March 24, 2017
(0) Comments

Am I too late to post about this award? Sunshine Blogger Award. It was such an honored to receive this Sunshine Blogger Award from my blogger friends. Never thought that my blog could give you smile☺

And you already put a smile on my face. If only you can see it ☺

Thank you for giving me a chance to shine together with you all. I really appreciate it. Because this award means a lot to me, I will answer all the questions given. Aku kan suka menjawab soalan. Bertanya soalan pun suka juga. Hiks.




I received my first award from Mayy Jie. Thank you Mayy to let me shine with you. I need to post this award in English right? But please, I will 'rojak' the bahasa as always. Haha. It will take a long time for me to post full in English. Sampai tahun depan tak siap nanti :p Aku tak nak korang tunggu lama. Chewahh! Haha.

For your information, this post will have a lot of grammatical error πŸ‘€

The Rules: 

1. Thank the person (s) who nominated you in a blog post and link back to their blog.
2. Answer the 11 questions sent by the person who nominated you.
3. Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions. 
4. List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog.

Rules are meant to be broken right? πŸ˜€ I will skip rules no 3. Entri ini hanya untuk menjawab soalan yang diberi. 

Excited to answer Mayy's questions. Let's start!


1. What's a nickname that some family/friends call you but you hate it so much?
I don't have any nickname that I hate so much. I only have a problem with people who always spells my name wrong. It should be SIQAH but they spelled SIKAH. I hate "K" in the middle of my name. Please get my name spells right T_T 


2. What's a song you secretly love to blast and belt out when you are alone?
Currently, a song from Little Mix ft Jason Derulo with titled Secret Love Song. Sesuai dengan tajuk kan? Aku suka lagu ni walaupun liriknya hampeh. You know what I mean. Hihi.


3. Which way do you face in the shower? (click here
Aku tak kisah menghadap shower atau cermin. Cuma kebiasaannya, aku menghadap cermin, maknanya hadapan. Macam dalam gambar di bawah ni. 
4. What's a phrase or exclamation you always say?
BORING lah. Hidup aku penuh kebosanan ke camne sekarang? Hihi. Aku tak perasan juga sebenarnya sehingga ada seseorang tegur. Lepas tu, setiap kali aku cakap BORING, aku akan gelak sendiri (dalam hati) :D Tindakan berkata boring tanpa sedar. 


5. What did you used to wear that you thought was cool, but now you realize it isn't? lol
Aku ada pakai satu outfit yang memalukan. Baju yang dipakai semasa majlis akhir tahun di universiti. Tema 80-an. Aku pakai top warna grey with polkadot pink dan pink legging. Masa tu rasa dah paling vogue. Haha. Tapi sekarang aku malu bila tengok gambar. Tak sangka boleh pakai baju begitu πŸ™ˆ 


6. What's one of your nervous habits?
Avoiding eye contact. 


7. Have you ever had a near death experience?
Yes. Aku sentiasa ingat kejadian itu. About three years ago, I nearly got into an accident with a container truck. Aku mengaku aku memandu agak laju ketika itu (jalan agak menurun sedikit) dan tiba-tiba satu container truck mengubah laluan dan masuk ke lorong aku TANPA BAGI SIGNAL
Aku tekan brek mengejut, sekuat yang boleh dan berhenti betul-betul di belakang truck tersebut. Beberapa inci saja jarak kami. Kereta aku mengeluarkan bunyi berdesing dan asap. Aku terus berhenti sekejap di tepi jalan untuk menenangkan kembali diri dan beberapa minit kemudian, aku memandu kembali. Sejak itu, aku tak pernah memandu laju di kawasan kejadian. Aku lalu jalan itu lima hari seminggu 😳 Jalan aku pergi dan balik dari pejabat. 


8. Your biggest pet peeves?
People who don't cover their mouths when they cough / bersin dan yang suka ludah merata. 


9. 3 top favorite blog? Why?

Semua blog yang aku follow adalah my favourite blog. Sekarang aku dalam proses buat bloglist. Senang nak BW nanti :D 
Soalan diberi suruh pilih tiga blog kegemaran. So as below: 

► Proudduck 
Siapa yang tidak kenal Vivy Yusof? Co-founder of FashionValet dan The dUCk Group. Seorang wanita yang bagi aku cukup sempurna. Sempurna kerana punya segalanya dan satu lagi, sempurna dalam cara pemakaian tudung. Hihi. Nampak cantik je cara Vivy pakai tudung. Aku sampai sekarang tak tahu pakai camtu. Cuba tapi macam tak jadi je. Mungkin sebab pipi aku tembam kot. Hiks. 
Dah melalut pulak. Haha. Perlu diberi sebab why I love her blog right? :D Aku suka cara penyampaian Vivy dalam blog beliau. Dia pandai bercerita dan pandai bermain dengan kata-kata. Bagaikan aku mendengar Vivy berceloteh depan mata bila aku baca blognya. Aku paling suka baca kisah anak Vivy, Daniel dan Mariam ❤

Hanis Amanina
Seorang gadis dan bakal doktor. Aku tabik spring dengan semangat dan keberanian Hanis travel solo. Bagusnya Hanis. Nak dapat kekuatan macam awak jugak! Aku suka baca kisah travel Hanis dan gambar. Semua cantik! Hanis juga pandai bercerita. Bila baca blog Hanis, aku rasa tenang je 😊

► Chapters
Pemilik blog ini adalah seorang gadis bernama Anis. Blog yang lain daripada lain. Satu-satunya blog yang menulis blog post dengan tajuk Chapters. Merujuk kepada kisah berlainan yang hendak diceritakan dalam setiap Chapters. Terasa macam baca novel tau 😊


10. Your most favorite fonts.
Karla. Masih setia guna font ni sebagai font untuk blog post aku. 


11. What 3 things you always look for in a blog? 

About Page 
Bagi aku, About Page adalah sangat penting. Aku tahu ada blogger yang tak suka tunjukkan diri sebenar atas sebab tertentu. Cuma aku lebih suka jika aku mengenali insan di sebalik blog yang aku baca. 

Mobile and Responsive Template
Aku selalu BW dengan menggunakan phone. Jarang sekali aku buka laptop. Jadi, aku sangat suka kalau blog mempunyai mobile dan responsive template. It helps me a lot to read your blog easily. Lagi senang aku terjah dari satu entri ke entri seterusnya. 
Dan sekarang, Blogger ada keluarkan responsive new template. Ada beberapa pilihan yang cantik. Bolehlah tengok kot ada yang berkenan πŸ€—

Archive / Categories
Jangan sorokkan archive dan categories column please πŸ™ Aku suka tau tengok semua post dalam kategori yang sama. Anytime aku boleh melayari satu blog sambil ditemani secawan kopi. Hihi. Kecewa tau kalau takde archive / categories column. Susah nak cari apa yang aku nak baca. Jadinya, aku klik "X" je. Ampun 🀦🏻‍♀️


Habis jawab soalan Mayy. Yeayy! 

Akan disambung soalan daripada rakan blogger dalam entri yang lain pula. 

Thank You and Happy Friday  πŸ’

SUNSHINE BLOGGER AWARD - AM I TOO LATE
Am I too late to post about this award?  Sunshine Blogger Award.  It was such an honored to receive this Sunshine Blogger Award from my...
March 22, 2017
(22) Comments

Korang pernah berada dalam situasi di mana korang buat perkara itu hari-hari without failed dan bila satu hari kau lupa, it lead to something big. 

Something big and bad. Yes. It happened to me today. 

First important thing: Kebiasaannya, aku akan bertanya soalan yang sama setiap hari kepada Aien, my maker. Dan hanya hari ni, soalan itu tidak ditanya. 

Soalan: "Aien, ada cut off payment tak?".

A simple yet important question. Because of me, bad thing happened. Miss cut off payment. The payment must released before 11 am and we missed it! Only one payment! 

I put the blame on me because I'm the checker. My job is to check everything in order and I missed it today! Totally unacceptable πŸ˜”

In case you don't know the meaning of cut off payment (because the term only use in banking operation): ada sesetengah mata wang, contohnya Japanese Yen (JPY), payment need to be released before 11 am KL time. If we release the payment after 11 am, the payment will be considered for next value date payment. 

Dalam erti kata lain, customer akan dapat duit lambat sehari! Mana ada orang suka kalau duit diterima lambat kan?  

Why I'm not asking that question? Why? Why? 

Here's the reasons: 

1. Aku sampai lambat di pejabat hari ni. Aku sampai jam 10 pagi. Patutnya kena sampai sebelum jam 9 pagi. Jalan sesak tak gerak di Federal Highway. Ada kemalangan berlaku berdekatan Menara TM dan memberi kesan jalan sesak dari susur keluar Subang. 

2. Aku check email sebaik saja sampai di pejabat. Biasanya Aien will send email to notify about the cut off payment. And today she forgot. And I'm not asking at all! Bila aku tengok tiada email berkenaan cut off payment, aku hanya diam dan teruskan bekerja seperti biasa.

3. Second important thing: I did not check email from production team regarding cut off payments because I strongly believe that there's no cut off payment for today πŸ™

I have missed two important things at work today. Not asking the usual question and check email properly. 

Missed both and I missed the important cut off payment. 



Usah termenung. There's nothing I can changed for the thing that have happened. I must make sure the similar incidents will not happen again. 

Life must go on. 

Before that, first I need to answer the unstoppable "WHY and HOW" questions. I'm truly sorry for my team. 

Pisang tidak berbuah dua kali. Dan kesalahan ini tidak boleh terjadi lagi πŸ™

Don't skip the step you must do while working, Siqah. Only then, you will not face the similar situation again.

Reminder for me. 

Tell me why,
Ain't nothing but a heartache,
Tell me why,
Ain't nothing but a mistake,
Tell me why,
I never want to hear you say,
I want it that way..

Entah kenapa lagu I Want It That Way by Backstreet Boys bermain di minda aku hari ni. Mungkin kerana perkataan "Tell Me Why"  T_T
When I Missed Two Important Things At Work
Korang pernah berada dalam situasi di mana korang buat perkara itu hari-hari without failed dan bila satu hari kau lupa, it lead to some...
March 20, 2017
(49) Comments
Hello semua!

Korang semua ke mana masa cuti hujung minggu lepas? Jalan-jalan kah? :)

Agaknya mungkin korang dah puas bercuti di kawasan yang aman dan mendamaikan, apa kata hari ni aku nak ajak korang bercuti di bandar pula. Bandar yang jarang dilawati oleh pelancong tetapi mempunyai daya tarikan yang tidak kurang hebatnya. 

Apakah bandar tersebut? Hihi. Bandar Petaling Jaya. Bandar di mana tempat aku bekerja. Seronok juga kalau bercuti di bandar sekali sekala. Walau tidak dinafikan tempat peranginan di luar bandar lagi menarik. Berubah angin seketika, apa salahnya kan? πŸ˜‚

Kalau nak bercuti di bandar PJ, semestinya hotel penginapan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Semestinya semua orang mahukan hotel penginapan yang selesa dan mempunyai kemudahan yang baik. 

Kali ni, aku nak berkongsi sebuah hotel yang aku berminat untuk menginap di Petaling Jaya. Hotel yang dimaksudkan adalah hotel Best Western Petaling Jaya. Rangkaian hotel ini dimiliki oleh Best Western Hotel & Resort yang memiliki ratusan hotel di seluruh dunia. No wonder, servise dorang mesti tip top. 

Credit photo here

Dari luar dah nampak menarik kan hotelnya? Hotel ini terletak di pusat bandar Petaling Jaya iaitu di Seksyen 13 yang sememangnya sentiasa hidup walau di malam hari.

Hotel ini bagi aku sangat strategik sebab:
  • 10 minit memandu ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur
  • 50 minit memandu dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
  • 30 minit memandu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (Skypark)
  • 20 minit memandu ke Sunway Lagoon dan Sunway Piramid
  • Hanya beberapa langkah dari Jaya 33 Shopping Mall. 

Banyak tempat makanan menarik di Jaya 33 Shopping Mall dan sekitar Petaling Jaya. Jadi, korang tak perlu risau akan kelaparan dan kebosanan di sini. 

Hotel ini sebenarnya merupakan sebahagian dari Centre Stage Complex yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk bisnes, percutian, dan gaya hidup dalam satu tempat. Kalau korang bosan, boleh turun jalan-jalan di kompleks ini. 

Kalau korang nak ke tempat lain luar dari Petaling Jaya, ianya sangat mudah sebab ada banyak akses kepada kemudahan awam seperti LRT, teksi, dan bas. Kalau nak lagi senang, naik je Uber atau Grab Car. Memang senang sebab kawasan PJ boleh dikatakan hot spot. Senanglah kira nak dapat Uber atau Grab Car, tak perlu tunggu lama. 

Kemudahan di Best Western Petaling Jaya:

Free Wifi
Travel dan internet tak dapat dipisahkan. Walaupun berada dalam mood percutian, kita masih tidak boleh berenggang dengan phone. Dah ada free wifi, bolehlah kiranya korang surf internet sambil mencari lokasi menarik untuk dikunjungi. Plus, nak upload gambar di laman sosial juga mudah. Nak tengok drama Korea yang tidak boleh ditinggalkan itu juga mudah. Hihi. 

Credit photo here

Kolam Renang
Kalau bercuti dengan anak-anak, kolam renang adalah kemudahan wajib ada. Setuju? Hihi. Ada dua jenis kolam renang disediakan iaitu satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Kolam renang untuk dewasa tidaklah dalam sangat, bolehlah kira lepaskan hajat nak berenang. Paling best, korang boleh mandi kolam selama mana yang korang nak dan sambil tu, boleh luangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan. 

Credit photo here 


The Staff
Friendly and professional staff. Korang boleh tanya mereka apa saja daripada teksi sampailah nak aturkan any event. Mereka akan membantu dengan hati terbuka. Aku suka kalau customer service bagus camni. Baru rasa dihargai dan dihormati. 

Banyak review menarik dan positif mengenai hotel ini yang membuatkan aku berkenan untuk menginap di sini. Boleh cuba one day. Aku dan suami pernah menginap di salah satu hotel di Kuala Lumpur dan Cyberjaya. Boleh ulang lakukan perkara sama dengan menginap di hotel Best Western Petaling Jaya pula. 

Bagi korang yang teringin untuk menginap di sini, korang boleh terjah room rate best western hotel on Traveloka. Mudah kan?


Credit photo here

Jadi tunggu apa lagi. Jom sama-sama bercuti di Best Western Petaling Jaya! πŸ˜€
Percutian Awesome di Best Western Petaling Jaya
Hello semua! Korang semua ke mana masa cuti hujung minggu lepas? Jalan-jalan kah? :) Agaknya mungkin korang dah puas bercuti di kawasan...
March 17, 2017
(31) Comments

Hanya berkongsi info yang diberi oleh abang aku di group whatsapp. Ditujukan khas buat adik-adik lepasan SPM ☺ Abang aku pesan suruh sebarkan maklumat ini dan aku pilih untuk berkongsi maklumat ini di blog ✌   

Credit photo here 


Untuk adik-adik lepasan SPM yang cemerlang, berhasrat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara, memenuhi syarat-syarat, dan tidak mahu pinjam PTPTN malah mendapat elaun dan lain-lain tanpa menyusahkan ibu bapa.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian.

Tarikh tutup permohonan adalah pada *31 Mac 2017*

TIGA PROGRAM ASASI ditawarkan iaitu:

1 - Asasi Perubatan
2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi


CARA MEMOHON:

Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.mohe.gov.my/web/dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan:

Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00

Elaun Bulanan

Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00

Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan.

Selain itu,

Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalah DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.


p/s: Keluarga aku adalah keluarga tentera. Ayah, Angah, Suami, Ayah Mentua, semuanya tentera. Hanya Ayah aku bekas Tentera Udara manakala yang lain adalah Tentera Darat. Itu yang aku bersemangat untuk sebarkan maklumat mengenai tentera. Hihi.


Kepada sesiapa yang berminat atau ada keluarga yang baru saja lepasan SPM, bolehlah cuba memohon. Mana tahu ada rezeki anda =)

Pengambilan Calon Bakal Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Hanya berkongsi info yang diberi oleh abang aku di group whatsapp. Ditujukan khas buat adik-adik lepasan SPM ☺ Abang aku pesan suruh seb...
March 15, 2017
(62) Comments
Sejak aku kembali aktif blogging iaitu pada bulan Mac 2016, aku telah dipertemukan dengan rakan blogger yang baik dan sentiasa menyokong blog masing-masing. 

Alhamdullilah. Seronok tau dapat berkenalan dengan korang semua. Banyak info dan tips mengenai blogging yang aku ambil daripada korang. 

Setelah kembali blogging, aku kini lebih meluangkan masa bersama blog berbanding laman sosial yang lain. Kira blog dah jadi tempat pertama lah. Hihi.

Aku suka blogwalking semua blog yang aku follow. Bukan blogwalking saja, aku akan cuba tinggalkan komen. Bagi aku salah satu daripada cara untuk support sesama rakan blogger adalah dengan meninggalkan komen di entri mereka. Bukan di chatbox saja tau. 


Nak tinggalkan komen, bukan mudah juga. Sebab apa bukan mudah?

Pertama: Aku baca setiap post agar aku lebih faham akan apa yang diceritakan. Bila dah faham, baru boleh komen. Betul tak? 

Kalau boleh aku nak elak daripada bagi general comment tapi kadang-kadang, komen juga begitu. Sebab takde idea nak komen apa. Maafkan saya ^_^

Kedua: Aku tak nak komen perkara yang telah diterangkan oleh blogger dalam post mereka. Bayangkan blogger bersungguh cerita dalam post, dan tetiba kita datang dan tinggalkan komen dengan bertanya mengenai perkara yang telah diceritakan dalam post tersebut. 

Nampak sangat kan tak baca post? Sedih weii, tulis panjang tapi orang tak baca 😣

Ketiga: Aku takut kalau komen aku menguris hati blogger. Manalah tahu kan. Aku harap tiada. Cuma jika ada blogger yang terasa hati dengan komen aku, please bagitahu. Jangan pendam sorang-sorang. Tolong eh. 

Walau apa pun, aku pasti akan berkunjung dan komen di blog rakan semua. Cuma lambat atau cepat saja. Bergantung kepada masa dan keadaan 😊

Dan..

Tanpa disangka, aku dapat hadiah daripada rakan blogger for Top Commentators! Yeayy! Berganda keseronokan bila dapat hadiah. Tak kisah hadiah apa, yang penting dapat hadiah. Hihi. 

Meh aku nak berkongsi cerita mengenai hadiah yang aku terima daripada rakan blogger kesayangan ❤

GIFTS FROM BLOGGER FRIENDS

TOP COMMENTATORS 

Aku dapat hadiah daripada dua rakan blogger sebagai Top Commentators blog mereka ^_^



Pemilik blog ini adalah Kak LZ. Aku paling suka dengan header blog kak LZ. Simple dan sesuai dengan kak LZ yang suka warna merah dan planner. Kak LZ pun satu geng dengan aku sebab sukakan kopi! Yeayy! Mungkin satu hari nanti, kita boleh meet up, having coffee together ☺




Terima kasih kak LZ atas hadiah yang diberi. Suka semuanya terutama losyen Rose M&S. Baru je cakap lepas ni boleh singgah M&S sebab nak beli losyen selepas baca entri akak mengenai losyen M&S. Alhamdullilah. Dapat losyen daripada kak LZ, secara automatik batal plan nak ke M&S. Hihi. 



Sekarang, hari-hari aku pakai losyen M&S di pejabat. Wangi tau ❤



Siapa yang masih belum mengenali CikLa? Korang rugi kalau masih tak mengenali CikLa. Hihi. Banyak tips dan info yang ada dalam blog CikLa. Ada beberapa post CikLa yang aku save untuk dijadikan rujukan kelak. Tambah lagi bab petua ✌ 

CikLa sudah berada dalam dunia blogging selama lima tahun dan CikLa adalah seorang rakan blogger pertama yang ajar aku mengenai komuniti di Google+. Tak pernah kedekut ilmu. Terima kasih CikLa! ☺



BIRTHDAY GIFT 


3) BLOG: QUEEN BEE


Ayunie Ramli atau lebih mesra dipanggil Mek. Kalau masuk blog Mek, terasa berada dalam musim luruh sepanjang masa. Hihi. Cuba korang terjah blog Mek! Pasti faham apa yang aku katakan. Hii.

Mek, seorang ibu cantik manis yang berasal dari Kelantan. Kalau aku kenal Mek semasa aku masih belajar di USM Kubang Kerian, mesti dah buat meet up di Wakaf Che Yeh. Hihi. 

Beg Mango flatlay :p


Aku terima hadiah beg Mango di atas daripada Mek sempena hari lahir aku yang ke-30 tahun lepas. Terkejut sebenarnya bila dapat hadiah hari jadi daripada kenalan blogger. Baiknya hati Mek. Kita hanya kenal di alam maya dan Mek berbesar hati untuk berkongsi rezeki dengan Siqah. Terima kasih Mek! 

Sekarang, beg Mango ini menjadi salah satu daripada beg kegemaran aku. Senang dibawa ke mana-mana sebab saiznya kecil saja. Ringkas =) 

Haa, Mek baru saja selamat melahirkan anak kedua yang diberi nama Ammar Amzar. Comel sangat anak Mek! Nak tahu, sila terjah ke blog Mek ye. Mek dah update mengenai kisah kelahiran anak kedua. 

Selamat berpantang, Mek! Bertambah maintain kurus lah Mek pasni. Siqah is jealous! ☺

________________________________________________________________________

Terima kasih kepada Kak LZ, CikLa, dan Mek yang telah menyerikan hidup aku dengan hadiah tidak disangka daripada mereka. Baru nak up entri mengenai hadiah rakan blogger setelah sekian lama ^_^ 

Semoga ukhuwah antara kita semua rakan blogger kekal selamanya dan berterusan memberi sokongan moral sesama kita. Jom kita bersama mengejar mimpi. Lalala ~ Mimpi apa? Mimpi untuk sentiasa berada dalam dunia blogging yang kita sayangi =) 

Aku sangat menghargai semua komen kalian. Korang buat hidup aku indah walau hanya dengan komen. Setiap komen rakan blogger sangat berharga buat aku. Korang buat aku rasa yang aku bukan syok sendiri dalam blog. Hihi. Thank you semua  ❤

Aku juga teringin untuk berkongsi rezeki dengan rakan blogger yang sentiasa singgah dan komen di blog aku. Insyallah. Satu hari nanti. 

Doakan ye ^_^

BLOG COMMENTS AND GIFTS FROM BLOGGER FRIENDS
Sejak aku kembali aktif blogging iaitu pada bulan Mac 2016, aku telah dipertemukan dengan rakan blogger yang baik dan sentiasa menyokong bl...
March 09, 2017
(60) Comments

Maaf atas kelewatan untuk review buku Pena dan Picagari. Berjaya juga siapkan selepas dua minggu 😊

Buku Pena dan Picagari adalah buku pertama yang aku beli di laman web Bookcafe. Aku dapat email yang mengatakan buku ini baru siap dicetak dan boleh beli terus di sana. 

Tanpa berfikir panjang, aku terus beli online tanpa baca sinopsis dan review orang lain. Nak cari review pun tak jumpa rasanya memandangkan buku ini baru habis dicetak pada ketika itu. 

Aku yakin buku ini pasti menarik! 



Title: Pena & Picagari  
Author: Dr. Khairul Hafidz
Pages: 230  
Publisher: Puteh Press
Publication Date: 27 Januari 2017  


Dengar nama doktor, orang akan teringat picagari. Tetapi doktor tidak hanya memerlukan picagari untuk mengubati orang. Mereka juga perlukan pena. 

Pena bukan untuk menulis MC. Doktor perlukan pena untuk mengubati penyakit yang tidak dapat kita scan; penyakit kejahilan dan hati. 

Penulis buku Pena dan Picagari adalah pengasas @MEDTWEETMY , Dr Khairul Hafidz. Buku ini mengandungi lima bahagian iaitu:

  • Membongkar mitos. #PerangMelawanMitos
  • Ceritera Seorang Doktor
  • Semangat Profesi 
  • Media Sosial
  • Mahasiswa dan Housemanship 

REVIEW


Sangat menarik! Setiap isi kandungan penuh dengan pelajaran baru dan cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kita semua. 

Buku ini dapat menghapuskan banyak mitos mengenai kesihatan. Selain itu, ia turut dapat menyedarkan masyarakat mengenai fakta kesihatan dan mengajak kita untuk membaca dan bertanya kepada pakar kesihatan. Semua ini adalah supaya ilmu yang kita dapat terbukti sahih.

Banyak topik daripada perkara viral yang dibincangkan dan telah membuka mata dan akal fikiran aku setelah membaca bahagian Membongkar Mitos. Tersentuh hati apabila membaca bahagian Ceritera Seorang Doktor. Aku boleh relate juga dengan apa yang diperkatakan oleh penulis dalam bahagian Semangat Profesi membuatkan aku lebih semangat bekerja (walaupun sebenarnya bekerja ikut mood juga). Hihi. 

Ternyata media sosial yang berlainan mempunyai pembaca dan respon yang berlainan. Facebook jangan disamakan dengan Twitter. Lain konsep dan respon yang bakal diterima jika kita berkongsi mengenai sesuatu perkara. Ejaan pun dah lain kan? 😎

Bahagian Mahasiswa dan Housemanship harus dibaca oleh bakal doktor di luar sana. Sangat berkaitan dengan anda semua. Aku baca dan dapat juga memahami betapa penatnya doktor baru yang masih dalam proses belajar. Kerja tanpa henti. 

Di sini, aku berkongsi sedikit mengenai isu atau topik menarik dalam buku ini: 


MEMBONGKAR MITOS

Terlalu banyak mitos yang viral. Biasanya kalau dah viral, orang akan lebih mempercayainya. Itu yang bahaya. Sebab semua mitos yang viral datang daripada sumber yang tidak dipercayai dan tiada bukti sahih.

Antaranya:

Apa beza antara Ubat dan Supplement? 
Ubat adalah untuk tujuan PENGUBATAN manakala Supplement berbentuk PENCEGAHAN. Ubat akan bertindak spesifik ke atas punca penyakit. Yang membuatkan penulis marah apabila ubat berbentuk supplement itu dibesar-besarkan khasiatnya, dikatakan mampu merawat semua penyakit, tanpa mekanisme kerja ubat dan dos yang jelas. Lebih parah apabila dikatakan bahawa ubat itu adalah sunnah nabi. Dagangkan agama. Haih. 



Cakaran Hello Kitty yang dikaitkan dengan senggugut. Ada yang bertanya adakah senggugut itu akibat cakaran iblis? Haha. Aku baca sambil ketawa topik ni. Ada pula orang bertanya soalan begini. Aduhai πŸ™…

Mitos Mandi Malam. "Jangan mandi malam, nanti kena paru-paru berair". Aku pernah dengar orang cakap begini masa zaman universiti dulu. Kawan sebilik aku suka mandi tengah malam hari-hari. Tidak ada kajian yang menunjukkan paru-paru berair terjadi kerana mandi malam. 

Air Tulang Belakang: Mitos Lumpuh. Aku sering dengar mitos ini. Bak kata penulis, prosedur ini adalah selamat dan setakat beliau bekerja, tidak pernah berjumpa pesakit yang datang semula dengan badan lemah dan lumpuh selepas membuat lumbar puncture. 

DNA dan lembu. Susu ibu mempunyai khasiat yang sangat banyak. Secara umumnya, komposisi susu lembu lebih kurang sama seperti susu ibu, tetapi konsentrasinya berbeza sesuai untuk perkembangan anak lembu (masa habis baca ayat ini, aku πŸ˜†). 

Flash Kamera Punca Kebutaan. Cahaya kamera yang dihasilkan oleh kamera adalah diffused light yang tidak berbahaya kepada manusia. Perlu dikaji lagi kes ini sebelum diberi diagnosis sedemikian rupa. Aku ada baca kes ini di Facebook.

Bedung dan Hip Dysplasia. Bedung baby sudah menjadi tabiat dalam masyarakat kita. Cara bedungan yang selamat adalah jangan terlalu ketat sehingga kaki anak lurus dan rapat antara satu sama lain. Loggarkan sedikit bedung supaya kaki bayi boleh sedikit mengangkang dan ada ruang untuk baby bergerak. 

Mitos Haid. Tidak ada kaitan minum air bergas, air kelapa dan air sejuk sewaktu haid penyebab kanser rahim. Tidak ada artikel mengenai cuci rambut sewaktu haid penyebab sakit kepala. Huh. Aku percaya tau fakta yang dikatakan penyebab kanser rahim. Huhu. 

Kesalahan Penggunaan Alatan Perubatan dalam Drama & Filem. Haha. Topik ni kelakar. Alangkah bagusnya jika pihak penerbit dan pengarah bekerjasama dengan doktor agar kejadian ini tidak berulang. Nampak bijak sikit masa babak pesakit atas katil.

Banyak lagi mitos dalam buku ini dan semuanya pelajaran baru buat aku. Silalah baca buku ini untuk mengetahui kisah mitos yang lain ye πŸ˜„


CERITERA SEORANG DOKTOR

Ohhh bahagian ini membuatkan aku tersentuh, sedih, dan muhasabah diri. 

Nilai Kehidupan. "Adik, baby dah ikut abang ke syurga, dik". Baca ayat ini saja sudah cukup buat aku 😒

Kasih Ibu. "Sangat saya kagum dengan ibunya. Walaupun tahu anak adalah penghidap HIV, dipersetankan semua itu"

Anak Syurga. Kisah seorang adik perempuan didiagnosis autism dan mula terlihat gejalanya sejak berumur tiga tahun. Anak yang pada mulanya sama seperti kanak-kanak lain. "Tidak apa, doktor. Kami reda, yang penting anak kami sihat. Itu pun sudah cukup buat kami bahagia". 😒

Kisah Nenek. "Nek, kenapa tak nak cuci darah?""Susah doktor." Realiti masyarakat. Kadangkala kesulitan hidup menyebabkan orang tidak mahu menerima rawatan walaupun tahu rawatan itu boleh menyelamatkan. "Takpelah doktor, biarlah nenek berkorban". 😒

Kematian bukan perkara yang boleh dipertontonkan kepada umum. Jadi tolonglah berhenti ambil gambar dan share gambar orang kemalangan yang mengakibatkan kematian di media sosial atau di group Whatsapp. Bayangkan kalau gambar itu adalah gambar ibu bapa atau ahli keluarga kita, apa yang kita rasa? Tak perlu nak jadi orang pertama sebarkan isu semasa. Nak tahu isu semasa? Baca surat khabar dan tengok berita. 

Syurga Anak Terletak di Bawah Telapak Kaki Ibu. "Doktor, ada nampak anak mak cik?". Sedih bila baca kisah ini. Kisah seorang mak cik yang masuk wad dan tidak ada yang menjaganya. Alasan sibuk dan ada tanggungan menyebabkan ibu dibiarkan keseorangan. Huhu. Sedihnya. Tidak perlu membalas kesalahan ayah ibu kita pada waktu mereka tua. Hargai jasa mereka. 

Saka. Kisah seorang suami yang menegaskan bahawa sakit isterinya ada kaitan dengan saka, bukan kerana denggi. Kedegilan suami yang buta untuk melihat isteri yang semakin tenat. Aku marah sungguh orang yang lebih percaya kepada perkara sebegitu sehingga menolak cara lain. 


________________________________________________________________________

Terlalu banyak pelajaran, pengajaran, dan input bagus yang aku dapat dalam buku ini. Aku hanya berkongsi beberapa highlights saja dalam review ini. Selebihnya, korang boleh baca sendiri ye.

Semestinya buku ini harus dimiliki dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Serius aku cakap ni. Bukan main-main tau. Satu kepuasan apabila aku selesai membaca buku ini dan aku harap korang juga turut dapat merasakan kepuasan itu. 

Kepada pelajar yang baru dapat kad debit pelajar 2017, boleh masukkan buku ini sebagai salah satu buku yang perlu dibeli. Worth it! πŸ‘ 

Rating: 5 / 5 bintang


Sehebat ilmu manusia, tiada yang dapat melawan kuasa yang Esa,

Doktor juga sama manusia. Doktor bukan Tuhan.


Happy reading, dearest 😊
BUKU PENA DAN PICAGARI BY DR KHAIRUL HAFIDZ
Maaf atas kelewatan untuk review buku Pena dan Picagari. Berjaya juga siapkan selepas dua minggu 😊 Buku Pena dan Picagari adalah buku...
March 08, 2017
(74) Comments



Mac 2017 menyaksikan banyak filem yang menarik perhatian aku untuk ke pawagam. Aduh, bertambah habis duit nampaknya. Kalau tak sempat tengok di pawagam, aku tunggu di Astro Best atau Astro First. Nak tengok jugak! Hihi. 

Jom baca senarai filem yang telah dan bakal ditayangkan di Malaysia dalam bulan Mac 2017. Ini adalah senarai filem yang aku berkeinginan untuk tonton saja. Bukan senarai penuh semua filem yang bakal ditayangkan dalam bulan March ini ye ☺


1) J REVOLUSI 



Filem ini mula ditayangkan pada 2 Mac 2017 dan masih ditayangkan di kebanyakan pawagam di Malaysia. Ini adalah salah satu filem Melayu terbaik yang aku tonton. Penuh dengan aksi dan tidak banyak kisah percintaan yang cliche. Kepada yang inginkan kelainan atau meminati abang sado, hihi, bolehlah menonton filem ini. 

Boleh baca review aku mengenai filem J REVOLUSI dalam >>> ENTRI INI.


2) ADIWIRA KU


Filem ini bakal ditayangkan pada 9 Mac 2017. Esok weii! Aku tahu mengenai filem ini lepas aku skrol senarai filem di laman web MBO Cinema.

Sinopsis:
Based on true story, mengenai kegigihan dan kejayaan cikgu untuk mendidik anak murid di sebuah sekolah luar bandar iaitu SMK Pinang Tunggal di Sg Petani. Kisah guru dan anak muridnya yang berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun mengetahui peluang mereka terlalu tipis untuk menang. 

Why I want to watch it: 
Because of choral speaking! Ohh I miss choral speaking! Dulu masa sekolah (Tingkatan 4 & 5), choral speaking adalah salah satu aktiviti yang aku sertai. Best!! Suka betul dengan choral speaking. Excited bila ber-choral speaking dan kononnya bangga sebab wakil sekolah ke pertandingan choral speaking. Peringkat sekolah je pun. Haha. Kami kalah dua tahun berturut, dapat tempat ke-4 bak kata cikgu. But at least we have tried our best ^_^ 

Rindunya!! Itulah sebab utama kenapa aku nak tengok filem Adiwiraku ✌


3) BEAUTY AND THE BEAST 


Sinopsis (copy from Wikipedia): 
Belle is a young woman who is taken prisoner by a Beast in his castle in exchange for the freedom of her father Maurice. Despite her fears, she befriends the castle's enchanted staff and she learns to look beyond the Beast's exterior to recognize the true heart and soul of the human Prince within. Meanwhile, a hunter named Gastin is on the loose to take Belle for himself and later intends to hunt down the Beast at any cost. 

Why I want to watch it: 
Aku suka sangat kisah fantasi. Beauty and the Beast, Sleeping Beauty, Cinderella. Eh semua yang fantasi. Suka berangan ke maknanya? Hihi. Dari kecil sudah disogok dengan cerita begini. Bila ada filem live action, semestinya aku nak pergi tengok :D 

Selain itu, aku suka sebab filem ini adalah filem muzikal. Ada lagu dan mungkin tarian? Yeayyy! Love love love. Hihi. Dan one more reason, I want to watch Emma Watson. Ahhh dia cantik! Kenal sejak Harry Potter film series. Gaya aku cakap kenal macam rapat je dengan si Emma ni. Haha. 

16 Mac 2017! Don't miss it ^_^


4) POWER RANGERS (2017 MOVIE) 



Sinopsis (copy from Wikipedia): 
Five teens with attitude are inexplicably brought together by coincidence or destiny to become the newest generation in a line of warriors known as Power Rangers. The world rests in their hands from an alien threat. They are the only ones who can save the planet. But to do so, they will have to overcome their real-life issues. 

Why I want to watch it: 
Weii Power Rangers!! Siapa tak kenal angkat tangan? Siapa yang angkat tangan tu? Eh biar betul ada yang tak kenal. Siapa yang lahir era tahun 80-an dan awal 90-an mesti kenal Power Rangers. Seiring sejalan dengan Sailor Moon (nyanyi lagu tema please :p) dan Dragon Ball. Haha. 

Bila tengok iklan Power Rangers masa tengok wayang, aku dan suami, masing-masing excited nak tengok. Hihi. Harap best lah filemnya. Hii. 

23 Mac 2017! Don't miss it ^_^


5) LIFE 


Tarikh filem ini ditayangkan adalah sama dengan Power Rangers (2017 Movie). Aduh, minggu sama pulak dah. 

Sinopsis (copy from Wikipedia): 
Life tells the story of the six-member crew of the International Space Station performs a successful capture of a space probe returning from Mars with a sample inside. The crew is tasked with studying the sample, which may be the first proof of extraterrestrial life. However, the study eventually backfires as the organism gains intelligence. Trapped aboard the ISS with the rapidly-growing organism. The crew must find out how to kill it before it manages to escape and decimate Earth. 

Why I want to watch it: 
Aku suka cerita yang mengisahkan akan kehidupan astronaut. Aku kagum dengan dorang. Boleh hidup kat sana dalam jangka masa yang lama. Walaupun ini semua fiksyen dan dorang berlakon dalam studio je kan? Tapi aku tetap suka tengok cerita camni. 

Cita-cita aku dulu nak jadi angkasawan wanita pertama Malaysia. Tapi terkubur cita-cita itu. Hahaha. (Siapa tahu ayat ini daripada dialog dalam telemovie bertajuk apa? :D)

23 Mac 2017! Don't miss it ^_^  


6) COLLIDE


Filem ini mungkin masih ditayangkan di pawagam. 

Sinopsis (copy from Wikipedia): 
To pay for this girlfriend's medical emergency while abroad, a desperate man hatches a scheme to pull off a drug heist for an eccentric gangster. After a failed attempt, he must now race across Europe and against time to save the life of the woman he loves.

Why I want to watch it: 
Aku tertarik dengan ayat "How Far Would You Go For The One You Love?". Membuatkan aku bertanya kepada diri sendiri akan soalan itu. Hmm. Aku rasa filem ni cliche. Mesti hero buat kerja jahat untuk dapatkan duit. Kalau buat kerja baik, biasanya tak jadi filem. Muahaha. Tapi bolehlah nak layan jugak ^_^ 


Ada senarai filem di atas yang korang nak tengok jugak? ^_^

6 MUST WATCH MOVIES IN MARCH 2017
Mac 2017 menyaksikan banyak filem yang menarik perhatian aku untuk ke pawagam. Aduh, bertambah habis duit nampaknya. Kalau tak sempat...
March 04, 2017
(91) Comments
Aku teruja untuk menonton filem ini selepas tengok official trailer filem J Revolusi yang nampak menarik. Terus cakap pada encik suami dan pagi tadi kami pergi menonton filem ini. 

Sesungguhnya kami berdua adalah pengemar tegar filem Melayu. Support industri filem tempatan bak kata encik suami. Hihi. 




Filem ini memaparkan kisah kehidupan anggota Unit Tindak Khas (UTK). UTK merupakan pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). UTK adalah salah satu unit yang bergabung dengan Batalion 69 Komando (VAT69) dan membentuk Pasukan Gerakan Khas (PGK) untuk PDRM. PGK dilatih khas untuk menangani segala ancaman dan keganasan di Malaysia. 


SINOPSIS 


Jay Zulkarnain atau Judo (Zul Ariffin) adalah seorang ketua pegawai Unit Tindak Khas (UTK) yang sangat hebat dan tidak pernah gagal dalam 53 misi. 

Jay mempunyai seorang adik bernama Dian (Fazura) yang menjadi seorang ejen penyamaran dalam kumpulan untuk menghasilkan satu virus. Konflik terjadi apabila Dian cuba menyelamatkan rakan sekerja yang berada dalam ancaman daripada penjenayah, si pembeli virus, Andra (Farid Kamil). 

Dian diculik oleh penjenayah itu. Dalam misi menyelamatkan Dian, Jay terperangkap dan dituduh bersubahat dengan penjenayah,

Jay mencari jalan sendiri untuk menyelamatkan Dian daripada Andra dan dia dibantu oleh Skodeng (Azad Jazmin) dan Eddie (Izara Aishah). 


REVIEW 


Tepuk tangan!! Yeayy! Sekali lagi, ini adalah filem Melayu yang tidak mengecewakan. Aku puas hati selepas menonton filem ini. Serius best! 

Filem yang menyebabkan aku berfikir bahawa tidak mengapa jika hidup kita tidak sempurna setiap masa. Seperti watak Jay yang begitu sempurna dengan misi yang dijalankan dan berakhir dengan kegagalan dalam misi ini. 

Filem ini penuh dengan aksi yang mendebarkan. Seawal 15 minit pertama, sudah dihidangkan dengan aksi mantap mereka. Membuatkan aku agak pening pada mulanya. Sebab biasanya di awal cerita baru nak pengenalan. Relax dulu. Tapi dalam filem ni, terus pergi misi je haa. 

Namun begitu, aku suka akan aksi yang dipaparkan. Dan lagi bertambah suka apabila semua aksi tersebut termasuk aksi di atas platform dilakukan sendiri oleh pelakon Zul Ariffin dan Farid Kamil. Terbaik! πŸ‘


Selepas menonton filem ini, aku baru tahu akan kewujudan Unit Tindak Khas dan kerja mereka. Bukan mudah tau kerja dalam UTK. Harus kuat mental dan fizikal. Fuhh! 

Credit photo here


Aku teruja beb setiap kali tengok filem aksi mengenai anggota keselamatan negara. Dalam filem ini, dapat dilihat jelas akan kerja sebenar UTK. Teruja tambah lagi bila tengok kenderaan armor PDRM yang digunakan oleh UTK. 

UTK ini wujud untuk memastikan kita semua hidup dalam keadaan aman damai di Malaysia. Kita tak tahu mereka wujud dan hidup senang lenang je. Terima kasih untuk UTK dan juga untuk semua anggota keselamatan negara kerana memastikan negara kita selamat πŸ’ͺ

Aku menitiskan airmata dalam filem ini. Tersentuh benar hati ini melihat adegan adik-beradik. Korang mesti pelik kan apabila filem aksi mampu menitiskan air mata. Hati aku mudah tersentuh jika ada isu keluarga dan kasih sayang 😒 


LAKONAN MANTAP

Pemilihan Zul Ariffin sebagai ketua UTK adalah sangat tepat. Abang sado yang lagi bagus berlakon cerita aksi begini daripada cerita romantik. Hii. Iedil Putra. Fuh watak dia antagonis dalam filem ni. Sakit hati tengok dia. Psycho! Aku ingatkan dia adalah dalang tapi rupanya tidak. Farid Kamil turut melakonkan watak dengan baik. Menyampah betul tengok dia. Watak jahat. 

Lakonan Izara Aishah mantap weii! Merecik πŸ’¦ Fazura pula rasanya pertama kali dia tidak membawa watak seorang wanita lembut. Menjadi juga Fazura bawa watak lain daripada lain. 

Azad Jazmin yang melakonkan watak sebagai Skodeng adalah seorang yang kelakar. Asal ada muncul je watak Skodeng, confirm adegan jadi lawak. Aku tak berapa suka lakonan Azad dahulu sebab bagi aku dia kelihatan over, tapi dalam filem ni, aku suka watak dia. Kelakar!


PELIK 

Kenapa pelik pula? Sesiapa yang sudah menonton filem ini pasti tahu apa yang aku cuba sampaikan. Bahagian pelik dalam filem ini adalah apabila babak Jay melutut di hadapan Dian, dari hari siang, tiba-tiba bertukar malam. Aku jadi pelik di situ. 

Agaknya pihak produksi siapkan juga adegan itu pada hari yang sama walaupun hari sudah malam. Atau, aku fikir mungkin pada mula adegan itu terjadi, hari dah hampir malam lalu cerita berlarutan membawa hingga ke malam hari. Mungkin begitulah. Hihi. 


Kesimpulannya, filem ini wajar ditonton oleh rakyat Malaysia. Mari sama-sama pergi menonton dan mungkin dengan sokongan rakyat Malaysia, filem ini mampu mengutip kutipan "box office". 

Tidak perlu samakan filem ini dengan filem Polis Evo. Sesungguhnya, dua filem ini sangat berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri. 

RATING: 4.5 / 5 bintang.

Selamat menonton ^_^

#SupportIndustriFilemTempatan


"SEKALI MELANGKAH, TAKKAN BERUNDUR"

REVIEW FILEM | J REVOLUSI
Aku teruja untuk menonton filem ini selepas tengok official trailer filem J Revolusi yang nampak menarik. Terus cakap pada encik suami dan ...
March 03, 2017
(68) Comments
Sejak January 2017, aku adakan series blog about haul pula. 

Sebagai peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Kata nak berjimat tapi simpan niat tak habis-habis. Haih. 

Apa pun, aku suka akan semua barang yang aku beli. Kalau tak suka, tidaklah beli. Betul tak? 

Apa aku beli dalam bulan Februari 2017? Mari aku cerita ek πŸ˜‰



Grey World Map Duck Scarf

Aku suka semua warna dalam World Map Duck Scarves (Pink, Grey, Lilac, dan Vintage). Semua cantik! Tapi aku beli satu saja dan pilihan aku adalah warna kelabu kerana warna ini sesuai dipakai dengan apa saja warna baju. Nak beli semua warna, memang tak lah kan. 


Cantik! 😍 Aku suka warna dan material World Map Duck Scarf - high quality satin silk. Tak licin sangat. Just nice. One more Duck Scarf added to my collection. Happy! Kalau tak nak, boleh jual balik. Itu yang aku sentiasa fikir kalau beli Duck Scarves. Hihi. 


Books

Aku beli empat buah buku dalam bulan ini. Dan paling aku suka apabila aku sudah habis baca dua buah buku iaitu:
  • My Not So Perfect Life by Sophie Kinsella
  • Pena & Picagari by Dr. Khairul Hafidz
Both buku best! Novel Sophie Kinsella kelakar dan aku suka jalan ceritanya. Sophie Kinsella tak pernah mengecewakan aku! Pertama kali aku baca buku daripada Dr Khairul Hafidz, seorang doktor yang aktif di laman sosial Twitter. Banyak input yang aku dapat daripada buku beliau. Akan aku siapkan review buku dalam bulan Mac. Insyallah. 

Aku baru saja beli novel Heartless dan ACOTAR pada hari Ahad lepas. Tergerak hati nak baca selepas baca review daripada Fatina dan Eyqa. Sekarang aku sedang baca Heartless.


Pastel Marble Phone Case

Aku beli empat phone case dan ada aku cerita mengenainya dalam ENTRI INI. Feel happy to read if you are thinking of changing phone case 😊



Charles & Keith Wallet

Dah berada dalam lingkungan umur 30-an menyebabkan aku rasa nak guna wallet original. Hihi. Selama ini aku beli wallet yang murah je. Beli di Uptown, Giant, atau mana-mana kiosk yang ada. First time spend more on wallet. Kelakar nanye nak beli wallet harga ratusan, takut nanti isinya tidak ratusan. Wallet tak penting, yang penting isinya. Betul tak? 😏 Tapi takpelah. Merasa pakai sekali pun jadilah. 



Sephora

Haha. Ini lagi kelakar. Aku tak suka mekap dan masuk Sephora. Serius blur jadinya.  Masuk Sephora Sabtu lepas semasa keluar bersama #gengmakan dan pertama kali sangkut beli barang mekap atas nasihat daripada pakar mekap, Hanis. Hahaha. Hanis pandai mekap dan pandai juga mekapkan orang. Hanis kata, "umur dah 30-an ni, berjinaklah dengan mekap. Tak nampak pucat sangat muka tu". Baik Hanis! Hihi. 


Aku beli blusher NYX dan lip balm Sephora je. Berkenan sunguh dengan Shadow Palettes dan Stay All Day Lipstick by STILA tapi apakan daya, mahal weii! Yakin satu pembaziran kalau beli. Bukan guna sangat pun. 

Sebagai beginner, biarlah aku beli yang murah saja. Lagipun aku jarang pakai eyeshadow. Cukup dengan compact powder dan lipstick. Ohh sekarang tambah satu lagi dalam list iaitu blusher NYX. Hihi. 

That's all ☺

So,

What have you bought in February 2017? 


FEBRUARY 2017 HAUL
Sejak January 2017 , aku adakan series blog about haul pula.  Sebagai peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Kata nak berjimat tapi...