July 21, 2017

THE DAYS WHEN I DON'T FEEL LIKE BLOGGING




Blogging doesn't always come easy.

Ada ketikanya aku buka laptop, merenung laptop dengan fikiran kosong. Niat di hati untuk update blog tapi tidak berhasil. 

Cuba siapkan draft yang ada juga tidak berhasil. 

Jujur aku rindu pada blog. Rindu untuk update blog, rindu untuk melawat blog kawan-kawan semua. 

Tapi, kini blogging slump melanda diri. 

Bagaikan tsunami, blogging slump datang dalam masa yang sekejap tapi mengambil masa lebih seminggu untuk aku pulih kembali. Dan kini, semangat blogging masih tidak seperti dulu. Ke mana menghilangnya semangat berkobar-kobar aku dulu agaknya ye?

Aku sendiri tertanya-tanya. 

Tapi adakalanya, bagus juga untuk kita menjauhkan diri daripada blog. Kadang-kadang itu perlu agar kita kembali semula dengan semangat blogging yang tinggi seperti ketinggian KLCC. Dan perkara ini akan berulang lagi, tiada berkesudahan, pasti. 

Biasalah manusia. Ada naik turunnya juga. Seperti berat badan yang naik dan turun. Eh, kalau kes aku, naik je, turun belum lagi. Haha. 

Dengan ini, aku nak cakap yang aku tabik spring dengan rakan blogger yang berterusan untuk update blog. Tidak pernah jemu untuk update blog. Terbaiklah korang πŸ‘

Sebenarnya rasa bersalah juga apabila aku mengabaikan blog sendiri dan blog kawan-kawan. Tapi itulah semua benda tak jadi kalau mood tiada. 

Pada hari-hari aku tiada mood untuk blogging, 

Apa yang aku buat? 

Meh nak cerita ^_^


DOWNLOAD E-BOOKS 

Ini adalah aktiviti utama aku. Haha. Kerja gila weii asyik download E-Books je sekarang. Bukan setakat gila download E-Books, aku juga gigih mencari E-Book. 

Jenuh juga nak cari buku yang aku nak dalam versi E-Book. Faham-faham jela. Nak yang free jadinya bukan mudah nak jumpa. Penat jari jemari klik satu demi satu laman web di Google dan rasa puas hati sangat bila jumpa E-Book yang aku nak. Hihi. 

Sebelum aku download E-Books, aku akan baca sinopsis dan tengok kategori dan review di Goodreads. Aku tak kisah sangat dengan review sebab bagi aku lain orang lain pendapatnya. Cuma aku agak memilih dalam kategori. 

Aku tak akan download buku yang tergolong dalam kategori LGBT. Fuhhh, sumpah geli nak baca. Tak sanggup nak bayang. 

LGBT - Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender

Aku akan terus download E-Books yang aku berkenan sebab link free E-Books boleh broken. Sebelum link broken, baik download dulu. Selamat. Hihi.

Sekarang, aku ada lebih daripada 300 E-Books. Ohh yes, you can call me CRAZY because I'm crazy. Haha. 

Aku pun tak tahu bila boleh aku habiskan baca semua buku. Tamak pulak rasanya πŸ˜…

Antara E-Books yang ada. Dah susun ikut mana nak baca dulu. Mungkin list ini akan berubah :D


READING

Aktiviti kedua aku. Hihi. Bila dah banyak buku (E-Books & Physical Books) yang hendak dibaca, aku pun mulakan proses membaca. Setakat sekarang, aku dah habis baca 11 buah buku

Oppss...Jangan terkejut. Lebih setengah daripada jumlah buku tersebut adalah buku poem dan quotes saja. Haha. Jadinya cepatlah habis baca. Hihi. Nanti aku buat review buku yang telah aku baca ye. And please expect my delay, as usual πŸ˜…


Antara buku yang aku patut habiskan baca hujung bulan depan berdasarkan entri aku >> Books I Want To Read In Three Months. Aku hanya sudah habis baca buku Perang Melawan Mitos dan Hidup Yang Aku Pilih. Current reading adalah buku Arkitek Jalanan. 


WATCHING KOREAN DRAMA 

Aku baru saja habis tengok tiga drama Korea bertajuk Suspicious Partner, The Ruler: Owner of the Mask, dan Fight For My Way. Bersungguh tengok ketiga-tiga drama ni. Dan kini, bila semua drama tamat serentak, aku dah tak tahu nak tengok drama Korea yang mana.

Nak tengok Bride of the Water God tapi tak suka heroin. Tapi suka hero, Putera ke-14! Cadangnya aku nak marathon drama Korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo yang semua orang kata best! Tiada sorang pun aku jumpa yang kata drama ni tak best. 

Jadi, mungkin itulah pilihan drama Korea yang bakal ditonton =D


ACTIVE ON OTHER SOCIAL MEDIA ACCOUNT

Tidaklah aktif sangat sebenarnya πŸ˜… Sekarang aku suka akan Twitter (mujur tak delete account Twitter dulu). Ramai orang menarik kat Twitter tau. Serius ramai. Haha. Ramai yang pandai berkata-kata dan sarcastic pun ada. Haha. Tapi aku suka. 

Akaun yang paling aku suka tengok dalam Twitter adalah Bulu Bulu Kehidupan. Akaun yang berkongsi mengenai kucing comel bersama caption yang menarik dan kelakar. Hihi. Terhibur hati tengok kucing beraksi comel. 

Instagram? Layan instastory lebih daripada timeline. Facebook? Bila teringat baru buka. Kena juga buka Facebook sebab sekarang semua orang update kat πŸ‘©πŸ“• termasuk keluarga. 


UPDATE MY OLD BLOG POSTS

Aku kemaskini entri lama. Bagi alignment sama, gambar jadikan center, dan padam (Love, SiQaH) di hujung setiap entri. Paling payah bab nak jadikan gambar center sebab gambar yang aku upload daripada aplikasi BlogTouch Pro tidak berada dalam saiz sebenar dan tidak center. 

Nampak tak cantik tapi aku malas nak edit semua gambar dan upload kembali guna laptop. Sudahnya, aku hanya edit yang lain saja dulu. 


SLEEP EARLY 

Jumlah masa dan kualiti tidur sangat penting bagi aku. Sekarang aku tidak lagi tidur lewat pada awal pagi. Aku akan tidur selewat-lewatnya sebelum jam 11.30 malam. 

Agaknya umur makin meningkat, badan mudah rasa penat πŸ˜‘

Ini juga sebab kenapa aku tidak update blog. Aku biasa siapkan entri blog di malam hari. Bila dah tidur awal, bila masa pula nak update? 

Hari ni, rasa puas bila dapat up satu entri blog di awal pagi. Bangun tidur terus ada idea untuk tulis blog. Jadi terhasillah entri ini. Bolehlah dari takde kan? Hihi. 

Thank you for reading. 

Do you ever feel guilty about not posting any new blog post? What do you do when you're having blogging slump? 

62 comments:

  1. oh dear, im having it right now. actually selalu sangat dah haha. for me, cara nak overcome biasanya start from visiting other blogs yang kena dengan jiwa, biar terinspirasi. oh macam lebih kurang sama pulak activiti yg kita buat bila mood blog hilang ni cuma sy tak pernah try lagi download ebook as i always prefer physical books, feel dia macam lebih sikit hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sep sikit Nisa πŸ˜‚ Siqah nak start terjah blog kawan2 ni. Nantikan kemunculan siqah di blog Nisa ye (macam artis gayanya 🀣). Haa siqah dulu suka physical books jugak. Sekarang je lebih kepada ebooks sebab senang tak payah susah2 nak pegang dan paling suka bila senang nak bookmark. Hehe. Btw, siqah suka bau buku baru πŸ˜…

      Delete
  2. Tidak berblog...namun Siqah aktif dibahagian lainnya..itu juga satu kebaikkan...lumrah..kerana mood yang adakala seperti roller coaster terlerai dari lansasannya..ahakkk kak PC lerrr tu..buat diri hilang rentak untuk berkongsi kisah..jadi,ambil masa..nanti kembali semula..saat itu pasti coretannya lebih rasa..lebih warna..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga menjadi kebaikan saja kak PC 😊 Akak yang pandai berkata-kata, sekali haa roller coaster. Hehe. Insyallah semoga boleh kembali blogging nanti. Biasalah kan kalau dah nama blogger kak, turun naik mood tu haa.

      Delete
  3. Nani pun ada masa malas dia tu, memang buka laptop pun tak nak. Hahaha! Tapi kalau dalam mood rajin, dua tiga entry pun boleh siap. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Kannnn! Rasa macam menyampah lak tengok laptop. Hihi. Kalau Siqah bukak jugak laptop tapi sudahnya tengok drama Korea πŸ˜‚ Betul2, kalau ada mood boleh dua tiga entri siap kan. Bestnyaaaa. Hehe

      Delete
  4. Hai Siqah. Tak habis lagi blogging slump. Sama la dengan yang di sini. Hihihi.
    Rasa macam lama dah tak baca buku sebab busy tengok korean drama. Terpengaruh sangatttt...
    Thanks suggestkan cerita best.
    Of course rasa bersalah sebab tak update blog tapi apakan daya. Kudrat takbanyak mana nak stay up sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Shea 😊 HIhi. Shea dah kembali blogging slump jugak ke? Hehe. Pi mai pi mai tang tu jela mood blogging kita ni kan. Hehe.
      Yeayy! Shea tengok drama korea yang mana tu? Siqah sekarang tak tahu nak tengok drama apa bila semua drama fav dah habis πŸ€”
      Betul tu Shea. Rasa bersalah tapi tu lah kan, hidup realiti lebih diutamakan. Rehat itu penting. Hehe.
      Takpe. Biar lama tak update tapi asalkan berupdate lah jugak πŸ˜„

      Delete
  5. malas sekali sekala nak update blog takpe siqah.. jangan malas terus taw.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Baik E'in. Malas sikit2 je ni. At least seminggu sekali up jugaklah entri tapi Siqah boleh janji yang Siqah tak hilang terus dalam dunia blogging. Hehe. (Wahh siap berjanji haa πŸ˜…)

      Delete
    2. okay.. dah janji ea!! singgah hari rabu. :)

      Delete
  6. Ana since puasa hari tu jadi malas juga nak update blog. Semangat tu xtahu ke mana. Tp ni tgh build up semula mood supaya ada consistency in updating more entries. Mood membaca pun dah dtg kembali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana!! Sep sikit! Ana sama dengan Siqah. Sejak bulan puasa memang semangat update blog bagaikan hilang pula. Rasanya Ana sekarang dah kembali aktif update blog kan. Siqah suka dengan entri travel Ana. Rasa nak pergi semua hotel tu ☺️ Yeayy! Siqah nampak dah mood membaca Ana kembali. Jomlah buat akaun Goodreads 😊

      Delete
  7. hahaha it's okay.. mmg kdg mood menulis kejap naik kejap turun.. huhu apapun sy mmg respect dgn org yg dapat habiskan beberapa buah bula dlm sebulan hahaha sy banyak buku tp membaca tue pun ikut mood.. kena asah balik minat membaca ..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega Nurul cakap okay. Rasanya semua blogger ada perasaan camni kan πŸ˜… Hihi. Kalau bab buku, Siqah susah sikit nak tinggal. Reading slump sekejap je biasanya. Hihi. Jom Nurul, baca sama2 nak. Hehe.

      Delete
  8. drama man to man pon best jugak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh recommendation drama! Siqah terjah nanti. TQ Adelia =)

      Delete
  9. So comel. Akhirnya berjaya jugak Siqah up one post for today.. πŸ˜‚takpe slowly but surely.. πŸ‘ ada masa kena rehat dari dunia berblog, ada masa kena bersemangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Bolehlah kan Husniey. Asal ada. Punyalah semangat bangun pagi terus on laptop. Susah nak dapat semangat camni. Hehe. Betul Husniey, Siqah setuju ayat Husniey di atas 😊

      Delete
  10. don't worry, semua blogger rasanya memang akan menghadapi blogging slump. :D
    BV suka tengok kdrama kalau takda mood berblogging, takpun layan youtube tengok kbs channel :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Kannnnnn :D
      Pendek kata semua pasal Korea ek BV layan. Hehe. Sekarang BV tengok drama apa? Siqah dah boring lak sekarang tak tahu nak tengok drama apa. Takde feel πŸ˜…

      Delete
  11. samala entah kenapa mood blogging ni tak naik2 lagi T__T jeles je tengok org lain publish entry tetiap hari. banyak betul idea diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. T_T Kan. Tabik spring dengan blogger yang update blog hari2. Banyaknya idea dan banyaknya masa dorang..

      Delete
  12. Guilty - memang ada
    What do time blogging slump - buat kerja lain. haha. Biasalah manusia kan mmg ada up & down nya.

    Eka pun minat sgt dgn bulu2 kehidupan. rasa mcm mau makan semua kucing dsitu. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kan. Dah nama manusia, tak pernah nak kekal kalau bab mood ni haa. Hehe.
      Haha. Wow!! Eka sampai nak makan kucing2 tu πŸ˜‚ Siqah rasa nak peluk kucing2 tu kuat2 sebab geram sangat. Hehe

      Delete
  13. Hi siqah!

    Bila dah lama tak update blog & blog walking mesti rasa rindu kan.

    Aktiviti yg tyra selalu buat bila kena blogging slump ialah membaca, tengok drama & main games. Tapi ade jugak baca entri baru blog orang sbb at least xde rasa ketinggalan.

    Atheera / http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tyra!

      Rindu mesti ada cuma tengok di kejauhan je. Hehe.

      Bab baca dan drama, kita geng! Siqah tak main games. Hihi. Tu lah, siqah rasa dah ketinggalan ni sebab dah lama tak blogwaking T_T

      Delete
  14. Kak Siqahhhhhhh! I feel you so much. Ira pun selalu kena macam tu login je blog memula membara lepastu scroll atas bawah dah bara tadi terus jadi abu πŸ˜‚ shutdown laptop pengakhiranya huaaaaa. Memang tabik berpring piring kat blogger yang struggle tiap hari perah otak untuk update entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. So funny Ira tau! Bara jadi abu. Betul gak tue πŸ˜‚ Akak tak shutdown laptop, akak terus tengok online drama korea. Berjam jugak jadinya. Haha.
      Kannn! Tabik spring dengan rakan blogger yang update blog tiap hari. Kita nak buat camtu, rasa setahun sekali pun payah eh. Hehe.

      Delete
  15. bagus siqah nih..rajin baca buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Baca buku jela yang rajin, Anum :D

      Delete
  16. Dah lama tak update blog. πŸ˜₯ I feel this kak siqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan :( Shaf tak mahu lama-lama tinggalkan blog tau. Nanti akak rindu :)

      Delete
  17. perghhhh memang betul sesangat laa kalau takde mood blogging tu, adoiii nak sentuh lappy pun susah haha. kalau saya takde mood blogging, saya buat 2 perkara yang awak buat jugak. membaca, tengok k-drama or k-verietyshow. and i love poem and quote tu but i dont know which book of poem and quote yang best-best :( nak pinjam buku awk boleh? kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kannn! Siqah sentuh laptop tapi tengok drama Korea lah. Hihi.
      OHh I love poem and quote books too! Dalam bulan ni ada baca 4 buku poem English, satu buku quote dan buku COklat Tarbiah. Buku Coklat Tarbiah je siqah beli, yang lain semua baca dalam format E-Books, awak. Hihi. Kalau awak nak tahu, nanti DM Siqah. Siqah ada post dulu tapi dah delete entrinya :D

      Delete
    2. Nak pinjam buku boleh je awak ;) Siqah pun pernah pinjam buku daripada rakan blogger jugak. Hihi

      Delete
  18. Siqah..... faham sangat. saya pun rasa macam tu.. yg draft pun tak siap2. hat ni tengah siap kan draft pasal boat noodle hati tu. Agaknyaa lumrah kot semua blogger akan rasa macam ni. Tapi.. kalau boleh jangan laa blogging slump lama2 siqah.. suka baca entry siqah..

    Siqah da habis baca tak buku arkitek jalanan? akhirnyaa dapat jgk saya beli kat kedai buku. tu pun tiggal nyawa2 ikan je stok tu. Tetibe rasa sayang nak baca :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Siqah pun rasa lumrah kalau blogger ada mood blogging slump ni kan. Siqah blogging slump paling lama dua minggu kot. Hihi. Malas nanye. TQ Nurul suka baca entri Siqah yang tak seberapa ni <3 Nurul pun tak mau blogging slump lama-lama okay ;)

      Siqah tak habis lagi baca buku Arkitek Jalanan. Hihi. Sebab stuck pulak baca buku Nadia Khan. hihi. Buku tu laris kan. Ramai peminat Teme sejak Pelukis Jalanan. Jom sama-sama baca buku Arkitek Jalanan, Nurul :D

      Delete
  19. dulu saya pernah download ebook. lepas dah baca beberapa page, lepas tu stop..tak continue..pemalas betul saya ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Kalau tak minat, susah jugak nak teruskan ;) Takpe, bukan pemalas tu.

      Delete
  20. Hi Siqah...Ni 1st time akak bukak blog awak...Seriusly. fresh mata ni membaca blog sini...

    Done load blog ni as 1 of my favourite blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak Sakura ;)

      Terima kasih kak sudi singgah dan follow blog Siqah. Teruskan berkunjung ye kak. Hihi. Siqah balas kunjungan akak jap lagi ;)

      Delete
  21. Baru ni terjadi jugak. Sampaikan nk bw pun malas. Tapi paksa juga diri update walaupun entri pendek2. Huhu.

    Sila la lyn drama weighlifting tu. Memang best sangat2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus haa Reen boleh jugak update walaupun entri pendek. yang penting, update jugak kan. Huhu.

      Alamak. Siqah baru layan episod 1 je drama Weightlifting. Menarik tapi tengah tengok drama lain. Nanti Siqah sambung tengok. See, ramai cakap drama Weightlifting best tau.

      Delete
  22. Biasa lah tu. Rasa nya semua blogger ada rasa perasaan macam tu.
    Banyak nya download e-books! Memang betul suka membaca ni πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kan Cik Epal. Semua blogger pasti ada melaluinya.
      Haah, E-Books je kerjanya sekarang, memang Siqah suka membaca pun :D

      Delete
  23. cemana nak download ebooks eh? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jieha email Siqah okay? Siqah boleh cerita. Kalau tak email, boleh DM di Instagram :)

      Dulu Siqah nanye ada buat entri pasal how to download free ebooks. Tapi dah delete sebab illegal kan nanye free ebooks ni πŸ˜„

      Delete
  24. Takpe.. bila ada mood menulis, cepat2 siapkan 10 entri terus. hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. 10 entri tu boleh ambik masa berhari-hari πŸ˜… hehe.

      Delete
  25. Selalunya masa blog tak berupdate ialah masa yg sangat lah busy. Huhu which is the past few weeks. Sejak dari prepare nak exam, sampailah lepas exam, entah kenapa rasa macam so much thing to do. Sampaikan dashboard tak sempat nak bukak, blogwalking apatah lagi. Same here, Twitter lebih menarik lately especially trend sekarang siap buat threads bagai. :D

    Nak tgk drama tapi rasa macam spend time kat luar lagi best, lagi2 bila dah penghujung macam ni T_T tapi internet kafe lajuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis sibuk kan dalam beberapa bulan lepas. dengan exam, kemas barang nak balik sini lagi. Takpe, take ur time untuk update blog. Dan yes, kalau Siqah dah penghujung masa di tempat orang pun, SIqah lagi prefer jalan2 daripada duduk dalam rumah dan hadap laptop :D

      Kann! Twitter best now tambah lagi dengan threads. Suka jugak baca threads yang ada :D

      Delete
  26. Blogging pun kena ada mood kann.. Kalau xde mood, idea langsung tak mau keluar..
    Sis pun kadang-kadang bila kena masa tak productive, satu apa pun tak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak! Rasanya semua blogger pernah hadapi semua ni. Bukak laptop jugak tapi tak jadi apa. Huhu

      Delete
  27. saya ni kene pupuk minat membaca jgak la. selain membaca apa yg ada di socmed ni kan. saya ni blogger baru, moga terus istiqmah dalam update blog hehe

    helloaiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, Semoga awak berterusan update blog ye. Jangan terkubur tau, tak selalu update itu boleh terima lagi. Hii

      Delete
  28. busyra klau ikut malas hri2 malas .. hehe. tp syg dkt blog. tp mlasss. apa kes ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kann! Sayang kat blog tapi malas. Apa pun tak jadi. Hihi

      Delete
  29. Sepanjang julai Lya pon on blogging slump jugak. Hopefully fasa tu dah berlalu dan takkan datang lagi hehe.
    Lya pulak whenever I didn't feel like writing, memang akan terisi masa dengan other social media dan K-Drama je. Tak serajin Siqah untuk membaca. Tabik spring kat Siqah pulak for that aspect ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Hopefully, Lets jadi rajin blogging bersama :D
      Lain orang lain kesukaannya ye tak. Takpelah asalkan buat aktiviti jugak. Kalau duduk saja lagi pening. Hihi. Banyak K Drama best sekarang!! Siqah pun blur jugak nak tengok yang mana. Ikut kata hati jela :)

      Delete
  30. jarang mengalami blogging slump ni, selalunya bila time sakit je baru rasa malas nak mengadap blog..tapi bila sihat memang semangat nak berblog tu datang balik hehe.

    ReplyDelete
  31. i should be on hiatus mood. tapi lately asyik buka tutup buka tutup blog je. Hahahahaha

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。