November 07, 2017

THE PARQUE CAFE : A GLASSHOUSE CAFE at ECO SANCTUARY




Mengambil masa seminggu untuk post entri mengenai kafe ini. Punyalah bagi hint dalam entri Happy 31st Birthday, To Me~~!! sebab ingatkan aku terus semangat nak post entri kafe sehari selepas itu. Muncul lagi blogging slump. Haha. 

The Parque Cafe terletak di EcoWorld Gallery at Eco Sanctuary (near to Kota Kemuning Shah Alam). Jauh nak pergi sini. 

Konsep glasshouse kafe ini menjadi punca utama aku nak sangat ke sini. Aku memang suka pergi kafe tambah lagi yang cantik-cantik jadinya mengambil peluang sempena birthday untuk minta suami bawa aku ke sini. Hihi. 

Setelah dikaji, haha, rupanya glasshouse cafe ini diinspirasi daripada Jay Chou music video bertajuk Handwritten Past. Tak memasal jugaklah aku tengok music video Jay Chou, memang sebijik weii kafenya! Boleh tahan jugaklah lagu tu nanye. Lagu jiwang yang popular sekitar tahun 2014. Dah like video lagu ini di Youtube. Hehe. 


Glasshouse Cafe
Ada dua glasshouse di sini. Surprisingly, masa aku pergi sini, hanya aku dan suami saja. Lepas tu, barulah ada customer lain. Jadi tiada masalah untuk duduk di mana saja kami nak. 

You can't park inside the premise. You can park at the car park located opposite, then wait for a buggy car to pick you and send you straight to The Parque Cafe. Ada beberapa buggy car dan servis mereka pun bagus. Mereka akan tunggu korang di parking lot dan bawa korang ke kafe. 

Kalau nak jalan kaki pun boleh. Tidaklah jauh sangat jaraknya. Cuma cuaca panas terik ketika aku datang menyebabkan aku naik je buggy car. Seronok! Bukan selalu dapat naik pun. Hihi. 


You love to make coffee. I love to drink coffee. Perfect <3

Konsep kafe simple dan cantik. Hanya ada empat meja di main glasshouse dan tak tahu jumlah meja dalam another glasshouse. Pendek kata sikit saja mejanya. Disebabkan glasshouse kan, jadi sila duduk di tempat yang terlindung dari sinaran matahari. Siapa cepat dia dapat :D








Spaghetti and Iced Latte 
Aku hanya makan spageti dan latte saja di sini. Bagi aku, both sedap. Takdelah sedap wow sangat, cuma bolehlah untuk bagi aku kenyang. Bila latte tidak memerlukan aku untuk add on syrup, maknanya sedap.

Nak makan kek tapi baru je makan kek di Subang Parade sebelum datang ke sini. Tidaklah nak makan kek lagi. Nampak macam sedap je kek di sini. 

Selepas makan, sesi pengambaran pun bermula :D





Minta tolong customer lain untuk ambilkan gambar kami. Tolong-menolong ambil gambar :)

Dinding di tepi kafe

Ala gazebo yang besar dan cantik



I'm not ready yet. Candid lah nie namanya :D 

Kalau korang rasa boring duduk lama di kafe, korang boleh jalan-jalan ambil gambar dan boleh juga visit show houses yang ada di sini (belakang dalam gambar di atas). Sebelum tu, korang kena daftar dulu di pejabat Eco Sanctuary (terletak di kawasan ini juga) dan baru boleh visit show houses. 

Aku dan suami malas nak daftar. Jadi, hanya jalan-jalan di luar rumah saja. Tidak dibenarkan ambil gambar di luar rumah ye. Nak juga curi ambil gambar tapi ada saja pak guard di situ. Kacau betul. Haha.

Luas, cantik, dan panas ^_^

Di luar pintu masuk ke The Parque Cafe



Overall, The Parque Cafe adalah satu glasshouse kafe yang mempunyai konsep dan persekitaran yang menarik. Sesuai dikunjungi oleh cafe lover, like me πŸ™‹πŸ˜Š

Kalau korang ada masa terluang, sila lah singgah sini :D

Details:
The Parque Cafe,
Eco Sanctuary, EcoWorld Gallery,
Lot 41296 Persiaran Eco Sanctuary,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor. 
Opening Hours: 10AM - 10 PM daily
(Waze saja, confirm sampai)

Siapa pengemar kopi dan kafe? Sila angkat tangan tinggi-tinggi 😁

Write later,

38 comments:

  1. cantiknya cafe ni, Siqah!!
    Spaghetti buat Fatina rasa lapar pulak hehe :D

    Fatina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan kafe ni! Siqah suka! Hihi.
      Dah dinner ke tu? Dinner spageti? :D

      Delete
  2. Cantiknyaa tempat ni, memang sesuai sangat nak dating sambut special day kan.

    tapi harga okay tak? =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sesuai untuk dating sambut special day :)
      Harganya Siqah rasa standard prize untuk kafe. Harga spageti dan latte antara RM30-RM35, kalau tak silap. Standard lah kan? Hihi. Tak ingat harga sebenar. Gambar menu pun lupa ambik. Ampun.

      Delete
  3. memang cantik suasananya..romantik pula tu
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai untuk pasangan dan lepak bersama kawan-kawan. Ambil gambar paling penting :D

      Delete
  4. Lawanya kamera.. Pakai kamera apa ni?

    ReplyDelete
  5. fotogenik sangat akak ni kan kalau bergambar tu tak pernah tak lawa lah eeee geram je.Rasanya ira banyak tatap gambar dari titi setiap penulisan hahaha. Idol ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang lawa Ira. Akak model tak jadi je kat situ. Haha. Tatap gambar pun boleh. Penat tau jadi model. Haha :p

      Delete
  6. Cantiknya. Aman je rasa sebab tak ramai orang kan. Kalau ada rezeki, boleh la pergi. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Shea. Tak ramai orang kat sini. Mungkin sebab tempat ni tak popular lagi atau jauh nak pergi. memang masuk ke dalam tempatnya. Ada rezeki nanti, Shea pergi ye :)

      Delete
  7. wow. memang eco habis lerr. dia punya interior tu superb sebab calm. kat luar green je (nama lagi eco ye dak :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tahu takpe. Dah nama eco. Banyak tumbuhan hijau di sini. Itu yang buat lagi cantik kan :)

      Delete
  8. lawanya tempat ni. kenapa akk tak pernah tahu heheh. nanti nak jenjalan gak la dengan family kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa tempat ni kak. Sesuai bergambar. Lepak kafe tu biasalah kan. Hii. Nanti boleh jalan2 dengan family ye :)

      Delete
  9. wahhh cantik betul glasshouse dan kawasan tu.
    gambar pun cantik2. memang syok la bergambar kat kawasan camnie kan :D

    mesti mahal kan harga makanan kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah sampai tempat cantik, rasa kena jugak ambik gambar kan. Hihi :D Kafe cantik dan tempat persekitaran pun lawa jugak.

      Harga makanan bagi Siqah standard harga kafe. Both spageti dan latte antara RM30-35. Tak ingat harga sebenar. Lupa ambik gambar menu. Ampun :D

      Delete
  10. Omg cantiknya... Minggu depan saya p kl. tapi kalo ada nak jenguk kat shah alam. adik tinggal sana. Nampak pic ni macam menarik nak p..tapi pun kalau terjumpa tempat ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome to KL dan Shah Alam! hihi. Boleh waze je The Parque Cafe dan follow je waze. confirm sampai. Percayalah pada waze walau dia bawak ke jalan yang tak siap. Hihi.

      Delete
  11. Memang unik konsep cafe nya Siqa . dah macam kat luar negara dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Fefeeling lah kat luar negara walau kat dalam negara je. Hihi :D

      Delete
  12. MasyaAllah lawa sangat kafe ni. Eksklusifnya. Sesuai sangat untuk celebrate special2 macam birthday hubby/wifey macam Siqah ni. Ingatkan kecik tu je kafenya, tengok2 keliling punya luas. Bersih dan kemas je semuanya. Fall in love at the first sight dah ni. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa dan exclusive kan <3 Boleh juga celebrate special day kat sini, book another glasshouse tu. Tempat ambil gambar pun dah ada. Sini temanya eco. Mencapai piawaian tema econya ye dak :D Ada masa nanti boleh singgah sini Ain <3

      Delete
  13. Macam nice jugak cafe ni tapi nun jauh di Kota Kemuning. Hahah! Nanti lah bebila ke sana boleh singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kann!! Jauh weii kafe ni nanye. Setahun sekali je agaknya pergi ni. Hihi.

      Delete
  14. cantik tempat ni. okay ni kalau nak dating sini

    ReplyDelete
  15. πŸ™‹πŸ½ saya penggemar kopi (angkat tangan laju2)
    cantiknya tempat ni. inshaAllah akan ke sini untuk merasa kopinya dan menikmati pemandangan ni. :)
    thanks for sharing this place

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy!! Sep sikit for pengemar kopi :D
      Ada masa nanti datanglah sini okay. Kopi dan makanan standard je rasanya, hihi, tapi pemandangan dan konsep kafe, win lah :D
      Happy to share :)

      Delete
  16. Cantik tempat ni... hmmm pic yg diambik pun cantik... mena serbu ni cafe... rindu nak minum coffee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serbu lah nanti kafe ni. Boleh minum kopi dan ambil gambar jugak. Ambil gambar yang utama sebenarnya. Hehe.

      Delete
  17. Sejak tengok gambar ni dekat Instagram Siqah, memang tak sabar nak baca post pasal tempat ni. Thanks for sharing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure to share, Farah :) Lambat Siqah post blog post. Hii.

      Delete
  18. Sayaaaa penggemar kopi!!!
    Cantikkk sangattt cafe ni. Tp jauhhh nak pergi.
    Area tmpt cafe tu pun cantik.syokkknya leh bergambar sakan kat sni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Nanti bolehlah kita meet up minum kopi :D
      Haah Reen, jauh kan dari Reen. Takpelah mana tahu ada rezeki nanti tetiba Reen sampai area sini, boleh singgah kejap :)
      Nanye pergi sana, lebihnya nak ambil gambar je. Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。