July 13, 2017

JUNE 2017 WRAP UP




Hello semua ~ Masih mood raya ke tu? Hujung minggu ni aku akan beraya di kampung sebelah Ayah pula. Lewat dua minggu pulang ke kampung sana, mesti tiada ketupat daun palas. Biasanya aku hanya makan ketupat daun palas di sana saja. Sebab ketupat daun palas Atuk paling terbaik.

Nampaknya tahun ni tiada rezeki nak makan ketupat daun palas. Insyallah jika panjang umur, ada rezeki pada tahun hadapan. 

Entri Month Wrap Up kembali lagi. Kalau dulu, entri Month Wrap Up akan jadi entri pertama setiap bulan. Kini dah jadi entri keberapa entah. Haha. Ikut mood nak update blog. Blogging slump pula asyik menjelmakan diri saja sekarang. Terpaksa layan dia πŸ˜†

Cepat sungguh masa berlalu. Dah pertengahan tahun! Masa semakin pantas bergerak, umur kita pun semakin pantas meningkat. 

Tanpa berlengah lagi, mari dengar cerita aku dalam bulan Jun 2017. Entah apalah jadi agaknya? Dapat rasa entri ini macam panjang je.


PERSONAL 


1. Spring cleaning. Setiap tahun apabila menghampiri bulan Ramadhan, aku akan buat spring cleaning. Maknanya setahun sekali jela aku buat πŸ˜… 

Spring cleaning untuk pakaian, tudung, dan buku. Pakaian dan tudung sudah aku beri kepada sepupu dan kakak aku. Seronok bila tengok dorang pakai. Untunglah badan slim je πŸ™†

Buku pula aku simpan dalam kotak. Masih berfikir nak buat apa dengan semua buku itu. Dah ada idea tapi tengok dulu sama ada aku mahu teruskan atau tidak πŸ™‹



2. Goodreads Reading Challenge completed! Yeayyyy! πŸ’ͺ Lebih awal daripada yang aku jangkakan. Nampaknya semangat membaca aku pada tahun ini lebih tinggi daripada tahun lepas. Hii. I'm happy.



3. Tertinggal laptop di pejabat. Pada 19 Jun 2017, aku tertinggal laptop di pejabat. Bila dah sampai rumah baru perasan sebab terasa beg laptop ringan. Mujur juga aku tergerak hati nak check beg laptop bila sampai di rumah. Kalau tidak, habislah wei kalau laptop hilang T_T

Alhamdullilah ada kawan sekerja yang masih berada di pejabat dan tolong simpankan laptop aku. Lega rasanya. Thank you ye! Malas nak sebut nama dia kat sini, nanti kang sampai ke sudah dia asyik berkata-kata. Haha. Menganggu ketenangan di pejabat pula nanti πŸ˜›

4. Hadiah Hari Raya daripada tuan rumah. Alhamdullilah. Tuan rumah aku baik orangnya. Tak pernah berkira dan sentiasa cepat selesaikan masalah rumah, kalau ada. Dan dua hari sebelum hari raya, Kak Rina datang rumah dan bagi hadiah hari raya katanya. Ini sudah jadi amalan dia setiap tahun. Moga dimurahkan rezeki akak.

Hadiah Hari Raya 

BLOGGING 


5. Featured di Jom Kita Lari Facebook. Abg Zaidi bagitahu yang entri blog aku, 10 KM FINISHER - STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2017 STORY telah di-featured di laman page Jom Kita Lari. Aku tak tahu akan kewujudan laman page itu.

Kawan Abg Zaidi yang bagitahu sebab kawan dia pelik lalu bertanya, 'bila masa kau lari pakai skirt tutu?' . Hihi. Maaf ye Abg Zaidi πŸ˜…

Bila aku buka Facebook, baru nampak ada notification Pending Posts dan salah satu adalah daripada Jom Kita Lari. Tak perasan pulak. Aku jarang buka profile Facebook.

Terima kasih =)


6. New Blog Template. Korang perasan tak akan perubahan pada blog aku? Hii. Tiba-tiba pula rasa nak tukar blog template. Owner blog template aku masih orang yang sama, Kate. Dia sangat baik dan sabar melayan kerenah dan permintaan aku. I really like you Kate! 😊

Aku ada cerita mengenai Kate dan blog template daripada Etsy dalam dua entri di bawah. Boleh terjah kalau nak tahu lebih lanjut mengenai blog template =)

Clean and Responsive Blog Templates
I'm Glad She Said Yes

7. New Blog Header, Signature, & Watermark. Aku tempah semuanya daripada adik manis, Nurul. Aku approach dia lagi seminggu nak raya. Nurul buat kerja dengan pantas. Hii. Sempat siapkan sebelum raya. Maaflah akak kacau sebelum raya eh. Orang fikir baju raya bagai, aku fikir nak edit blog. Haha.

8. Hadiah daripada blogger Kak Shikin. Alhamdullilah. Dapat hadiah daripada Kak Shikin sempena nama tersenarai dalam Top Commentor Mei-Jun 2017. Kak Shikin sangat pemurah hati. Tiap bulan ada diberi hadiah kepada Top Commentor blog beliau. Terima kasih kak. Semoga murah rezeki akak.

Novo. Double Color Lipstick.
First time tahu kewujudan lipstick dalam dua tona warna.
Cantik. Warna merah yang tak pekat sangat πŸ’‹

FRIENDSHIP


9. Geng Makan berpisah. Kami dahulunya berlima (Siqah, Hanis, Tasha, Nadiah, dan Syira) di tempat kerja yang sama. Kini kami masih bekerja dalam satu syarikat yang sama cuma berpisah tempat kerja. Nadiah dan Syira (ITT MY team) telah berpindah ke WSC.

Kami masih berhubung melalui email dan whatsapp tapi lain kan daripada jumpa hari-hari. Sedih betul. Nak bercerita pun dah payah sekarang πŸ˜‘

Geng Makan yang kini sudah jarang bertemu T_T


10. Majlis berbuka puasa di Restoran Rebung Chef Ismail. Alhamdullilah. Dapat kami berkumpul untuk berbuka puasa bersama. Malam itu merupakan hari terakhir ITT MY team bersama kami.



11. Mood Republik di PWTC. Punyalah semangat nak raya kan? Haha. Kami berempat (kecuali Hanis) pergi ke Mood Republik di PWTC selepas majlis berbuka puasa di Restoran Rebung Chef Ismail.

Pada mulanya, aku tak nak join. Tapi bila tengok Fazura update kata dia dan Fattah akan ke sana pada jam 10 malam, terus bersungguh aku nak join. Haha. Dua kali semangat tak? πŸ˜‚

Aku hanya beli selipar saja di sana. Terpaksa beli sebab kaki sakit (siapa suruh pakai heel). Dan jumpalah juga dengan Fazura dan Fattah Amin dalam kesesakan orang ramai. Hii.

Gigih Syira tolong ambilkan gambar. Hihi.
Fazura dan Fattah. Lagi cantik dan handsome in real life. 

Soalan cepu cemas. "Nak pergi lagi ke Mood Republik tahun depan?". Jawapan: MESTILAH TIDAK!!! Tak sanggup dah. Sudah cukup sudah ~ 


READING


12. Aku baca empat buku saja dalam bulan Jun 2017. Tiada banyak sangat masa untuk diberi kepada pembacaan bulan lepas.

Review buku hanya telah dibuat untuk One of Us is Lying. Itu pun aku gabungkan sekali dengan tiga judul buku yang lain. Kalau berminat, korang boleh klik LINK INI

Hidup Yang Aku Pilih - 4/5
Perang Melawan Mitos - 5/5
One Of Us Is Lying - 4/5
I Believe In A Thing Called Love - 3/5


WATCHING

13. Malay Drama. Drama Andainya Takdir sangat bagus dan best! Cerita yang tidak cliche dan banyak pengajaran. Mengajar kita agar lebih berhati-hati memilih pasangan. Aku suka ending drama ni. Lakonan Shukri Yahya dan Nina Iskandar patut diberi pujian πŸ‘

14. Korean Drama. My Secret Romance adalah satu-satunya drama Korea yang hanya mempunyai 13 episod saja. Aku agak sebab rating drama ni jatuh. Tu yang episod terus dipendekkan. Bagi aku, memang drama ni bosan pun bila dah akhir-akhir. Geram aku dengan perangai heroin. Kejap nak, kejap tak nak. Cepuk kang! Haha. 


Fight For My Way. Ohh drama ni comel, sweet, best gilaaaa!!! Haha. Baru je habis tengok final episode drama ni semalam dan aku berpuas hati dengan ending. Comel πŸ’• 

Lagi dua drama iaitu The Ruler: Master of the Mask dan Suspicious Partner juga bakal berakhir tidak lama lagi, Bosanlah nanti bila dah habis semua drama ni. Tak tahu nak tengok drama apa lagi. Any suggestion?



RANDOM PICTURES

Bila topik ini muncul, maksudnya entri ini bakal tiba pada titik noktah. Panjang dah rasanya ni. Banyak pula cerita bulan Jun 2017 ^_^


Aku suka mural lukisan ni.
Selalu perhati setiap kali lalu bulatan ni.
Akhirnya, snap juga gambar masa kereta bergerak.
Lokasi: Muar

As always, gambar langit mesti ada <3
Lokasi: depan rumah FIL, Muar

The best picture I snap in a moving car.
Lokasi: Masjid Shah Alam.

Bukan setakat muka tak flawless, gigi pun tak cantik. Adoi. 


Sekian saja entri June 2017 Wrap Up. Tak tahu korang perasan atau tidak? Hihi. Entri ini tiada gambar makanan. Dah kata bulan puasa, gambar makanan tiada juga lah :D

Harap kepada sesiapa yang baca entri ini, baik-baik saja ye =)

Thank you for reading.


40 comments:

  1. Wowwww.. banyak gile utk bulan Jun.. Buku tu lea suggest siqah buat giveaway ajerk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siqah plan jugak nak buat giveaway. Nanti Lea join tau kalau siqah buat GA =D

      Delete
  2. tengok sassy girl tak kakak cantik? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sassy girl yang zaman dulukala tu eh? Siqah tak tengok sebab tak minat both pelakon tu πŸ˜… best ke e'in?

      Delete
  3. Tersusun dan menarik wrap up siqah πŸ‘πŸΌ

    Tahniah dpt habiskan Goodreads challenge tahun ni.

    Perasan jugak template blog dah tukar. Semangat kan bila nak tukar template kadang2 tu sanggup tak tido nak settle kan semua sampai puas hati.

    Bestnye dapat jumpe fattah & fazura!!! Tahun ni tyra rasa mood republik macam kureng sikit. Pergi pun time tu xdelah sesak macam tahun lepas.

    Fight for my way best, wlupun baru tgk 2 episode hihi. Sedih pulak rase bila master of the mask nak habis. Lepas ni tak tau nk tgk drama ape dah 😭

    Anyway, kita tunggu siqah update pasal raya food pulak, eh? Haha rayakan sebulan. Mne tau nnti fpt jugak makan ketupat palas hehe

    Atheera / http://atheeradayana.com


    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Tyra. Ini jela entri wajib pun haa nak buat. Hihi.

      Betul! Siqah memang tak tenanglah selagi blog tak siap. Walaupun suruh orang yang buat. Duk refresh je blog bila nak siap. Hihi. Kalau sekali nak tukar template, selagi tak tukar rasa tak best je..

      Best jugak dapat jumpa in real life walaupun di kejauhan dan bersesak. Hii. Oohhh yeke? Masa siqah pergi ramai sangat orang. Maybe sebab siqah pergi jumaat malam kot. Orang shopping sampai ke pagi..

      Fight for my way best best!! Tyra tengok sampai habis tau. Drama tu comel sangat 😍 kannn! Siqah pun tak tahu nak tengok cerita apa dah.. huhu.

      Siqah takde ambil gambar raya food pun. Hihi. Kan kan! Raya sebulan. Mana tahu dapat makan ketupat palas. Kalau dapat Siqah mesti share kat sini. Hihi.

      Delete
  4. Moga ada yang sudi buatkan ketupat palas untuk Siqah bila balik kampung nanti ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula nak berharap camtu jugak tapi balik kampung ni sebab kenduri kahwin sepupu. Rasa macam Atuk sibuk je tak buat ketupat..

      Delete
  5. Gmbr scenery tue mmg cantik gilaaaa snap pakai Iphone 7 lagi tip top jadinya yank.

    Tapiii, mmg sunset dkt masjid shah alam mmg cantik gilaaaa~ kdg2 if lalu situ nak snap gmbe tapi tgh drive rasa mcm nak berhenti kete je semata nak snap gmbr tp confrm lah tak boleh kan . Hihi

    Next drama.... hmmm saya pun tak plan lagi nak tgk drama apa tapi dah start dah tgk god water apa drama yg shin se kyung tue hihi

    Untungnyaaa entri dpt featured . Harapnya satu hari nnt mana2 entri blog saya dpt jugak lah featured di mana2 platform yg bagus . Amin. Doakan ye πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scenery memang cantik masa tu. snap pakai phone apa pun mesti cantik =)

      Kannn! Saya rasa nak berhenti jugak tapi tak boleh. Haha. Aliff pening lalat kalau saya kata nak benti sebab nak snap gambar. Hihi. Tapi memang lawa sangat sunset kat masjid.

      Oo saya tengok jugak god water episod 1. Tapi saya tak minatlah pelakon wanita. Pelakon lelaki dah tip top rasa. Tu yang buat hold je tak sambung tengok cerita tu..

      Featured kat laman page biasa je nadia. Cuma okaylah kan ada gak featured walau tak ramai tengok πŸ˜… insyallah ada rezeki tu =)

      Delete
  6. Nak baca buku One of us is lying but I'm now broke because I just bought a new kindle lol

    Tengok Andainya Takdir masa balik Malaysia hari tu. Geram dengan husband and family dia nasib baik ending dia cerai. Kalau tak TV tu makan tepung sebab time tu tengah buat kuih raya.

    Gambar dekat Muar tu lawa!

    Nak tengok Ruler tapi nak tunggu ending dia dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow new kindle!! Mahal gak tue kan. Hehe. Rasya tak nak download ebook ke? Hii. Siqah baca free ebook je πŸ˜…

      Hahaha! Emo kan tengok drama tu! Siqah pulak rasa nak masuk dalam tv dan pergi bagi sebijik kat mak dan adik dia. Penghasut tegar betul. Tv makan tepung, ok tu lawak πŸ˜‚

      Scenery cantik dan mural pun cantik. Random snap je. Btw, tq Rasya!

      Hahaha. Dah ending semalam. Siqah pun tak tengok lagi.. harap puas hati dengan ending..

      Delete
  7. fattah amin dan fazura.. cantikkan tengok fazura pakai tudung?? suke sangat..

    Sedihkan bile kawan yang kite da biasa jumpa, bercerita, tetibe kene berpisah. cerita face 2 face tu lagi best berbanding cerita kt ws. kan..

    fight for my way... hero and heroin is so cute.. kelakar tengok bile keadaan dyorang yang selamba nak tukar kepada malu-malu. Tapi rasa sweet sngat kan bile heroin tu risau kat hero tu masa kat gelanggang. Hehe saya jarang tengok. Tengok bila adik tengok je.. Apa ending dy eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat 😍 Fazura sangat sesuai pakai tudung. Dengan muka dia macam gadis melayu terakhir, lagi sesuai.

      Kannn! Cerita ws ni kadang2 jadi tak puas tau. Nak jugak cerita berdepan lagi senang..

      Drama fight for my way best!! Comel sangat 😍 Haha. Memang lawak bab dorang dari slumber nak ke malu2 tu. rasa geram pun ada. Geram sebab comel sangat. Hehe.

      Endingnya, dorang kahwin 😍 Ending pun comel tau. Please Atikah tengoklah ending nanti. Hehe

      Delete
  8. cerita My Secret Romance tu fatin tengok sampai episod 4 je lepas tu tak tau apa jadi dah huhu
    Fight for my way! Cute kan cerita tu, puas hati dengan ending dia :D

    Wahh!! Siqah dah complete Goodreads challenge! Tahniah, Siqah! :D

    Comel je gambar pakai tutu waktu larian tu :D

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payahlah sambung tengok My Secret Romance. Tak best. Serius boring drama tu. 2 episod terakhir lagi rasa macam nak bagi flying kick kat heroin. Hahahaha.
      Yes!! Fight for my way cute sangat. Siqah pun puas hati dengan ending dia 😍

      Hihi. 25 books je. Fatina banyak buku tu. hihi.

      Hehe. Thank you Fatina. Semangat tau kami pakai tutu nak lompat =D

      Delete
  9. spring cleaning tu kita sama dik.
    once a year.
    tahniah utk featured post lari-lari tu.
    and kita sama dpt badiah from shikin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua benda kita sama. Yeayyy! Hihi. Ada jugak geng saya buat spring cleaning setahun sekali. Hihi.

      Delete
  10. panjang tapi irda baca setiap satu..best..tak tahu pun ada wrap up monthly entry ni..menarik..nanti irda nak buat jugalah..

    owh nadia n siqah dah xsatu ofis..tapi oklah still satu company kan...

    bab laptop trtinggal tu irda pun neves je bawak laptop naik public transpot
    tinggal kat ofis ok ag kan..kkalau tinggal kat tren..mai laaanak..

    aah template siqah sentiasa cantk..

    siqah xploless ke gigi xcantik ke..still nampak sweet tau..gigi tu sweet hokay..nanti irda pun nak wat entry ala2 macam ni lah..

    byw nak kenal juga lah dengan kate..ke ken?kena scroll balik atas check spelling nama dia..haha mana tahu irda nak tukar template gak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Irda baca =) Siqah buat month wrap up dari tahun lepas. Dapat idea daripada rakan blogger lain juga. Irda buatlah. Boleh recap setiap bulan. Kadang2 siqah pun baca balik recap bulan2 lepas. Hii

      Oii kalau tertinggal dalam tren. Memang sure habislah siqah. Huhu. Alhamdullilah masih selamat...

      Nanye Siqah baru perasan jugak gigi Siqah camtu. Hii. Kenallah dengan Kate. Dia baik dan rajin menolong. Boleh Irda tengok template kat dia. Semua lawa, minimal dan responsive =)

      Delete
  11. Dapat juga baca buku...hihi...kita ni sentuh buku pun tak pat...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ada anak kecil agak payah juga nak baca buku. Hehe.

      Delete
  12. baiknya tuan rumah, hadiahkan Sis pelbagai jenis barang... bulan 6 sahaja, ada macam2 story yea...seronoknya life sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah dapat tuan rumah yang baik =)

      Delete
  13. Congrats Siqah kerana berjaya capai target reading challenge.. =) harap2 Siqah suka dengan lipstick tue, hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak Shikin! Siqah suka lipstick tu. ada dua tona lagi. Yang penting, siqah tak allergic pakai lipstick tu. so boleh pakai lagi. Hehe

      Delete
  14. comelnyaaa kak siqah ni.. btw kita nampak fattzura laaa. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Haah fattzura di kejauhan πŸ˜…

      Delete
  15. kak siqah ni rajin betul membaca. agaknya berapa rak buku yg ada kat rumah akak ye? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu je rak buku Mazni. Takdelah banyak. Banyak buku akak dah bagi kat kakak akak atau charity. Hihi πŸ™ˆπŸ˜…

      Delete
  16. Serious ke cite Fight For My Way ni best? Ok..nak download. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius best! Comel drama tu. miera tengoklah nanti eh. Bagusnya nak download. Hehe 😊

      Delete
  17. Eyyy part mood republic tu memang setuju sangat! Memang taknak pergi dah. Sudah cukup sudah haha! Apa pun tak dapat, penat je banyak dapat haha.

    Lenne suka template baru Siqah. Lenne ada jugak survey kat website tempat Siqah beli template ni, cantik2 and nice je :) tapi hujung2 Lenne beli kat FCD jugak haha.

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnnnn! Ohhh Lenne memahami. Haha. Memang payahlah pergi sana. Nak cuba baju pun rasa tak selesa dengan orang ramai lagi. Haih, memang tak pergi dah lah. Penat je dapat. Betul tue. Hihi.

      Thank you Lenne. Tetiba feeling nak tukar template baru 😍 FCD tu apa Lenne? Website beli template jugak ke?

      Delete
  18. panjangnya Siqah :)
    Cantik template baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Kak Amy =)
      Biasa entri wrap up panjang πŸ™ˆπŸ˜…

      Delete
  19. dah 2 bulan lela tinggal round up. duk kg susah nak online. xde internet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dah kalau duduk kampung kan. Takpe, nanti ada internet, boleh update blog k :)

      Delete
  20. sebenarnya mmg my secret romance dijadualkan ada 12 episode je, tapi entah mcm mna boleh lebih jadi 13 episod

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa yeke? LAgi bertambah satu episod lah nanye daripada yang asal. INgatkan total episod 16 episod tapi dijadikan 13 episod. Lol.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。