August 14, 2017

Review Buku Fixi | Kelabu by Nadia Khan


Dah lama aku perhatikan buku-buku terbitan Buku Fixi tapi aku tak pernah teringin nak beli. Mungkin masa tu macam pelik dengan tajuk buku yang ada satu patah perkataan je. Hihi. Mungkin masa tu aku lebih minat baca novel cinta. 

Sehinggalah satu masa, aku ternampak hashtag #twtbukuappreciationday di Twitter. Hashtag ini bertujuan untuk menghargai penulis tempatan. Ramai yang tweet kata buku Nadia Khan best! Selain daripada Nadia Khan, Hlovate juga berada dalam kategori ramai peminat. 

Bermula dari situ, aku baca review mengenai buku Nadia Khan di Goodreads dan semua buku beliau mendapat rating tinggi. Lagilah aku semangat nak baca. 

Disebabkan buku-buku Nadia Khan mula diterbitkan dalam tahun 2011, jadi kebanyakan buku beliau sudah tiada di pasaran kecuali buku beliau yang terbaru bertajuk Gantung 2. 

Kecewa pada mulanya sebab tak tahu di mana untuk cari buku Nadia Khan. Sampailah aku tahu mengenai kewujudan Buku Fixi dalam format E-Books. Terus aku beli E-Books. 

Sesiapa yang berminat untuk beli Buku Fixi dalam format E-Books, boleh baca entri aku mengenainya >>> Cara Beli Online Buku Fixi Dan Novel Melayu Dalam Format E-Book

Sejurus selepas aku beli E-Books Nadia Khan, aku terus baca semua karya beliau berturut-turut. Ada lima karya beliau iaitu Kelabu, Cerpen, Gantung, Pakar, dan Gantung 2. 

Tapi aku hanya memilih untuk bagi review penuh untuk tiga karya beliau saja, Kelabu, Gantung dan Gantung 2. Kelabu dalam entri ini manakala Gantung dan Gantung 2 dalam entri yang lain. 



SYNOPSIS

Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? 

Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun? 

Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU


MY THOUGHTS

Buku Fixi pertama yang aku baca πŸ˜ƒ

Pada mulanya, aku turn off nak baca buku ini bila dapat tahu yang buku ini sebenarnya mengenai golongan yang aku tidak gemar iaitu LGBT

Tapi disebabkan aku dah semangat beli (tanpa baca sinopsis di GR), aku teruskan juga baca buku ini. Tak nak membazir dan keinginan untuk tahu apa yang menarik sangat karya Nadia Khan sampai ramai sangat suka. 

Aku pun mulakan pembacaan dan perghhhh, aku habiskan baca buku ini dalam dua hari! Tak boleh berhenti baca bila dah start. Baca dan baca lagi sampai tak sedar dah habis. Haha. 616 pages! Fuhh! 

Aku suka gaya penulisan NK. Sempoi dan menarik. Tiada ayat jiwang macam novel cinta. Tiada juga ayat yang boleh dapat A+ dalam penulisan Bahasa Melayu πŸ˜‚

Paling aku suka adalah monolog diri Amir/Amira. Lawak budak ni. Otak bergeliga, ada je idea dia. Sel-sel otak sentiasa berhubung. Haha. 

Amira yang berada dalam dunia Kelabu menjadi seorang pengkid (Amir). Disebabkan kisah yang  pernah berlaku dalam hidup dia.


The Ending 

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai) dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. - Surah Al Inshirah, Ayat 5-8 

Amir mendapat hidayah dan berubah akhirnya (kalau tak berubah Si Amir, aku delete E-Book ni. Haha). Perubahan Amir membuatkan aku lebih meminati watak beliau. Aku suka akan Amir yang begitu peka akan tarikh. Amir adalah seorang photographer dan setiap gambar beliau akan diletakkan tarikh kerana baginya tarikh itu boleh menandakan turun-naik dan titik noktah sesuatu peristiwa dalam hidup (agree ~).


Favourite Quotes

Faith is taking the first step even when you don't see the whole staircase. - Martin Luther King, Jr. 

Dalam hidup ni, kita semua pernah buat keputusan yang salah. Selalunya kita kena belajar untuk terus hidup je dengan kesalahan itu. Tapi kadang-kadang, kita diberi peluang untuk patah balik dan betulkan kesalahan itu. There's no shame in turning back, not when living in regret and guilt is too hurtful. 

If the first one went wrong, obviously there's room for improvement. Itulah konsep peluang kedua. Kita dapat buat lebih baik sebab kita dah belajar daripada kesilapan kita.

You may not know that the path you chose will lead to happiness, but as long you know that what you want is happiness, you'll have the courage to move forward. 

Bahagia ini sebenarnya benda yang dah sedia ada pada diri kita. Kita tak payah nak cari. Bila kita dok sibuk cari, maksudnya kita tak cukup berpuas hati dengan apa yang ada pada kita. 

Kita kena cukup seleasa dengan diri kita. Kita perlu kenal siapa diri kita yang sebenarnya. Tahu dan terima segala kekurangan dan kelebihan diri kita. Baru boleh jadi happy. 

Cuma orang yang betul-betul sayang kat kita je yang tak pernah putus doanya untuk kita. 

One mistake does not cancel out a lifetime of happiness you've given me, Abah. 

Aku suka buku ini walaupun jalan cerita mengenai golongan LGBT. Apa yang salah tetap salah. Sentiasa berdoa agar mendapat hidayah untuk berubah ke arah yang benar dan tidak melanggar hukum manusia hidup berpasangan lelaki dan perempuan. 

Aku rekomen buku ini untuk dibaca oleh mereka yang belum pernah baca Buku Fixi. Aku pasti bahawa semua peminat Buku Fixi di luar sana, Kelabu adalah buku mesti baca kan? Ke tak sebenarnya? πŸ˜…

Rating: 4/5

Thank you for reading ^_^

51 comments:

  1. nice review siqah.. i loikeee...

    ReplyDelete
  2. X prnh baca buku fixi.Tp.kat librry U berlambak..nnti rjin nk cuba baca la satu..best pula.baca review akk nie😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah baca Mas. Mungkin Mas jatuh cinta jugak ke? Hehe.

      Delete
  3. BV pun pernah review dan baca novel nie. memang best :D
    suka jalan cerita dia yang akhirnya watak utama nak bertaubat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Mujur watak utama bertaubat akhirnya. Cuma endinglah, open ending gitu. Siqah fikir apa yang Siqah nak jela. Hehe.

      Delete
    2. yuppp. seriously nak dia end up ngan her bestfriend. hahahhaa

      Delete
  4. Ana lah salah seorang yg tak terbuka nk baca buku fixi lg. Maybe kena try buku NK ni ye Siqah. Mana tau terjatuh suka pula kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Ana boleh cuba baca buku NK. Hope Ana suka juga. Jalan cerita menarik cuma topik yang dibawa tak sama macam novel Melayu yang lain.

      Delete
  5. masatu tahun 2014 atau 2015 camtulah, zaman kegilaan fixi (masatu fixi baru up) dan masatu minat baca novel masih ada dlm diri saya ni.. sy beli byk buku fixi tapi susah betul nak habiskan, sebab genre dia berbeza dgn novel2 yg sy baca sblm ni.

    tp bila baca kelabu ni, walaupun tebal gila. tp buku ni mmg best, msatu mmg terkejut bila tau amir ni sbnrnya amirah omggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah genre buku fixi lain daripada lain kan. Mula2 baca novel NK rasa pelik juga tapi maybe sebab lain tue lah yang buat siqah berterusan baca.

      Kannnn! Terkejut masa tahu amir adalah amira. Siqah tahu sebelum baca novel so takdelah nak terkejut beriya. Hehe πŸ˜…

      Delete
  6. Taksilap memang salah satu cara utk terbit under fixi, tajuknya memang sepatah je XD Den mula tertarik pada novel fixi pun sejak Kelabu famous tahun 2011 tapi waktu tu depa kira underrated lagi :') My first novel yang den baca is Trilogi Ajaib hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo yeke? Haha. Patutlah semua buku terbitan buku fixi ada satu patah je :D Trilogi Ajaib best ke? Hii. Sekarang buku fixi dah makin popular kan.

      Delete
  7. dah pernah baca Kelabu, tapi tahan sampai bab empat kot. sebab takleh hadam gaya bahasa penulis, macam bahasa budak underground. even Hlovate sempoi, tapi boleh hadam lagi. sampai sekarang tak baca dah mana mana buku Fixi. belum sampai masanya kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Buku fixi rasanya memang bahasa gitu. Bukan bahasa novel ayat cantik πŸ˜… hii, siqah nak sangat baca buku Hlovate, ada dah beli dua ebook dia, tapi tak sempat baca lagi. Ramai peminat Hlovate kan. Mungkin sampai nanti masanya untuk Farhana baca buku fixi. Hehe

      Delete
  8. Buku ni reen beli dulu masa tengah gila dengan buku penulis tempatan. Nasib baik la dia berubah kan, tapi reen rasa xtaw dia dengan siapa akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann! Mujur dia berubah. NK buat open ending camtu je. Suruh pembaca pilih sendiri ending yang dorang nak. Hee. Siqah pilih kawan baik dia tu lah :)

      Delete
  9. alamak ketinggalannya..LGBT tu stand for apa yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. LGBT stands for Lesbian, Gay, Bisexual, and Transexual. Hehe

      Delete
  10. Dah baca dah kelabu ni. Best XD Singgah dari https://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/08/we-made-it-babe.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best best! Sep kita geng :D Thank you singgah sini Aimi :)

      Delete
  11. Eh bestnya lah baca review Siqa. hahaha. Kita pun tak suka isu LGBT ni Siqa. tapi mujurlah insaf akhirnya memang sepatutnya lah kan. btw tahniah Siqa enam ratus page boleh habis dua hari. cayalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kannn! Mujur berubah lah si amir ni. Kalau tidak, memang eh boleh email lah kat NK tanya kenapa tak berubah. Haha. Kalau dah suka dengan storyline, sekejap je habiskan baca novel. Bersungguh :D

      Delete
  12. Replies
    1. Boleh dan jangan lupa review nanti :)

      Delete
  13. Alhamdulillah..Naseb baek ending macam tu.
    Adik Kaklong pun suka baca buku Fixi. Maybe Kaklong patut baca juga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak long. Mujurlah ending dia taubat. Haa. Remaja suka baca buku fixi tapi jaga2 jugak. Kadang2 perisian buku fixi ni advance sangat.

      Delete
  14. Ira ada buku kelabu ni tapi baru habis satu muka surat kak hahahahah. Sebabnya tengok bab LGBT tu punya pasal ira pun turn off baca. Emm macam boleh mula sambung baca je lepas baca review akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah sambung baca Ira. Akak dulu pun turn off baca sebab tahu dia pengkid. Tapi gigih gak lah baca, dan best lah for akak. Hee. Maybe best jugak ke for ira. Cuba baca :D

      Delete
  15. macam best je.. boleh beli lepas nie..

    ReplyDelete
  16. Dulu macam pernah beli buku Fixi skrg errrr buku dah banyak masuk kotak masa kemas bilik. T_T

    Ada lagi satu indie publisher - Lejen Press rasanya. Nanti Siqah try la tengok taw. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk kotak untuk disimpan atau untuk dikeluarkan dari rumah tu Hanis?

      Haa Lejen Press. Pernah dengar publisher tu. nanti siqah try tengok novel terbitan dorang pulak :D

      Delete
  17. Kelabu by Nadia Khan ni memang best!
    Mula-mula baca dulu tak sangka wataknya macamtu
    Bila teruskan pembacaan baru dapat tangkap haha aduhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tertipu sangat kan masa part tahu dia perempuan. Haha.. tapi best lah novel ni. Layan gak :D

      Delete
  18. makin comel blog kak siqqah.. lamanya ndak singgah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tq datang singgah blog akak Unni. Akak pun lama tak singgah blog Unni. Nanti akak terjah k :)

      Delete
  19. tula. kawan pernah cerita pasal buku ni cuma tak terdetik nak beli. Mungkin kalau ada orang bagi pinjam barulah dapat membacanya. Buku fixi yang saya beli pun, selalunya yang sastera sikit seperti buku dari A.samad said dan tere liye. yang jenis macam ni tak pernah beli lagi. Apapun, terima kasih atas ulasannya. Sangat menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for reading Najah :) Siqah kalau buku sastera lambat betul nak baca. Hehe

      Delete
  20. Apa kata lepas ni akak try buat review buku Hadi FAYYADH, semusim di masyar, ketika Azazil berputus asa dan semusim di barzakh pula. Boleh kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua buku yang disebut di atas, akak tak beli lagi. Apa kata nasre yang buat review pula :)

      Delete
  21. Paah suka baca buku fixi ni... Layan je... Lagi suka kalau fixi pasal horror camtu... Pastu mula la malam2 terbayang sendiri... Ntah pape...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/25/pemakanan-untuk-penghidap-cyst-yang-sedang-hamil/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Bab terbayang lah penyebab siqah tak suka baca cerita seram :D

      Delete
  22. Kalau Fixi mai prefer genre horror/thriller. Fav author, Ariff Adly :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay noted. ARiff Adly. Akak tengok novel dia nanti.. :D

      Delete
  23. Ada baca buku Nadia Khan nie.. Yang Kelabu nie tak baca lagi..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。