November 08, 2017

TRAVELOKA FLIGHT CAMPAIGN - MAKE 11.11 FLY!!




Sekejap masa berlalu. Sekarang dah bulan November. Dan apabila tiba hujung tahun, semestinya anak-anak yang paling gembira sebab cuti sekolah!! Yeayy!! Ibu bapa pun tumpang gembira juga sebab cuti sekolah adalah masa yang paling tepat untuk merangka percutian keluarga.

Sesekali bercuti apa salahnya. Kita bukan saja dapat melihat tempat orang malah boleh merapatkan hubungan keluarga. Itu yang paling penting sekali.

Aku bercadang juga untuk bercuti di hujung tahun ini (walaupun tiada anak sekolah, hihi). Tapi masih tidak tahu destinasi. Mungkin hanya pergi yang dekat saja kot. Kalau jadilah percutian itu. Sebabnya aku ni jenis yang percutian secara mengejut. Kalau dengan suami, tak boleh nak plan sangat. Ada juga yang cancel last minute (aku dah biasa). Tapi dengan kawan-kawan, boleh dipertimbangkan. Hihi.

Bila kita travel dalam negara, kadang-kadang kita malas nak memandu. Betul tak? Terutama kalau perjalanan yang agak jauh seperti dari Shah Alam ke Kedah, Penang, Kelantan, Johor Bahru, atau Terengganu.

Dah nama pun bercuti kan, nak jugak rasa betul bercuti dengan tidak perlu memandu. Aku serius malas memandu. Pergi kerja je rajin memandu. Eh, itu bukan kes rajin. Itu kes terpaksa. Haha

Bila bercerita mengenai percutian, pasti dalam fikiran kita sudah bercabang dengan laman web dan aplikasi pelancongan yang ada dan salah satunya pasti Traveloka. Tidak perlu diperkenalkan lagi dengan Traveloka. Semua orang tahu terutama mereka yang selalu bercuti. Kan? Kan?


Hari ni, aku ada berita baik nak kongsi dengan korang. Traveloka bakal melancarkan kempen promosi tiket penerbangan yang diberi nama MAKE 11.11 FLY!  Ada pelbagai destinasi yang akan dipromosi secara menyeluruh dan semestinya harga murah yang ditawarkan. Tak sabar nak tahu harga!!

Kenapa 11.11? Tarikh 11.11 cukup sinonim dengan kempen promosi jualan hebat secara besar-besaran dan sudah pasti Traveloka turut mengambil bahagian.





Kempen ini bakal berlangsung selama tiga hari iaitu pada 10, 11, dan 12 November 2017. Masa tiga hari yang diberi sangat cukup untuk kita berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan mengenai destinasi pilihan akhir tahun ini atau tahun 2018. 

Tiket penerbangan memang mahal dan kita sebagai penguna perlu bijak dalam memilih dan membeli tiket penerbangan semasa kempen sedang dijalankan. Harga jauh lebih murah jika beli tiket penerbangan semasa kempen promosi berlangsung.  

Kita nak bercuti tapi duit pun tidaklah banyak sangat, ye tak? Tak tahulah bagi korang. Tapi untuk aku, inilah realiti. Hihi. Makanya, kita mesti menggunakan peluang kempen promosi ini dengan sebaiknya. 

Duit lebih yang kita mahu gunakan untuk beli tiket, boleh digunakan untuk tempat penginapan, makanan, atau paling best lagi, untuk shopping! Haha. Berbaloi kan? :D


Muat Turun Aplikasi Traveloka di Telefon Pintar 

Sekarang, semua hanya di hujung jari dan di mana saja. Tak perlu nak menghadap laptop untuk tempah tiket penerbangan atau tempat penginapan.

Korang boleh download aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel di telefon pintar masing-masing. Ini semua untuk memudahkan korang mendapatkan info terkini mengenai Traveloka. Paling penting, korang lebih mudah untuk membuat tempahan dengan menggunakan aplikasi Traveloka.

Dan kalau korang nak tahu juga, tempahan melalui aplikasi Traveloka lagi banyak diskaun tau!


Kelebihan menempah melalui Aplikasi Traveloka

1. Perbandingan Harga - Aku paling suka bab ini. Perbandingan harga untuk pelbagai syarikat penerbangan dan tempat penginapan. Boleh ikut selera dan kewangan kita. Dari mewah kepada sederhana dan murah. Kalau aku, asalkan tempat penginapan selesa, bersih, dan saiz sesuai untuk semua (maksudnya ada tempat untuk solat) dah cukup memadai. Kita pun pergi bercuti. Keselesaan itu penting. Kalau dapat tempat penginapan yang selesa dan murah, lagi berganda keseronokan. Hihi.

2. Harga Jujur dan Tepat - Harga di Traveloka adalah inclusive of all taxes and surcharges. Maknanya harga yang perlu korang bayar adalah harga yang dipaparkan. Tiada caj lain yang membuatkan korang terkejut semasa hendak membuat bayaran. Bab harga ini sangat dititikberatkan. Semak juga kalau nak menempah di laman web yang tidak termasuk semua caj yang ada. Pada mulanya, harga murah. Tapi lepas dah tambah segala caj yang ada, terus jadi mahal. Dan terus terbantut hasrat nak menempah. 

3. Pelbagai cara transaksi bayaran - Cara pembayaran sangat mudah. Ada pelbagai saluran pembayaran seperti kad kredit, kad debit, perbankan internet, Paypal dan lain-lain. Korang pilih je mana yang korang nak. Memudahkan kita sebagai penguna. 

Destinasi Pilihan

Semestinya jika diberi peluang, aku nak ke Korea tahun depan. Banyak tempat untuk dilawati di Korea. Nak pergi lagi untuk explore tempat lain pula. Inilah padahnya kalau suka sangat tengok drama Korea. Nampak Korea je sebagai destinasi pelancongan 😉

Insyallah. Semoga ada rezeki untuk aku ke Korea lagi. Amin. 

Kalau dalam negara, aku berkenan sungguh nak pergi Sabah. Nak pergi pulau-pulau yang cantik di Sabah dan Kundasang. Bertahun-tahun dah plan nak ke sana tapi masih tak menjadi. Moga ada rezeki juga ke sana nanti. 




Korang pula nak bercuti di mana? Dah ada destinasi pilihan? Kalau ada sesiapa yang tak tahu nak bercuti di mana, korang boleh melayari juga laman web Traveloka. Traveloka ini sangat memudahkan tau. Bukan saja untuk menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan, korang boleh juga tengok senarai tempat menarik yang ada di Malaysia dan luar negara.

Bila dah tengok, ada yang berkenan di hati, boleh terus tempah. Tak perlu tunggu lama :D

Satu lagi, korang pun boleh subscribe email Traveloka. Bagusnya subscribe email Traveloka sebab korang akan menjadi antara insan pertama yang tahu akan kewujudan mana-mana promosi yang bakal dilancarkan oleh Traveloka. Bila dah tahu ada promosi, senang nak buat aktiviti seterusnya. Aktiviti apa? Tempah tiket dan hotel lah. Hihi.


Traveloka Flight Campaign - Make 11.11 Fly 

Diingatkan sekali lagi, kempen ini bukan berlangsung sekarang tau. Kempen ini bakal berlangsung pada 10, 11, dan 12 November 2017 iaitu selama tiga hari. Syarat untuk menempah tiket penerbangan melalui kempen ini adalah:

  • Minimum 2 pax  (include return)
  • Travel anywhere
Tiga hari tau sales ini akan berlangsung. Korang jangan lambat sangat pulak tempah. Bukan apa, takut nanti tiket penerbangan dah habis dijual. Menangis kat bucu katil nanti. Hihi.

Dengan adanya Traveloka, semua orang boleh bercuti dengan menaiki flight. Sebab harga yang ditawarkan berpatutan dan mampu untuk kita semua.

Ingat bercuti, Ingat Traveloka! Pastikan korang tidak melepaskan peluang untuk menggunakan kempen promosi tiket penerbangan Make 11.11 Fly. Lagi dua hari je akan berlangsung! 

Jom terbang bersama Traveloka!! 


Dah siap bagi link promo di atas. Nanti pada 10 November 2017, korang klik saja link itu ye.

Lupakan laman web yang lain. Terus terjah Traveloka. Ohh yeayyy! 😄

Selamat bercuti semua ^_^

7 comments:

  1. Waaahhh!!! bestnyaa! tpi tahun ni xdapat lagi, tahun depan baru dapat bercuti.
    Tempat destinasi dah ada, tunggu masa dan duit je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom plan untuk tahun depan. Siqah pun dah ada destinasi, cuma tunggu masa dan duit jugaklah. Hihi. :D

      Delete
  2. bestnya kalau dapat pergi bercuti...

    ReplyDelete
  3. Sempat lagi nak usha2 traveloka ni. Thanks sharing ni siqah

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。