November 25, 2017

GIVEAWAY PERTAMA DARI BLOG IRDAGARMIN



Selamat pagi, semua :) 

Hari ni, aku nak join satu giveaway yang dianjurkan oleh blogger Irda Garmin sempena hari lahir Irda dalam bulan November. Dekat je tarikh birthday kita ye Irda, bulan je berlainan :D

Aku berkenan dengan hadiah yang ditawarkan dalam giveaway ini. Apa hadiahnya?? 

BOOKS!! 



Yeayy! Hadiah giveaway ini adalah tiga buku daripada penulis motivasi Dr. HM Tuah Iskandar Al Haj. Aku tak pernah baca hasil penulisan beliau dan berminat untuk membacanya :)

PENDAPAT MENGENAI BLOG IRDA

Aku suka dengan topik-topik yang Irda bincangkan dalam blog. Macam-macam ada. Paling aku suka apabila Irda berkongsi mengenai pengetahuan Irda dalam bidang banking. Aku yang kerja in banking pun bukan tahu sangat bab banking. Haha. 

Selain banking, aku suka perkongsian ikhlas Irda mengenai apa yang Irda amalkan dalam kehidupan. Paling aku suka adalah entri Tips Murah Rezeki. Niat baik dan dibalas baik oleh Allah. Insya-Allah. 

Satu lagi topik menarik dalam blog Irda bertajuk Cara Saya Jimat Belanja Dapur. Hebat betul skill Irda. Sebenarnya aku tak pandai tawar menawar dalam urusan beli barang. Redha je bayar harga barang. Bila baca kisah Irda menawar harga barang dapur di pasar tani, macam nak cuba tapi hihi, tak pandai lah :D

Semoga Irda berterusan update blog dengan kisah perkongsian yang memberi manfaat kepada pembaca :) 

Jom korang sama-sama meriahkan Giveaway Pertama Dari Blog IrdaGarmin. 

Tarikh tutup: 4 Dec 2017

Good luck, Siqah and you too ~ :) 

10 comments:

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。