau dekat nak travel automatik makin banyak dan serius untuk saving.. Jadi Siqah jangan lupa tau niat saving untuk apa,baru semangat tak pudar.. Heeee πŸ’–πŸŒΈ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelbagai cabaran ada untuk simpan duit. Tinggal usaha dan istiqamah je nak buat hingga akhir tahun. Itu yang paling payah dan harap berjaya tahun ni bab saving money.

      Niat saving Siqah tak tahulah untuk apa. Hihi. Just nak simpan duit untuk buat simpanan je. Mungkin letak dalam ASB je nanti. Tengok camne. Hii. <3

      Delete
  15. Eh template baru ke nafas baru ni? Gorgeous sgt!

    Apapun, Mai pun terjebak dengan 52 weeks challenge ni juga! Hihihi. InsyaAllah walaupun takda pendapatan tetap sekarang ni tapi tak mustahil nak capai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Template baru blog berwajah baru. Hihi :D

      Tak mustahil nak capai Mai. Asalkan pandai menyimpan dan kurang belanja, pasti boleh dicapai. Good luck Mai untuk cabaran ni! Chiayok! :D

      Delete
  16. Good luck!! Hana pun ada plan nak menabung bila dah kaya balik nnti!! Huhuhu T_T skarng tengah mereput kat rumah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Hana! Semoga Hana menabung juga tau nanti bila dah kaya. Jangan nak enjoy je pulak. EH? Hihi.

      Delete
  17. Comelnya ada perjanjian tu. Semoga berjaya to 3 of u. InsyaAllah boleh punya tu.
    Macam Ana dah tak bekerja susah sikit nak cabar diri utk saving tp Ana memang sejenis yang susah nak shopping so probability utk simpan monthly allowances tu memang sgt tinggi. In case kalau ada rasa nak beli apa minta boss je byrkan. Nampak tak kat situ. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Harap berjaya dan tidaklah sekejap sangat semangat ini. Hihi.
      Suami mesti suka kalau ada isteri yang pandai berjimat cermat. Bagus Ana :) Bab mintak boss bayar kan tu, memang paling best lah :D

      Delete
  18. comelnya tabung, cara sha pula dulu menabung dengan RM1 tidak boleh ada dalam dompet hihi..nanti ada masa sha entrykan cara2nyaa..gud luck siqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pernah menabung dengan RM1 tapi tak berjaya. Haha. Dedikasi tu takde. Tahun ni baru semangat melampau lak. Nanti share cara Sha menyimpan eh. Boleh jadi panduan untuk semua :)

      Delete
  19. Good luck, Siqah! You can do it!

    Syaza pun dah mula menabung tahun ni tapi guna kaedah lain which is masukkan dalam tabung setiap RM1 dan RM5 yang ada dalam purse. Nak buat macam Siqah buat rasa macam belum boleh lagi sebab takde income tetap.

    Tapi memang seronok menabung ni. Buat kita rasa excited nak tengok tabung kita penuh. Hehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy!! Thank you Syaza bagi semangat :D
      Bagus tu Syaza, tak kisah bagaimana pun cara kita menabung asalkan menyimpan kan. Nanti Syaza ada income tetap boleh menabung cara lain pula. Siqah dulu masa takde kerja, takde menabung langsung. Lagi teruk. Hehe.

      Kann! Boleh jadi ketagih menabung ni nanye. Tak sabar nak tunggu tak muat nak letak dah.. Chewahhh :D

      Delete
  20. wahhh..terbaik la Siqah and good luck ya

    ReplyDelete
  21. insya allah siqah niat baik pasti Dia permudahkanπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. TQ Anies bagi semangat. Hii :D

      Delete
  22. Part tabung tu setuju.. Kena beli yang tak ada penutup baru duit selamat.. Hehehe.. Sha main kutu.. Lagi selamat untuk sha.. Challenge ini sha kurang cinfident sikit.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni baru terfikir nak beli tabung yang penutup takde. Lambat betul. Hehe. Duit kutu salah satu juga nak kumpul duit kan. Siqah main kutu jugak cuma yang saving ni saja je nak challenge diri. Hihi.

      Delete
  23. YG last sekali tu x larat tu.. banyak gile.. adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba cara Siqah - The Way You Save The Money. Mana de duit, letak je dalam tabung tak payah ikut sangat bulan tue.

      Delete
  24. Fuhh good luck yaa. Fatin buat jugak tapi sekerat bulan dah tinggal. Tengok post ni rasa kena seamngat balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Fatin, kita buat sama2!! Lebih semangat kalau ramai join. Hehe

      Delete
  25. gee pun guna planner yang sama!sangat praktikal bab saving tu!pokok pangkal kena istiqomah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Suka planner ni sebab bab kewangan. Betul sangat Gee! Yang penting istiqomah. Good luck untuk kita berdua Gee :D

      Delete
  26. Tapi mummy tengah bulan je pun dah sengkek.. camana tu..hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang je kita Mummy. Hihi. BIla baru dapat gaji, baru semangat menyimpan. Start tengah bulan dah lembap dah. Hehe :D

      Delete
  27. Replies
    1. InshaAllah. Terima kasih Rai bagi semangat. Hii

      Delete
  28. Goodluck kak, semoga berjaya kumpul 1,378 tu! :D

    ReplyDelete
  29. wahhhhhhhhhhhh :D goodluck sis ! azah biasanya menabung rm5 dan rm20. nampak je hijau dan oren, ketepikan terus. hihi :D nak tengok pulak tahun ni berkesan berapa. macam tahun lepas 2 bulan sempat kumpul hijau 70 keping. hihi :D

    jemput join segmen : http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknyaaa!! Siqah dulu simpan jugak rm5 dan rm20 tapi biasalah, hujung bulan ambik balik duit tu. Nak istiqomah dan kumpul duit macam Azah tahun ni. Ketagih jadinya menabung ni ek. Hihi.

      TQ invite Siqah. Ada masa nanti SIqah join ye. Good luck untuk segmen Azah :)

      Delete
  30. Good luck Siqah!

    Kita teringin juga nak buat challenge ni tapi tak pernah ada cash dalam tangan so simpan je niat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Farah!!

      Nanti Farah dah kerja boleh join challenge ni eh :)

      Delete
  31. tahun lepas saya buat benda nih
    Alhamdulillah berjaya dan lebih dari target

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Harap tahun ni saya pun boleh capai target.

      Delete
  32. Cantik planner tu..semoga konsisten saving ye Siqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Thank you Auni bagi semangat :)

      Delete
  33. Rabia skrg simpan rm 5 dalam tabung botol esp..hahaha.. tak beli tabung lagi ni.Tapi duit2 tu semua simpan dalam tabung haji...check2 buku bank..mmg byk lah hasilnya..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。