August 10, 2017

My Most Favourite of Premium Basic Duckscarves - Matte Satin Silk


My-not-so-perfect flatly for Mango

PERINGATAN: Semua pendapat dalam entri ini adalah pendapat peribadi aku. Dan aku terima pendapat yang berbeza daripada aku. Much πŸ’“ 

My first dUCkscarve adalah KL City dUCk. Berkenan sebab pertama kali The DuckGroup keluarkan KL City dUCk dalam pelbagai warna. 

Dan sejak itu. I've been dUCk-ed! πŸ˜…

Selain daripada Limited Edition (LE) dUCk, dUCk juga ada keluarkan plain scarfs yang diperbuat daripada material yang berbeza dan diberi nama Premium Basic scarf

Ada pelbagai material iaitu Satin Silk, Matte Satin Silk, Chiffon, Georgette, Mixed Crepe, Jersey Cotton dan Fluff. 

Kalau LE, aku tak ambil pusing mengenai material. Yakin je beli. Tapi kalau untuk Premium Scarf, ada pelbagai material dan aku mesti pergi merasa setiap material agar aku tidak menyesal beli online. Makanya, kaki pun melangkah ke FashionValet di Bangsar. 



Pendapat aku, material Matte Satin Silk adalah yang terbaik dan berbaloi dengan harga sebab kain tak licin jika dibandingkan dengan Satin Silk, dan tidak jarang jika dibandingkan dengan semua material yang lainHaa satu lagi, MSS nampak macam kain mahal. Hihi. 

Baru-baru ini, The DuckGroup ada keluarkan pilihan warna baru untuk Matte Satin Silk. Aduh, rambang mata aku tengok 😍



Aku suka semua warna dan warna paling aku suka semestinya Froth. Tapi macam biasalah, tak dapat pun miliki warna itu sebab semestinya bila bangun tidur je, tengok warna Froth dah out of stock secara online πŸ˜“

Sudahnya, aku beli warna lain asalkan material MSS. Hihi. Suka sangat!


Sekarang, aku ada lima warna Matte Satin Silk iaitu Midnight Glow, Mango, Sea Breeze, Strawberry Bon-Bon dan Brazillian Grape πŸ’“

Aku berkenan juga dengan material Mixed Crepe dan Georgette. Pilihan warna untuk kedua-dua jenis material ini lagi cantik weii! Tapi disebabkan kain jarang, aku masih tak beli. Rasa macam membazir pula beli tudung mahal tapi jarang. 

Itu yang aku selalu fikirkan sebelum beli. Bukan apa, harga dUCk agak mahal, jadi mesti nak melabur duit untuk sesuatu yang aku anggap berbaloi. Tak nak lah rasa rugi dan tidak puas hati di akhir nanti.

Tapi, hihi, tak tahu sampai bila bertahan pemikiran begini πŸ™ˆ Serius, pilihan warna untuk Mixed Crepe dan Georgette cantik! 

Material kain paling tak best adalah Fluff. I'm sorry to Fluff fans. Lagi aku pelik bila Fluff adalah satu-satunya Premium Basic Scarf yang berharga RM150 (the others cost RM130). Tak faham juga kenapa Fluff mahal daripada yang lain. 

Kain Fluff macam kain bawal. 100% cotton. The plus point untuk Fluff adalah tidak memerlukan pin yang banyak. Tak payah pakai pin pun takpe. Takde nak mengelongsor tudung. Tiba-tiba tudung hilang bentuk, tiba-tiba tudung mengelongsor ke depan sampai tutup muka. Tidak akan jadi perkara begitu untuk Fluff. 

The minus point untuk Fluff adalah material ini tidak flowy dan sangat jarang. Kalau dililit dua kali, okay lah. Tak jarang lah jadinya. Cuma mesti kena lilit dua kali. Lilit di kepala, bukan di leher. 

My flatlay for Brazillian Grape

Pendek kata, beli Premium Scarf yang kita suka dan akan pakai saja. Jangan beli sebab orang lain beli. dUCk is one of a luxury brand dan kita sebagai penguna perlu memilih scarf yang worth the prize. 

Unless kalau kau kaya, so kau boleh beli semua tanpa berfikir panjang. Hihi. 

Aku tak kisah harga agak mahal asalkan aku puas hati dengan design dan material yang digunakan.

Dan satu pesanan aku, 

Once you buy a dUCkscarves, you will very tempted to buy more (seriously, because it happened to me). Bila sekali beli dUCk, you're officially been dUCk-ed! 😜

Tapi.. Haha.. Ada juga tapi kan. dUCk adalah satu-satunya brand yang boleh dijual sebagai pre-loved secara berleluasa. Confirm ada orang beli. Kalau pre-loved, jual murah sikit. Harga tak mahulah melampau ye. Buat naye kat orang je. 

So, 

Have you been dUCk-ed? 

Let's be dUCk-ed with the Matte Satin Silk Collection! ❤️

44 comments:

  1. Takutnya kalau terjebak. Hihihi.
    Best la siqah bagi review gini. Baru orang buka mata nak beli. Sebab beli online tak boleh nak belek2 material apa kan. Ada review camni senang juga la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Percayalah, once Shea beli sekali, confirm akan beli lagi :D
      Harap dapat membantu sesiapa yang nak beli secara online. Tapi ni pendapat peribadi Siqah. Lain orang lain pendapat dan kesukaanya. Hihi.

      Delete
  2. cantiknye kaler die siqah! tapi macam mampu tengok je.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua warna cantik! InsyAllah, ada peluang nanti E'in beli eh :)

      Delete
  3. Bila kita pakai berasa selesa...nak beraktiviti pun hati gembira ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Nak pakai pun mudah je :)

      Delete
  4. wah... cute sungguh duck tu.. confirmed bila dah beli terus jatuh hati lagi


    Review saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan Lutfi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa itu yang Once you buy a dUCkscarves, you will very tempted to buy more. Hihi. Confirm ;D

      Delete
  5. Akak pun teringin nak beli MSS square tu tp keler yang akak suka dah habis, nak pergi store malaslah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suka color apa? Froth ke? Kalau Froth memang habis je kak. Huhu. Nak pergi store memang bercinta jugaklah nanye. Jauh..

      Delete
  6. Haii... lamaa tak singgah sini... hari ni baru dapat singgah..

    Saya pun sama.. kalau nak beli tudung, saya akan pilih yang tak jarang.. kalau da terbeli tudung jenis jarang tu memang akan jarang pakai laa >.< sebab saya jenis malas nak pakai inner neck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nurul. TQ singgah sini. Takpe lama tak singgah, faham masing2 ada aktiviti sendiri kan :)

      Sama lah Nurul. Siqah pun tak suka pakai inner neck. RImas lah rasa.

      Delete
  7. Hihi ... 5 terus MSS ... saya beli fluff utk travel sbb Shaz ckp snang bawak utk travel tapiii mmg jarang lah sikit . Tak pe lah beli satu nak try. Ari tue dah aim brazilian grape tapiiii tak tahu why tak beli.

    Saya pulak paling suka georgette !!! Hihi

    Mmg betul beli sekali konon nak try lastly i've been duck-ed confirm semua org mmg mengalami benda sama hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fluff okay kot for travel sebab tak payah iron dan no need pin kan. Haa goergette cantik jugak! Ada jugak berkenan dengan warna goergette nanye. Tapi tulah, masih tak beli.

      Kan!!!! We've been dUCK-ed!

      Delete
  8. suka jugak tengok duck scarves nie sebab cantik2 dan nampak ekslusif.
    tapi takmampu nak pakai dulu, mampu tengok je la dulu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah, nanti BV pun berpeluang beli jugak :)

      Delete
  9. waaaa. byknya itikkkk siqa :P echa sampai skrg still guna bawal. blm ada lagi beli yang macam ni huhuh. warna duckscarve ni cantik2 semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Itik banyakk :D Kalau dah selesa pakai bawal, susah sikit nak move on pakai shawl kan. Sama macam kakak Siqah, jenuhlah beriya ajar shawl tutorial, last2 bawal jugak dicarinya. Hihi. Yes, warna dUCkscarve cantik2 <3

      Delete
  10. teringin jugak nak beli duck..tengok materialnya macam cantik sangat..kalau ada rezeki trylah beli satu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Material cantik Radhia. Boleh pilih ikut your preferences and liking. Hihi. Try beli satu tu nanti jadi beli berkali2. Hihi. be prepared Radhia :D

      Delete
  11. CR tak pernah beli Duckscarves. Teringin jugak. Mohon Siqah wat preloved.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Rasanya kali kedua dah CR cakap pasal preloved kan. If Siqah ada nak jual nanti, you will be the first person to know okay :)

      Delete
  12. teringin nak ada satu koleksi duck ni TT semua cantik2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Semua cantik, rambang mata :D InsyAllah, nanti one day, Mazni boleh beli dUCk jugak. Let me know when it happen. Hihi :D

      Delete
  13. I have yet to be dUck-ed sebab belum mampu nak pakai lagi. Tapi teringin jugalah nak beli satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti one day, Farah beli dUCk okay. And be ready to be dUCk-ed after that :) Hihi

      Delete
  14. tunggu Hana kerja kot baru mampu hehe apa salahnya as a reward sekali sekala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Anggaplah reward untuk diri sendiri selepas penat bekerja :) Hana kerja dulu okay :)

      Delete
  15. haha seriously kak, banyaknya koleksi, ni patut menang anugerah ni kak :D

    btw, baru nampak logo bentuk apa yang kecik2 tu, itik rupanyaaa, rare lah tak penah napok org buat logo itikk. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tak layak menang anugerah. Ramai lagi duckies yang banyak gila koleksi dorang. Akak picisan duckies je. Hdhd.

      Haha. Dah nama duck, tu yang letak logo itik. Hii. Suami akak pun pernah tanya kenapa dalam banyak2 haiwan, vivy pilih itik? Tak boleh akak nak menjawabnya :D

      Delete
  16. mak2 tak terjebak dah kut ...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah belum ada rezeki anak lagi. InsyAllah ada anak nanti, kurang dah kot pembelian duck. Tengok baju baby pun dah rambang mata kan. Hehe.

      Delete
  17. "Lilit di kepala bukan di leher" hahahahha indeed ayat tuhh :D

    Menangis betul ira nengok koleksi tudung dan flatlay dUCk akak , memang dUCked sejati gitew hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sebab kain fluff jarang sangat, kalau lilit kat leher masih can see through. Hehe :D

      Sejati lah sangat ni Ira. Bertahan bertahun tak beli duck, bila dah start beli tak boleh berhenti pulak πŸ˜…

      Delete
  18. belum ducked lagi. haha
    mane yg jual preloved tu bleh offer kat mek

    ReplyDelete
  19. so cantik nampak material tu.. Warna yang ada pun semua hot 😍

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。