August 26, 2017

REVIEW FILEM | ABANG LONG FADIL 2


Filem yang ditunggu-tunggu oleh suami aku telah tiba! HAHA. Suami aku sangat meminati filem tempatan terutama filem AL (aksi lawak) seperti ini. Dan aku mestilah penjadi peneman suami untuk pergi menonton filem ini semalam. 

Layankan je ~ Sebab tengok teaser macam menarik kan? 



SINOPSIS

Mengisahkan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit (A.Galak) dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) sebagai Tiger, si pembunuh upahan yang telah membunuh 50 orang. 

Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL, Yana, yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan Tiger. 

Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan. Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger. 

Berjayakah Fadil mencari Tiger? Siapakah Tiger yang sebenar dan apakah misteri dalam filem ini?

REVIEW 

Awal filem lagi, korang dah boleh bergelak ketawa dengan aksi Zizan yang melucukan. Boleh Zizan nak jadi gigolo? HAHA. Salah besar beb! Sebelum gigolo, Zizan nak cuba jadi stunt man. Lagi satu kesalahan besar. HAHA. 

Selepas babak lawak Zizan, kita terus dihidangkan dengan aksi yang serius dan mendebarkan. Zizan ditangkap kerana disyaki membunuh mak datin yang dia datangi sebagai gigolo tadi. Hii. Masa ni lawak pun ada walaupun dia ditangkap! 

Bergabung mencari Tiger


GANDINGAN PELAKON LAMA DAN BARU

Semua berlakon dengan baik. Aku takde nampak cacat cela pun. Pertama kali juga nampak Achey yang membawa watak yang tidak lawak/serius/garang. 

Sorang lagi, Wak Doyok. Boleh juga dia berlakon rupanya. HAHA. Tak habis-habis dengan misai dia. Ada juga sedikit promosi produk keluaran Wak Doyok dan trademark, "jangan cakap abang tak payung" πŸ˜…

Dikatakan Wak Doyok membelanjakan lebih RM15,000 untuk membeli pakaian dalam filem ini. Sut dia memang menarik dari awal kemunculan sampai babak lawan di hujung filem.


SKRIP PADAT DAN AKSI BERTEMPUR

Skrip bersahaja yang tidak melarat. Aksi bertempur pula boleh dikatakan menarik dan berpuas hati melihatnya. Walaupun ada juga dua saat yang aku nampak jelas dorang berlakon bertempur. 

Babak bertempur di hujung filem best! Lawak jugak tengok Wak Doyok dengan sut cantik dia berlawan. Hihi. 


PLOT TWIST DI HUJUNG FILEM

Aku suka bab plot twist ni. Sebab serius, aku tak terfikir pun begitu rupanya jalan cerita. Lahhh ~ Tidaklah aku nak cerita dalam review ni ye. Nak tahu, kena tengok filem ni sendiri πŸ˜„



MENGHIBURKAN

Keseluruhan, filem ini menghiburkan. Tidaklah terlalu "WOW" tapi bolehlah untuk ditonton dan dilayan. Ada juga beberapa aksi lawak yang aku rasa menjengkelkan, HAHA, tapi mungkin bagi aku je kot. Korang rasa okay kot? Hii. 

Plot twist dan aksi bertempur di akhir cerita dengan situasi lawak (sila tengok Wak Doyok) berjaya membuatkan aku tidak memberi rating rendah untuk filem ini. 

Dan.... Abang Long Fadil vs Transformers. Hmm πŸ˜‚ Nak tahu apa? Sila tengok filem ini. HAHA. 

Rating: 3.8/5

Selamat menonton kepada semua rakyat Malaysia! Terutama sekali yang telah menonton Abang Long Fadil pada tahun 2014 😊

#sokongindustrifilemtempatan

Korang dah tengok? Kalau belum, sila terjah ke pawagam berdekatan dan jangan lupa berkongsi pendapat korang juga nanti ^_^

35 comments:

  1. Alahai. Review filem lg. Jeles kita tau. Dah la takde masa nk gi cinema. Huhuhu. Bila dh tengok ALF1 kena gak gi tengok ALF2 ni ek. Pelakon nmpk cm best2 je semua kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami Siqah minat cerita ni. Tu yang pergi jugak tengok :D Haah pelakon semua best jugak. Nanti Rimi boleh tengok kat astro First okay :)

      Delete
  2. Replies
    1. Takdelah gelak gila2. Lebih serius filem ni berbanding ALF1.

      Delete
  3. Ahaha.sejujurnya i n hubby jarang tgk filem ala2 komedi ni.kalau transformer tu mungkinla tp radanya abg long fadhil pon ok apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay jugak ALF2. Cuma jangan expect tinggi sangatlah. Hihi.

      Delete
  4. okay tak dapat imagine yang achey tu bawak watak serius. haha. yang transformer tu memang tertanya2 jugak ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Achey biasa lawak je. Kali ni serius je dia. Takde nak melawak. Marah ada. Hehe. Itu yang kena tengok filem ni, baru boleh tahu pasal transformers πŸ˜‰

      Delete
  5. berzaman2 dah tak tgk wayang.
    paling2 akak kena tunggu dia keluar kat tv lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul kak. Mesti keluar tv nanti. Tunggu raya tahun depan. Hihi

      Delete
  6. Hahaha gempak juga sebab movie ni siap ada lagu2 sendiri kan... Nak tengoklah nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Lagu Senorita je akak tahu nanye πŸ˜…

      Delete
  7. mmg antara filem masuk list nk tngok ni, selalu tak mengecewakan klu Zizan berlakun, Syamsul Yusof pun sama suka la filem2 aksi dia since Kl gangster lagi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zizan memang tak mengecewakan. Tengok muka dia pun boleh buat ketawa πŸ˜‚ cuma dalam filem ni dia takdelah lawak sangat. Awal2 je. Haah Syamsul pun okay jugak berlakon filem aksi. Sinonim dah dengan dia kan.

      Delete
  8. kenapa kak siqah selalu tngok wayang dulu haa dari busyraa.. hehehe. nak tngok jgkkkk tp belum berkesempatan.. nnti nak ajak kwn la tngok cita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Akak tengok filem ni sebab suami akak beriya nak tengok. Kalau tidak, beli Astro First je. Hehe. Bolehlah nanti Busyra tengok filem ni. Nak tahu apa pendapat Busyra jugak :D

      Delete
  9. Ala.. Tak tengok lagi filem ini.. Cam best je baca review siqah nie..

    ReplyDelete
  10. Biar betul kak cite ni best.. kawan saya kata tak kelakar langsung and action pun tak best.. sekadar melepas batuk di tangga.. tapii saya tau ABLF1 best.. terus tak jadi saya ke pawagam lepas kawan komen mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ABL1 memang best. Lawak kan. ABLT2 lebih serius ceritanya. Lawak pun tak banyak macam filem pertama. Sebab tu kawan awak kata tak best. Bagi akak okaylah ceritanya. Takdelah buruk sangat. Why not awak pergi tengok dan nilai sendiri? Lain orang lain pendapatnya :)

      Delete
  11. dah ada dkt pggung ka? aduhai sha blm bkesempatan nak tgk..hihih

    ReplyDelete
  12. Filem kontrovesi awal2 pembikinan dia. Hehe. Xboleh nk bygkan achey bawa watak serius. Kena tggu dekat astro first lah nampaknya. Nak ke wayang memang belum masa lagi ni. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh kontroversi sebab apa? Sebab wak doyok ke? Hahaha. Tunggu kat astro first lagi berbaloi Ana. Murah haa tak payah bayar banyak seat. Hehe.

      Delete
  13. saya tidak pasti..cerita Abang Long Fadil atau teknik penceritaan blog ini menarik..

    dua-dua macam best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for your kind words. ABL2 okay gak. G lah tengok..

      Delete
  14. Bleh tahan jgak citer abang long fadil yg baru ni...lgi best dgn cgi baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Part cgi tu baik gak kan. Takdelah tahap wow macam filem barat tapi okay dah lah tu. boleh dipertingkatkan lagi mutu :)

      Delete
  15. Tak berkesempatan nak tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peluang nanti Reen tengok okay 😊

      Delete
  16. Baca review Siqah menarik dapat bayang jalan cerita.. Kalau berkesempatan boleh tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay kak. Jangan lupa review kalau tengok tau :D

      Delete
  17. Baru bawak anak2 tengok 2 hari lepas..
    Tak larat nak gelak. Memang best cerita ni

    ReplyDelete
  18. tapi tengok poster dia memang menarik mantop, ala ala james bond

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。