November 20, 2017

MY FAVOURITE STORIES IN THREE MONTHS





Blogging slump yang sangat teruk menyebabkan aku tidak post entri Month Wrap Up untuk tiga bulan. Kalau entri haul pulak aku tak post entri untuk lima bulan. Teruk betul.

Beginilah gayanya blogger yang pemalas. Jangan ikut cara aku. Haha. 

Aku suka buat entri Month Wrap Up sebab aku boleh kumpul kejadian yang berlaku dalam hidup aku setiap bulan. Tambah lagi sekarang, kita sudah mendekati ke akhir tahun, jadi lagilah aku nak imbas kembali kehidupan aku dalam tahun ini. 

Walaupun tidak semua kisah aku kongsikan, tapi sekurang-kurangnya ada cerita untuk disemadikan dalam blog agar menjadi kenangan di kemudian hari. 

Untuk entri kali ni, aku akan kongsikan kisah kegemaran aku dalam masa tiga bulan (Ogos, Sept dan Oktober). Rasanya entri ini akan menjadi panjang berjela sebab macam banyak benda nak cerita. Haha. Tiga bulan punya cerita weii! :D

Macamlah. We will see :) 

Tanpa melengahkan masa dan memanjangkan lagi entri ini, meh aku nak cerita kisah dalam hidup aku selama tiga bulan. 

Basically, lebih kurang sama je dengan bulan-bulan yang lepas. Hidup aku biasa je. Alhamdullilah :)


Personal 


1. Work - GBS Tianjin Daylight
Mesti korang tertanya-tanya apakah itu Tianjin Daylight? Hehe. Pendek kata, Tianjin Daylight adalah satu situasi di pejabat yang menyebabkan aku kena kerja dari jam 9 pagi hingga 11.30 malam

Setahun sekali, pasti ada Tianjin Daylight. Aku redha je walaupun rasa tak terurus jugak kehidupan selama empat hari daylight ini berlangsung. 

Empat hari berada di depan laptop selama 14 jam. Memang sakit mata aku dibuatnya. Sakit hati itu, tidaklah. Dah ini salah satu tanggungjawab dalam kerja. Mencari rezeki halal :) 


Stay up for work until 11.30 PM. Mulanya, nak baca novel Infiniti. Tapi sayangnya, buat benda lain pulak. Hihi


2. Sukan Sea 2017 
Sempena Sukan Sea 2017, aku berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Laos di Stadium Shah Alam dan juga melihat live majlis penutupan 9th Asean Para Games 2017. 


Tiket kotor sebab teh ais tertumpah :p

Teruja juga apabila pertama kali ke Stadium Bukit Jalil selepas diubahsuai. Rasa bertahun jugak lah tak pergi sana. Stadium Bukit Jalil dah cantik. Ada lampu di waktu malam membuatkan stadium kelihatan bertambah cantik. 


Ketika ambil tiket majlis penutupan 9th Asean Para Games 2017

Suami termenung lah konon tu :p


Ketika majlis penutupan 9th Asean Para Games 2017.
Pakai baju sama dengan volunteer membuatkan aku rasa macam aku pun volunteer. Hihi. 


Nampak tak saya? 


Sukan Sea 2017


3. My birthday
October my birthday month :) Ada aku ceritakan kisah birthday aku pada tahun ini dalam entri Happy 31st Birthday To Me :)  



Reading

Reading slump aku biasanya tidak berlanjutan jika dibandingkan dengan blogging slump. Haha.  

4. Aku telah membaca 21 buku termasuk satu komik dalam tiga bulan ini. Tak memasal juga aku baca komik. Haha. Semuanya sebab aku nak tengok filem anime komik tersebut, tapi sampai sekarang aku tak tengok lagi filem tu 😏

Antara buku yang aku baca dalam 3 bulan.
Ada buku yang kawan pinjam dan ada juga buku yang telah dijual. 

E-books I have read in three months


Bahan bacaan aku selama tiga bulan adalah:

  1. Cerpen - Nadia Khan (4★)
  2. Adulthood is A Myth - Sarah Andersen (4★)
  3. Big Mushy Happy Lump - Sarah Andersen (4★)
  4. Lukisan Tarbiah - Abeben (5★)
  5. Komik Koe no Katachi @ A Silent Voice - Yoshitoki Oima (4★)
  6. Lukisan Tarbiah 2 : Refleksi - Abeben (5★)
  7. It Ends With Us - Colleen Hoover (5★)
  8. Eliza and Her Monsters - Francesca Zappia (4★)
  9. The Honeymoon - Tina Seskis (5★)
  10. Jika Aku - Anna Lee (5★)
  11. Rooftop - Farrah Izzlorna - (3.5★)
  12. Kaki Lima and Other Intriguing Malaysian Numbers - (4★)
  13. Bisik Pada Langit - Siti Khadijah - (5★)
  14. Cikgu Kampung - Shahidan Shuib (4★)
  15. Salju Kyoto - Sara Aisha (5★)
  16. Arkitek Jalanan - Teme Abdullah (5★)
  17. Copycat - Alex Lake (5★)
  18. After Anna - Alex Lake (4★)
  19. Dua : Two Soul Will Unite (4★)
  20. Kanvas - Ayumi Syafiqah (5★)
  21. Killing Kate - Alex Lake (4★)

Hanya empat buku yang telah aku siapkan review di blog. Kalau berminat, korang boleh klik link yang berwarna di atas ^_^

Aku mula mengenali penulis Alex Lake dalam bulan Oktober. Aku sangat suka dengan novel pertama beliau yang aku baca bertajuk Copycat (genre mystery/thriller) dan ini membuatkan aku baca tiga novel beliau dalam bulan yang sama. Bersungguh tau. Mujur jumpa ebooks untuk semua novel beliau. Jimat duit. Hihi. 



Novel yang tiada dalam gambar di atas (kawan pinjam)
Dua by Ema Deesyiaqis.
Boleh klik dalam senarai buku untuk baca review penuh novel ini. 


Novel yang tiada dalam gambar di atas (bagi kat Mak lang)
Salju Kyoto by Sara Aisha
Boleh klik di atas untuk baca review penuh novel ini.



Blogging



5. Renewed blog domain 
I have renewed my blog domain in August :) Tak sangka cepat masa berlalu. Dah setahun rupanya domain blog ini. Mujur ada email daripada NetKL mengingatkan aku pada domain blog yang hampir tamat tempoh. Kalau tak dapat email, memang sumpah aku tak ingat. Hehe. 

Sekarang, aku nampak makin ramai blogger yang mempunyai blog domain sendiri. Tahniah diucapkan dan semoga terus blogging!! πŸ‘πŸ»πŸ˜Š

Always remember, blogging slump is okay but please never stop blogging :) 


6. My first blog giveaway 
Baru saja berakhir giveaway pertama blog ini bertajuk October Book Giveaway by Blog Siqahiqa.  Terima kasih kepada semua blogger yang menyertai giveaway ini. Insya-Allah, kita bertemu lagi dalam giveaway kedua pada tahun hadapan ye, 2018. 


7. Total pageviews 
Korang selalu tengok blog pageview? πŸ™†

Ada juga aku tengok pageview blog sendiri walaupun bukan setiap hari. Hihi. Dan ada dua kali aku buka blog dan nampak nombor untuk total pageview yang cantik. Dan sekarang, total pageview blog aku dah melebihi 500 ribu selepas empat tahun. Hihi. Terima kasih followers, readers, dan visitors 😊



427,427


444,444
Cantik kan both total PVs? :D




Watching



8. Korean Drama
Ada lima drama Korea yang dah habis ditonton bertajuk School 2017, Criminal Minds, Weightlifting Fairy Kim Bok Joo , While You Were Sleeping, dan Hospital Ship. Drama Korea yang menjadi kegemaran aku antara lima drama ini adalah Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (serius comel gilaaaaa) dan While You Were Sleeping (semua pelakon muka elok-elok dalam drama ni :D).


9. Malay Drama 
Dua drama yang disiarkan di Astro Ria iaitu My Darling Inspektor Danial dan Red Velvet (masih bersiaran). Pada mulanya, aku suka tengok drama MDID tapi selepas dua minggu, aku tak tengok dah drama ni. Bosan gilaaaa!!

Balik-balik cerita yang sama dan ramainya orang suka kat Inspektor Danial. Takdelah hebat sangat pun dia. Haha. Dan pada mulanya, aku suka lakonan Elizabeth Tan tapi bila lama-lama, rasa macam menyampah pun ada. Maaf πŸ™

Drama Red Velvet masih bersiaran. Aku tengok drama ni sebab Alif Satar. Aku suka dengan lakonan dia. Menjadi je setiap watak yang dia lakonkan. Neelofa? Aku tak suka watak dia yang perampas suami orang di awal cerita (dan kemudian berubah) tapi lakonan dia bolehlah. Aku suka tengok tudung dia je :D


10. Filem
Enam filem ditonton dalam tiga bulan. The Battleship Island, Bad Genius, Abang Long Fadil 2, Bisik Pada Langit, Filem Televisyen Terobek Raya, dan Tombiruo Penunggu Rimba. Aku dah tulis review untuk lima filem seperti di bawah: 


Filem Tombiruo Penunggu Rimba saja yang tidak ditulis review. Masa ni, tengah mengalami blogging slump. Malas nak menaip walau banyak nak cerita sebenarnya. Hihi. Tapi yang penting, filem Tombiruo Penunggu Rimba memang best!! Terbaik πŸ‘


Food & Drink

Manusia hidup untuk makan. Tidak tidak. Manusia makan untuk hidup :D

Makanan yang telah menjadi lemak atau dicerna, haha, selama tiga bulan ini adalah seperti berikut (skemanya :p)

KyoChon
Honey and Red Pepper Wingette and Drumette.
Sedap gila!!! Boleh terbayang-bayang ayam KyoChon. Aku paling suka Red Pepper.
Walaupun pedas sikit, tapi aku boleh terima :D 

Mee Kari Ketam dan Mee Kari Udang Galah di Selera Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam.
Biasa je both makanan. Lagi sedap mee kari Mama dan Mak :)

Miang Kham
Traditional snack from Thailand.
Tak sangka aku suka benda ni. Mula-mula pandang sepi je sebab semua bahan-bahan yang aku tak suka makan.
Cuba sekali dan haa ambik kau, nak berkali-kali. Haha.
Bila makan banyak sangat, jadi pening jugak. Tak tahulah kenapa.
Serius sedap!! Ohh ni dibuat oleh rakan sekerja. Aku tukang makan je :p

Tak ingat nama kedai tapi kedai ini di Paradigm Mall.
Suka ayam pandan je, my favorite. 

Ini pula dua kali favorite. Hihi.
Hazelnut Latte from The Coffee Bean & Tea Leaf 

Special sempena Autumn katanya.
Sedap!! Starbucks Maple Pecan Latte. Please order less sugar. Manis sikit kalau normal sugar.


Costa Coffee Vanilla Latte.
Siapa setuju dengan ayat di atas? :D


Pandan Cake di My Own Bakes, Subang Parade.
Sedap dan tak manis. Sesuai untuk semua.

Spaghetti & Latte di The Parque Cafe, Eco Sanctuary.
Boleh baca entri mengenai kafe bertemakan gelas kaca ini di SINI

Random Pictures

Akhirnya, sudah tiba di penghujung entri. Fuhhh ~ Kalau korang pernah baca entri Month Wrap Up aku sebelum ni, pasti tahu yang ini adalah topik terakhir dalam entri Month Wrap Up.

Disebabkan tiga bulan punya cerita, banyak juga gambar yang nak dikongsi di sini. Sila skrol. Hihi. 

Dinding warna warni di Setia City Convention Centre, bersebelahan dengan Setia City Mall.
Kalau korang ke taman di SCM, pasti nampak SCCC :)

Suami pula kena paksa jadi model :p 


Bunga <3
#screenshotfrominstastory

Bunga <3
#screenshotfrominstastory


Orang Muar, mesti tahu ni kat mana kan? :D



Beli kasut sama di Expo Muar. Aku, Uda, dan Ekin.
Beli dan terus pakai. Beriya nak tunjuk. Haha. 




Kisah satu hari di Subang Parade.
Beli buku, Hokkaido Cheese Tart dan Chill Chill. 


Kisah satu hari di Citta Mall.
Ada dua kotak dUCk dalam kereta di bawanya sekali ke kafe :D


Sunset di rumah


Sunset di pejabat




Done. Berakhirlah sudah entri Month Wrap Up untuk tiga bulan berturut-turut. Fuhhh~!! 

Readers yang berjaya baca sampai habis, tahniah dan terima kasih diucapkan. Hihi. Maaf entri sangat panjang sebab banyak gambar nak dikongsikan. 

Aku ada baca sesetengah artikel menyatakan Google Adsense susah nak approve kalau banyak gambar di blog. Mungkin entri wrap up aku merupakan penyumbang kepada kegagalan itu. Takpelah. Aku redha πŸ˜…

Happy Monday! Not so happy for me because I start working today after two weeks on leave. Monday Blues for sure :( 

Ignore my Monday Blues :p How's your day? I hope that everything works out for you.  

Thank you for reading ^_^

Write later, 


29 comments:

  1. banyak nya bukuuu, makan sedap pulakkkk . aishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku dan makan wajib ada dalam entri wrap up :D

      Delete
  2. perasan gak lama Siqah tak update blog. Hehe. Amboi, semoga blogger slump tak berlanjutan sampai bulan. Keep on writing. love your pics. memang ada bakat fotografi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya nak dekat hujung tahun ni, tiadalah blogging slump lagi. Tapi tanda-tanda macam nak ada balik ni. Hehe.

      TQ Sal. Glad to hear you love my pictures. Still learning and always learning :)

      Delete
  3. Maigod banyaknyaaa buku yang Siqah sempat bacaa. Hahah! Nani beli lepas tu simpan dalam rak. Kahkah. Bila lah mood nak membaca ni datang balik, asyik membeli aje hah. Apeni letak semua makanan sedap sedap. Hahah! Kyochon tu Nani teringin jugak nak try tapi tak ada pulak outlet yang paling dekat dengan tempat Nani duduk. Huhuh. Selalu makan dekat 4Fingers aje, sedaap jugak tauu. Nanti try lah. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah baca banyak buku tapi kat rak buku pun banyak lagi buku tak baca tau Nani. Semua buku tu kita bawa ke tahun depan agaknya :D Hihi.
      Kyochon sedap! Siqah tak pernah lagi makan 4Fingers! Teringin nak rasa sebab ramai review cakap sedap. Nanti Siqah cuba okay :)

      Delete
  4. Fuhhh.. 3 bulan punya summary ni sis.. daebak.. even zie ada blogging slump pun xrajin wrap up cenggini.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Memikirkan blog untuk kenangan hidup kononnya tu yang terpaksa jugak rajinkan diri update wrap up :D

      Delete
  5. the foodddddsssss. it makes me hungryyyyyy

    ReplyDelete
  6. Wowwww.... GV rasa dalam entri kak Siqah boleh divide kepada 4 atau 5 entri berbeza. Hihi. Cmner pun GV kagum kak Siqah boleh baca buku sebanyak itu. Mmg dasyat dan terbaik kak Siqah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak boleh nak divide dalam entri berbeza sebab nanti tak jadilah maksud month wrap up πŸ˜… Panjang sangat kan entri akak. Hehe. Bila blogging slump, jadi banyak baca buku pulak 😌

      Delete
  7. wahh ni. First monthly wrap up paling panjang, Fatina baca tapi sangat seronok tgk pelbagai aktiviti Siqah buat. Bestnya! and Fatina pon baru je try makan Mee Ketam kat seksyen 7 tuh!! Memang sedapppp. Tapi tak sempat ambil gambar dah ngap dulu hihi :D

    Rajinnya Siqah pergi tgk bola sepak Sukan Sea tu, Fatina rumah dkt tapi perginya pon malas T_T Truk betul perangai kan hehe

    Buku Alex Lake, Siqah kongsi tu sangat menarik perhatian. Insha Allah nak baca juga nanti :D

    Anyway, selamat berkerja, Siqah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Thank you Fatina for reading :D Serius panjang kan entri ni. Aduhai, lepas ni rasa kalau blogging slump pun, entri wrap up mesti kena update for each month.

      Kalau teruja nak makan, memang kadang2 makan terus. Pastu alasan kena g lagi sekali kedai tu sebab nak ambik gambar. Hehe.

      Siqah tak rajin. Tak rajin. Haha. Suami yang rajin nak tengok bola sepak Sukan Sea. Siqah follow je. #isterimithali #haha

      Bacalah nanti Fatina buku Alex Lake. First start with CopyCat. Hope Fatina suka jugak novel tu 😊

      Selamat bekerja jugak, Fatina :)

      Delete
  8. Happy tengok gambar-gambar kamu share kat sini, cantik-cantik semuanya.. :)
    Dan jealous tengok kamu sempat baca banyak buku. Keep it up. Harap-harap akak pun akan kembali rajin membaca.. haiiihhhh.. mana ntah roh rajin tu pergi berjalan, tak balik2 lagi.. lols.. :p

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Aim suka dengan gambar Siqah share :) hehe. Nanti roh tu balik lah kot. Dia nak jalan2 jauh lagi tu. around the world. Hehe :D

      Delete
  9. Best entry ini.
    Life is interesting kan.

    ReplyDelete
  10. sampai tang food tu yaya tak boleh move on betul . hehehehe . tgh tgk time perut lapar ni . ekeke . serius, gambar mmg lawa :) suka sgt tgk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa lemah kalau tengok food kan. Hehe. Samalah kita. Kalau tengok gambar makanan menarik, rasa nak terus g kedai tu, tak boleh tunggu lagi. Hehe.

      TQ Yaya for your compliment dan Siqah suka bila Yaya suka :D

      Delete
  11. Wow.. Banyak juga aktiviti siqah untuk tiga bulan nie..
    Ohsem..
    Cantik-cantik gambar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpul cerita 3 bulan. Tu yang nampak banyak nanye Sha. Hehe. TQ Sha :)

      Delete
  12. Fuhhh, terrbaik ! 3 bulan teruss story !
    Setujuu pasal coffee tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Pending lama sangat. Yeayy! Ada geng coffee lover :D

      Delete
  13. mek suka tengok wrap up siqah. gambor lawa dan paling penting betol - blogging slump tu memang ada but never stop blogging. terus naik semangat nak teruskan blogging walaupun sibuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mek suka tengok wrap up Siqah. Terus rasa semangat Siqah nak buat wrap up lepas ni. Hihi. Yes, Mek, Never stop blogging. Teruskan blogging walau sibuk tau. Sikit2 blogging slump tu takpelah :D

      Delete
  14. bnyknya novel akkkk.. tebal2 pulak tu.. hehe

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。