September 12, 2017

Poskad Raya Baru Sampai Hari Ini




Sumpah aku terkejut bila dapat poskad raya petang tadi. Tiga bulan wei lewat. Aidiladha pun dah lepas. Haha. 

Terkebil-kebil aku tengok bila seorang rakan sekerja bagi aku poskad ni. Dalam hati dah rasa pelik, siapa pulak yang bagi aku poskad? Aku ada bagi alamat pada sesiapa ke? 

Bila dilihat dan dibaca poskad tersebut, tersenyum aku gembira. Pertama kali dapat poskad dalam hidup ini dan tengok nama pengirim poskad raya membuatkan aku bertambah gembira. Hihi. 

Terima kasih Aqma untuk poskad raya ini 😘 Rasa gembira dan terharu sangat apabila ada rakan blogger yang sudi bagi poskad raya. Tak sangka diri ini masih diingati 😍 Maaf juga tau sebab tak sempat balas poskad raya Aqma. InsyAllah tahun depan eh ^_^


Thank you Aqma =)
#gengblogger
#gengduckies 

Yeehaaaa ~~ Kami berdua adalah geng blogger dan geng dUCkies. Hihi. Salah satu topik yang biasa kami bincangkan adalah design terbaru dUCk limited edition. Selain itu, kami bincang juga pasal blog template. Bilalah Aqma nak guna blog template daripada ETSY kan? πŸ˜‰

Haa, lupa nak cerita kenapa poskad raya sampai lambat di tangan aku. Sebenarnya, poskad raya ni dah lama sampai tapi tersesat kat department lain. Entah macam mana rakan sekerja aku jumpa dan bagi pada aku. Mungkin dia ternampak nama aku di poskad itu. Aku pun tak tanya dia details. Tak sempat nak tanya, dia dah bla. Hihi. 

Sungguh aku gembira bila dapat poskad raya. Dalam masa yang sama, aku rasa bersalah juga sebab tak bagi kad raya kepada rakan blogger. Jika diizinkan Allah, tahun hadapan aku bercadang nak bagi kad raya pula. Khas untuk rakan blogger yang sentiasa datang berkunjung dan tinggalkan komen di blog aku ini 😊

Kebetulan pula, aku baru habis baca novel Bisik Pada Langit (review novel dalam entri seterusnya). Dalam novel ni, watak utama Hajar yang belajar di Australia selalu mengirim poskad pada keluarganya di Malaysia. 

Jadi, bila aku dapat poskad hari ni terus teringat pada Hajar. Hihi. 

Sekali lagi, terima kasih Aqma. Semoga hubungan persahabatan kita berkekalan. Perkenalan bermula dari dunia blogging dan terus ke dunia realiti. Seronok berkenalan dengan rakan blogger yang baik hati. Semoga blog Aqma juga semakin sukses! 😘

p/s: terima kasih rakan blogger yang singgah dan komen di blog ini. Aku sangat menghargainya ^_^


41 comments:

  1. Zaman sekarang teknologi serba canggih . So nak dapat kad raya or poskad tue memang susah .tak macam zaman dulu-dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Betul sekarang zaman semua wish kat laman sosial je. Teruja dapat poskad tue :)

      Delete
  2. Nasib baik sampai poskad tu... bila kerja kat ofia besar memang boleh berlaku camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Asalkan dapat walaupun lambat takpelah.

      Delete
  3. huaaaa Alhamdulillah.. Aqma terharu Siqah happy dapat poskad tu :) in shaa Allah one day kita tukar template ETSY tu matching2 dgn awak.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Dah tukar nanti cakap tau. Siqah terus terjah :D

      Delete
  4. aik kenapa baru sampai? dekt 3 bulan tu

    ReplyDelete
  5. lawanya flatlay siqah!
    dah lama tak dapat kad raya & bagi kad raya kat orang, maybe tahun depan nak start bagi kad raya

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ek, lawa? Haha. Biasa je tu Tyra. Hii. Saja guna sampul raya nak biar gambar tak nampak kosong. But, anyway, TQ 😊
      Jom tahun depan Tyra kita bertukar kad raya nak? Siqah pun plan camtu jugak :)

      Delete
  6. Lama sungguh dah ni baru dapat kadnya. Syawal dengan Aidiladha pun dah berlalu. Hahah! Takpe lah, sampai jugak kan akhirnya dekat Siqah. Biasa lah kalau dekat office, ada je kadang kadang terlepas dekat dept lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Mujur tak raya tahun depan dapatnya. Lagi haru rasa πŸ˜†

      Delete
  7. yeayy, tak sabar nak baca review novel tu. ^^

    ReplyDelete
  8. Macam comel je dapat poskad raya bila raya dah habis.. Mesti org fikir, dari oversea kot, tu yg lambat sampai.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Betul jugak tu. lambat berbulan haa :D

      Delete
  9. Kegembiraan yang tertangguh...sampai tepat pada waktunya mengikut kehendakNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali kak PC :) Always love your words <3

      Delete
  10. alhamdulillah, sampai jua. Ni kalo ina dapat, mau lompat bintang ni.. nostalgia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kann. bukan senang nak dapat poskad. Siqah first time nanye :D

      Delete
  11. Dah lama x dapat poskad raya. tentu happy gile feeling time dapat sbb ibarat mengimbau kenangan dulu. iyalah, sekarang mana nak bagi kad-kad semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Najah. Sekarang orang bagi kad elektronik. Hihi. Zaman berubah cara pun berubah :D

      Delete
  12. wah ada lagi yg pos mengepos poskad macam zaman sekolah2 dulu. legend btol. tapi memang seronok dapat poskad (atau surat). jauh beza happy dapat just sms or email. sebab effort nak menulis dan mengepos tu kot kan? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tepat sekali Ain :D Effort menulis dan mengepos. BUkanlah nak kata sms or email takde effort kan. CUma kalau poskad or surat ni, ada significant value sikit. Hihi.

      Delete
  13. haritu ada sorang blogger ni kata dia dah kirim poscard raya kt saya. tpi sampai sekarang tak sampai2 kt rumah pun.... mungkin poscard saya tu lewat 3 bulan mcm kak siqah jugak kot huhu. dalam hati masih menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Maybela. Sabar menunggu ye Mazni. Nanti sampailah tu. Sekarang pos pun dah pening, banyak sangat orang nak pos barang. hii

      Delete
  14. Seronoknya dapat kad raya. Feeling nya lain kan dari just ucap melalui fon... 😊

    ReplyDelete
  15. Alahai sweetnya korang. rupanya tersesat dekat department lain. ingatkan nape lah kan lambat benar sampai nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kannn!! Mujur sampai jugak, jumpa pun jalan akhirnya. :D

      Delete
  16. Wah bestnya dapat poskad! Lya dah lama tak dapat kad raya ponz. Hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Akak pun lama dah tak dapat kad raya, tu yang teruja lebih :D Hihi Tahun depan, insyaAllah ada rezeki akak bagi kad raya kat Lya. Hii

      Delete
  17. Mungkin masa raya itu hari sesak terok (poskad pun tersesat cari jalan dalam jem kot) Orang kata biar lambat asal selamat. Nasib sampai dengan selamat poskad tu. Hahahahaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. kan Ira. Asalkan selamat sampai, biarpun lambat. Hihi :D

      Delete
  18. Alhamdulillah, walaupun lambat dia sampai juga :)

    ReplyDelete
  19. Syukur selamat juga sampai. Fiza punya kad entah mana posmen campak..bertahun dah.huhu

    ReplyDelete
  20. Lambatnya poskad Siqah sampai. Tapi takpe dapat juga dah kan. Seronoknya dapat poskad. Last sekali Fatina dapat rasanya masa zaman universiti dulu je hehe :D

    Fatinamudz

    ReplyDelete
  21. takpela lambat daripada tak sampai langsung :) dah lama tak kirim poskad

    ReplyDelete
  22. Walaupun terlambat, tetap sampai ke tangan siqah.. Alhamdulillah.. Semoga persahabatan yang terjalin, berkekalan..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。