6 THINGS I'M LOOKING FORWARD TO IN 2018

instalife

January 08, 2018

6 THINGS I'M LOOKING FORWARD TO IN 2018




Entri blog kedua dalam tahun 2018 semestinya mengenai azam 2018. Tahun lepas, aku update perkara yang sama dalam entri My 2017 Resolutions tapi untuk tahun ni, aku tak nak guna tajuk yang sama. 

Sebab biasanya azam aku untuk tahun baru lasting sehingga 1 Januari saja. HAHA. Kalau guna tajuk 2018 Resolutions rasa seram je. Rasa macam tak jadi walaupun sebenarnya pokok pangkal untuk mencapai azam/target dalam setiap tahun adalah diri sendiri

Tak kisah kalau berazam macam mana sekalipun, apa saja nama yang diberi untuk azam itu, namun jika tiada disiplin dan istiqamah dalam mencapai azam tersebut, tiada apa juga yang jadi. 

Ada 12 bulan dalam satu tahun. Rasa macam panjang masa yang diberi tapi sebenarnya singkat untuk kita. Harap ada sesuatu yang tercapai dalam 6 perkara yang aku rancang dalam tahun ini. InshaAllah. 





Tahun 2017 menyaksikan perubahan ketara dalam berat badan aku. 60+ kg. Tak pernah berat badan aku mencecah angka 60 kg weiii!! 

Rasa gemuk gila sekarang! 😐 Sila salahkan diri sendiri. Huhu. Tak jaga makan apatah lagi senaman. Jarang sangat. Entah kenapa sejak kahwin, aku sangat suka minuman manis. Mesti ambil minuman manis sekurang-kurangnya sekali sehari. Kadang-kadang sampai dua kali sehari. Haih. Sangat tidak sihat! 

Minuman manis yang aku maksudkan adalah neslo ais, teh ais, milo ais dan segala jenis latte. Tak sihat kan? Takut je lama-lama nanti, kencing manis pulak. Huishh minta dijauhkan.

Nak salahkan hormon pun tak patut juga. Macam aku sorang je yang dah kahwin dan mengalami masalah always craving for sweet drinks.  

Jadi, (setiap tahun sama je rasanya ayat ni πŸ˜…), aku berazam untuk kurangkan pengambilan minuman manis, nasi, makanan tidak sihat, dan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. 

Sambil menaip sambil teringat Frappe Cookies di Family Mart πŸ™…πŸ˜’





Menyimpan duit dalam tahun 2017 tidak berjaya. Banyak menghabiskan duit pada perkara yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya shopping dan aku tidak dapat dipisahkan. Pantang betul bila tengok barang cantik terutama tudung cantik, buku dan sebagainya. 

Gatal je tangan nak beli. Adoi. Bila dah hujung tahun, berfikir juga, kalau duit itu semua aku simpan dalam ASB, dah beranak-pinak duit. Boleh simpan buat bekalan di hari tua.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Untuk tahun ini, aku nak kurangkan perbelanjaan. Nak mula menabung juga. 

Salah satu cara menabung adalah dengan mengamalkan 52 Weeks Money Challenge. Nak buat daripada tahun lepas tapi tak berjaya. Tahun ni, pastikan cabaran menyimpan duit dengan cara ini berjaya. 

Dah beli tabung yang tidak boleh dibuka penutupnya πŸ’ͺ Ini saja cara untuk pastikan duit yang disimpan tidak dibawa keluar sebelum masa matang. Hihi.




All are Premium Basic dUCk scarves from Matte Satin Silk material

Kalau korang follow blog aku dan juga Instagram, pasti korang dah tahu yang aku adalah salah seorang #duckies. Pengemar barang dUCk.

Sejak beli Premium Basic dUCk awal tahun lepas, aku boleh dikatakan beli dUCk setiap bulan. Aku suka sangat shawl Premium Basic dUCk. Material yang aku suka adalah matte satin silk. Ada aku ceritakan dalam entri My Most Favourite of Premium Basic Duckscarves - Matte Satin Silk

Tapi sekarang, bila melihat banyak kotak dUCk di rumah, rasa macam semak pula. Dalam hati terdetik juga, "kenapa aku habiskan duit beli dUCk? Takde jenama tudung lain yang aku suka ke?" 

Sebenarnya jawapannya ada cuma entahlah. Baru-baru ni aku beli bawal di expo Muar, rasa best pula pakai bawal. Harga berpatutan dan selesa juga untuk dipakai.

Tapi kenapa aku masih pilih dUCk? Rasanya betullah aku kena jampi dengan dUCk. Haha.

#duckrehab adalah satu azam yang sangat perlu dicapai dengan jayanya walaupun aku tak tahu boleh ke tak hapuskan jampi dUCk.

Dah bercadang dengan team #duckies (kawan-kawan di pejabat) untuk beli LE dUCk saja tahun ni. Kalau LE dUCk itu cantik #haraptakbanyakyangcantik . Selain itu, aku nak hentikan pembelian dUCk untuk Premium Basic. Kalau ada warna yang aku takde, barulah beli. 

Namun begitu, aku masih stick to the plan to organize dUCk giveaway tahun ni. InshaAllah. Doakan aku murah rezeki ye 😊




Ruang tamu ketika Aidilfitri 2017

Nak hias rumah memerlukan dana yang tinggi. Siapa setuju? :D

Aku bercadang untuk memiliki sofa baru tahun ni. Sofa dalam gambar di atas dah ada sedikit kecacatan (koyak). Makanya sofa baru diperlukan. Dah lama simpan impian dan harap tahun ni ada rezeki nak memiliki sofa yang diidamkan. 

Selain itu, aku nak juga rak buku baru. Plan nak beli rak buku warna putih (aku suka warna putih dalam hiasan rumah). Tapi kelmarin, suami belanja rak buku baru. Jadi aku terpaksa abaikan impian untuk memiliki rak buku warna putih. Warna coklat pun jadilah asalkan boleh tersusun semua buku. Dah suami nak belanja, setuju saja. Rezeki jangan ditolak. Hihi. 

Selain itu, aku impikan untuk memiliki my blogging space. Nak ada meja putih dengan laptop dan boleh hias meja tersebut mengikut citarasa aku. Tapi tu lah, tak tahu boleh tercapai ke tak sebab sekarang dah ada desktop di rumah. Namun aku masih menyimpan impian untuk memiliki my own blogging space in future. 






Sejak aku aktif blogging tahun lepas, aku mula berminat dengan flatlays. Sebab utama adalah gambar flatlays boleh digunakan dalam blog terutama gambar untuk review buku. 

Jujur aku akui yang aku tak reti ambil gambar flatlays. Aku bukan seperti orang lain yang bijak susun atur barang dan rasa macam mudah je cara mereka ambil flatlays. 

Pendek kata, aku hentam je sebenarnya main susun barang yang ada πŸ˜…

For me, the struggling to take flatlays photo is real. Rumah bersepah usah katalah. Haha. Bersepah dengan barang props. Walaupun aku tidak banyak barang props, masih rumah bersepah teruk masa ambil flatlays. 

Disebabkan itu, aku lebih selesa berseorangan ketika dalam proses mengambil gambar flatlays. Lebih tenang dan orang pun tak pening tengok aku. Dan aku pun tak pening tengok orang yang tengok aku. HAHA. 

Aku rasa flatlays aku biasa je. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, fuhh, gambar flatlays aku paling rendah kualitinya. Tapi, itu semua adalah idea aku dan aku habiskan banyak masa untuk menghasilkan gambar flatlays tersebut.

Mungkin tak cantik bagi orang lain, tapi cantik bagi aku. Jadilah ~ :D #sedapkanhati

Walaupun flatlays tak cantik macam orang lain, aku masih yakin post gambar flatlays di Instagram feed. Haha. Sebenarnya, aku tiada banyak gambar untuk dikongsi di Instagram feed (kurang berjalan kan), jadinya gambar flatlays je aku letak. Takdelah berhabuk Instagram. Hihi. 

Bertuah rasanya bila aku ada kawan yang mempunyai hobi yang sama, Nadiah. Kami sering bertukar dan berkongsi pendapat/ilmu mengenai flatlays. Bukan setakat kawan flatlays, kawan buku, kawan blogging pun orang yang sama. #gengmakan yang lain tak layan benda camni. Hihi.

Tahun ini, aku berniat untuk belajar lebih lagi mengenai ilmu flatlays, rajin ambil gambar flatlays please, dan nak menambah barang props (barang murah saja) :D




One of the book in 2018 TBR list

Membaca dan aku tidak boleh dipisahkan. Korang pun dah tahu kan? Hihi. 

Suami aku cakap rumah kami dah macam small library. Ada buku di mana-mana. Haha. Nasiblah kahwin dengan ulat buku 😁

Tahun ni, aku dah set untuk baca 50 buku dalam 2018 Reading Challenge di Goodreads. Harap berjaya. Jangan beriya beli buku tapi bacanya tidak. Mujur buku tiada tarikh tamat tempoh. Kalau ada, banyak buku aku yang dah tamat tempoh. Hihi. 

Selain itu, aku nak join Farrah dalam 2018 Reading Challenge by PopSugar. Nampak menarik cabaran ni. Namun agak sukar untuk memenuhi beberapa genre buku yang disenaraikan. Sama ada aku tidak begitu minat dengan genre itu atau blur tak tahu judul buku yang berkaitan. 

Tapi aku nak cuba juga mana yang boleh aku ikut dalam cabaran ni. Boleh mempelbagaikan genre buku yang aku baca. Tidaklah hanya terikat dengan genre buku kegemaran aku saja. 

Jom korang join sekali cabaran buku ni! Lagi ramai join, lagi semangat :D


That's all for 6 Things I'm Looking Forward To in 2018. Harapnya kalau tidak semua, ada juga yang berjaya dilaksanakan. Kunci utama adalah diri sendiri. πŸ’ͺπŸ˜‰


What are you looking forward to in 2018?


50 comments:

  1. Lately ni banyak pulak singgah AEON kat sini, and now I think I understand bila susah nak control craving minuman manis tuuu. Sbb sana sini air sedap, tealive la chatime la fastfood merata2 haha. Tapi kena tahan jugak untuk order ais kosong. Kat foodcourt sekarang, ais kosong pun 50sen ahahha

    Kita tak reti spend banyak, entahlah biasanya bila fikir panjang sebelum beli mmg end up tak beli terus hahaha. All the best Siqahhh utk 52 weeks challenge tuuu. Dulu masa belajar, tulis siap2 semua perbelanjaan wajib bulanan (sewa rumah, Internet, makan sendiri, makan share rumah, transport, infaq etc). Bila dah tahu berapa anggaran belanja wajib bulanan tu, tengok berapa baki yg tinggal then, mmg try disiplin simpan amount yg kite rasa kita mampu tak usik. Tapi betul la, disiplin tu penting. Hehe

    Setuju sangat part hias rumah kena ada danaaaaaa. Haha. Mak kita suka jugak add on new furnitures end up rumah jadi penuh sbb banyak betul perabot hahaha

    Menarik sgt part blogging space niii. Hehe kalau Siqah jenis mmg boleh duduk diam atas kerusi then skrin kat atas meja, then go for it! haha, kita jenis freestyle, end up meja study dalam bilik ni tak guna pun adoii.

    Omooo 50 buku! Fighting2!! Tgh tengok2 jap challenge PopSugar tuu

    All the best Siqah for 2018! Hehe walaupun dah few times kot wish yg sama tapi terimalah yeee hehehehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Now Hanis dah faham kan. Betapa banyaknya panggilan air-air manis di sisi. Nak tepis susah sangat. Adoii!

      I want to be like you, Hanis in term of saving money. Siqah senaraikan segala hutang dan saving tapi masih banyak belanja. Mestilah duit saving yang kuar kan. Tak patut betul. Huu. Harap tahun ni berjaya simpan duit. Disiplin penting! Agree! :D

      Haha. Rumah Siqah pun dah nampak tanda barang penuh. Tu yang buat spring cleaning sekali perabot. Ubah2 mana yang ada. Ke sana ke sini. Hehe.

      Ooo Hanis jenis freestyle eh? Siqah lak jenis yang duduk setempat je. Tak reti nak freestyle. End up ke meja jugak jadinya. Hehe.

      Dah tengok cabaran buku Popsugar? Jom join :) Beriya ajak orang join, diri sendiri pun tak start lagi. Hehe.

      Hahaaha. Siqah terima wish Hanis tak kiralah bape banyak pun Hanis cakap. Hehe.

      Same goes to you tau! All the best! :D

      Delete
  2. good luck kak siqah! dah makin pudar perasaan nk baca buku sbb bz dhh final year nie..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Final year dan final exam lagi penting Mas! Ada masa nak release stress ke baru boleh baca tapi jangan tak berhenti baca lak. Hehe. Good luck in ur final year! And TQ :D

      Delete
  3. Moga pada apa setiap yang Siqah rencanakan dapat direalisasikan insyaAllah..Allah SWT permudah dan izinkan..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Terima kasih Kak PC atas doa yang diberi :)

      Delete
  4. Hope you'll get to do everything on this list! :)

    ReplyDelete
  5. Happy New Year and good luck!

    Planner tu mengancam betul and your living house looks so cozy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Harap guna planner yang mengancam tu sebaik mungkin tahun ni :D

      Happy New Year and Good Luck too Rasya!!!

      Delete
  6. Akak dengan azam nak kurus tiap tahun ira sebaliknya pulak (yang betulnya nak nampak berisi) hahahah. Stress orang duk kata kering sekeping tapi bila bagitahu berat memasing tak percaya 😭

    Macam menarik je challange week monye tu? Nak try buat research la. Selalu saving ikut nawaitu je kalau ada challnege camtu nampak best.

    Goodluck dengan plan duckrehab and blogging space akak. Hehe best sebenarnya deco deco tapi tulah dana kena selari maka terkuburlah. Tunggu ada rumah sendiri kot baru boleh merancang.

    Gelak sendiri bila baca part ambil gambar "orang pun tak pening tengok aku. Dan aku pun tak pening tengok orang yang tengok aku" Sumpah feels sangat haha. Lepas tu bila orang duk geleng-geleng kepala duk tengok kita sedapkan hati sendiri kejap je sikit je lagi sudahnya sejam baru dapat best shoot hahaha

    πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira kurus sekeping eh? Rindunya akak dengan badan kurus. Dulu akak kurus sekeping gak masa zaman belajar, bila dah kerja terus mencanak naik berat badan. Takpelah kurus Ira daripada besar.

      Jom join akak dalam week challenge save money. Moga bersama kita menyimpan tahun nie :D

      Thank you Ira. Hope menjadi duckrehab dan blogging space yang diidamkan. Nak kena cari duit dan fikir mana nak letak meja putih. Haha.

      Hahahaha!! Ira, kita sama!! Last2 berjam baru habis shoot gambar. Nak yang terbaik katanya, gitulah. Haha

      Delete
  7. Wah banyak benda nak di capai tu. Semoga berjaya ye siqah.

    By the way gambar flat lay siqah semua cantik2 tau. ana suka sgt tgk. Kreatif sgt.

    Wah kemas nya rumah siqah. Nampak luas bila guna warna putih tu. 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana. Harap tercapai :D

      Banyak lagi benda nak belajar bab flatlays. Main hentam je nanye. Hii. Thank you Ana suka flatlays Siqah <3

      Hii. Kann. Warna putih buatkan ruang tamu besar. Kemas masa ambik gambar je, masa lain takdelah kemas camni. Hihi

      Delete
  8. and i look forward to see more flatlays from u and sis nadia ehhh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram lak rasanya. Hihi. Siqah biasa je, nadia dah advance. Hehe

      Delete
  9. Happy New Year! memang susah kan nak simpan duit. faham jugak tu. hahhahaha memang elok simpan dalam asb paling2 sekarang dah ada yg online, senang nak check dan transfer online kalau tak silap. :D

    banyaknya buku. rasanya BV tahun lepas 10 buah buku pun tak lepas kot. hahhahaha semoga tahun nie lebih banyak baca buku :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan duit benda paling susah nak buat, habiskan duit benda paling senang nak buat. Haha. Ooo Siqah tak tahu pulak bab transfer online asb, nak kena kaji lagi.

      Semoga tahun nie BV banyak baca buku. Marilah bersama. Hihi :D

      Delete
  10. All the best to you Siqah..
    Semoga segala azam dan impian jadi kenyataan, amin..

    ReplyDelete
  11. Semoga semua impian tercapai ..pasang niat awal2 tahun ni ..chaiyok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat awal tahun tapi takut tak istiqamah je. Hihi. harap berterusan hingga akhir tahun :)

      Delete
  12. Hehehe azam 2018 kita pun lebih kurang sama je yank. Part paling susah of course duckrehab , nak simpan duit tak shopping, and lose weight . Sama lahhhh family mart punya frappe tue sedap wei !!!

    Jom lah sama-sama kita take a better flatlays insyaallah . <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Itulah pasal, benda paling susah sebab benda yang paling kita suka adalah sebaliknya. suka duck, suka perabih duit, suka makan. Haha. Harapnya kita akan berterusan dengan azam kita tahun ni. Ameen.

      InshaAllah. Saya masih merangkak lagi bab flatlays ni <3

      Delete
  13. semoga semuanya tercapai kak. please buat duck giveaway sampai i menang. hehehe. nak merasa jugak pakai duck. kikikih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Amboi buat duck giveaway sampai Lela menang, masak lah akak. Haha. InshaAllah this year okay. Join tau nanti :D

      Delete
  14. Me too last year berat kemain naikk. Hahah! Lepas tu stress sorang sorang bila tengok penimbang. Nak kena buat senaman apa semua balik macam ni. Air manis tu pun aiyoo susahnya nak control. Hari hari mesti minum jugak sekali. Huhu.

    Ada jugak nak plan saving tahun ni. Nak beli tabung yang jenis kaca tu. Hahah! Haritu Nani buat saving dalam kotak biasa aje tapi sekejap aje. Nampak aje dah nak penuh gatal tangan pergi ambik. Hahahah!

    Anyway happy new year Siqah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani tak stress sorang2, Siqah pun stress jugak tengok penimbang. Stress tapi do nothing, memang tak ke mana lah perginya. Hihi. Samalah, susah betul nak tinggal air manis. Siqah pun mesti ada minum jugak sekali sehari. Huhu.

      Haha, ITulah pasal kita kena cari tabung yang tak boleh buka selagi belum tarikh matang. kalau tak, memang duk ambik jela duit dalam tu. Hihi.

      Happy New Year too, Nani :)

      Delete
  15. Semoga tercapai segala azam ^^ lagi2 bab menabung tu heheh :) happy new year even dah terlambat nak wish! hopefully everything goes well!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Terima kasih. Harap tercapailah terutama bab menabung. Bersungguh dah beli tabung ni. Hee. Same goes to you. Happy New Year! :)

      Delete
  16. yess, Qekra pun ada 1 diary macam ni. mmg part menabung tu berazam sgt. dah start dah smpai minggu ke-3, semoga terus istiqamah hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!! Semoga kita sama-sama istiqamah. Bila ramai yang join, lagi semangat nak buat kan :)

      Delete
  17. Tqa pun sebenarnya dah baca tapi biasalah kat phone selalu lupa nak comment. Tqa takde azam tahun baru. Kalau ada pun rasanya resolution dari tahun2 yg sebelum ni dibawa ke 2018 which is:

    - Nak blogging dengan lebih kerap
    - Lose some weight for my oversea trip this autumn insha Allah.
    - Travel or short road trip often (jika wallet mengizinkan)
    - Visit more cafes than last year, sebulan sekali pun jadilah.
    - And journaling sekerap yg mungkin.

    Risau kelaut jugak azam yg lama ni hahaha

    Tqa terigin nak join book challenge tu tapi apakan daya, nak habiskan satu buku dalam seminggu agak sukar for me.

    Flatlay Siqah is very nice. If you want more inspiration you can check out lichipan's instagram or thetiafox's instagram. Flatlay dorang kaw2 but to me flatlay yg banyak sangat prop macam dorang buat nampak serabut, semak and trying too hard. But I got my inspiration from them.

    I hope you achieved your resolution this year! πŸ‘πŸ» and Good luck for duck rehab. haha as a former kaki shopping, I know that is going to be hard for you haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya azam Siqah tahun ni pun banyak yang dibawa daripada tahun lepas. Haha. Setiap tahun azam sama je tambah lagi part nak kurus. haha.

      Bestnya nak pergi trip autumn!!! Ahhh nak ikutttt :D

      I wish we live nearby so that I can follow you to visit more cafes. Hihi.

      Siqah dah visit their IGs and follow. Hihi. TQ for sharing Tqa! I love their flatlay too. Dan betullah cakap Tqa, if flatlays terlalu penuh dengan barang, nampak gak serabut cuma kadang2 nampak cantik jugak. Dorang pandai guna warna dalam flatlay dan part tue lah yang Siqah fail. Hihi.

      Siqah suka gambar Tqa tambah lagi semua warna putih je. You inspired me too! <3

      Haha. Harapnya bertahanlah duck rehab tu. Susah weii!! Hahaha.

      Delete
  18. admirer ngn cara siqah amik gmbr serius ctk hahaha
    sha dlm thun 2018 ni insyallah klu Allah makbulkan nak ada zuriat hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Sha. Really glad you like it <3 Siqah main ikut hati je ambik gambar tu. Hihi.
      InshaAllah semoga diperkenankan doa Sha untuk dapat zuriat tahun ni. Siqah pun sama juga. InshaAllah Ameen semoga dipermudahkan buat kita ye :)

      Delete
  19. bla bc, rs nyer dugaan terbsr adalah dUCk kann 😁😁😊😊 xpe... buat pelan2 asalkan berterusan... yg baik trs kekalkn...semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies!! Tepat sekali, dUCk adalah dugaan paling besar rasanya. gatal dah tangan nak beli ni. Haha. InshaAllah semoga berterusan dalam melaksanakan apa yang dihajati tahun ni.

      Delete
  20. moga tercapai azam azam tahun ni. allahumma aamiin :D

    ReplyDelete
  21. datang follow siniii ~ hehehe. thank you follow azah

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Azah follow sini. Siqah buat bloglist nanti ye :)

      Delete
  22. yay!! semoga smua azam tercapai!
    tapi plg susah nak turunkan berat badan la..
    pheww~ me till now... tak berjayaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Susah nak turun berat badan. Nak naik berat, punyalah senang. Huhu. Semoga kita berjaya tahun ni Atie! πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

      Delete
  23. Comel sangat deko rumah Siqah tu..jatuh cinta lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala biasanya deko rumah Siqah. Ikut dan je letak2 mana yang patut. Hehe. Anyway, TQ Auni :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。

instalife