November 29, 2017

REVIEW FILEM | REMPIT SAMPAI LANGIT




Lama rasanya tak buat review filem. Ada tengok filem Tombiruo: Penunggu Rimba tapi tak buat review sebab masa tu tengah blogging slump. Malas gila nak on laptop. 

Aku pula jenis yang akan buat draft dulu di phone dan final edit mesti buat di laptop. Mesti post entri melalui laptop sebab nak original size untuk setiap gambar yang ada. 

Dah membebel pasal benda takde kaitan dengan tajuk entri ๐Ÿ˜…

Back to the topic, please :D

Sabtu lepas, aku dan suami menonton filem Melayu terbaru di pawagam bertajuk Rempit Sampai Langit. Suami aku adalah salah seorang pencinta filem tempatan terutama kisah lawak/aksi komedi dan pelakonnya terdiri daripada pelakon lawak. Suka betul dia mengajak aku untuk menonton filem genre begini di pawagam.
Rasanya tak pernah miss walau satu filem aksi komedi yang ditayangkan di Malaysia. Semangat kan? ๐Ÿ˜

SINOPSIS


Kudin (Ajak Shiro) memiliki sebiji motor yang sangatlah perlahan sampai mak cik berlari lagi laju daripada motor Kudin. Haha. Kudin berminat untuk menyertai kumpulan mat rempit di kawasan rumahnya demi memikat kembali hati kekasihnya, Yati (Cristina Suzanne). 

Hidup Kudin berubah apabila dia bertemu dengan seorang saintis Arab yang telah memberinya satu sampel minyak "magik" yang mampu membuatkan motornya "terbang". 

Fenomena motor "terbang" ini menjadi viral dan menjadikan Kudin semakin hanyut dalam dunia glamor. Kudin juga menjadi buruan individu yang berminat mendapatkan formula minyak "magik" tersebut. 

Rakan baik Kudin, Comel (Nabila Huda) cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu dan cuba menyelamatkan Kudin daripada menjadi buruan individu lain. 


REVIEW


Sebuah filem komedi ringan yang turut diselitkan dengan beberapa babak CGI. Babak yang tidak melampau dan tidak nampak biasa juga. 

Jalan cerita tidak masuk akal (motor terbang dengan menggunakan minyak "magik"), tapi masih ada komedi yang membuatkan aku bergelak ketawa ketika menontonnya. 

Terutama dalam babak di bawah ini. 

Pelbagai mimik muka disebabkan angin terlampau kuat.
Selain boleh terbang, motor Kudin juga sangat laju! 

Babak ni memang kelakar tapi apabila babak ini disiarkan terlalu lama, agak bosan juga sebenarnya. 

Kelainan dalam filem ini

Cerita yang tidak logik (motor terbang) menjadi kelainan dalam filem ini. Walaupun tidak logik, tapi sekurang-kurangnya jalan cerita tidak sama seperti filem aksi komedi yang melibatkan mat rempit di luar sana. 

Jalan cerita ringkas (tak payah nak fikir mendalam) dan pengakhiran cerita juga okay. Adalah part comel antara Kudin dan Comel. Hii. 



Kalau korang rasa nak bergelak ketawa dan nak tengok filem yang ringkas, bolehlah pergi menonton filem ini di pawagam. Masa aku tonton filem ini, agak ramai juga dalam pawagam. Kebanyakannya, ibu bapa bersama anak-anak. Cuti sekolah dah bermula kan? :D 

Rating: ★★★

Selamat menonton ^_^

Write later,


12 comments:

  1. hhm. ok jugak la kan. padan dengan 3 bintang *sob sob sob*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mek! Boleh bagi 3 bintang je tuk filem ni.

      Delete
  2. hahahah sounds fun. mcm best je

    ReplyDelete
  3. Keluaran Suhan ya Siqah..under Rosyam Nor..wah Siqah dah tengok...rasanya untuk santai2 sangat sesuai ditonton..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Kak PC. Keluaran Suhan dan producer Rosyam Nor. Filem ni sesuai untuk santai2 gelak kak ๐Ÿ˜

      Delete
  4. Lama dah tak p tgk wayang.. Lea pun lebih gemar tgk filem tempatan... Dari dulu lagik.. Tapi cite omputeh pun tgk jugak cuma lebih suka cite tempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea!! Rasa macam susah Siqah nak jumpa orang yang suka tengok filem tempatan berbanding filem omputeh. Kita boleh jadi geng movie. Hehe :D

      Delete
  5. ada tengok dia punya behind the scene tu. hihi. macam tak kena dengan selera je. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Lawak santai je filem ni Nadhie. Biasa je for me. Hehe.

      Delete
  6. Macam best je ni Siqah.. Sesekali layan genre comedy kat panggung mesti meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah dengan orang bergelak ketawa. Ramai jugak dalam wayang masa Siqah tengok hari tu. Husniey pergilah tengok filem ni nanti :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。